Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Monday, February 20, 2012

Lung Cancer


Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillah
Allahuakbar

Pemergian seorang rakan
Mohd Fauzi M Zein ke rahmatullah
kerana menghidap penyakit kanser peparu
Lebih kurang 9 bulan menanggung derita
Allah mengambil nyawanya dalam masa beberapa minit
Waktu hampir maghrib, sedang menonton televisyen bersama adik-adiknya
Tiba-tiba beliau sesak nafas
"Mak, tolong masukkan morfin (dadah)
"Mak, sakit lagi...tlg call ambulance"

...

Makan  masa  menunggu ambulance tiba di rumah
sampai sahaja di Hospital Kajang
isyarat ini yang keluar
"_____________________________"

'Tetttttt...'
Beliau telah 'tiada'
MasyaAllah
Beliau dicatatkan meninggal dunia pada pukul 8.40 malam, 18 Februari 2012 (Sabtu)

Arwah merupakan 'teman' kepada sahabat baik saya sendiri, Hazwani a.k.a Berry
Tuhan sahaja yang faham apa yang beliau alami sekarang
Malam kejadian, jam h/p 8.39pm
"Bella, tlg doakan fauzi....aq panic!!!"
kemudian saya reply 
"Kenapa weh?"
beberapa saat selepas itu
call masuk
dengan suara menangis
"Bella...pojie dah meninggal..."
"YaAllah...subahanallah...sabar berry."

Keesokannya, berry bergerak menaiki bas terawal dari Jengka ke KL
pukul 7pagi
kami bertemu di stesen komuter kajang pada pukul 11lebih
dalam komuter saya terima msg dari berry mengatakan jenazah sudah berada di tanah perkuburan
"Maaf sahabat, kita tak sempat menatap wajar arwah buat kali terakhir"
Kami terus ke tanah perkuburan
Dugaan pakcik teksi yang agak xberapa pasti jalan ke tanah perkuburan agak melengahkan masa kami
tapi takpa, kami tetap dah terlewat untuk menatap wajah arwah
tiba sahaja di tanah perkuburan
Allah sahaja yang tahu betapa lajjunya berry jalan di hadapan kami
"Bella! Cepat la!!!"
Agak tinggi suara berry kepada saya
Maka saya terus mengikutinya berlari-lari anak ke beberapa kelompok manusia yang sedang duduk beralaskan tikar di atas tanah
Kami terus terduduk 
Air mata berjurai mengalir
Kata kakak arwah,
"Sabar...Kita jangan menangis...jangan seksa arwah..."
MasyaAllah
Allahuakbar


Hazwani Abdul Raffar
Pelajar Perubatan
Universiti Indonesia, Jakarta, Indonesia
Allahyarham Mohd Fauzi M Zein
Pelajar Perubatan
Universiti Trisakti, Jakarta, Indonesi

Tempat perkenalan: Persatuan Pelajar-Pelajar Malaysia di Kedutaan Malaysia, Jakarta, Indonesia


'In a relationship'


I know she love this edited picture very much


'The day that changed almost everything'


After a few  months


Bila arwah berdaya, dia akan 'Ping' Berry, and for sure, as a normal woman, she was so excited!

Masa berlalu...
Badan semakin sembab...
Mata semakin sembab
Tangan semakin kembung air
Kaki semakin kurus
Setiap hari ada sahaja 'teringin makan itu'
esok 'teringin makan ini'
Mak dan ayah ikutkan sahaja selera beliau
Si ayah sanggup bekerja lebih masa di pasar malam
Si ayah rela membawa Fauzi dengan menaiki van usang ke sana ke sini
demi mencari penawar

Allah Maha Penyayang
belum sempat menghabiskan akar-akar kayu dan air penawar dari Darul Syifa'
Beliau menyahut seruan Ilahi


Namamu hanya tinggal kenangan
Semoga jasa baikmu,
amal solehmu,
sedekah jariahmu,
menjadi bekalan di'sana'

We LOVE you

Semua orang mengatakan dirimu seorang yang baik
Rajin belajar
Ayahmu sering memujimu
tidak pernah meninggikan suara dengan adik-adik
Apakan lagi dengan ibubapa
dari kecil tidak pernah meminta wang belanja lebih dari apa yang telah ayah sediakan
dari kecil rajin mencari wang demi membantu ayah dan keluarga
Mengambil Jurusan Perubatan semata-mata demi keluarga
membantu keluarga
mengubah nasib keluarga
Namun, sebaik-baik perancang adalah Allah
semasa menuntut di Tahun Empat Universiti Trisakti
Lagi setahun untuk menamatkan pelajaran
Beliau disahkan menghidap penyakit Barah Peparu
Hanya bermula dengan demam dan batuk-batuk selama seminggu

Wahau SAHABATku,
Hazwani Abdul Raffar
bersabarlah.
bersabarlah.
bersabarlah.
Benar, semua ini pahit.
Benar katamu di tanah perkuburan,
"Aku rasa aq bermimpi...aku tak percaya jie dah takda'
Sebelum kita melangkah keluar dari tanah perkuburan,
aku menyuruhmu menyiram air di kubur arwah denan menggunakan air minumanku
aku dengar mulutmu mengatakan
'Bye jie...'
Subhanallah
Allah Maha Mengetahui
Ini yang terbaik untuk semua
Cukuplah penderitaan yang dialaminya selama hampir setahun
Cukuplah ayah membawanya berubat ke sana ke sini
Cukuplah ayah dan mak tidak pernah tidur lena setiap malam kerana risaukan Fauzi yang mungkin terjaga pada tengah malam untuk minum, minta diurutkan badan, hendak berborak
Cukuplah kakak sulungnya meniggalkan kerja sebagai tukang jahit di kedai demi menjada adiknya sendiri
Cukuplah mak melayan fauzi yang mempunyai selera makan tidak menentu
Cukuplah mak menyuap Fauzi makan
Cukuplah mak mengelap badannya pada setiap hari
dan
Cukuplah kamu untuk terus berharap Fauzi sembuh
dan memasang impian untuk hidup bersama
Pasrah dengan ketentuan Allah
Fauzi selalu ingatkan kita untuk terima qada' dan qadar kan... 
jangan lupa sampai akhir hayat nasihat arwah
'Jangan susah hati dengan ketentuan Allah'



Firman Allah bermaksud, 
"Dan sesungguhnya akan Kami (Allah) berikan cubaan (atau ujian) kepada kamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan Inna Lillahi wa ilahi rajiun (iaitu sesungguhnya kami ini milik Allah dan kepada-Nya kami kembali). Mereka itulah orang yang mendapat keampunan dan rahmat daripada Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk."


Sahabatku,
Setiap hari aku berdoa semoga Allah sembuhkan penyakit Fauzi
tapi Allah lebih menyayangi arwah
biarkan arwah pergi dengan tenang
Kenangan lalu hanya tinggal kenangan manis buat kalian
Cinta Suci dibawa ke syurga
Percayalah.
semoga kalian dapat bertemu di syurga Allah,
InsyaAllah.

Nasihatku, 
yang juga seorang hamba Allah
yang tidak tahu apa akan terjadi sesaat pun selepas ini
Semoga kamu tabah
Kuatkan semangat
Teruskan hidupmu
Teruskan cita-citamu
Teruskan menjadi seorang DOKTOR yang dapat merawat penyakit pesakit-pesakitnya
demi Allah
Bukakan hatimu untuk menerima teman-teman lelaki yang baru
Benar cinta pertama itu cinta yang paling berharga
Tetapi, yakinlah
Allah dan rancang yang terbaik untuk kita.
Bersabarlah sayang

InsyaAllah aku akan sentiasa berada disisimu 

Allahuakbar


Teringat mak arwah bercerita, sebelum menghembuskan nafas terakhir,
Arwah sempat mengatakan,
"Jie sayang mak..."

...

4 comments:

aliyyazaini said...

takziah utk kak wani dan keluarga arwah..
dan kak wani bertuah ada kawn sperti kak bella yg x jemu2 memberi kata2 pendorong dan nasiht...
semoga kak wani trus tabah...:)

Noor Nabila Jasni Teoh said...

amin... :)

eanaaziz1234 said...

this remind me of my late brother bell..which my love will nvr end...saba ye berry..jgn lupe doakn die...but u hv to move on dear...remember why Allah choose us to still alive..to be His servant..

Dell said...

emm .. sedihnya. ;( semoga arwah berda dikalangan orang yg dikehendaki-Nya.