Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Monday, January 24, 2011

Rahsia kecemerlangan SBP (Sekolah Berasrama Penuh)

Bismillah...

Salam semua

Jauh di dasar hati ini saya benar-benar berharap agar ditempatkan di SBP untuk mengajar nanti. Namun, Allah telah menentukan yang terbaik untuk saya. Mungkin saya insan terpilih untuk membawa perubahan di Sekolah Harian Biasa. Maka saya ingin berkongsi pengalaman dan pandangan saya tentang Rahsia Kecemerlangan SBP untuk saya amalkan di sekolah baru saya nanti supaya pelajar saya juga cemerlang seperti pelajar SBP! InsyaAllah.

1. Solat Subuh (secara berjemaah kalau boleh) dan tidak tidur selepas solat.

2. Breakfast sebelum ke kelas. Sangat penting.

3. Pagi-pagi lagi sudah ditenangkan dengan alunan zikir dan nasyid yang menenagkan jiwa, juga sebagai hiburan.

4. Dalam perjalanan ke kelas sudah berniat untuk menuntut ilmu pada hari tersebut, semoga Allah memberkati ilmu yang diajarkan oleh guru-guru.

5. Langkah kanan masuk ke kelas.

6. Mulakan hari dengan senyuman.

7. Menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Sentiasa mengulangkaji pelajaran, membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru, membuat latih tubi sendiri, belajar bersama kawan-kawan yang pandai, mengajar kawan yang kurang pandai, saling berlumba-lumba untuk mendapatkan ilmu, berkongsi ilmu.

8. Menjaga hubungan yang baik dengan guru-guru supaya ilmu yang disampaikan diberkati olehnya. Rapatkan diri dengan guru. Tidak malu untuk bertanya. Guru sangat gemarkan pelajar bertanya soalan dan meminta tunjuk ajar darinya. Sentiasa senyum dengan guru-guru walaupun ketika berselisih dan memberi salam serta tunduk hormat kepadanya. Dapatkan keberkatan seorang guru.

9. Jika mengantuk di dalam kelas tarik nafas panjang-panjang dan henbus perlahan-lahan dengan tenang dalam kiraan 10. Tidak salah untuk mengalihkan pandangan ke arah kawan-kawan atau pemandangan di luar kelas buat sementara waktu untuk merehatkan diri.

10. Menjaga hubungan yang baik dengan rakan-rakan. Menjaga tingkahlaku dan kata-kata yang keluar daripada mulut supaya tidak menyakitkan hati mana-mana pihak. Sentiasa berbuat baik.

11. Makan tengahari dalam jumlah yang sederhana untuk mendapatkan semula tenaga. Jika terlalu kenyang pasti akan mengantuk sejam kemudian. Maka, waktu prep petang yang sepatutnya digunakan untuk menyiapkan kerja sekolah ataupun mengulangkaji semula pelajaran yang dipelajari pada pagi hari tidak dapat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran sangat penting. Pelajar yang cemerlang akan membaca topik yang akak diajar oleh guru sebelum guru masuk ke kelas dan mengajar topik berkenaan supaya pelajar sudah mendapat sedikit 'idea' tentang apa yang akan dipelajari. Sewaktu guru mengajar pelajar menumpukan sepenuh perhatian dan cuba fahamkan. Selepas guru mengajar, ketika membuat latihan atau waktu lapang, pelajar perlu baca semula apa yang diajarkan oleh guru. InsyaAllah dengan cara tersebut otak dapat menyimpan maklumat dengan berkesan.


12. Baca doa sebelum belajar SETIAP KALI guru masuk dan memulakan pengajaran. Jika dilantik seorang wakil untuk membaca doa dan yang lain mengaminkan itu lebih baik kerana tidak meleret-leret ketika membaca doa seperti kanak-kanak. Lebih baik jika wakil itu seorang yang alim. I'allah lebih mudah diperkenankan doa oleh Allah.

13. Sebelum guru keluar baca doa habis belajar dengan ringkas dan padat supaya tidak mengambil masa yang terlalu lama.

14. Sebelum guru masuk ke kelas pelajar sudah bersedia di tempat duduk masing-masing dalam keadaan yang tenang dan buku yang diperlukan telah ada di atas meja.

15. Sentiasa membekalkan kismis di bawah meja. Bila mengantuk atau hilang tumpuan ambil sebiji dan makan secara perlahan-lahan. (Jika dibenarkan oleh guru sahaja)

16. Jika mengantuk minum air secara perlahan-lahan dan sopan. Elakkan meneguk air secara mendongak ketika guru sedang mengajar. Cuba bayangkan pandangan daripada seorang guru yang sedang mengajar dihadapan kelas, kemudian pelajar minum air secara menogok botol minuman dihadapannya, sungguh tidak sopan bukan? Gunakan penyedut minuman (straw). Seorang guru lelaki pernah menasihati pelajar-pelajar perempuan di kelas saya dan sehingga kini saya amalkan menggunakan straw untuk minum.

17. Salam dan cium tangan guru apabila guru selesai mengajar supaya ilmu yang diajarkan diberkati olehnya. (muhrim sahaja)

18. Kurangkan gelak ketawa yang melampau. Gelap hati nanti.

19. Elakkan bergaul dengan rakan-rakan yang negatif dan tidak membawa kecemerlangan diri.

20. Uruskan diri dan waktu dengan baik. Pelajar yang gagal mendisiplinkan diri biasanya kurang cemerlang berbanding mereka yang berdisiplin.


Alhamdulillah saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik (10 A SPM) dan kokurikulum sepanjang saya bergelar pelajar di Sek Men Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan, Pahang. Bukan saya riak tapi saya bersyukur saya diberi kesedaran awal untuk belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh ketika saya masih muda lagi. Semoga bakal pelajar-pelajar saya dapat mengamalkan petua-petua di atas untuk menjadi pelajar cemerlang.

Wallahua'lalm~

8 comments:

Nur Dawana said...

bella..aku pn sbenarnye berharap dpt SBP..hukhuk..tp tula kan..klu kite dr skola SBP, xkan nk ajr bdak2 pndai je kan.. may b ada hikmah, kite yg bijak ni mendidik ank2 bangsa yg sderhana biar jd bijak sperti bdak2 SBP. ;)

*aku siap refer kt abh aku, tnye cmne skola harian pnye sistem. sbb ms praktikal, skola kt ptrjaya tu pn dh mcm skola SBP. huhu

Noor Nabila Jasni Teoh said...

btul! hehee..maybe itu la hikmahnya..hehee..cabaran lain cg skolah biasa ngan sek harian..hehee..aritu time aq ke sek lame aq borak ngan cg2 ni diorg terkejut aq ckp nak SBP gak kalo bleh, huhu..maybe diorg rasa sek harian biasa kurang sikit stressnye..aq caya je tu..hehee...

untung hang ada parents sebagai tunjuk ajar! hehee..tlg tunjukkan daku wana! hahaa..tlg ingatkan aku~ lalala..hahaa

Noor Nabila Jasni Teoh said...

btul! hehee..maybe itu la hikmahnya..hehee..cabaran lain cg skolah biasa ngan sek harian..hehee..aritu time aq ke sek lame aq borak ngan cg2 ni diorg terkejut aq ckp nak SBP gak kalo bleh, huhu..maybe diorg rasa sek harian biasa kurang sikit stressnye..aq caya je tu..hehee...

untung hang ada parents sebagai tunjuk ajar! hehee..tlg tunjukkan daku wana! hahaa..tlg ingatkan aku~ lalala..hahaa

najibah said...

wanaa....aku plak kna btol2 rombak cara pengajaran aku ms kt putrajaya dlu... kt srawak ak rs x leh nk guna pndekatan mcm tu dh...huhu...

Nur Dawana said...

Klu cgu2 SBP msti igt sek harian kurang stress banding dgn SBP.

Sebenarnya aku rs, jd cgu sek harian la lg stress dr SBP sbb kita nk ajr budak2 yg kdg2 ada xtau baca, lambat pick-up, dgn peer pressure, dgn masalah sosial lg(cth kurang ajr dgn cikgu, ponteng kelas, merokok).

Kalau bdak2 SBP masih terkawal.nakal2 pn bijak. senang diajar. Cikgu2 SBP jd stress sbb masing2 berlumba nk jd SBP terbaik, maka program2 yg dibuat sgt la byk. Dgn prep ptg, prep mlm pn ada klas tambahan kan..huhu..

But still, plajar2 SBP lg berdisiplin banding dgn sek harian biasa. Tu yg kita rasa ajr dak2 SBP senang lagi kot.. ;)

lynntaib said...

aku pon budak sbp tp tak hebat mana, aku so-so je. hehe.. ada pro n cons nye ngajar sbp ni. femes mmg la femes, tiap2 kali result keluar cikgu2 akan bangga klu result cemerlang. nama sekolah masuk paper, klu ada pertandingan apa2, chance nak menang mmg tinggi. tapi beban kerjanya.. u know it. hehe.. takpela, awal2 ni kita ngajar sekolah biasa2 dl, bila dah byk pengalaman nanti kita switch g sbp plak. ada 31 thn lg kita nak jadi cikgu ni wehh.. lamenyeee

Cikgu Fieza said...

Mcm skang ni era budak2 SBP & MRSM mengisi jawatan guru. Setahu saya, kebanyakan kita dari SBP, MRSM, dan skolah2 premier. Hehe. Tahniah atas sejarah hidup yang cemerlang!!~Bella..10 tu kire straigt As la kan? All A1 ke? Very gud of u.~~ Marilah kita sama2 menerapkan apa yang kita dapat ke sekolah biasa supaya mereka juga berpeluang merasa ape yang kita rasa masa di SBP/ MRSM/ Skolah premier. Kita bertuah sbb Allah bg kita peluang tu dulu. :)

Noor Nabila Jasni Teoh said...

hehee...cmpur la As nye..hehee..3 A2..hehee...syukur~ hehee..mmg sgt ramai yg terkejut n xpuas hati aq amik edu nih..best friend aq pun xpuas hati..hehee..cikgu2 sek lagi la geram dgn aq..hhahaa..hehee...aq slalu pk, dah sume marah aq amik edu ni, nmpak sgt diorg pk cikgu2 ni tuk org kurang pndai je, eh heeelllloooo~ hahaha..hehee...skang kite buktikan kita yang pndai ni mmg patut jadi cikgu! kalau yang xpndai je jadi cikgu sape yg nak memartabatkan profesion perguruan ni btul tak? hehee...tu la, mari sama2 ambil yg keruh dan buang yg jernih..amin...('',)