Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Sunday, May 26, 2013

konflik orang berpantang?

 
Alhamdulillah hari ini Khayla dah berumur 19 hari
diberikan nikmat kesihatan dan kegembiraan kepada kami sekeluarga
Saya pun makin sihat
Dah mula malas nak bertungku,pakai barut,kain batik
Nak je sarung seluar tido bila malam
Kadang-kadang kaki ni tak sedar dilipat jadi duduk bersila bila nak cepat susukan khayla
Terutamanya waktu tengah malam bila semua orang tidur dan berdengkur
 
Dalam tempoh 2 minggu ni
kadangkala kaki terasa sejuk
Badan kurang sedap,mungkin posisi menyusu masih kurang arif
Masih tidak tahu menyusu sambil baring
Maka tiap kali nak menyusu di tengah malam saya akan duduk bersandar di kaki sofa sambil mata menahan mengantuk
Tekak sentiasa haus
Bila diminum bergelas-gelas sekaligus,
Dimarahi orang tua,katanya tidak elok
Kalau nak dibincangkan tentang apa yang boleh dan tidak boleh bila berpantang memang menggugat kesabaran
nenek saya mula membeza-bezakan pantang dulu dan sekarang
Ini boleh makan ini tak boleh
Bila ditanya kenapa tak boleh makan katanya sejuk
Ibu saya akan bagi juga sesudu untuk saya makan
Mudah,terima kasih ibu.
sememangnya tempoh berpantang byk menimbulkan konflik antara org tua dan muda
Ayat nenek pasrah bila org muda memberikan alasan saintifik tentang sesuatu perkara ialah
"yelah...korang orang moden...aku tak
moden"
 
Itu baru pasal berpantang.
 
Belum isu menyusu.
Adalah mulut cakap susu tak banyak la...tu la ni la...
kena susu belah kanan dulu kemudian belah kiri,macam makan nasi kemudian minum air
kalau difikirkan dari sudut sains ade ke beza susu belah kanan dengan kiri?
pastu ade yang cakap anak tak puas menyusu la
Walhal dah sendawa dah khayla ni
Nak dia muntah ke pe ngan susu,
kalau die dah tolak maknanya die dah rasa puas la masa menyusu tu
Sabar jelah.
Suami pun bersabar je dengan mulut2 ini.
Thanks support ila yang.
 
hmmm,bila berpantang ni rasa emosi sgt tak stabil
Mudah je nak bertakung air mata
Bila tengok kat tv pasangan bercuti ke pulau atau kemana saja rasa iri hati
timbul dalam diri seronoknya jalan dan bercuti berdua
bebas untuk kemana saja dihujung minggu
Walaupun bersantai berdua di rumah itu sudah cukup nikmat
Tapi kini tidak lagi
Sudah ada ahli baru dalam kehidupan kami,Khayla Aufiyya
Bukanlah ibu nak kata kehadiran khayla menyusahkan kami
Sungguh tidak
Cuma kami ibu ayah masih baru
Dan masih cuba untuk menyesuaikan diri untuk hidup bertiga
Walaupun sekarang mama (ibu saya) boleh tolong dodoikan khayla malam2 bila khayla menangis tanpa sebab,basuhkan berak khayla,mandikan khayla,
Tapi sekarang pun susah ibu ayah nak makan sekali,tidur sekali
Ibu harap kita bertiga dapat bekerjasama dengan sebaiknya bila kita dah balik rumah kita nanti ye sayang...
 
Khayla...
hari ini hari ulangtahun perkahwinan ibu ayah
#huh khayla tetibe menangis masa tengah tidur bila saya menaip ini#
Ibu sangat bersyukur dikurniakan khayla  yang sihat dan sangat sempurna ciptaanNya
Ibu bersyukur juga dikurniakan suami, ayah khayla yang sangat banyak bersabar dan penyayang
Semoga kita sekeluarga diberikan nikmat kesihatan,kasih sayang dan keberkatan hidup dunia akhirat
 
Inshaallah
 
Thank you allah!
Saya tak sabar nak sujud,tanda syukur atas segala nikmatMu
cepatlah 'bersih'!

*malam semalam ayah hadiahi ibu rantai emas,harini ayah pakaikan rantai tu kat ibu,thank you daddy,we love you...*
 


Tuesday, May 14, 2013

The True Labour Day


Yes, our due date is on Labour Day, 
1st May 2013
But the EXECT Labour Day for us was
7th May 2013

and this is how the story begins
*sorry campur-aduk bahasa ye!*

30 April 2013

- Check-up seperti biasa di Klinik Kesihatan TTDI
- Suami teman buat kali ketiga sepanjang kehamilan, *it's okay, it's okay....*

1 Mei 2013

- Dah start cuti, tak kerja, walaupun memang consider hari tu cuti umum dah
- Masih tiada tanda nak bersalin
- Kawan-kawan sekolah lama datang ke rumah, saja makan-makan lepak-lepak

6 Mei 2013

10.30am:
Bertolak ke Hospital Sg. Buloh untuk menyerah diri memberitahu telah terlebih due date, aka 'post-date' 

11.30am:
Pendaftaran

12.00t'hari:
Check jantung baby, normal alhamdulillah
Menunggu
Terus Menunggu
Suami duduk di tempat pelawat, tak boleh teman :(
Tunggu lagi

3.30pm:
Check bukaan, first time kene seluk. Nasib doktor perempuan. Tak la sakit pun bak kata orang ramai. Biasa je. Result: Bukaan 0-1cm. Senang cerita belum lagilah! Doktor cakap inshaAllah boleh balik arini, tak perlu warded. Happy! Terus call suami. Dah terbayang malam tu dapat tidur sama dgn suami lagi atas katil yang empuk. Sementara menunggu confirmation, kene tunggu lagi kat tempat menunggu. Owh, sila jangan membayangkan saya menunggu dgn keadaan yang terbaring di atas katil wad ye. Maaf. Kami hanya menunggu segala check-up tu dengan duduk di atas kerusi yang disediakan. Kerusi biasa je, tapi tak la kerusi keras. Ada span jugak la. Tapi yang tak seronoknya ialah sambil menunggu, kite melihat wanita lain ada yang tengah duduk sambil pegang-pegang perut dan dahi berkerut tahan sakit. Lagi 'best' bila ada yang mengeluarkan bunyi kesakitan aka merintih/mengeluh. Lagi 'TERBAIK' bila kita dengar bunyi menjerit dari Labour Room yang hanya terletak 10 langkah dari tempat menunggu wanita-wanita mengandung yang mempunyai pelbagai situasi berlainan. Tak semuanya buruk. Bila dengar bunyi bayi baru lahir yang menangis, siapa tak rasa seronok kan?

Suami di luar dah tak sabar nak bawa saya pulang, sanggup taknak makan makanan yang telah dibeli. Nak makan kat rumah je katanya. Tapi saya suruh jugak makan dulu. 

5.00pm:
Doktor MO panggil untuk check. Scan baby, katanya baby dah matang, kepala baby dah ok masuknya, saiz tangan kaki kepala semua ok, uri ok kat atas, tiba-tiba...
"Air ketuban die dah kurang la. So awak kene tahan la malam ni ye. Esok akan dimasukkan ubat induce untuk bersalin."
"Huh? Hmmmm...sedihnya..."
...... Masih kurang puas hati.....
"Doktor, nak tanya, macam mana nak tau air ketuban kurang tahap mana yang kene tahan. Ada bacaan apa-apa ke? Kalau normal macam mana?"
"Kalau normal bacaan air ketuban tu 8. Awak ni dah 4.5"
"Huh? Ye ke...Ok..."
..... Sambil buat muka sedih, sambil bangun dari katil, dah nak nangis. Mind-set malam ni tidur rumah! .....
 Keluar bilik doktor sambil message suami.
Sebak sangat
Tak sanggup nak call, confirm akan nangis depan orang ramai.
Pergi surau dulu untuk solat Asar, call suami.
Nangis.
Tak sanggup nak berasingan dan bermalam di hospital malam tersebut. Mind-set tak ready. Dan terbayang-bayang sakit contraction bila induce tak sama dengan sakit contraction secara normal.
Suami hanya boleh menenangkan saya melalui nasihat, banyakkan bersabar, zikir, istighfar...jangan risaukan dia. 

9.30pm: 
- Masuk wad dengan diiringi suami, Dr. Hazwani dan Dr. Buvanes

10.30pm: 
- Suami pulang
- Survive sorang-sorang, first time masuk hospital, rasa macam masuk asrama balik
- Tak boleh tidur malam, rasa pinggang tak sedap

7 Mei 2013
6.00am:
- Solat Subuh, Solat Hajat, Baca Surah Maryam

9.30am:
- Doktor check bukaan sebelum masukkan ubat induce
- Bukaan dah 3cm, doktor decide tak perlu masukkan ubat induce bersalin. Biar 'terbuka' secara normal.
- Syukur Alhamdulillah..sangat-sangat bersyukur dengan kuasa Allah. Terus message suami beritahu berita baik.
- Solat sunat dhuha, sujud syukur....

12.30noon- 2.30pm:  
- Waktu melawat, suami masuk temankan. Yeay!!!
- Ada keluar lendir bercampur darah
- Sakit contraction mula terasa 10 minit sekali
- Minta suami tolong urut-urut belakang badan, kaki

3.00pm: 
- Badan rasa panas sangat
- Tapak tangan berpeluh, tapak kaki berpeluh, lajukan kipas kat atas katil wad

4.00pm: 
- Doktor check bukaan, 4cm
- Doktor tanya nak pain killer ke tidak,agaknya tengok muka tengah tahan sakit kot
" Ada effect apa-apa ke nanti?"
" Kalau ada saya tak offer..." nada gurau seorang doktor
"Hmmm..bolehlah kalau macam tu"

4.30pm: 
- Suami masuk melawat bersama mak (mak mentua)
- Tak selesa berbaring, lebih selesa duduk tegak di kerusi, hanya berselawat dan tahan je bila sakit
- Sakit contraction 5 minit sekali, setiap kali contraction dalam masa 30-35saat
- Mak ('sister bersalin' yang baru pencen) baca rekod-rekod dan bacaan graf yang ada 
- Mak rasa perut yang sedang mengeras setiap kali rasa sakit contraction
- Mak nasihatkan tak perlu ambil pain killer, rasa sakit tetap sama mak kata, ok tak jadi ambil pain killer
- Mak sapukan air selusuh di perut, dan saya minum seteguk
- Pasrah
p/s: mak mentua cakap kat suami saya tahan sakit. kuat! yeay!

6.30pm:
- Suami pergi ke surau untuk solat Asar
-  Rasa macam sakit sangat, minta tolong nurse tolong check-kan bukaan, nak tunggu doktor check pukul 8 nanti rasa macam lambat sangat
- Nurse dan doktor HO check, katanya "Dah tak rasa 'membrane' ni. Boleh dah tolak ke labour room ni!"
-  Sambil saya ditolak ke labour room dgn kerusi roda, suami mengemaskan barang-barang.

6.50pm - 7.50pm: 
- Bersabar, meringkuk di katil, hanya Allah yang tahu sakit contraction.
- Sesekali berborak dengan nurse practical dari PUSRAWI. 
- Menyedut gas penahan sakit setiap kali contraction walaupun rasanya ia tidak membantu. Tapi sedut ajelah. Dah tak tahu nak watpe time tu. 
- Merintih juga di atas katil kerana tahan sakit. 
- Memegang sisi katil bila sakit.
- Nurse panggil doktor (Dr. Qistina) masuk bila tengok saya dah semacam sakit agaknya
- Bila nampak doktor arahkan nurse untuk siapkan segala keperluan untuk menyambut bayi, saya rasa sangat lega. Rasa selamat dan bersedia untuk meneran bila-bila masa saja.
- Doktor check bawah, nampak dia pegang gunting, pecahkan air ketuban.
- Doktor ingatkan jangan teran lagi, teran bila betul-betul rasa nak berak dan ada contraction.
- Contraction datang
- Teran sambil pejam mata, tangan pegang cadar rasanya, ke pegang buku lali, tak ingat dah.
- Bila teran terasa seketul keluar,bahagian kepala dah lepas. Kemudian seketul lagi bahagian bahu kot.
- Bukak mata, dengar nurses kat depan tu semua puji 'pandainya teran!', 'Sekali lagi! Baby dan nak habis keluar dah tu!'
- Ambil nafas, sekali lagi teran.
-Terus meluncur keluar.
- Dengar bunyi baby, nurses semua gembira.
-SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR tidak putus-putus dibibir saya.
-Alhamdulillah selesai segalanya
- Nurses gelak sebab baby keluar je terus bersin-bersin.
- Nurse letak baby di atas dada sambil meniarap. Baby berak hitam terus. :P
- Nampak suami di sisi. Subhanallah. Allah sahaja yang tahu perasaan ketika tu. Lega. Suami tidak berkesempatan melihat proses bersalin sebab beliau sedang solat maghrib berjemaah di surau hospital. Nurse call masa beliau tengah baca doa. Walau dah berlari tapi disebabkan proses bersalin sangat dipermudahkan Allah, beliau masuk je baby dah ada atas dada saya. Tapi beliau nampak la ada banyak darah kat bahagian bawah saya tu katanya.
- Proses membawa keluar uri dan menjahit berjalan selama 20 minit. Sempat berborak dengan Dr. Qis, tanya berapa panjang jahit, 3cm katanya. Saya siap cakap, "Jahit cantik-cantik ye doktor."
- Kemudian kami dibiarkan di Labour room, bersama Dr. Hazwani dan Dr. Buvanes sambil bergambar, rakam video.
- Stimulate baby untuk menyusu. Suami rakam video masa tu. Terkebil-kebil mata baby tengok ibu and nipple. Mulut kecik macam burung itu tercari-cari nipple dan blurr macam mana nak hisap. Akhirnya berjaya. Pandai anak ibu ayah.

9.30 pm: Masuk wad kelas dua. mama, kakak, makteh, kakcik, suami, Dr. Hazwani dan Dr. Buvanes masuk sekali. Guard bengang je sebab ramai masuk ke wad waktu dah malam. Semua atas tiket kawan doktor. Thanks a lot Dr. Hazwani dan Dr. Buvanes. Love u! Dr. Buvanes sendiri yang tolak saya dan baby masuk ke wad malam tersebut. Dr. Hazwani terus screening baby, check on everything. TQ babe!!!

Malam tersebut hanya tinggal kami berdua. Kalut, memang ada. Dah la tak pernah pegang newborn baby, apakan lagi basuh berak, tukar pampers, menyusu. Tapi hentam je. Dua kali gak la terpaksa panggil nurse bila baby menangis. Memang tak tidur malam pertama dengan baby. Baby menangis bila  diletakkan di tempatnya. Bila dipeluk dan disusukan, senyap.

8 Mei 2013

6.30am:
Call suami dan mak mintak dtg segera untuk menghantar pampers baby. 3 helai yang ada dah habis digunakan. kuat berak.
8.00 am:
Suami datang naik motor tapi tak dibenarkan masuk. Guard hantar barang. Baby diberikan BCG.
10.30 am:
Suami datang semula dengan kakak.
2.30 pm:
Pulang ke Shah Alam. Alhamdulillah.

Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan sangat lancar. Menjadi seorang ibu memang sangat menyentuh jiwa. Tidur malam tidak lagi sempurna, tapi bila lihat muka anak, saya bersyukur.

ALHAMDULILLAH


Gambar malam pertama di wad. Baby masih di dalam. Terima kasih Dr. Hazwani dan Dr. Buvanes (tiada dalam gambar). Love both of you!   







































Muka baby sewaktu awal kelahiran.
Malam pertama kami bersama. Mommy and daughter bonding time.



Disini saya selitkan jugalah 'Kata orang...' sepanjang kehamilan dan bersalin sementara saya masih ingat.

1. Kata orang, minum air kelapa banyak-banyak nanti bersalin baby bersih, kurang berdarah dan selaput putih-putih tu. Ya, memang betul. Saya minum dalam 2-3 kali seminggu bagi minggu ke 37 ke atas. Alhamdulillah memang baby keluar sangat bersih. Nurse sendiri yang cakap baby bersih dan kulit cantik.

2. Kata orang, minum susu kambing baby tak kena kuning. Mungkin betul mungkin tidak, Saya minum susu kambing (serbuk) brand Anugerah, yang telah dibacakan ayat-ayat Quran. Beli dari kawan. 10 botol saya minum. Hari ketiga baby nampak kuning,dibawa ke klinik, bacaannya 199.5. Kalau 300 kira risiko effect to brain. Mulalah si atuk, moyang suruh bagi minum air masak kat baby, jemur baby. Saya abaikan. Teruskan dengan breasfeeding. Alhamdulillah hari keenam, bacaanya dah berkurang ke 160. Kesimpulannya, boleh je cuba amalkan minum susu kambing. Mungkin membantu juga.

3.  Kata orang, sakit bersalin tu macam sakit senggugut. Ya, mungkin. Walaupun saya tidak pernah kena senggugut, tapi bila cerita pada orang yang pernah senggugut, mereka setuju. Sakit contraction memang sakit. Belakang pinggang rasa nak dipatahkan. Saya terbayang mematahkan kayu kepada dua. Rasa nak buat begitu kepada tulang belakang sendiri. Kemudian di bahagian perut pula, mengeras semacam. Makin lama, sakit contraction itu menyebabkan saya menutup mata dan meringkuk di atas katil sambil merintih. Semoga segala dosa saya yang lalu dihapuskan dengan sakit ketika bersalin.

4.  Kata orang, 'hilang' sakit bersalin setelah melihat muka baby. Ya, mungkin. Memang lega setelah melihat muka baby, tapi tetap ingat sakit bersalin tu macam mana. heheh. Dah bagitau husband pasni 'hold' 2-3 tahunlah.

5. Kata orang, akhir-akhir kehamilan elok kerap 'bersama' suami. Saya tak pasti. Sebab akhir-akhir kehamilan kami agak kurang 'bersama' kerana telah berpindah ke rumah saya di Shah Alam dan mungkin busy dengan aktiviti seharian. Mungkin ya, nurse cakap bahan dalam sperma membantu membuka pintu rahim.

6. Kata orang, air selusuh membantu memudahkan bersalin. Ya, memang ya. Ketika mak mentua melawat saya pada pukul 4 petang 7 Mei, beliau nasihatkan saya untuk minum air selusuh kerana bukaan sudah 4cm. Saya agak takut kerana pernah dengar, minum air selusuh bila saat akhir je, bila bukaan dah 8-9cm. Disebabkan percaya dengan nasihat seorang ibu dan nurse bersalin, saya minum seteguk Mak mentua menyapukan sedikit air selusuh di atas perut. Jangan tak percaya, pada pukul 6.30 petang, saya rasa sakit sangat dan bukaan dah 6cm. Selaput sudah tiada, dan kerana itulah saya terus ditolak ke Labour Room. Tapi 'kena' gak la dengan doktor dan nurse sebab merek tak percaya dalam masa 2 jam saya dah rasa sakit begitu. Cepat sangat. Kemudian, mulut ni jujur sangat bagitau minum air selusuh. Air pulak saya letak elok-elok depan katil, siap berlabel 'Air Selusuh Nabila' lagi. kihkih. Kesimpulannya, air selusuh memang mujarab. Tapi, minumlah bila betul-betul dan sakit sangat. Air selusuh akan mempercepatkan contraction, tapi bukaan agak kurang pasti. Terima kasih suami kerana buatkan air selusuh tersebut.

7. Kata orang, kita perlu berlatih cara pernafasan untuk bersalin semasa mengandung. Ya. Perlu. Tapi tak perlulah berlatih setiap hari dan setiap masa. Cukuplah membuat sedikit rujukan di Youtube contohnya. Tapi, tolong jangan tengok proses bersalin yang 'sukar' dan menjerit-jerit di Youtube. Jangan tengok video bersalin yang negatif-lah senang cerita. Saya haritu tengok satu video bersalin, senyap sahaja. Tanpa sebarang bunyi, orang tu meneran dengan elok. Saya pun berkata pada diri "Saya perlu buat macam tu nanti. Jika orang lain boleh, saya pun boleh inshaAllah." Selain itu, saya juga sering mengingatkan diri sendiri "Jika orang lain boleh beranak ramai dan tak serik dengan bersalin, saya tidak perlu takut untuk bersalin." Kemudian, ingatlah, sakit bersalin akan menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu. Kita akan jadi suci bersih seperti bayi yang baru lahir juga. InshaAllah. Aminnnn.

8. Kata orang, selepas bayi lahir susu memang sedikit. Ya. Tetapi, alhamdulillah selepas bayi lahir, malam pertama kami nipple saya telah mengeluarkan susu dan baby dapat minum dengan secukupnya kot. Rezeki Allah untuk anak. Tapi, sebenarnya, waktu mengandung lagi saya selalu menbersihkan nipple dengan 'menolak'nya keluar bagi mengelakkan 'puting buta'. Kemudian, bersihkan liang-liang atau pores di kawasan nipple dengan air suam ketika mandi kerana liang-liang tersebut dah 25 tahun tersumbat dengan segala macam benda, hehe. Nak minta suami tolong 'stimulate'kan nipple? Apa salahnya.... :D
Alhamdulillah hari keempat dah meleleh susu saya. Selepas berurut pada hari kelima, susu makin banyak dan saya mula mengepam walaupun hasilnya 1-2oz sahaja. Mulalah si moyang berkata susu sikit, blablabalanaa...abaikan sahaja. Dia bukan ingat dulu dia pun macam tu masa awal-awal bersalin.

9. Kata orang, makan puas-puas sebelum berpantang. Ya, setuju. Makanlah apa yang kita nak. Minta saja pada suami, inshaAllah akan ditunaikan. Tapi waktu berpantang taklah teruk mana makannannya. Saya ok saja, sebab bukannya setiap hari makan ikan kembung bakar. Banyak menu yang menarik, daging masak blackpepper contohnya. Wallah!

10. Kata orang, jangan beli barang  baby awal-awal. Salah. Beli je bila ada sale atau expo. Bila beli barang sikit-sikit, kita tak terasa sangat duit keluar. Besar juga belanja barang baby. Tapi besar lagi belanja kawin. Orang kata jangan beli awal sebab takut apa-apa hal berlaku, contohnya keguguran dan sebagainya. Perkara sedemikian kita hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah sahaja. Sentiasalah bersyukur dan beringat. 

11. Kata orang, bila dah ada anak, kemesraan suami isteri akan berkurang. Tidak. Malah kami makin rapat, makin sayang, makin menghargai. Waktu berpantang saya tidur di antara baby dan suami. Tangan kanan tepuk baby, tangan kiri tepuk suami. Biarlah kita takda siapa yang tepuk. hehee



Thank you Allah for having them in my life!