Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Sunday, January 16, 2011

Pengalaman Menjadi Guru Pembimbing Biologi

Bismillah...

Alhamdulillah saya berkesempatan menjadi guru pembimbing Biologi selama 2 minggu di bekas sekolah saya sendiri iaitu Sek Men Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang (SEMSAS). Guru Biologi saya yang lama iaitu Puan Hasmawati meminta pertolongan saya untuk membantunya menaikkan prestasi pelajar2 tingakatan 5 sebelum mereka menduduki peperiksaan percubaan peringkat Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Oleh kerana pada masa tersebut saya baru sahaja menamatkan Latihan Mengajar, maka saya terima sahaja tawaran itu. Pada masa yang sama juga sekolah tempat saya menjalani Latihan Mengajar offer saya menjadi Guru Ganti subjek Sains pada sesi petang, namun disebabkan waktu dan tempat tinggal sedikit bermasalah bagi syaa, maka saya terpaksa menolak dan menerima tawaran SEMSAS.  

Sepanjang mengajar di sana, pada mulanya terlalu banyak memori silam kembali berada di ingatan. Saya memang seorang yang rapat dengan guru2 SEMSAS, terasa kekok apabila dahulunya kita melangkah masuk ke Bilik Guru sebagai seorang pelajar tetapi kini sebagai seorang GURU. Susah nak terima. Makan bersama di kantin. Lepak bersama di bilik guru, bilik rehat untuk sembahyang zohor dan rehat2, bilik peperiksaan, macam2lah!!! Ada yang dahulu belum kahwin tapi kini sudah beranak tiga. Namun kebanyakan mereka masih juga sebagai seorang guru yang tidak jemu-jemu mencurahkan bakti di sekolah tersebut walaupun jelas terpancar di wajah mereka mereka penat dan usia semakin meningkat. Tapi honestly, bagi saya muka mereka tidak berubah mengikut proses biologi yang normal, which is ageing process! Ada seorang Guru Cemerlang Biologi pernah berkata kepada saya, Being A Teacher Keep Me Young! Hehee..hope so! =)

Ada seorang cikgu ni bila tengok je muka saya,

"YaAllah...kenapa ada kat sini?Jadi cikgu jugak ke!!!"

hehe..saya senyum je lah..angguk2..hehee...saya tahu kesemua mereka mengharapkan saya menjadi seorang doktor..maafkan saya cikgu! Saya yang pilih education as my first choice even i know i'm quite interested in medical... =)

Pengalaman paling menarik di SEMSAS:

-  students panggil 'akak' coz saya menganggap mereka junior, adik-adik saya.

- Mengajar mereka ketika waktu persekolahan (pagi-petang), prep petang dan prep malam.

- Pernah mengajar dalam 50 orang students dalam satu masa kerana mereka terpaksa bergabung kelas. Bercakap tanpa menggunakan microphone. 

- Bila saya slow talk dengan mereka,
" Akak nak tanya, kenapa result bio korang teruk sangat mid-year- exam aritu?" apa masalah korang sebenarnya?"
"Kitorang tak faham la...dah la blaja dalam BI, pastu cikgu *** ajar tak best la..."
"Ok, yang BI tu akak tak leh nak tolong la, tapi bleh je baca yang BM punya kalau nak faham kan...yang pasal cikgu tu akak takleh terima...Akak dulu pon belajar dengan dia, kita belajar dengan cikgu yang sama, kenapa akak boleh korang tak boleh?"
*Kelas sunyi seketika...*

- Membuat latih tubi sahaja dengan mereka dengan menggunakan edaran2 yang telah diberikan. Satu hari satu chapter! Maka, saya memang perlu study 1 chapter dalam 1 malam sahaja supaya saya bersedia untuk mengajar mereka. Saya suka cabaran sebegitu! Alhamdulillah I manage to do it...('',)

Buku catatan/rekod harian saya!

sama juga..rekod harian tapi dalam bentuk yang lain supaya saya nampak progress setiap kelas. Tidak la confuse nanti kelas mana yang dah kelas mana yang belum untuk chapter tertentu.
- Banyak menggunakan ayat ini:
   " Kan senang je nihhh...."... pastu saya mula la menerangkan sesuatu seringkas yang mungkin. Biar simple tapi padat. Maybe kerana jurang umur yang agak dekat maka saya menggunakan bahasa2 yang slumber seperti 'korang' supaya mereka rasa 'rapat' dengan saya dan boleh berbincang dengan telus segala masalah atau apa yang mereka kurang faham. 

- Ini out-of-teaching-profession. Suatu hari tu saya saja2 duduk sekali dengan girls kat belakang kelas. Saya tanya la,
" sekarang dah takda ke hantu ke pecah masuk asrama ke"
" takda la kak...tapi dulu2 ada kan kak..ada kes dorm bawah tu kene masuk pukul 3 4 pagi tapi semua tak sedar, toyol kot, then ada kes cikgu kene baling dengan kayu hoki dari tingkat atas sebab girls kat atas nampak ada 'mende' tepi cikgu tu"
"Ha?lah...semua tu tahun akak la tu!!! Rupanya diturunkan gak cerita tu ek kat korang!"

Form 2
Form 5, after sembahyang subuh and breakfast at Dining Hall directly goes to 5 Active class


Perfect Score Programme (Form 5)
Bedah katak (Form 5)

Form 4, me at the centre of this picture with hands-up, someone candid this picture, *Secret admire maybe*

Form 5, SPM 2004 Candidates



***









No comments: