Tempat: SMK Taman Connaught, Cheras, Kuala Lumpur.
Tarikh berkhidmat: 3 Mei 2010 sehingga 9 Julai 2010
Terdapat 4 orang pelajar Universiti Malaya (UM) jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan yang menjalani Latihan Mengajar (LM) di sekolah ini (SMKTC). Ini adalah gambar pada hari pertama kami menjejakkan kami di SMKTC.
Pada mulanya kami agak 'takut' untuk menjalani LM di sini. Siap buat cheers (semua letak tangan kat tengah and say 'chayok!!!' ) sebelum menjejakkan kaki kali pertama ke sekolah tersebut. Walau takut cmna pun kami tetap perlu meneruskan perjuangan kami bukan?
Setelah berbincang dengan GPK 1, Puan Faridah, beliau mengamanahkan dua daripada kami (saya dan Intan) untuk mengajar Tingkatan 4 (sesi pagi) dan dua orang yang berikutnya (Yee Ho dan Ping) untuk mengajar Tingkatan 2 (sesi petang).
Gambar di bawah merupakan jadual mengajar saya:
Pada minggu yang pertama, pelajar sedang menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun
Maka kami tidak perlu mengajar, hanya masuk kelas untuk menjaga pelajar sewaktu peperiksaan, bersuai kenal dengan guru-guru yang lain di Bilik Guru dan kantin sekolah, masuk kelas relief. Mengenai kelas relief ni banyak pengalaman yang diperoleh, terutamanya tentang bagaimana nak handle kelas. Bila masuk kelas tingkatan 3 ok lagi. Masih budak-budak, so nakal budak ok la. Kalau Form 4, lain ckit, tapi still OK. Tapi kalau Form 5, aduh, sedikit bahaya, bila dapat je kertas relief (seperti gambar di bawah) maka hati dah mula berdebar, "kelas pe la aku dapat nih, kelas depan ke belakang ke~"hehe
Pengalaman kelas Relief
- Pengalaman mengenai kelas relief ni saya gabungkan saja sepanjang pengalaman saya k...so agak panjang la ceritanya~ owh, saya tiba2 menggunakan bahasa pasar sebab rasa lebih 'mesra-alam' and direct to the point and smoothe je jari jemari ni bercerita~so kene follow je la apa yang saya dapat recall balik k..kalau guna bahasa skema jadi tak smooth plak ceritanya.
- SMKTC ni bagus sebab cikgu2 yang masuk kelas relief bukan hanya masuk dan pastikan kelas dalam keadaan terkawal sahaja. Sebaliknya, kami guru2 yang relief perlu mengambil MODULE Bahasa Inggeris/ Bahasa Malaysia / Matematik yang telah disediakan oleh pihak sekolah di pejabat. Ada banyak sangat module yang disediakan. So cikgu just pilih yang mana berkenan ( saya pilih module BM or matematik sebab BI kurang yakin nak ajar students) dan bawa module tersebut ke kelas relief. Module tersebut mengandungi soalan-soalan latihan yang kebanyakannya boleh dikatakan aras kognitif yang rendah sahaja. Mungkin kerana majority adalah pelajar Cina, maka tahap penguasaan BM mereka agak rendah (memang rendah kalau kelas belakang2), so saya memang selalu menggunakan module BM lah untuk kelas relief nih.
- Ok. Kalau masuk kelas relief tingkatan 3, tak banyak kerenah yang kene saya hadapi. Kita paksa je mereka buat module tersebut dan mereka akan buat. Easy. Tengok muka kanak2 diorg tu rasa macam 'aihh...budaknya muka die nih..hhehee'..ok tiada kaitan untuk entri ini. hehe
- Kalau tingkatan 4 still under control la. Tapi ada gak yang naik belang. Terutamanya kalau kelas ekonomi ke perdagangan ke. Kalau kelas sains tu memang kelas saya mengajar Bio dan Kimia, so saya kenal students saya. Tiada masalah. Kalau kelas yang agak bermasalah tu, bila saya cakap
"Ok kelas, tolong kosongkan meja, keluarkan buku latihan khas untuk kelas relief blablabala..."
mula la diorang tarik muka. malas nak buat latihan BM sebab bagi mereka bosan, diorang nak borak2 lepak2 dalam kelas la, yang paling diorg suka nak borak2. memang tak bleh bagi muka. Kalau bagi borak tapi dengan syarat jangan bising memang tinggal harapan je. tak sampai dua minit mesti kelas makin lama makin jadi pasar. Maka pernah sekali tu saya mula2 bagi chance diorg buat kerja masing2 la, tapi dah bagitau awal2 kalau kelas bising memang semua kene buat latihan BM. So apa lagi, bile je kelas dah jadi bunyi ala-ala lalat, maka saya terus bangun dari meja guru dan
"OK! semua keluarkan buku latihan khas!" =D
Garang kan saya? NO EXCUSE~
- Pernah sekali tu saya masuk kelas relief after diorang PJ. So boys ramai lepak belakang kelas bawah kipas sambil kaki letak atas meja la kerusi lain la, so bila saya nampak tu,
" AMBOIIII....Cantiknye kaki! Gengster mane nih! " [ Memang kelas tu terkenal dengan ramai gengster]
hahah...pastu macam biasa saya surh buat latihan module tu. Bila buat latihan tu macam2 la ragamnya students ni, ade yang slumber tidor, taknak buat latihan tu, tapi saya paksa gak bangun, tak kite la die ketua gengster ke pe ke...ada la buat muke 'kurang ajar' dia tuh tapi saya buat dono and slumber je, suruh gak dia buat, kawan2 yang lain pon stress nak buat latihan tu tak kan saya nak bagi muka kat dia takyah buat kan..
saya selalunya memang kene pusing satu kelas tu pusing and pusing and pusing sampai habis waktu...
pernah sekali students perempuan kelas ni cakap,
"Cikgu, takyah la pusing2 je, cikgu tak penat ke, rehat je la..."
hehe...saya pun reply la cakap kalau saya tak pusing diorang akan pura2 buat latihan dan borak2, girls yang duduk dekat depan memang la under control, bleh percaya, tapi yang boys kat belakang tu tahap percaya saya kat diorng hanya 10%!!!
Ok, back to gengsters at the back of the class, mula2 tu memang macam2 diorang bagi alasan nak sejukkan badan la, siap jemur2 baju sukan diorang yang basah2 tu kat kerusi bawah kipas la, amboi banyak cantik, so saya paksa gak dioragn duduk tempat masing2 and kuarkan buku latihan tu. Then bila discuss jawapan, saya ambil kesempatan tu untuk 'attack' students at the back. Panggil diorang ke depan untuk bagi jawapan. Tapi, ada gak yang bagi masa lama pon still kosong lagi buku latihan diorang tu, takde jawapan pe2 lagi. Kalau alasan diorang diorang tak jawab lagi, tak tau jawapan ke pe ke, memang saya panggil je ke depan or berdiri and baca kuat2 soalan tu, then saya mesti la kene berdiri sebelah dia kan [tuk support kononnya] and kalau tak jawab lagi time tu gak saya discuss sama2 ngan semua students tu. Macam2 usaha nak pastikan diorang dapat ilmu~
- Relief kelas Form 5, lebih kurang gak ngan form 4, tapi ada satu kelas perdagangan ni, masuk2 je kelas relief tu amboi bersepah meja kerusinya. so saya suruh la kemas dulu alignment kerusi meja semua tu kan.ok diorang follow je. alhamdulillah. then seperti biasa suruh keluarkan buku latihan khas. Even agak berat nak keluarkan dengan pelbagai alasan, tapi paksa je, takde buku keluarkan kertas, tak de kertas mintak dari kawan, memang no excuse untuk 'beliau' taknak buat latihan... ok. kelas ni saya buat module math. macam menarik je. dah lama tak bermain dengan math. before masuk kelas tu memang saya dah buat siap2 jalan kira and jawapan, so dah ready la before masuk kelas tu. Bila edarkan kertas latihan tu, berkerut2 dahi diorang, dengan banyak la suara2 "ala susahnya...ala tak reti la..dah lupa la..." and ada yang ngada2 plak "ala senang je nih cikgu~" pastu kawan2 dia mula la gelak2..ok, takpe2, siap korang~ haha..bile mula buat latihan tu saya seperti biasa round2 kelas tu, guide diorang, siapa yang nak tanya memanng saya tolong, tapi bukan tolong bagi jawapan, tapi tolong guide je...and seperti biasa gak memang students at the back of the class saya bagi more attention. Niat di hati memang nak bagi diorng ilmu sebab diorang dah nak SPM. Bila bincang tu memang diorang nampak 'berterima kasih' kat saya sebab recall balik and discuss dengan terperinci jalan kira semuanya. Siap ada yang cakap,
"Cikgu, lain kali relief kelas kami lagi ye! ajar kami lagi..."
So agak2 apa perasaan bila students kita cakap camtu?Alhandulillah...('',) even berpeluh2 ketiak mengajar dan bersabar dengan kerenah yang macam2 tapi semuanya hilang bila diorang appreciate apa yang kita buat...Alhamdulillah again.
Iklim sekolah
Alhamdulillah iklim sekolah ini memang sihat. Dari pihak pengurusan dan pentadbiran, guru-guru, staf sokongan, pelajar semuanya OK. Kami memang selalu je makan bersama-sama dengan guru-guru lain dan kerani2 dan GPK 1 di kantin . Tiada masalah untuk duduk semeja dan kadang-kadang berkongsi lauk jika ada guru yang mambawa lauk sendiri daripada rumah. Contohnya Kak Jan yang rapat dengan saya yang selalu membawa ayam kurma ke sekolah kerana die selalu masak lauk tu sebab anak-anaknya sangat menggemari ayam kurma beliau. hehe...besides, kat kantin la tuk kita merapatkan hubungan dengan guru-guru yang lain, bercerita mende merepek2, kadang2 mengumpat pon ada, layankan aje, hehee...kadang2 terjoin la jugak. =D bila berborak2borak tu, benda yang paling terpahat diingatan saya ialah:
" Korang ni lain la akak tengok. OK je ngan kitorang, relax je, bleh masuk la...Kalau budak2 practical yang sebelum2 ni semuanya sombong, takde pon nak lepak2 borak2 ngan kitorang sekali, nak bertanya apa2 apakan lagi~ Kan? [Beliau bertanya pendapat kawan2nya yang lain"
haa...hehe..syukur...mungkin nasib kami agak baik kerana guru-guru disini takde yang busuk hati dan sebagainya. Semua kamcheng la senang cakap~
ada rakan-rakan lain yang mendapat sekolah yang kurang sihat iklimya. Contohnya guru-guru lain tak suka bila tengok mereka bersungguh2 membuat Alat bantu mengajar (ABM) yang berwarna-warni, guna kertas mahjong, manila, dan sebagainya, macam2 la. Ada juga yang tak bleh tengok orang pakai cantik sikit, contohnya pakai kebaya ke mekap ke. Bagi saya tiada masalah untuk berpakaian cantik dan mekap, asalkan jangan over, biarlah sesuai untuk mengajar, Jangan pulak pakai Kebaya Nyonya dengan kain pario yang berbelah di depan, baju ketat sampai nampak segala bentuk yang ada, muke mekap tebal macam nak naik pentas..hoho..biar bersederhana okay, xlah kita menyakitkan hati mana-mana pihak bukan? Bersederhana itu kan lebih baik...('',)
Bilik guru kami ber'air-cond'. Saya rasa kebanyakan sekolah sekarang pon memang cmnikan bilik gurunya. untuk keselesaan guru-guru...penat2 peluh2 naik tangga turun tangga ke kelas-kelas biarlah sejukkan badan sikit di bilik guru kan sambil membuat kerja...Tandas guru memang sangat bagus. Bersih. Siap ada bilik untuk shower kalau ada guru-guru yang perlu mandi di sekolah. Contohnya cikgu PJ kan, after PJ kot-kot nak membersihkan serta mewangikan serta menyegarkan diri bleh la mandi after tu kan. Guru-guru perlu menanggalkan kasut mereka, kemudian memakai terompah atau selipar tandas yang disediakan sahaja untuk masuk ke tandas. So lantai tandas memang amat bersih la sebab biasanya lantai kotor sebab kasut kita yang dah jejak macam-macam mende meniggalkan kesan kat lantai tu. Memang tiada kesan-kesan hitan mahupun coklat di lantai tandas. Syabas SMKTC! .owh, saya pernah nampak ada seorang guru ni dia menggosok gigi sebelum masuk ke kelas. Bagus kan? Beliau bawa berus gigi dan ubat gigi dalam handbag setiap hari, kalau makan kat kantin ke bawa bekal ke, after makan beliau mesti gosok gigi terus. Bagus kan? disamping memberi kesegaran mulut dan diri serta menyenangkan orang2 sekeliling ketika mengajar, gigi pun bersih! insyaAllah saya mahu meniru beliau. Sebenarnya beliau bukanlah jenis yang makan di kantin. No No katan ya. Sebab beliau tidak suka bajunya akan berbau masakan bila menjejakkan kaki ke kantin. Besides, baju2 beliau semua mahal2, termasuk la handbag dan kasutnya. hehee...beliau pernah pakai skirt ke sekolah, saya tnya,
"Akak beli mane skirt ni?Cantik la...beli kat Butik Peace ke?"
" Eh, Mark & Spencer la..heheee..."
"Apa tuh?tak pernah dengar pun?"
Haha..punya la peghak..walhal selalu je jumpa butik tu kat Shopping Mall..hehe..sejak aritu panggil akak tu 'Akak Mark & Spencer~' =)
Lagi satu, sekolah ni bagusnya kalau cikgu2 nak fotostat or rezo bahan menagajr tiada masalah. Ada mesin and bilik khas untuk buat semua tuh. Just kene isi borang and bagi bahan tu sehari sebelum or sua hari sebelum nak guna la bahan tu Jangan pulak hari tu nak ngajar hari tu la baru nak bagi kat kerani untuk tolong buatkan. mane tak hangin kerani tu. kalau semua cikgu buat cmtu kan ke haru jadinya..sebab tu kene plan awal2 apa kita nak ngajar students..('',) Well planned...('',)
Ada rakan2 lainyang sekolah mereka perlu guna kertas sendiri, sekolah takda support, sekian kan? Alhamdulillah...
Pengalaman handle Science Club
- Saya dan Intan diamanahkan untuk mengambil alih Kelas Sains, maka kami banyak menjalankan aktiviti2 dan eksperimen2 yang menarik seperti 'Make Your Own Volcanoes', 'Dancing Raisins', 'Rainbow in Boiling Tube',dan sebagainya. Kami cari aktiviti2 ni at google je. Ni beberapa gambar sewaktu membuat vocanoes...
Pengalaman paling menarik sepanjang handle kelab sains ni ialah...
Kami sedang melakukan eksperimen...yang memerlukan kami menunggu agak lama untuk boil solution tuh
so kami (saya dan intan) duduk tepi bunsen burner sekali ngan students ni la...
time duduk2 tu...
intan: nabila, ada bau macam gas la kan?
saya: haah la...bau gas..gas bocor kot~ eh ade bunyi gak la! dengar kan bunyi 'hisss' tu?
intan: hmmm..yelah kot...
so kami pun terus je menunggu solution tu boil..bunsen burner tu memang betul2 depan saya la kirenya.jarak dalam 3 4 jengkal je la dari muka nih mcam dalam gambar tuh~
Tiba- tiba...
haha..bunsen burner tu tiba-tiba mengeluarkan api and terus merebak kat boiling tube tu! memang nampak api je! tak nampak dah mane boiling tubenye. Panic la kami and students. Cepat-cepat panggil lab assistant and dia pon panic. Cepat2 lab assistant suruh kami amik air and jirus api tu. Pandai gak students ni, diorang guna bekal air dalam botol minuman diorang tuk jirus bunsen burner tu. Before panggil lab assistant tu terfikir gak kat
tapi, tengok2 semuanye berhabuk and berkarat dalam lab tu, so tak jadilah guna fire extiguisher. nasib baik gak tak guna, kalau tak nampak serious sangat kebakaran tuh. hehe..so after jirus-menjirus api pon padam, tapi, akibatnya, LAB BANJIR and eksperimen hari tu gagal...
kesimpulannya, be alert. kan mula-mula tu kami dah bau gas and dengar bunyi gas bocor, tapi ntah la, tak terfikir plak mende tu bleh menghasilkan api dalam sekelip mata je. mende dah nak jadi. dapat pengalaman. haha...tapi yang agak memalukan, itu adalah KES PERTAMA lab assistant tu kene handle dengan kebakaran dalam lab kat sekolah tu. owh agak memalukan pelajar UM. haha...bukan silap kami! bunsen burner tu yang bocor. Nasib, yang buruk jadikan pedoman yang baik jadikan panduan ye!
Pengalaman mengajar KIMIA (Kelas 4S1) dan BIOLOGI (4S2)
Hmmm...sepanjang pengalaman mengajar dua subjek ni di SMKTC alhamdulillah berjalan lancar. Tidak terlalu banyak kerenah mungkin kerana pelajar2 sains attitude still behave in class. Berdasarkan pemerhatian saya,
- Walaupun mereka terdiri daripada pelajar2 yang cemerlang dalam PMR, namun masih ada perbezaan tahap kognitif. Ada pelajar yang cepat 'pick-up' dan ada pelajar yang slow sikit. Itu normal. Saya perlu alert dengan facial expression mereka ketika mengajar. Jika senyap sunyi sepi kelas itu tanda bahaya. Kemungkinan besar mereka tidak faham apa yang diajarkan. Tapi, kebetulan saya mengajar topic period table, so agak mudah chapter ini. Kita 'assume' mudah and mereka mudah faham, tetapi bila membuat latihan, agak mengejutkan apabila ada students yang still tak faham. Bagi kelas kimia kebanyakan mereka mengambil tuisyen di luar, dan mereka sudah belajar topik tersebut sebelum saya mengajar, maka agak mudah bagi saya menyampaikan ilmu tersebut. Tapi saya tetap perlu mengajar bersungguh-sungguh dan menganggap masih ada students yang tidak memahami topik berkenaan.
- Bagi topic Electrochemistry pula, topic ini agak berat. Oleh itu saya banyak menggunakan animation, role-play dan discussion. Saya banyak menggunakan latihan/module bagi subjek kimia kerana guru senior kimia memang mengamanahkan kami untuk menggunakan module yang disediakan oleh guru penyelaras kimia untuk mengajar.
- Bagi Biologi pula, saya lebih enjoy dengan para pelajar. Mungkin kerana saya major dalam Biologi maka saya lebih berminat dan bersemangat dan penuh dengan idea2 tentang cara mengajar. Memang banyak teknik yang saya gunakan seperti perbincangan dalam kumpulan, animation, menggunakan bahan sebenar(realia), dan sebagainya.
Ini merupakan video saya mengajar Biologi~ [ kredit to rakan saya Intan yang merakam video ini tanpa pengetahuan saya, dinasihatkan junior2 SEP dan bakal guru yang lain rajin untuk masuk ke kelas rakan2 guru yang lain, lihat bagaimana mereka mengajar, dan mencontohi apa yang baik ye...]
Bagi kelas Biologi, guru yang mengajar subjek ini sebelum saya merupakan seorang guru Cina yang sopan, agak berumur, tetapi baik orangnya. Sebelum saya masuk ke kelas lagi guru berkenaan ada memberitahu saya,
"Mesti mereka suka bila guru muda, dan bersemangat macam kamu. Jangan bagi muka sangat kat mereka ni. Awak terangkan je kat depan kelas. Kalau dah penat suruh mereka baca kuat-kuat dalam kelas. Mereka memang boring sikit dengan Biologi. Ada je yang tidur dalam kelas. Kadang-kadang saya biarkan saja kalau ada yang mengantuk sangat..."
Hehe...saya senyum and angguk je apa yang beliau cakapkan..hehe...silalah bawa perubahan bukan?hehe...so setelah berminggu-minggu mengajar mereka, sebelum meniggalkan sekolah tersebut, saya membuat inisiatif untuk menilai diri sendiri dengan mengedarkan setiap pelajar kertas kecil (guna memo pad) dah tulislah apa yang mereka rasa terhadap pengajaran saya. Nak kutuk pon takpe, saya takkan marah. So, hasilnya...
hehe...cukup la kot...for 4S1 students pon buat jugak tapi biasa2 je apa yang mereka tulis, just macam thanks for teaching us, takde la menyentuh jiwa sangat. Saya berasa sangat bersyukur dengan mereka...('',) Alhamdulillah.
Pengalaman mengajar Pendidikan Seni (Kelas 3F)
Kelas Seni sekali seminggu...tapi dua masa terus la..tak banyak mana aktiviti yang saya lakukan bersama mereka. tak berani nak buat Mencanting Batik dan sebagainya, hehee..ini adalah beberapa hasi mereka untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun
can see the differences even they are in the same class rite? |
Pengalaman Hari Guru, 16 Mei 2010
Hari Guru yang pertama disambut oleh saya sebagai seorang GURU pelatih. Haha...pelatih huruf kecik je kan..takpe, belajar and ambil pengalaman slow2..hehee...memang menarik coz saya melibatkan diri dalam persembahan sebagai wakil guru-guru di SMKTC. Saya menari 'Nobody by Wonder Girls'. Layan~
Evaluation Form by UM's evaluator and SMKTC's evaluator:
[ click at the picture to have a better look, owh saya malu~]
Bukan bagus sangat pun..Just saya nak juniors SEP dapat idea cmne rupanya Evaluation Form ni, cmna pemarkahan..Finally saya dapat A- je for Latihan Mengajar, many more than can do better than me, so do YOU!!!
Kenangan akhir sebelum meninggalkan SMKTC...
kertas-kertas mid year exam yang perlu disemak, tumpang meja guru kat sebelah sebab takde hak milik sesiapa meja tu :) |
Kesimpulannya banyak pengalaman saya peroleh sepanjang saya berkhidmat di SMKTC.
Saya masih sangat baru dalam bidang ini, diharapkan bidang pendidikan dan profesion ini adalah yang terbaik untuk saya, keluarga, masyarakat, negara dan agama. InsyaAllah...yang baik datang dari Allah dan buruk datang dari diri saya sendiri. Wallahua'lam.
Salam sayang untuk kalian... =)
-Teacher Nabila-
No comments:
Post a Comment