Bismillah...
Seperti yang tertera pada tajuk di atas, saya bermain-main dengan imaginasi saya sendiri sebelum saya tertidur semalam.
Meriam dan bom-bomnya sebagai analogi yang digunakan oleh saya. Meriam ibarat Universiti Malaya (kelihatan agresif bukan?) dan bom-bom sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan yang akan menjadi guru dalam beberapa hari (tidak sampai seminggu) sahaja lagi.
Bom-bom dilepaskan mengikut nasib diri mereka sendiri. Ada yang dihantar berdekatan sahaja dengan rumah mak ayah dan ada juga yang dihantar berdekatan walaupun perlu menyewa rumah lain. Tidak ketinggalan ada yang dihantar begitu jauh beribu-ribu kilometer jauhnya nun di negara negeri timur sana (sarawak).
Walau kemana pun bom-bom tersebut di'arah'kan, mereka tetap terus 'mendarat'. Bom tersebut tidak menghasilkan letupan yang dahsyat apabila 'mendarat'. Sebaliknya bom tersebut akan pecah dan mengeluarkan anak benih yang masih subur. (masih fresh graduate kan~ ) Sebilangan anak benih bertunas di persekitaran / iklim yang baik (sekolah yang baik dan bagus), sebilangannya bertunas di persekitaran yang gersang (sekolah yang kurang baik dan bermasalah), dan sebilangannya tenggelam dalam lautan yang bergelora (mereka yang masih marah dan tidak puas hati dengan penempatan sekolah mereka, masih tidak dapat menerima takdir, mereka masih tidak nampak hala tuju dalam profesion perguruan, dan sebagainya yang masih bergelora jiwanya ). Mereka lemas dalam dunia mereka sendiri. Namun, lama-kelamaan, bom tersebut tetap akan terdampar di pulau yang indah dan subur, dan mereka akhirnya bertunas jua.
Waktu permulaan proses tumbesaran anak benih memang banyak rintangan dan suasana persekitaran yang perlu diadaptasi. Angin yang kuat, hujan yang lebat, kadang-kala panas berpanjangan. Ada kalanya di'ganggu' binatang buas a.k.a manusia bertopengkan haiwan. Anak benih tersebut tetap berusaha untuk membesar, meneruskan pertumbuhan dan perkembangannya, mengambil masa yang bertahun-tahun lamanya untuk terus membesar, dan akhirnya...
anak-anak benih tersebut berjaya menjadi sebuah pohon yang rendang dan mengeluarkan 'buah-buahan' yang kebanyakannya 'menjadi'. Walau ada buah yang dihasilkan dipetik orang, busuk apabila terjatuh, namun pohon tersebut terus kekal disitu dan meneruskan lagi tumbesarannya hingga satu ketika tidak dapat berbuah lagi (bersara). Walaupun tidak dapat 'berbuah' lagi, pohon tersebut terus kekal disitu dan menjadi tempat teduh bagi mereka yang lalu-lalang...hingga satu tahap, daun daripada pohon tersebut banyak yang gugur dan akhirnya...pohon tersebut 'mati'. Namun buah-buah yang dihasilkan suatu masa dahulu telah memberi kebaikan kepada manusia yang lain dan ada antara buah-buah tersebut yang menghasilkan biji benih, bertunas, membesar dan terus membesar dan akhirnya menghasilkan buah yang sama dan proses ini terus berulang sehingga satu tiupan yang kuat akhirnya berbunyi...
wallahua'lam~
4 comments:
wahhh....sungguh bernas imaginasi ko bella...hehehe... i like... =)
hehee...ilham tetibe sebelum terlena~ hehee
Haha..ni macam imaginasi yang panjang je bella. Well done dear! Terkesan lah mambaca. Terbit semangat guru dalam diri. U memberi inspirasi la bella. :) Thanks so much!
yeah! mari bersemangat! insyaAllah dipermudahkan segalanya kan...amin amin...eh, sudahkah kalian menerapkan 'doa seorang guru' dalam doa harian selepas solat?hhhehee...harap2nya dah kan..heheee...mari amalkan dan istiqamah..('',)
Post a Comment