Bismillah...
Duhai ibubapa dan bakal ibubapa,
Tolong benarkan dan sokong anak-anak anda untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah atau luar sekolah. Namun anda perlu memantau aktiviti yang mereka sertai. Alhamdulillah ibubapa saya tidak pernah menghalang kami daripada melakukan sebarang aktiviti bersama pihak sekolah dan rakan-rakan, termasuk berjalan-jalan dengan rakan-rakan di sunway lagoon atau shopping complex. Asalkan tidak melampau seperti setiap minggu keluar dengan rakan-rakan di shopping complex. Sejak sekolah rendah saya dan adik beradik digalakkan untuk memasuki sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Disini saya senaraikan apa yang saya ingat:
Kakak:
- Mewakili sekolah, zon dan daerah dalam Bola Jaring dan Bola Baling.
- Olahragawati SK Seksyen 17 Shah Alam 1998.
- Menjadi Pelajar Cemerlang semasa Darjah 6 dan mendapat tajaan makanan PERCUMA setiap hari 1 meal (1 cup of rootbeer, 1 beef burger and 1 small french fries) daripada A&W.
- Mewakili sekolah dalam kuiz-kuiz.
- Pengawas sekolah
- Memperoleh 5A dalam UPSR.
- Memasuki MRSM.
Saya:
- Mewakili sekolah dalam Pesta Senirama Peringkat Negeri Selangor, undangan persembahan sempena majlis perkahwinan golongan korporat, pasukan tarian sekolah sempena Hari Anugerah Cemerlang, Hari Sukan, Mesyurat PIBG, dan sebagainya. (Darjah 4-6)
- Mewakili sekolah dalam kuiz-kuiz. (Darjah 5-6)
- Memperoleh 5A dalam UPSR.
- Memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Mewakili Pandu Puteri Malaysia dalam Bilateral Exchange Programme Girl Guides Malaysia-China, melawat Hong Kong, Beijing dan Hangzhou China (Tingkatan 2).
- Menyertai Persembahan Nasyid sempena Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang. (Tingkatan 2)
- Menyertai kesemua perkhemahan pandu puteri mahupun perkhemahan motivasi dan kepimpinan anjuran sekolah, daerah, negeri mahupun SBP seluruh Malaysia.
- Menyertai pasukan kawad kaki peringkat Negeri Pahang.
- Mewakili sekolah dalam kuiz matematik, fizik, kimia, dan sebagainya.
- Menyertai Pertandingan RekaCipta Peringkat Negeri Pahang dan membuat demonstration di Kuantan Parade.
- Penolong Ketua Biro Keceriaan sekolah, pengawas sekolah, Pembantu Rakan Sebaya sekolah, Naib pengerusi kelab Fizik
- Memperoleh 10 A (straight As) dalam SPM 2004
- Menyertai pasukan BORIA di Universiti Malaya (Johan berturut-turut), mewakili UM dalam pertandingan antara universiti di Malaysia
- Memperoleh PNGK 3 pointer and above di UM
Adik (Fatin):
- Memperoleh 5A dalam UPSR
- Mewakili sekolah dalam kuiz, pertandingan mewarna, melukis poster, deklamasi puisi, debat, bercerita, dll.
- Memasuki MRSM
- Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya
- Sekarang menyambung pelajaran di Universiti Malaya, Ijazah Pembedahan Pergigian.
- Setiausaha Projek bersama anak-anak yatim di Universiti Malaya.
Adik (Izzati):
- Memperoleh 5A dalam UPSR
- Memasuki SBP.
- Mewakili sekolah dalam kuiz, kawad kaki peringkat SBP
- Pembimbing Rakan Sebaya sekolah
Jika anda perhatikan, kakak aktif dalam bidang sukan, saya aktif dalam tarian dan kepimpinan, adik (Fhatin) aktif dalam berpidato@bercakap, adik (Izzati) aktif dalam badan beruniform...semua ada minat dalam bidang masing-masing bukan? Itu yang setiap ibubapa perlu dedahkan kepada anak-anak, beri peluang, berkorban masa dan tenaga, sokong penglibatan anak-anak, say masih ingat ibubapa saya turut hadir dalam setiap persembahan tarian yang saya sertai dan mengambil gambar saya dari jarak yang paling dekat kalau boleh...Bukan niat saya hendak menunjuk tentang kejayaan kami adik beradik, tetapi pengalaman masa lalu itulah kebanggaan kita. Tiada sesiapa yang dapat mengubah nasib diri, melainkan diri sendiri yang berusaha dan berdoa kepadaNya...Ingat, diri sendiri. Diri sendiri (dengan bantuan ibubapa dan guru-guru) yang mengisi 'bakul' sendiri, dan diri sendiri yang akan 'mengangkat bakul' sendiri. Tiada siapa yang akan mengangkat 'bakul' kita. Ada ke orang lain yang akan sentiasa memuji kita? Tak kan? Orang akan senyap-senyap sahaja mengagumi kita.
Bila berborak dengan orang lain, kita tidak akan malu, malah bangga (tapi masih merendah diri) boleh menceritakan latar belakang kita, apa pencapaian kita masa sekolah rendah, menengah, universiti... nak ke bila orang tanya anak-anak kita nanti dan mereka akan jawab begini:
"Hmmm...aku biasa-biasa je sekolah dulu..tak masuk apa-apa pun...
result SPM pun biasa-biasa je..boleh la lulus...mak ayah aku tak best sangat la..tak DIDIK aku betul-betul."
Astaghfirullah...mintak jauh~
So, tolong didik anak-anak anda dengan baik, biarkan mereka aktif dalam akademik mahupun aktiviti kokurikulum di sekolah, masuk apa sahaja pertandingan dan persembahan yang ada, bekalkan ilmu agama yang secukupnya, galakkan mereka untuk sentiasa mahu berjaya dalam apa sahaja, dan CARI KELEBIHAN MEREKA... Biarkan mereka melakukan apa yang mereka minat...wallahua'lam..kita hanya mampu merancang, Allah yang Maha Berkuasa dalam menentukan segalanya..Sentiasalah berusaha dan berdoa... ('',)
Walaupun ibubapa saya tidak berada, kami sekeluarga hanya cukup makan dan pakai, rumah baru sahaja di ubah suai supaya kami 6 beranak selesa, rumah hanya selesa dan tidaklah besar dan cantik mana, kereta Proton sahaja, tapi Alhamdulillah atas segalanya yaAllah...Allah Maha Adil, Maha Penyayang dan Maha Bijaksana...
syukur...
Apa yang saya perhatikan,
- tinggal di bandar mahupun di kampung, tiada bezanya. Hanya taraf pendidikan dan cara didikan ibubapa sahaja yang akan menentukan kecemerlangan diri seorang anak. Ada rakan tinggal di sebuah kampung di terengganu, tetapi mengikut penceritaan beliau, kebanyakan budak lelaki di kampungnya hanya bersekolah sehingga tingkatan 3 dan 4, hanya beberapa orang sahaja yang mengambil SPM, kemudian disitu adalah sarang dadah, banyak budak muda melepak di kedai kopi dan tepi jalan, perempuan berpakaian mengalahkan perempuan di bandar-bandar, budaya merokok apa kan lagi, adakah lelaki dan perempuan begini yang dapat melahirkan generasi yang cemerlang dan seimbang ilmu dunia akhirat?
- Tahap pendidikan ibubapa sangat menentukan kecemerlangan anak-anak. Syukur walaupun tahap pendidikan ibubapa saya tidak berdiploma apa kan lagi ijazah, tetapi kami tahu mereka sudah boleh BERBANGGA, hasil usaha dan kesabaran mereka, kami adik beradik sudah menjadi. Generasi sekarang, siapa yang mempunyai ibubapa yang mempunya degree mahupun diploma, mereka sudah boleh hidup dalam keadaan selesa (Ekonomi keluarga yang stabil), namun, cuba bayangkan, generasi anak-anak kita nanti...adakah memadai ibubapa yang mempunyai ijazah untuk mendapat tahap ekonomi keluarga yang stabil? Kita yang berdegree pun pening kepala memikirkan duit untuk masa akan datang, bagaimana pula mereka yang hanya mempunya SPM? adakah mereka rasa apa yang saya rasa? ataupun mereka langsung tidak memikirkan perkara ini, maka mereka tidak rasa apa-apa...maka oleh kerana merekalah yang akan melahirkan generasi yang tidak berkualiti dan bertamadun...Jika tidak berminat dan tidak mempu untuk belajar tinggi, tolonglah ambil apa-apa kursus atau sijil yang boleh melayakkan diri anda untuk mempunyai pekerjaan yang bagus, contohnya perempuan ambil nursing, lelaki ambil automotif atau ilmu enjin...
- Tahap pendidikan pasangan atau bakal suami/isteri anda sangat menentukan kecemerlangan anak-anak anda kelak. Pilihlah yang baik dan yang terbaik. Contohnya, jika tahu lelaki itu BARAN orangnya, eloklah awal-awal lagi 'lari' daripadanya...jika tahu perempuan tersebut PEMALAS dan PENGOTOR, eloklah awal-awal lagi 'lari' daripadanya...tidak perlu 'buta cinta', buka minda, buka 'hati', teruskan berusaha dan berdoa kepadaNya...kita akan diberikan yang terbaik, sesuai dengan kita...insyaAllah...
- dan apa yang paling penting adalah...jadilah INSAN BERILMU... =) insyaAllah!
