Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Monday, January 3, 2011

Ibu Bapa Bijak Anak Hebat


http://ibubapabijak.blogspot.com/2009/12/strategi-7s-ibu-bapa-bijak-anak-hebat.html




PENGENALAN :

Penulis merupakan seorang budak kampung kelahiran Kelantan Darul Naim dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Beliau merupakan Jurulatih Ibu Bapa bertauliah yang menamatkan kursus keibubapaan dengan Coach Parenting di Amerika Syarikat dan merupakan Pengurus Kanan Syarikat Multinasional bertaraf global. Selepas berkahwin beliau telah banyak membaca buku-buku dan bahan-bahan berkenaan keibubapaan sebagai persediaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang. Usaha beliau telah membuahkan hasil setelah anak-anak beliau menjadi pelajar terbaik dan terpilih sebagai 'Tokoh Murid' di sekolah masing-masing tanpa menghadiri kelas tuisyen walau sehari. Perkara ini telah menimbulkan persoalan kepada rakan-rakan dan keluarga beliau sehinggalah beliau dilantik menjadi sebagai YDP PIBG dan seterusnya di minta oleh Guru Besar untuk berkongsi rahsia pengalaman kejayaan anak-anak beliau. Lalu beliau mendapat idea untuk menyusun rahsia tersebut di dalam 7S sehingga terhasilnya buku ini.


BAHAGIAN A : PERKUATKAN KUBU PERTAHANAN

Prolog : Panduan Ringkas Menghadapi Tahun-Tahun Awal Kehidupan
  • Apabila isteri sah mengandung, maka bermulalah sebuah perjalanan yang penting
  • Perkara yang anda boleh lakukan sebelum kelahiran bayi :
  1. Vitamin tambahan untuk mental dan fizikal
  2. Banyakkan ambil makanan minda - omega 3 (ikan salmon,tenggiri dan sardin-membantu untuk kekuatan otak)..buah kurma dan kismis (kesihatan fizikal, dapat lawan penyakit dan tingkatkan daya ingatan)
  3. Banyakkan aktiviti dan latihan mental - bercakap dengan bayi
  4. Fikir positif dan tangani tekanan - buat riadah ringan dan elakkan tekanan yang boleh menjejaskan bayi
Selepas kelahiran bayi :
  1. Rangsangkan minda - gunakan kertas MHP (merah,hitam & putih) untuk tingkatkan daya intelek
  2. Tabiat tidur yang baik - seawal 6 bulan, tidurkan bayi berdasar tanda mengantuk
  3. Tidur berasingan - umur 2 tahun (buat notis, beri peluang anak pilih cadar dan sebagainya)
Bab 1 : Sayang Menyayangi - Bina Sebuah Tugu Cinta Yang Teguh
  1. Beritahu anak-anak 3x sehari bahawa anda sayangkan mereka. Lakukan secara konsisten. (pergi sekolah, balik kerja dan semasa nak tidur)
  2. Peluk dan cium 3x sehari. Ini akan menghasilkan kanak-kanak seimbang psikologi dan cerdas mental.
  3. Luahkan ungkapan sayang dengan penuh hormat. Jika tidak, ianya akan memupuk rasa benci dan wujudnya jurang dalam perhubungan.
  4. Kasih sayang tanpa syarat. Jangan bandingkan dengan anak-anak orang lain.
  5. Hulurkan kasih sayang pada yang lain - guru (mudah bagi anak tumpuan)..atuk dan nenek (melatih anak-anak untu persediaan mereka apabila berkeluarga)
  • Tanpa 'S' yang pertama ini, tidak berjaya untuk melaksanakan 'S' yang lain.
BAHAGIAN B : BERSEDIA UNTUK MENYERANG


Bab 2 : Sekatan Dan Sukatan - Wujudkan Had Untuk Segalanya
  1. Tumpukan perhatian. 45 minit ulangkaji, 15 minit rehat
  2. Kerja rumah. Maksimum 2 jam sehari
  3. Biar anak-anak tidur sekejap jika letih
  4. Galakkan anak-anak bersikap aktif di sekolah
  5. Aktiviti luar rumah dari 5.30-7.00 petang
  6. Waktu makan malam adalah 7.30 malam
  7. Waktu tidur 9.30 malam (tiada kompromi)
  • Di dalam melaksanakan sekatan dan sukatan ini, mestilah ada interaksi, persetujuan yang adil di antara dua pihak. Hormatilah kehendak dan pendapat anak dalam membuat keputusan.
Bab 3 : Studi Secara Bijak - Rahsia Sukses Tanpa Tuisyen
  1. Agihkan beban pelajaran/ulangkaji meliputi keseluruhan tahun, bukan beberapa minggu sebelum peperiksaan
  2. Berlatih, berlatih dan kemudian berlatih lagi
  3. Cari cara kos rendah supaya dapat latihan kerap ( buku latihan yang murah, akhbar harian atau internet)
  4. Masukkan waktu belajar ke dalam jadual harian (2 jam sehari)
  5. Libatkan diri bersama anak dalam ulangkaji pelajaran
  6. Jadikan aktiviti belajar satu aktiviti yang seronok dan positif
Bab 4 : Santai Bersama Keluarga - Pelihara Keseimbangan Antara Kerja & Keluarga
  • Satu takrifan untuk imbangan antara kerja dan keluarga. Ianya boleh dilakukan pada 2 keadaan iaitu di dalam dan di luar rumah iaitu :
  1. Bercuti bersama keluarga
  2. Bersiar di hujung minggu
  3. Kembara sehari setiap bulan
  4. Berkhemah
  5. Hari keluar anak-anak dengan kawan mereka
  6. Tayangan gambar mingguan
  7. Majlis hari jadi buatan sendiri
  8. Parti tanpa sebab
  9. Bermalam di rumah/parti pijama - ajak kawan-kawan mereka atau sebaliknya
  10. Permainan keluarga
  • Ini akan mewujudkan jalinan keluarga yang amat berat, keseronokan bersama keluarga untuk dikenang sepanjang hayat, mendapat penghargaan dari anak-anak dan kesediaan mereka untuk bekerjasama.
  • Ingatlah, beberapa tahun mendatang anak-anak akan meningkat remaja dan tidak perlukan kita.
Bab 5 : Semaikan Bakat Kepimpinan & Kemasyarakatan Hari Ini Untuk Masa Depan Yang Cemerlang
  • Ianya tidak dapat diwarisi, tetapi boleh dilatih dan dipelajari. Sekarang adalah masa terbaik untuk anak-anak belajar bakat kepimpinan bagi masa depan mereka
  1. Tanam benih kepimpinan sejak kecil
  2. Galakkan anak sertai aktiviti di sekolah
  3. Rebut peluang untuk menjadi pengawas
  4. Beri latihan kepimpinan di rumah
  5. Beri tugasan kepada setiap anak di rumah
  6. Bentuk kemahiran mendengar dengan aktiviti yang menyeronokkan
  7. Dedahkan mereka pada peristiwa semasa
  8. Tanamkan sifat yang baik
  9. Ajar mereka mencari model contoh sendiri
  10. Latih mereka jadi pengikut yang baik
BAHAGIAN C : BERUNDUR DAN RAIKAN KEJAYAAN


Bab 6 : Sumbangkan Kepada Masyarakat - Beri Semula Apa Yang Telah Anda Terima
  • Kita harus berterima kasih dan tunjukkan penghargaan dengan menyumbang kembali apa yang anak-anak kita telah terima iaitu ilmu yang tidak ternilai dari sekolah dan guru-guru
  • Caranya :
  1. Aktif dalam PIBG
  2. Dermakan pakaian, buku-buku dan bekalan sekolah pada anak-anak yang susah
  3. Jadi tutor secara sukarela
  4. Jadi pembantu guru
  5. Ambil pelajar miskin sebagai anak angkat
  6. Tawarkan khidmat dan kepakaran anda secara sukarela
  7. Menaja ruang, padang, pokok dan sebagainya
  8. Sukarela anjurkan acara kutipan wang tabung amal
  9. Sumbangan dalam bentuk wang dan kebendaan
  • Anda akan menikmati satu perasaan bangga kerana mencapai kejayaan bahawa dapat memberi kesan yang berkekalan di tempat anak-anak menimba ilmu
Bab 7 : Serahkan Kepada Tuhan
  1. Buat segala yang anda boleh, habiskan semua ikhtiar
  2. Setelah anda membuat pilihan teruskanlah kehidupan
  3. Sentiasa percaya, yakin dan positif bahawa yang dirancang akan menjadi kenyataan
  4. Bersyukur dan gembira dengan apa yang anda ada
  5. Terima apa jua keputusan baik atau buruk
  6. Serahkan diri kepada-Nya melalui sembahyang yang telah diwaktukan bersama dengan ahli keluarga
PENUTUP :

Bermulalah sekarang. Ibu bapa mestilah meningkatkan kasih sayang kepada anak-anak. Inilah masanya untuk menetapkan sempadan dan sekatan yang akan melindungi anak-anak dari gejala negatif. Sekarang juga masanya untuk ibu bapa melepaskan tekanan belajar. Masa-masa yang berkualiti boleh digunakan untuk santai bersama keluarga. Dengan itu, ibu bapa tidak merampas daripada mereka kegirangan menjadi kanak-kanak. Disamping anda akan membiarkan mereka membesar menjadi pemimpin semula jadi yang bersopan dan insan yang rendah diri seterusnya dihormati masyarakat.

No comments: