Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

Scatch Pelamin for our 2012

Basic

Basic with the color of our reception. 'Dark Khakis' color, a dress for me, alhamdulillah!
[Baju sedia ada je, tak mampu untuk tempah baru]
1. purple maroon gold grey background
add-on: purple maroon gold purple background


 2. purple maroon gold white background


 3. purple maroon gold maroon backgorund


 4. purple pink grey background


5. purple pink soft pink background
6. red and white backgrond

7. shock pink and blue with top flowers

8. shock pink and blue, dark purple background

9. shock pink and blue, grey background

10. shock pink and blue, light pink background

11. white yellow grey background
12. white yellow pink with top flowers
13. white yellow with top flowers




hehe..so what are you gonna say?

Which number that you gonna chose for me?

Really appreciate your idea and votes for me!

Thanks a lot!!!





"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, 
maka turunkanlah, 
apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, 
apabila di laut maka naikkanlah, 
apabila jauh maka dekatkanlah, 
sekiranya dekat maka permudahkanlah, 
dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah 
dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , 
juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut 
dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, 
dengan rezeki yang halal dan baik, 
serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, 
dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, 
dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, 
sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"

Friday, February 11, 2011

Minggu pertama posting


7 Februari 2011 adalah tarikh keramat kepada semua pelajar SEP BATCH 2010 kerana ini adalah tarikh kami semua berkumpul di negeri tempat posting masing-masing bagi mendengar taklimat. Bagu mereka yang mengajar di bandar metropolitan Kuala Lumpur kami berkumpul di Hotel Citrus, Kuala Lumpur. Taklimat tamat pada pukul 5.30 petang.

Keesokan harinya saya dan rakan, ina melaporkan diri ke sekolah dengan berjumpa pengetua, GPK 1 dan sebagainya. Saya perlu mengambil tugas mengajar seorang guru yang sedang cuti bersalin. Mengajar English Form 2, Sivik Form 2 dan Form 3, dan Sains Form 5. Walaupun tidak dapat mengajar opsyen sendiri iaitu biologi dan kimia tetapi ini adalah realiti kehidupan seorang pendidik dan saya perlu menyahut cabaran yang diberikan. Pada hari pertama kami sudah masuk ke kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sewaktu perhimpunan pagi, ketika lagu sekolah dimainkan dan para pelajar menyanyikannya, jiwa tiba-tiba bergelora, sebak tak terhingga dengar lirik lagu sekolah, besar harapan guru dan negara terhadap pelajar, pelajar menabur janji untuk belajar, hormati guru...

10 Februari 2011, hari ketiga pengajaran sahaja saya dah terhayun tangan untuk menampar seorang budak lelaki yang biadab dengan guru. Tetapi saya memang saja 'action' nak tampar, fikiran masih waras dan saa bertujuan untuk mengajar budak lelaki tersebut sahaja supaya menghormati guru. Mulut sangat kurang a***. Sebelum meniggalkan kelas, saya berkata kepada semua pelajar dalam kelas tersebut:

" Kelas, boleh tak kamu berjanji dengan saya,..."

[ terus sebak. tidak boleh berkata-kata lagi. terus meninggalkan kelas tanpa menoleh kebelakang walau ada mendengar beberapa pelajar meminta maaf~ air mata dah bertakung tapi still steady and maintain ke bilik guru...]

11 Februari 2011, hari keempat pengajaran. Saya TELAH mencubit, memukul belakang badan pelajar dengan tangan, tarik side-burn (tepi rambut), tarik baju, pukul belakang badan dengan pembaris plastik, suruh salin nota sambil duduk atas lantai di depan whiteboard, merampas gula-gula, paksa pelajar buang gula-gula dalam mulutnya ke dalam tong sampah, jeling pelajar yang buat lawak b*d*h, mungkin itu sahaja setakat ini. Minggu depan ujian Februari, maka saya boleh 'tarik nafas' dalam seminggu lebih. Kemudian, saya tidak tahu apa pula yang akan saya lakukan terhadap mereka. Sedih melihat anak-anak melayu yang begini. Apa yang ada dalam pemikiran saya ialah, siapalah mak ayah mereka, bagaimana mereka menDIDIK anak-anak yang baru hendak meningkat remaja, bagaimana pula keadaan dan perangai mereka bila menjadi remaja dan dewasa kelak, apakah pekerjaan mereka nanti, merekakah yang akan menjadi penjenayah, pencuri, perompak, perogol? astaghfirullah~ Apakah kesilapan yang telah mak ayah mereka lakukan? Terlalu fokus pada kerjaya? Sampai bila? Nak kumpul harta banyak mana? atau adakah mereka terdiri daripada golongan yang mempunyai masalah ekonomi keluarga? Jika tak mampu hendak membesarkan anak tolonglah control childbirth. tolonglah. tak salah nak 'bermesra' suami isteri tetapi tolong fikirkan masa depan keluarga dan anak-anak. Tak guna anak banyak tapi tidak berkualiti. Kualiti lagi penting, sangat penting, berbanding kuantiti. jangan tahu buat tetapi tak tahu jaga. memang kasar bunyinya tapi tolonglah rajin-rajinkan diri untuk menambah ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Ibubapa perlulah berilmu sebelum mendesak anak untuk jadi orang yang berilmu. Tunjukkan contoh yang baik. Gunakan bahasa yang baik. Bertingkah-laku baik. Jangan meludah merata-rata dan meninggikan suara tak tentu hala depan anak-anak. Sentuhlan anak-anak anda dengan penuh kasih sayang...tolonglah perhatikan mereka, sayangi mereka, berikan didikan AGAMA yang baik dan cukup sebagai ASAS dalam kehidupannya pada masa akan datang. Sekali lagi saya merayu kepada ibubapa di luar sana...Tolonglah...

YaAllah, Kau berkatilah ilmu yang telah Engkau ajarkan padaku, Kau pulangkanlah kepadaku ketika aku memerlukannya, Kau lancarkanlah tanganku,, lidahku dan pemikiranku ketika menyampaikan ilmu kepada para pelajar, lapangkanlah dada mereka, mudahkanlah mereka memahami apa yang aku sampaikan dan ajarkan, berkatilah ilmu kami supaya kami berjaya di dunia dan akhirat yaAllah...amin ya rabbala' lamin...

setiap hari selepas solat inilah doaku untuk para pelajar...

perkenankanlah doaku dan mudahkanlah urusanku...amin... 

Alhamdulillah atas segala nikmatMu...rakan-rakan guru yang sedia membantu dan happening sentiasa, rumah sewa yang amat selesa dan bersih dan sempurna, rakan-rakan housemates yang OK, hanya perlu berjalan kaki ke sekolah, insyaAllah ada rezeki bolehlah beli kereta nanti-nanti, baju korporat guru dah tempah, hujung bulan ade pot-luck sesama guru, meja guru yang selesa, makanan kantin sekolah yang sedap dan harga berpatutan, alhamdulillah kesemuanya yaAllah...

Thursday, January 27, 2011

Lindungilah aku, ampunkanlah aku~

daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: 


iblis berkata kepada Tuhannya: "demi keperkasaanMu & keagunganMu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di dalam jasad mereka."


Allah menjawab: "demi keperkasaanKu & keagunganKu, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepadaKu."


source: http://truly-iltizam.blogspot.com/2011/01/daripada-abu-said-al-khudri-r.html


Bila umur semakin meningkat, makin banyak 'mata' saya melihat pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini.
Sebahagiannya:

1. Mementingkan kerjaya dan desakan hidup daripada menjalankan tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan agama.
2. Mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Astaghfirullah~
3. Tidak menunaikan solat Jumaat bagi lelaki. Astaghfirullah~..bukannya uzur, tetapi malas dan kurang iman dalam diri.
4. Tidak menambah ilmu dunia dan ilmu akhirat. Berpuas hati dengan ilmu yang telah ada (sangat sedikit ilmu yang ada pada diri walhalnya). Namun berapa banyak ilmu yang ada itu telah/sedang diamalkan.
5. Al-Quran tidak disentuh, apakan lagi membacanya, apakan lagi menyelak tafsir untuk memahami ilmu Allah yang cukup luas.
6. Tidak menjaga kata-kata dalam pergaulan. Sentiasa mengumpat dan tidak berpuas hati dengan orang lain.

Subhanallah...
Jauhilah daku daripada melakukan perkara-perkara kemungkaran seperti mereka...
Peliharalah daku...
Hanya kepadaMu aku meminta pertolongan dan perlindungan...
Ampunkanlah segala dosa-dosaku yang telah lalu dan hari ini yaAllah...
Amin ya rabbal a'lamin~

Friday, January 21, 2011

Alhamdulillah~

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Bersyukur yang tak terhingga atas kurniaanNya, memberi kesihatan yang baik untuk menghadapi temuduga GST(Guru Sandaran Terlatih)

YaAllah,
Ku bersyukur kepadamu kerana memudahkan segala urusanku untuk menghadapi temuduga ini,
Kau memberi ketenangan dan kecerdasan minda kepadaku,
Jauh didasar hati ini, ku berharap kepadaMu yaAllah,
Kau tempatkanlah daku di sekolah yang baik2, sekolah yang 'sihat iklim'nya,
Memberi rakan2 sejawat yang dapat menjadikan aku insan yang lebih baik dan bertaqwa kepadaMu,
Sesungguhnya Engkaulah tempat ku bergantung, berharap,
Engkau Yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, dan Maha Mengasihani...
Amin ya rabbal alamin...


Sebenarnya kata-kata di atas saya copy-paste daripada blog saya yang sebelum ini..maaf kat semua followers kat blog tu (dah 16 orang rasanya, lagi banyak dari blog ni)...rasa macam banyak merepek dalam blog lama tu..tu tutup tu,hehe,,dah delete pun..('',)

So time tu post ni masa saya baru sahaja habis ambil Interview untuk jadi guru...

Isnin nanti 24 Januari 2011 i'allah result posting keluar...setakat ni dah 23 orang kawan2 SEP (Sains Dengan Pendidikan, UM) dapat tawaran mengajar ke SARAWAk, hopefully isnin nanti ada berita yang baik untuk saya dan kawan-kawan...

Allah knows BEST what for us insyaAllah!

Friday, January 7, 2011

Tazkirah



Harta yang paling menguntungkan adalah SABAR,
Teman yang paling akrab adalah AMAL,
Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM,
dan Ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK...


“Menuntut ilmu bukan hanya untuk mengisi otak dan fikiran, tetapi juga untuk memperhaluskan perasaan dan menyuburkan kebijaksanaan. Apa yang dicari bukan hanya semata-mata ilmu, tetapi juga manfaat dan keberkatannya."


source: http://raufasufrina87.blogspot.com/2009/08/kuliah-isra-mikraj-27-rejab-1430-h.html

Tuesday, January 4, 2011

Mari terus berdoa kepadaNya...

sebuah hadis riwayat dari Ibnu Najjar, katanya:

Rasullullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Malaikat Jibril disuruhkan untuk
memenuhi hajat-hajat Bani Adam.
dan apabila seorang hamba mukmin berdoa, Allah Berfirman:
"Wahai Jibril, tahan dahulu hajatnya, maka sesungguhnya
AKU suka mendengar permohonannya"

Sentiasa berbuat baik dan berdoalah sentiasa.

Rasulullah saw. bersabda,

“Barangsiapa yang melepaskan suatu kesusahan seorang mukmin di antara berbagai kesusahan dunia,maka Allah akan melepaskan darinya salah satu di antara berbagai kesulitan pada hari kiamat.

Barangsiapa yang memudahkan orang yang mendapatkan kesulitan, maka Allah akan memberikan kemudahan baginya di dunia dan akhirat.

Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.

Dan Allah itu akan selalu membantu hamba jika ia mau membantu saudaranya.

Dan barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan untuk menuju Syurga.

Tidak ada suatu kaum yang berkumpul di salah satu rumah Allahseraya membaca kitab Allah AlQuran dan mereka mempelajari AlQuran tersebut kecuali akan turun kepada mereka ketenangandan mereka pun akan diliputi rahmat Allah serta mereka akandiliputi malaikatbahkan Allah pun akan menyebut-nyebut mereka di hadapan makhluk lain di sisiNya.
(Hadith Riwayat Muslim )

Thursday, December 2, 2010

HIJRAH 2010 insyaAllah!

Bismillah...

sebagai permulaan untuk blog yang baru ni, juga sebagai hijrah diri insyaAllah...

Bismillah...

Wahai Tuhanku, 
tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. 
Wahai Tuhanku, 
lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. 

Ya Allah, 
keluarkanlah aku dari kegelapan ragu dan muliakanlah aku dengan cahaya kefahaman, bukakanlah bagiku makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hatiku, 
dan mudahkanlah bagiku pintu2 kurniaMu wahai Yang Maha Penyayang...

Ya Allah, 
bukakanlah pintu hatiku sebagaimana orang2 yang arif 
dan kurniakanlah kepadaku kefahaman nabi2 dan ilham para malaikat yang hampir denganMu, 
dengan rahmatMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Ya Allah, 
terangilah pandanganku dengan AlQuran. 
dan dengannya lapangkanlah hatiku, 
dan dapatlah kiranya beramal dengannya. 
dan lancarkanlah lidahku dalam mengucapkannya, 
dan teguhkanlah hatiku dengannya. 
dan percepatkanlah kefahamanku dengannya, 
dan teguhkanlah tujuanku dengannya. 
dengan sebab dayaMu dan kekuatanMu, 
dan sesungguhnya tiada daya untuk melakukan taat dan tiada upaya untuk menjauhkan maksiat, 
melainkan dengan pertolonganMu, Ya Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang...

Ya Allah,
aku bermohon kepadaMu ilmu yang telah Engkau ajarkan padaku,
maka perkenanlah kiranya Engkau mengembalikannya lagi kepadaku ketika aku memerlukannya.
Dan janganlah Engkau melupakannya,
Ya Tuhan semesta alam...


Amin...