Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Wednesday, October 24, 2012

Tip Perkahwinan : Dari Ustaz Azhar Idrus


1. Ketika Mencari Calon
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. 

2. Ketika Melamar
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis. 

3. Ketika Akad Nikah
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah. 

4. Ketika Resepsi Perkahwinan
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka. 

5. Ketika Malam Pertama
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. 

6. Selama Menempuh Hidup Berkeluarga

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. 

7. Ketika RumahTangga Goyang
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. Ketika Belum Memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100% 

9. Ketika Telah Memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%. 

10. Ketika Ekonomi Keluarga Merudum
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri. 

11 .Ketika Ekonomi Berkembang
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita. 

12. Ketika Anda Adalah Suami
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda. 

13. Ketika Anda Adalah Isteri
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

SOURCE: http://dinahalim.blogspot.com/2012/10/tip-perkahwinan-dari-ustaz-azhar-idrus.html

Thursday, October 18, 2012

Goodbye 1st trim, helllooooo 2nd trim!


Alhamdulillah harini kamu dah 12 minggu 2 hari 

semoga kamu dapat membesar dengan sihat dan sempurna ye nak...
WE LOVE YOU

Disini ibu selitkan gambar masa scan kamu buat kali ke-2  semasa kamu 9 minggu di dalam ibu :)



Bila ibu ayah dengar bunyi heartbeat kamu, ayah sangat terkejut dan tergamam
Ayah pandang ibu tanda gembira dan bersyukur dengan kehadiran kamu
Ayah ada rekod guna hp ayah :D


Laju sungguh degupan jantung kamu, semoga kamu membesar dengan sihat dan sempurna ye nak!
Ibu ayah tak jemu-jemu doakan kamu.


Alhamdulillah ya Allah 
Alhamdulillah kerana telah melepasi trimester pertama
Alhamdulillah kamu masih kukuh di dalam
Alhamdulillah ibu tidak ada morning sickness, muntah pagi-pagi tu
cuma ibu cepat lapa
2 jam sekali nak makan
kawan2 cikgu semua tegur dan senyum bila nampak ibu asik makan je
kat meja guru pun asik mengunyah biskut/asam/kerepek
dalam handbag ibu sentiasa ada asam
sekarang,sehari 2 kali ibu ada kat kantin sekolah
tapi akhir-akhir ni ibu tak suka bau kantin sekolah tu
tak suka bau masakan
tapi terpaksa tahan je, sebab ibu dah lapa
sebab tu juga ibu dah lama xmasak kat rumah
kesian ayah kan
ayah rindu sgt masakan ibu
bila ibu masak ayah mkn banyak sangat
kesian ayah
bila nenek atuk datang rumah pun ibu tak masak
nenek yang masak
teruk kan ibu?
ayah cakap kat nenek ibu teringin nangka goreng ngan ikan bilis and cili api resipi tersendiri nenek
and nenek masakkan
alhamdulillah..dapat gak ibu makan air tangan nenek lagi
baru-baru ni masa lipat kain baju ibu nak muntah
nasib sempat lari pergi dapur
ayah tolong urutkan belakang ibu
terima kasih ayah
terima kasih sangat sebab support ibu

Bila masuk trimester kedua ni kamu akan membesar dengan cepat
ibu pun dah lama tak pakai jeans
ibu dah beli seluar mengandung yang cantik untuk replace seluar jeans 
nanti bila tiba masanya ibu pakai baju mengandung yang comel ye
ayah mesti suka kan...
:)



Monday, October 8, 2012

KRABI vs KOTA KINABALU


Salam alhamdulillah weekends baru2 ni berpeluang ke Kota Kinabalu, KK
Sabah baaa...

hehe

Suami ada keje kat sana 10 hari
so beliau minta untuk pulang ke semenanjung pd hujung minggu memandangkan saya sdg memilih dan xbrapa betul selera makan sejak dua menjak ni
kdg2 terasa mknn paling sedap ialah Maggi Kari
dulu punyalah kembang tekak bila tgk Maggi tu
time pregnant ni tulah paling sedap rsnya
tp baru sekali je mkn, xbrapa sihat kan mknn tu :P
ok sambung balik
suami proposed kat akauntan ofis die yg die nak balik ujg minggu
tp akauntan tu kata, drpd die balik ke semenanjung, baik diorang sponsor isteri die (I la tu kan) ke Sabah
Dapat berjalan, Dpt suami!
Tak gitu?hehe
bila suami mengusulkan cadangan tersebut bila kat umah sebelum die berangkat, rasa sgt excited!
Alhamdulillah rezeki!
walaupun takut naik flight sorang2 and ke LCCT sorang2
tapi segala cabaran akan kuredahi demi ke sabah dengan PERCUMA!!!
kos pergi balik air asia RM400
alhamdulillah
ini memang betul2 rezeki kan
rezeki baby juga mungkin :D
(Kiranya ni honeymoon kali ke-3, dan udah 'ber-3' juga, alhamdulillah...)

so after balik sekolah pukul 12.30 (hari Jumaat kan habis awal, jgn lupa, sy cikgu, hehe)
balik mandi tukar baju solat then drive kete ke OU
naik bas pukul 2 dari OU ke LCCT
then kat airport alhamdulillah ok je semua
tak tanya orang pun
pandai plak berdikari bila keadaan terpaksa kan :P
so as usual, my blog is like my album, hehe
layan the picturesss!



















walaupun kami hanya pergi 3 pulau yang kira basic la kat sabah tu kiranya
tapi bila sampai je pulau pertama, 
memang kami berdua terus cakap,
'Ni lagi cantik daripada KRABI!!!'
lagi bersih
lagi jernih airnya
lagi seronok dan puas ber-snorkeling (2 jam untuk setiap pulau)
jika di krabi kami mengambil pakej ke 3 pulau juga
tapi hanya 1 pulau sahaja untuk bersnorkeling
tu pun kecik je area untuk snorkeling
ikan pun xbanyak, corals pun tak banyak mana
kejernihan air pun kalah dengan pulau kat sabah ok!

Bagi kami memang sgt berbeza
mungkin seronok di krabi sbb rasa oversea kan
negara orang
boleh la nak berjalan sambil peluk and duduk kat tepi pulau sambil peluk cmtu
tak segan
tapi dari segi kualiti pulau memang we will say that Malaysia is the best
much-much-more better!!!
seriously
bila dah g Sabah (Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik)
kami bagi 4 stars untuk pulau-pulau ni

tapi Krabi (Chicken Island, Poda Island, lagi satu x ingat nama, hehe)
mungkin kami bagi 2.5 stars je
huhu

PD tiada star ye..hehee...kenapalah pantai barat xde yg bersih kan... :(

benar kata orang,
Hujan emas di negara orang, hujan batu dinegara sendiri...ok sambung sendiri
hehee

Bila kat sana mmg saya teringat nak review tentang mende ni kepada bloggers2 yang tgh rancang nak honeymoon tu
jimat pun jimat bila kat Malaysia je
makan pun senang je
tapi ramai akan kawin bulan November ni kan?
Maybe cuaca tak brapa elok kot kan Sabah kan?
Ntah-ntah Krabi pun?
hmmmm...sila buat research dulu before decide your honeymoon ye :)

Alhamdulillah for everything... 
Syukran!

p/s: Semua gambar adalah BENAR-BENAR belaka, tiada sebarang editing. Semua ciptaan Tuhan. Gambar di dalam laut ketika snorkeling pada kawan suami, nnt kalau dah dpt gmbr akan diupload insyaAllah. Memang benar kata orang, bila berada dalam laut, tgk ikan2  berenang2 and bermain dgn kita, nemo yang garang sbb melindungi rumah and anak die, warna air laut yang pelbagai disebabkan perbezaan kedalaman dan isi laut, sinaran matahari yang menembusi permukaan laut, batu karang yang pelbagai warna, saiz dan bentuk, terasa seperti berada dalam dunia yang lain. Masyarakatnya adalah ikan-ikan pelbagai jenis, dengan kehidupan tersendiri. SUNGGUH INDAH CIPTAAN ALLAH...