Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Sunday, January 23, 2011

DOKTOR= PROFESIONAL, LAWYER = PROFESIONAL, GURU = PROFESIONAL tapi!!!

perkara yang selalu bermain di fikiran saya~

Mama: Angah, rugi angah tak apply Medic dulu. Kalau tak boleh jadi Doktor dah macam kawan2 angah~
Saya  : Senyap.

Itulah pemikiran orang tua-tua. Normal. Tak mustahil. Memang sangat ramai yang masih berfikiran begini. Jika anak ambil Medic/perubatan maka ibubapalah yang paling bangga. Bangga teramat bangga. Bukan saya nak merendah2kan ibubapa saya atau rakan2 yang ambil medic, tiada kaitan dengan mereka. Saya hanya ingin meluahkan pendapat dan MEMBETULKAN pandangan masyarakat terhadap profesion perguruan. Profesion ini memang tergolong dalam golongan PROFESIONAL, sama seperti Doktor, Lawyer, Engineer dan pekerjaan2 lain yang menjadi kegilaan dan kebanggaan ramai. Memang semua kerjaya itu bagus dan i'allah boleh menjamin masa hadapan. Perkara penting yang saya ingin utarakan di sini ialah:

GURU termasuk golongan PROFESIONAL tetapi, mengapa masih ramai masyarakat Malaysia yang tidak memandang kami seperti golongan PROFESIONAL yang lain?

Seorang penceramah dalam kursus yang pernah saya hadiri pernah berkata begini:

"Kalau kita balik kampung kalau orang tanya kita kerja apa, kita jawab CIKGU, mesti mereka akan cakap "La...cikgu je ke~"...

Kemudian penceramah tersebut menasihati kami supaya berkata begini jika diajukan soalan yang sama:
" Saya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sekarang..."

Confirm mereka tercengang dan tergamam.

Kemudian isu Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dan Guru Ganti yang hangat diperkatakan dalam dada akhbar akhir-akhir ini. Bila kerajaan nak tamatkan kontrak mereka mula merayu-rayu dan mempertikaikan usaha dan pengorbanan mereka sepanjang menjadi guru. Bukan saya hendak menutup periuk orang lain atau dengki dengan rezeki orang lain, tetapi, yang menjadi masalah sekarang ialah saya SANGAT SAKIT HATI apabila mereka yang kebanyakannya tidak ada kelulusan tertentu dalam bidang pendidikan ini mengambil jalan mudah untuk menjadi guru kerana itu adalah jalan terakhir untuk mencari wang. Contohnya mereka yang dah berbulan-bulan menganggur, atau pun mereka yang tidak tahan dengan bebanan kerja seperti perempuan yang perlu bekerja di pelantar minyak, ataupun stress dengan kerja ofis, ataupun tak tahan dengan bos, ataupun perempuan tersebut dah berkahwin dan perlu berpindah ke tempat lain kerana mengikut suami. Oleh kerana sukar mencari pekerjaan lain, maka peluang terakhir adalah menjadi GURU demi mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga. Apakah?


Rendah sangat ke martabat seorang guru?



Kenapa korang pilih guru sebagai pilihan terakhir dalam kamus hidup korang? Sedangkan saya buat pilihan untuk menjadi guru sebagai pilihan pertama saya sewaktu mengisi borang UPU untuk masuk ke universiti?


Jauh di dasar hati ini saya benar-benar berharap agar golongan yang berilmu dan terdidik seperti kita dapat mengubah persepsi masyarakat tentang perkara ini. Memang tidak dinafikan ada antara mereka (GSTT dan Guru Ganti) benar-benar berminat dalam bidang ini dan berkebolehan menjadi seorang pendidik yang baik tetap saya benar-benar berharap kerajaan dapat mengambil langkah yang rasional dan bertanggungjawab demi menjaga maruah profesion perguruan yang 'dianggap' profesional ini. Contohnya:

Kalau nak jadi Doktor kena ada MEDIC certificate dan dapat title 'Dr.' kan? So kalau cikgu pun sama lah, kena ada EDUCATION certificate baru boleh dapat title 'Cikgu' kan?

Saya menyokong penuh tindakan kerajaan yang mengambil langkah mengutamakan GSTT untuk masuk IPG seperti di sini untuk maklumat lanjut.

Tetapi saya kurang bersetuju dengan tindakan kerajaan menyambung kontrak GSTT bagi tahun 2011 seperti di sini untuk maklumat lanjut. Bagi saya biarlah mereka menyambung pengajian sepenuh masa atau separuh masa bagi mengambil SIJIL PENDIDIKAN terlebih dahulu sebelum mengajar. atau pun pihak kementerian menjalankan ujian insak dan temuduga bagi menapis mereka supaya hanya golongan yang layak dan cemerlang sahaja boleh menjadi GURU.


Saya sangat kagum dan berterima kasih dengan ibubapa yang bekerjaya sebagai seorang guru, dan anak-anaknya juga dinasihatkan untuk menjadi guru. Mungkin mereka nampak kemuliaan seorang guru sebagai pendidik anak bangsa serta sebagai 'saham' diakhirat kelak. Pekerjaan lain juga mulia jika dilakukan dengan ikhlas kerana Allah dan dilakukan dengan sebaik mungkin tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Biarlah anak-anak memilih sendiri profesion/bidang yang mereka minat, selagi tidak bertentangan dengan agama, benarkan dan redha dengan pilihan mereka, ibubapa hanya perlu menyokong dan terus memberi nasihat agar menjadi 'insan yang beriman dan yang terbaik' seperti yang telah saya nyatakan di entri ini.  Sama-samalah kita beringat, walau apa kerjaya kita, jadilah insan yang beriman dan bertanggungjawab terhadap keluarga, agama dan bangsa. Tiada gunanya mencari wang pagi petang siang malam tetapi tiada keberkatan, kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup.



Sekian.


p/s: Ini adalah luahan dan pendapat peribadi. Dilarang copy-paste dan publish dimana-mana tanpa izin saya terlebih dahulu. Maaf jika ada menyinggung mana-mana pihak yang terasa dengan kata-kata di atas, apa yang benar datang dari Allah dan yang salah adalah kesilapan dan kekhilafan saya sendiri. Wallahua'lam~



5 comments:

Cikgu Fieza said...

Luahan hati seorang guru. memang pon Bella. Bukan mak ayah awak sorang je saya rasa. Orang lain pon mcm tu. Tapi takpe. Ni tanggungjawab kite jugak untuk membuktikan dekat ibubapa kita jadi cikgu pon boleh pergi jauh. Sekarang cikgu pon banyak peluang kenaikan pangkat. Selamat berusaha bella!

Org skang mmg jadikan guru ni pekerjaan pilihan terakhir. Sebab suatu masa dulu memang guru ni spm tak seberapa pon boleh mohon. So org anggap senang je nak dapat jd cekgu. Tak payah susah2 blaja. kan kan.

Nur Dawana said...

nak Share kat Fb la bella...boleh x??hee~~aku sgt berterima kasih dgn mak abh aku sbb dorg yg meggalakkan aku pilih profesion keguruan ni dr awl lg.mereka sgt berbangga n xpernah membandingkan guru dgn doc or engineer etc. hee~ayuh!sama2 bangkit menjadikan profesion keguruan ini dihormati!

Noor Nabila Jasni Teoh said...

bleh je wana...sila2..hehe..rasa mcm xla teruk sgt or kasar sgt bahasa aq kan?grammer ok?wahahhaa..hehee...

dia cmni tau..bila sek terima cg2 yg GSTT and guru ganti ni kan, apa pandangan keluarga yang terlibat ('guru' tersebut), then diorg cerita kat jiran tetangga la sedara mara la ckp "aq apply je cikgu ganti kat sekolah tu, dapat je...senang kan?"

ha..so mestilah pndgn masyarakat kat profesion perguruan ni rendah kan? so nak kata salah siapa?org yang apply GSTT or guru ganti or pihak sek yang terima or KPM yang perlu membetulkan perundangan and sistem diorg tu???

Miss CheeZy Cake said...

Aku setuju banget ama tulisan mu itu. emang bener kok.lol.. tetiba ;p

Memang tak nafikan ada sesetengah guru/bekas guru gstt or ganti mmg ikhlas ingin menjadi guru dan mendidik anak bangsa dengan sebaik mungkin tapi bila semakin ramai guru dari kalgn mereka, mulalah masyarakat kita yang memandang remeh pd profesion perguruan. Mulalah ada yang akan buat teori sendiri and make a conclusion that this profesion is no better than any other 'black collar profession'. bukan niat nak memandang rendah pd profesion lain ye (sila jgn mmndg serong pd kata2 org lain). Cuma sgt terasa bila org memperlekeh guru yg mnjdkn bidg ni 1st choice ms isi upu. harapnya 'memrtabatkan profesion perguruan' yang dicanang dalam PIPP lebih bersikap telus..inshaallah =)

Anonymous said...

erm,situasi saya pula berbeza..sy mempunyai 2 org kakak ipar dan seorg kakak yg memilih kerjaya sbg pendidik..kakak sy sering dipuji oleh saudara mara dan kawan2 nya begitu juga bila sy menyatakan pd rakan2 dan kenalan yg sy mempunyai kakak dan kakak ipar yg bekerja sbg cikgu,mereka rasa sgt kagum..

pd pandangan sy,mungkin ia bergantung pd individu itu sendiri..yela,lain org,lain perspektifnya kn..wlu ape2 pn, just ignore je kata2 negatif org..yg pntg kerjaya yg anda pilih mendapat keberkatan Illahi..