Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Friday, February 25, 2011

Feeuuuww~

Khamis, 24 Feb 2011


Subjek: Sivik
Tingkatan: 2 xxx


Saya memulangkan kertas ujian pelajar dan membincangkan setiap soalan ujian. Namun, kelas sukar dikawal. Selepas rehat pelajar agak 'aktif'. Saya bercakap dia bercakap. Siap tinggi suara dan gelak-gelak dengan kuat lagi. Bila ditegur senyap sekejap kemudian mula bising dan ganggu rakan-rakan yang lain. Tiba-tiba saya lihat pelajar di belakang bermain sesuatu di bawah meja. Saya pergi ke arah mereka. Mereka gagal menyorokkan barang tersebut. Handphone. Saya ambil dan letak di meja guru. Sambung pengajaran. Namun masih ada pelajar yang tidak menghormati saya yang sedang mengajar di hadapan. Saya terus diam, berhenti mengajar, duduk sahaja di meja gur sambil memerhatikan mereka. Walhal masih terdapat 25 minit waktu pengajaran saya. Dah hilang sabar. Saya diam sahaja di meja guru. Beberapa minit kemudian, pelajar yang bermain handphone di belakang kelas tadi datang ke meja guru dan meminta maaf kepada saya. Bersama rakan-rakannya a.k.a gengnya yang lain. Kerumun meja guru. Sambil mereka meminta maaf kerana perbuatan biadab mereka saya hanya merenung ke dalam mata mereka. Terus sebak. Saya sayang mereka, kulit sama warna, satu kaum, tetapi kenapa berperangai sedemikian, kecewa. Saya tahu mereka boleh berjaya kalau mereka sedar daripada awal. Disebabkan sebak, saya terus memulangkan handphone tersebut, dan tiba-tiba air mata terus berguguran. Maaf. Sebagai seorang guru saya tidak sepatutnya menangis di dalam kelas, di hadapan pelajar, walau apa pun yang berlaku. Itu membuktikan saya lemah!


huh!


Kuatkanlah semangatku yaAllah, tingkatkan kesabaranku dalam mendidik mereka, permudahkanlah segala urusanku...amin ya rabb~




Jumaat, 25 Feb 2011



Subjek: English
Tingkatan: 2 yyy

Saya memulangkan kertas peperiksaan mereka. Juga kelas selepas waktu rehat. Ramai pelajar masuk lewat ke kelas. Itu pun saya dah delay dalam 5 minit untuk masuk ke kelas kerana saya tahu kalau saya masuk on-time for sure kelas still kosong. Tengokkan keadaan mereka yang tiada keinginan langsung untuk belajar, saya terus mengambil keputusan untuk berkata begini,

" Siapa nak belajar, kita duduk kat meja tengah bawah kipas ni. Saya nak ajar siapa yang nak belajar sahaja. Boleh gerak sekarang."

ALhamdulillah ada la dalam 8-9 pelajar yang duduk sekali dengan saya di tengah-tengah kelas. Kelihatan seperti balajar dalam kumpulan. Saya duduk ditengah. Saya memulakan perbincangan tentang cara membuat summary, bagaimana mencari isi-isi penting, kemudian baru sambung dengan soalan objektif. Hampir keseluruhan kelas tersebut markah BI dalam 20%-30% sahaja. Itu pun masih ada yang tidak am bil kisah dengan markah mereka. Yang tidak datang mengambil ujian pun (tanpa alasan munasabah seperti sakit atau terlibat dengan aktivit koko) tidak hairan langsung mereka mendapat 0 markah. Saya hanya mengajar pelajar dalam kumpulan yang telah saya kumpulkan tadi sahaja. Alhamdulillah mereka dapat belajar beberapa ilmu. Pelajar lain hanya berborak di belakang, membuat bising, dan sebagainya. Saya tidak mahu ambil kisah tentang mereka lagi. Hanya mahu fokus kepada pelajar yang ingin belajar. Jangan terkejut ada seorang pelajar perempuan yang tidak mahu belajar dalam kelas tersebut, walhal geng perempuannya yang lain ada duduk di sebelah saya, belajar. Bila pelajar perempuan tersebut sudah bosan (sebab duduk sorang-sorang), dia datang ke kumpulan belajar, bercakap kepada saya begini,

"cikgu, cikgu tak sayang saya ya. cikgu tak ajak pun saya nak belajar."

Kalau ikutkan perasaan nak je bagi jeling maut kat dia ni, tap saya relax je. pandang dia, cakap, "kan cikgu dah cakap awal-awal tadi, siapa nak belajar duduk dengan cikgu. nak belajar ya? Ambil kerusi duduk sebelah cikgu ni, duduk sebelah atiqah pun boleh."

Habis je bercakap dengan pelajar perempuan tersebut saya teruskan pengajaran dengan kumpulan tersebut. Tapi saya rasa pelajar perempuan tersebut tidak ambil kerusi dan duduk sekali untuk belajar, Hmmm...ikutlah~

Tapi saya tahu tak sepetutnya saya mengambil keputusan untuk mengajar beberapa pelajar sahaja. Saya ada di dalam kelas tetapi pelajar-pelajar lain yang tidak mahu belajar membuat bising. Apa guna saya di dalam kelas? Saya kan Cikgu. Saya yang berkuasa. BUkan mereka. Saya hanya mencuba dan membuat 'eksperiman' sahaja dengan 'kaedah' ini. Memang berkesan untuk pelajar-pelajar yang ingin belajar. Saya siap bercakap lagi dengan beberapa pelajar tersebut, "korang cubalah buat yang terbaik dalam exam-exam lepas ni, especially exam akhir tahun, korang taknak keluar ke daripada kelas ni? (kelas tu kelas belakang sekali)"

2-3 orang menawab, "Betul cikgu, saya pun nak buat betul-betul exam nanti. Saya taknak duduk kelas ni dah."

Alhamdulillah....sangat berharap~ mereka boleh menjadi lebih baik jika berada dalam kelas yang lebih baik.




4 comments:

Nur Dawana said...

berbeza dgn aku plak. kelas belakang skali sgt pasif. bila suruh baca teks english,sume xnak. boleh kata students ability sgt2 low.ada la 2 org plajar yg aktif sket. kalau masuk kelas tu, mesti kena wat klas bm-bi. translation. diorg sgt2 xphm kalau speaking fully english.ejaan pn xtau. rs cm ajr bdak skolah rendah or tadika je. kesian tgk mereka.

kelas tgh2 ok sket.aktif.

tapi, dr segi hormat pd cikgu. diorg sgt hormat. maybe adela yg masih bising2 kalau aku ckp. tp b4 msuk klas mmg aku dh warning. 'sy xsuka sesiapa bercakap kalau sy sedang bercakap.kalau nk bercakap juga, dipersilakan bercakap di depan'. dan kadang2 kalau diorg bising, aku senyap je. diorg terus paham n diorg pn trus senyap.

Nur Dawana said...

btw, sabar ye bella!! ni la cabaran sebenar,dunia realiti guru. cuba kuatkan semangat lagi. kalau xboleh guna cara bertegas, cuba bella rapat2kan diri dgn pelajar bermasalah tu. cuba jadikan mereka kawan. bella cuba masukkan diri dlm kelompok mereka. dlm masa sama, selami mslh dorg (eg:fmly, sosioekonomi rendah,kenapa dorg xminat belajar). lepas tu, motivate slow2.gunakan reverse psikologi.

actly, aku dh guna cara ni kat sekelompok pelajar yg agk nakal. n ada sorg tu slalu ponteng sekolah. alhamdulillah. skarang ni selalu la nampak budak tu kt skolah. n bile dorg jmpe aku, dorg akan tegur. biarla dia rasa kita mcm kawan tp masih dihormati.

lynntaib said...

betul betul. kita kena try and error sume kaedah. aku rasa takpe sebab kita cikgu mereka. asalkan kita ada alasan munasabah kenapa kita buat camtu.
kadang2 kita rasa kaedah tu salah, tapi tgk2 budak berminat dgn pnp kalau kita buat camtu.

ada sorang cikgu sekolah aku tu ajar sivik. kan bosan sbb tak masuk exam so students taknak belajar. dia ingat mcm subjek picisan je tu. so cikgu ni bawak budak g dewan tertutup (kena bwk g tmpt bertutup sbb taknak kasi students keluar jln2. kalau dlm kelas diorang keluar ikut pintu blkg n cikgu tak perasan sbb kelas padat sgt) yg luas n buat aktiviti kt situ. semua kena terlibat. kalau dlm kelas sempit takleh bergerak. at last nanti jadi talk and chalk je cikgu tu kata. sbb tu dia buat camtu.

tapi kena rajin la kan. cikgu baru mcm kita ni kena byk explore nak kumpul2 abm lg bukan sng tu. huhu.. wish me luck! aku dahla dah mula malas2 nih =P

Noor Nabila Jasni Teoh said...

thanks wana and lynn~ hmmm..nak sgt gne kaedah yang bawak diorg belajar bwh pokok ke kat kelas yang bleh gne LCD ke, tapi risau diorg x behave time otw ke tempat yg aq plan tu...kang ade yang menyimpang ke tempat lain kalau aq terlepas pndang kang~ hope nnt bile dah biasa ngan sek ni aq bleh handle diorg ngan lebih baik~ semangat nabila!