Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Friday, February 11, 2011

Minggu pertama posting


7 Februari 2011 adalah tarikh keramat kepada semua pelajar SEP BATCH 2010 kerana ini adalah tarikh kami semua berkumpul di negeri tempat posting masing-masing bagi mendengar taklimat. Bagu mereka yang mengajar di bandar metropolitan Kuala Lumpur kami berkumpul di Hotel Citrus, Kuala Lumpur. Taklimat tamat pada pukul 5.30 petang.

Keesokan harinya saya dan rakan, ina melaporkan diri ke sekolah dengan berjumpa pengetua, GPK 1 dan sebagainya. Saya perlu mengambil tugas mengajar seorang guru yang sedang cuti bersalin. Mengajar English Form 2, Sivik Form 2 dan Form 3, dan Sains Form 5. Walaupun tidak dapat mengajar opsyen sendiri iaitu biologi dan kimia tetapi ini adalah realiti kehidupan seorang pendidik dan saya perlu menyahut cabaran yang diberikan. Pada hari pertama kami sudah masuk ke kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sewaktu perhimpunan pagi, ketika lagu sekolah dimainkan dan para pelajar menyanyikannya, jiwa tiba-tiba bergelora, sebak tak terhingga dengar lirik lagu sekolah, besar harapan guru dan negara terhadap pelajar, pelajar menabur janji untuk belajar, hormati guru...

10 Februari 2011, hari ketiga pengajaran sahaja saya dah terhayun tangan untuk menampar seorang budak lelaki yang biadab dengan guru. Tetapi saya memang saja 'action' nak tampar, fikiran masih waras dan saa bertujuan untuk mengajar budak lelaki tersebut sahaja supaya menghormati guru. Mulut sangat kurang a***. Sebelum meniggalkan kelas, saya berkata kepada semua pelajar dalam kelas tersebut:

" Kelas, boleh tak kamu berjanji dengan saya,..."

[ terus sebak. tidak boleh berkata-kata lagi. terus meninggalkan kelas tanpa menoleh kebelakang walau ada mendengar beberapa pelajar meminta maaf~ air mata dah bertakung tapi still steady and maintain ke bilik guru...]

11 Februari 2011, hari keempat pengajaran. Saya TELAH mencubit, memukul belakang badan pelajar dengan tangan, tarik side-burn (tepi rambut), tarik baju, pukul belakang badan dengan pembaris plastik, suruh salin nota sambil duduk atas lantai di depan whiteboard, merampas gula-gula, paksa pelajar buang gula-gula dalam mulutnya ke dalam tong sampah, jeling pelajar yang buat lawak b*d*h, mungkin itu sahaja setakat ini. Minggu depan ujian Februari, maka saya boleh 'tarik nafas' dalam seminggu lebih. Kemudian, saya tidak tahu apa pula yang akan saya lakukan terhadap mereka. Sedih melihat anak-anak melayu yang begini. Apa yang ada dalam pemikiran saya ialah, siapalah mak ayah mereka, bagaimana mereka menDIDIK anak-anak yang baru hendak meningkat remaja, bagaimana pula keadaan dan perangai mereka bila menjadi remaja dan dewasa kelak, apakah pekerjaan mereka nanti, merekakah yang akan menjadi penjenayah, pencuri, perompak, perogol? astaghfirullah~ Apakah kesilapan yang telah mak ayah mereka lakukan? Terlalu fokus pada kerjaya? Sampai bila? Nak kumpul harta banyak mana? atau adakah mereka terdiri daripada golongan yang mempunyai masalah ekonomi keluarga? Jika tak mampu hendak membesarkan anak tolonglah control childbirth. tolonglah. tak salah nak 'bermesra' suami isteri tetapi tolong fikirkan masa depan keluarga dan anak-anak. Tak guna anak banyak tapi tidak berkualiti. Kualiti lagi penting, sangat penting, berbanding kuantiti. jangan tahu buat tetapi tak tahu jaga. memang kasar bunyinya tapi tolonglah rajin-rajinkan diri untuk menambah ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Ibubapa perlulah berilmu sebelum mendesak anak untuk jadi orang yang berilmu. Tunjukkan contoh yang baik. Gunakan bahasa yang baik. Bertingkah-laku baik. Jangan meludah merata-rata dan meninggikan suara tak tentu hala depan anak-anak. Sentuhlan anak-anak anda dengan penuh kasih sayang...tolonglah perhatikan mereka, sayangi mereka, berikan didikan AGAMA yang baik dan cukup sebagai ASAS dalam kehidupannya pada masa akan datang. Sekali lagi saya merayu kepada ibubapa di luar sana...Tolonglah...

YaAllah, Kau berkatilah ilmu yang telah Engkau ajarkan padaku, Kau pulangkanlah kepadaku ketika aku memerlukannya, Kau lancarkanlah tanganku,, lidahku dan pemikiranku ketika menyampaikan ilmu kepada para pelajar, lapangkanlah dada mereka, mudahkanlah mereka memahami apa yang aku sampaikan dan ajarkan, berkatilah ilmu kami supaya kami berjaya di dunia dan akhirat yaAllah...amin ya rabbala' lamin...

setiap hari selepas solat inilah doaku untuk para pelajar...

perkenankanlah doaku dan mudahkanlah urusanku...amin... 

Alhamdulillah atas segala nikmatMu...rakan-rakan guru yang sedia membantu dan happening sentiasa, rumah sewa yang amat selesa dan bersih dan sempurna, rakan-rakan housemates yang OK, hanya perlu berjalan kaki ke sekolah, insyaAllah ada rezeki bolehlah beli kereta nanti-nanti, baju korporat guru dah tempah, hujung bulan ade pot-luck sesama guru, meja guru yang selesa, makanan kantin sekolah yang sedap dan harga berpatutan, alhamdulillah kesemuanya yaAllah...

3 comments:

Nur Dawana said...

sampai cmtu skali ye pelajar2 kt sne..stakat ni, plajar2 klas yg wana masuk tu, nakal biase2 je..xdela smpai thp biadab. bila wana diam n tenung muke sorg2 yg bising, dorg trus snyap. leh kata masih ada rs hormat la kt guru. may b sbb form 1&2 kan,masih kanak2 lg..or may b sbb plajar2 skola wana tu kbanyakan nye dtg dr sosioekonomi rendah.smpai pgetua leh ckp, ada yg miskin tegar. so, diorg lebih menghargai ilmu yg akan disampaikan guru. hmm..yg pntg mmg kne fikir cmne nk tarik pelajar2 tu minat dgn apa yg kita ajar. n faham apa yg kita ajar.

Merentas Horizon said...

T_T terharulah baca kisah teacher nabila!

semoga kamu menjadi seperti cikgu2 dalam drama jepun. mendidik anak bangsa dengan penuh kesungguhan. InsyaAllah, semoga ganjaran yang terbaik dari ALlah untuk kamu.

jeles! nak jadi cikgu jugak.

Noor Nabila Jasni Teoh said...

thanks cik sarah~ hehee...i'allah saya akan trus bersemangat n enjoy! =)