Salam...
Sudahkan anda baca coretan isi hati tentang sejauh mana profesion perguruan ini PROFESIONAL di mata masyarakat pada entri ini ???
Selepas beberapa kemudian menyusul pula kata-kata berikut daripada laman web yang saya 'follow' setiap hari iaitu http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2011/01/gstt-kekal-sebagai-duri-dalam-daging.html
Ini adalah sebahagian daripada kata-kata yang menyokong pendapat saya seperti entri yang lepas. (rujuk perkataan 'ini' di atas)
" Fungsi GSTT yang mahu menampung kekurangan guru di sesebuah sekolah tidak akan berjaya jika soal penempatan mereka tidak diuruskan dengan baik oleh Jabatan Pelajaran negeri. Malah, isu GSTT akan menjadi ‘duri dalam daging’ selagi soal penempatan ini tidak diselesaikan dengan jujur, baik pada peringkat pentadbir sekolah yang memohon khidmat GSTT dengan memberi alasan kekurangan guru, manakala pada peringkat jabatan pula, penempatan dibuat bukan mengambil kira soal keperluan yang mendesak di sesebuah sekolah, sebaliknya atas dasar ‘kenalan’.
Sama ada mahu mengakui atau tidak, kewujudan GSTT menimbulkan sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan, apatah lagi perguruan sudah dianggap satu kerjaya profesional. Seharusnya tidak wujud lagi ‘sandaran tidak terlatih’ dan jawatan sebegini tidak ada pada kerjaya lain bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan. Faktor kekurangan guru bukan lagi alasan sesuai ketika ini, apatah lagi keperluan terhadap sistem pendidikan yang amat tinggi serta kritikal dan sewajarnya usaha penambahbaikan dilakukan terhadap profesion ini. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 sudah berakhir dan sewajarnya pelan induk baru yang dirangka akan mengambil kira keperluan ‘sifar GSTT'.
Hakikatnya, soal pendidikan melingkari kehidupan seharian masyarakat di Malaysia. Isu berbangkit juga hampir sama – baik di sekolah kebangsaan atau sekolah menengah dan di sekolah jenis kebangsaan sama ada Tamil atau Cina."
Saya rasa bersyukur apa yang saya suarakan 'didengari' pihak atasan. Mungkin pada hari ini saya yang masih 'belum cukup umur' untuk menyuarakan dan menegakkan suara seorang guru, tetapi TIDAK MUNGKIN suatu hari nanti saya akan 'bangun' dan berani bertindak.
Sekian.
Wallahua'lam...
2 comments:
yeah bella, aku sokong 150%..=)
GSTT. Hapuskan!
Post a Comment