Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Friday, January 28, 2011

Giving HOMEWORKS to students


Bismillah...

Sebenarnya perkara ini agak membimbangkan saya, iaitu bagaimana hendak memberi kerja rumah a.k.a homeworks kepada pelajar-pelajar saya nanti~

Waktu praktikal yang dulu tak banyak kerja rumah atau latihan yang saya berikan kepada mereka. Hanya beberapa worksheet yang disediakan oleh saya/panitia sains dan lab report. 

Perlukan menyuruh pelajar-pelajar membuat nota dalam buku nota dan kemudian kita menyemaknya? Walhal bagi saya, agak kurang berfaedah kerana kebanyakan pelajar hanya menyalin semula ayat daripada buku teks atau buku rujukan untuk dijadikan nota, hanya kerana menurut arahan guru. Sedangkan jika hendak belajar mereka pasti menggunakan buku rujukan dan content-conteng atau highlight keywords from buku rujukan masing-masingkan? So mereka memang TIDAK menggunakan buku nota mereka kan? SO it is useless. tiada faedah kepada pelajar mahupun guru. BUang masa untuk menyalin nota adalah kan. Saya fikir jalan penyelesaiaannya adalah saya mahu mereka membuat SHORT NOTES atau DIAGRAM atau CONCEPT MAP sahaja dalam buku nota versi plain paper atau lebih baik dalam drawing block sebab kertas lukisan lebih keras dan tahan lasak. Mereka boleh membuat nota tersebut mengikut kreativiti masing-masing, saya akan bagi 'cop' macam 'GOOD!', or 'EXCELLENT!' or 'WORK HARDER' atau sebagainya yang boleh menaikkan semangat mereka. saya dah beli cop2 berkenaan. hehee

Mengenai latihan, bolehkan kita para guru memilih satu buku latihan di pasaran dan menyuruh semua pelajar beli dan homework adalah berdasarkan latihan dalam tu. tak salah kan?

Worksheet juga menarik. Mungkin dengan menggunakan module yang disediakan oleh panitia atau JPN untuk para guru. Worksheet seperti isi tempat kosong sangat menarik untuk digunakan ketika guru sedang mengajar kerana sambil mengajar pelajar perlu analyse apa yang dikatakan oleh guru dan mengisi jawapan mereka di dalam worksheet yang telah disediakan. Worksheet ini bokeh dijadikan sebagai nota juga bukan?

Bagaimana jika kita memberi kerja rumah kepada mereka, tetapi mereka menjawab begini, "Takda masa la cikgu nak buat semua homework ni, cikgu2 lain pun bagi homework, tuisyen lagi~"



Ha...cmna tu kawan-kawan? Nak jawab apa?

Mungkin saya akan jawab:

-boleh saya tahu berapa banyak homeworks kamu semua sekarang?

 [ saya mencadangkan agar setiap kelas, di tepi whiteboard, ditulis senarai homeworks pada hari itu, kata-kata semangat , bilangan pelajar yang hadir dan tidak hadir pada hari tersebut, tarikh pada hari tersebut. Hanya memerlukan sedikit ruang sahaja di sudut tepi whiteboard. Sangat penting. Juga boleh diselitkan countdown untuk PMR/ SPM supaya mereka alert peperiksaan semakin dekat. Saya rasa semua SBP telah mengamalkan strategi ini. Sangat berkesan. Maka, guru-guu boleh 'negotiate' jumlah homeworks yang mereka berikan berdasarkan jumpah h'work yang telah diberikan oleh guru-guru lain. mungkin benar mereka tidak cukup masa dan tidak menang tangan untuk menyiapkan kesemua h'work pada satu malam. Perkara paling penting ialah pelajar akan alert dgn h'wok mereka berdasarkan apa yang tercatat di whiteboard. tiada alasan ada yang 'saya tah tahu pun cikgu bagi kerja sekolah', walhal ada rakan-rakan lain yang mendengar arahan yang diberikan. adil bukan?]


- Mereka yang memberi 1001 alasan adalah mereka yang kurang bijak (nak cakap bodoh tak baik kan0 ataupun gagal.

- Rakan-rakan yang lain pun 24jam sehari, saya pun ada 24 jam je sehari, senior2 kamu yang dapat straight A's dalam SPM tahun lepas pun ada 24jam sahaja sehari, jika saya bagi homeworks mereka boleh siapkan, kenapa tidak anda?

- Anda mahu berjaya atau tidak? Untuk berjaya memang perlu berkorban. Kejayaan tidak datang bergolek jika tiada usaha dan susah payah.


Any ideas kawan-kawan? Thank you and really appreciate it.. =)

All the best!

 



3 comments:

Cikgu Fieza said...

Bella, kalo suruh plajar buat notes dalam kertas A4 tu, kita rasa awak jangan lupa suro mereka sediakan file sekali and sediakan rak utk letak file tu. Sebab nnt A4 paper tu bakal arwah la. Ntah mane2 agaknya diorang cmpak. Macam cikgu saya dulu, semua suka bg worksheet ~sbb kat sekolah tu rezo free~ and kitorang x digalakkan guna buku latihan tp guna kertas kajang. SIstem file sgt membantu. Kene ajar mereka menggunakan file dgn baik. Kutip duit kelas dan beli penebuk lubang jugak. :)Kita pon senang tak perlu kutib buku latihan banyak2. Hanya beberapa helai kertas.

Noor Nabila Jasni Teoh said...

huhu..btul! sistem file tu mmg penting n sistematik..BUT!!! kalau sek asrama bleh la nak file byk2, just letak belakang kelas, kalau sek harian cmno...jenuh gak nak ngangkut setiap hari..cmne ye..heheee...i love my ring filessss...hahaa..heheee

Cikgu Fieza said...

tuh la bella. Kene buat rak utk isi fail tu. Rak tu letak kat belakang kelas. Boleh! iA... :)