Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Wednesday, February 29, 2012

”URBAN VIBE ONLINE CONTEST –cinta seputih salju(REVIEW)”



























Itu sahaja Tugasan Ketiga daripada nabila
dimana jalan penceritaan adalah berbentuk diari... :) 
hehe
Maaf Nabila hanya berkesempatan untuk hadir ke PPM pada petang Jumaat sahaja
Then malam tu bawa mama ke PPM and seterusnya pada malam Ahad sebelum semua booth tutup
Hari Sabtu nabila kena pergi sekolah...
Mesyuarat PIBG...huhu...cannot escape maa
After mesyuarat ke rumah sewa gotong-royong dengan tunang dan rakan-rakan 'basuh' rumah
Ahad pula ada kenduri kawin kawan
So banyak aktiviti pada hari sabtu dan ahad nabila tak sempat tengok and ambil gambar. 
Maaf!

Then, PPM ada minta peserta berikan alasan mengapa kita perlu memenangi pertandingan ini
hmmm
hmmm
hmmmmm...
payah nak jawab
deep down inside...
semua bakal pengantin mengharapkan sebuah majlis yang sempurna, 
meriah dan cantik segala-galanya kan.. :)
tapi itu semua bergantung kepada ongkosnyaaa 
kalau poket tebal boleh la  nak tempah semua yang cantik-cantik mewah-mewah kan?
kita biasa-biasa aja dong!
takpelah, kita berusaha je
selebihnya, Allah yang tentukan =)
Yakinlah Allah akan bagi apa yang sepatutnya kita dapat
Setiap perkara ada hikmahnya
Kepada semua contestants, 
GOOD LUCK
kita bersaing secara sihat 
semua ada cara yang tersendiri
kita baik-baik aja kan =)
no musuh-musuh, hehe
Semoga Allah permudahkan urusan kita di dunia dan akhirat
Selamat menjadi isteri dan ibu yang terbaik!
hehe

Salam


Wednesday, February 22, 2012

One Dream Veil Contest




  ... Rosebelle ... 

My dear friend, berry. Come and join this contest.

Love, 
Bella


Monday, February 20, 2012

Lung Cancer


Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillah
Allahuakbar

Pemergian seorang rakan
Mohd Fauzi M Zein ke rahmatullah
kerana menghidap penyakit kanser peparu
Lebih kurang 9 bulan menanggung derita
Allah mengambil nyawanya dalam masa beberapa minit
Waktu hampir maghrib, sedang menonton televisyen bersama adik-adiknya
Tiba-tiba beliau sesak nafas
"Mak, tolong masukkan morfin (dadah)
"Mak, sakit lagi...tlg call ambulance"

...

Makan  masa  menunggu ambulance tiba di rumah
sampai sahaja di Hospital Kajang
isyarat ini yang keluar
"_____________________________"

'Tetttttt...'
Beliau telah 'tiada'
MasyaAllah
Beliau dicatatkan meninggal dunia pada pukul 8.40 malam, 18 Februari 2012 (Sabtu)

Arwah merupakan 'teman' kepada sahabat baik saya sendiri, Hazwani a.k.a Berry
Tuhan sahaja yang faham apa yang beliau alami sekarang
Malam kejadian, jam h/p 8.39pm
"Bella, tlg doakan fauzi....aq panic!!!"
kemudian saya reply 
"Kenapa weh?"
beberapa saat selepas itu
call masuk
dengan suara menangis
"Bella...pojie dah meninggal..."
"YaAllah...subahanallah...sabar berry."

Keesokannya, berry bergerak menaiki bas terawal dari Jengka ke KL
pukul 7pagi
kami bertemu di stesen komuter kajang pada pukul 11lebih
dalam komuter saya terima msg dari berry mengatakan jenazah sudah berada di tanah perkuburan
"Maaf sahabat, kita tak sempat menatap wajar arwah buat kali terakhir"
Kami terus ke tanah perkuburan
Dugaan pakcik teksi yang agak xberapa pasti jalan ke tanah perkuburan agak melengahkan masa kami
tapi takpa, kami tetap dah terlewat untuk menatap wajah arwah
tiba sahaja di tanah perkuburan
Allah sahaja yang tahu betapa lajjunya berry jalan di hadapan kami
"Bella! Cepat la!!!"
Agak tinggi suara berry kepada saya
Maka saya terus mengikutinya berlari-lari anak ke beberapa kelompok manusia yang sedang duduk beralaskan tikar di atas tanah
Kami terus terduduk 
Air mata berjurai mengalir
Kata kakak arwah,
"Sabar...Kita jangan menangis...jangan seksa arwah..."
MasyaAllah
Allahuakbar


Hazwani Abdul Raffar
Pelajar Perubatan
Universiti Indonesia, Jakarta, Indonesia
Allahyarham Mohd Fauzi M Zein
Pelajar Perubatan
Universiti Trisakti, Jakarta, Indonesi

Tempat perkenalan: Persatuan Pelajar-Pelajar Malaysia di Kedutaan Malaysia, Jakarta, Indonesia


'In a relationship'


I know she love this edited picture very much


'The day that changed almost everything'


After a few  months


Bila arwah berdaya, dia akan 'Ping' Berry, and for sure, as a normal woman, she was so excited!

Masa berlalu...
Badan semakin sembab...
Mata semakin sembab
Tangan semakin kembung air
Kaki semakin kurus
Setiap hari ada sahaja 'teringin makan itu'
esok 'teringin makan ini'
Mak dan ayah ikutkan sahaja selera beliau
Si ayah sanggup bekerja lebih masa di pasar malam
Si ayah rela membawa Fauzi dengan menaiki van usang ke sana ke sini
demi mencari penawar

Allah Maha Penyayang
belum sempat menghabiskan akar-akar kayu dan air penawar dari Darul Syifa'
Beliau menyahut seruan Ilahi


Namamu hanya tinggal kenangan
Semoga jasa baikmu,
amal solehmu,
sedekah jariahmu,
menjadi bekalan di'sana'

We LOVE you

Semua orang mengatakan dirimu seorang yang baik
Rajin belajar
Ayahmu sering memujimu
tidak pernah meninggikan suara dengan adik-adik
Apakan lagi dengan ibubapa
dari kecil tidak pernah meminta wang belanja lebih dari apa yang telah ayah sediakan
dari kecil rajin mencari wang demi membantu ayah dan keluarga
Mengambil Jurusan Perubatan semata-mata demi keluarga
membantu keluarga
mengubah nasib keluarga
Namun, sebaik-baik perancang adalah Allah
semasa menuntut di Tahun Empat Universiti Trisakti
Lagi setahun untuk menamatkan pelajaran
Beliau disahkan menghidap penyakit Barah Peparu
Hanya bermula dengan demam dan batuk-batuk selama seminggu

Wahau SAHABATku,
Hazwani Abdul Raffar
bersabarlah.
bersabarlah.
bersabarlah.
Benar, semua ini pahit.
Benar katamu di tanah perkuburan,
"Aku rasa aq bermimpi...aku tak percaya jie dah takda'
Sebelum kita melangkah keluar dari tanah perkuburan,
aku menyuruhmu menyiram air di kubur arwah denan menggunakan air minumanku
aku dengar mulutmu mengatakan
'Bye jie...'
Subhanallah
Allah Maha Mengetahui
Ini yang terbaik untuk semua
Cukuplah penderitaan yang dialaminya selama hampir setahun
Cukuplah ayah membawanya berubat ke sana ke sini
Cukuplah ayah dan mak tidak pernah tidur lena setiap malam kerana risaukan Fauzi yang mungkin terjaga pada tengah malam untuk minum, minta diurutkan badan, hendak berborak
Cukuplah kakak sulungnya meniggalkan kerja sebagai tukang jahit di kedai demi menjada adiknya sendiri
Cukuplah mak melayan fauzi yang mempunyai selera makan tidak menentu
Cukuplah mak menyuap Fauzi makan
Cukuplah mak mengelap badannya pada setiap hari
dan
Cukuplah kamu untuk terus berharap Fauzi sembuh
dan memasang impian untuk hidup bersama
Pasrah dengan ketentuan Allah
Fauzi selalu ingatkan kita untuk terima qada' dan qadar kan... 
jangan lupa sampai akhir hayat nasihat arwah
'Jangan susah hati dengan ketentuan Allah'



Firman Allah bermaksud, 
"Dan sesungguhnya akan Kami (Allah) berikan cubaan (atau ujian) kepada kamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan Inna Lillahi wa ilahi rajiun (iaitu sesungguhnya kami ini milik Allah dan kepada-Nya kami kembali). Mereka itulah orang yang mendapat keampunan dan rahmat daripada Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk."


Sahabatku,
Setiap hari aku berdoa semoga Allah sembuhkan penyakit Fauzi
tapi Allah lebih menyayangi arwah
biarkan arwah pergi dengan tenang
Kenangan lalu hanya tinggal kenangan manis buat kalian
Cinta Suci dibawa ke syurga
Percayalah.
semoga kalian dapat bertemu di syurga Allah,
InsyaAllah.

Nasihatku, 
yang juga seorang hamba Allah
yang tidak tahu apa akan terjadi sesaat pun selepas ini
Semoga kamu tabah
Kuatkan semangat
Teruskan hidupmu
Teruskan cita-citamu
Teruskan menjadi seorang DOKTOR yang dapat merawat penyakit pesakit-pesakitnya
demi Allah
Bukakan hatimu untuk menerima teman-teman lelaki yang baru
Benar cinta pertama itu cinta yang paling berharga
Tetapi, yakinlah
Allah dan rancang yang terbaik untuk kita.
Bersabarlah sayang

InsyaAllah aku akan sentiasa berada disisimu 

Allahuakbar


Teringat mak arwah bercerita, sebelum menghembuskan nafas terakhir,
Arwah sempat mengatakan,
"Jie sayang mak..."

...

Friday, February 17, 2012

”URBAN VIBE ONLINE CONTEST –cinta seputih salju(TRIBUTE PENAJA)”








Bismillah...
Salam semua!
wah wahhh...bermadah pula kita dalam Tugasan Kedua ni.

Bagi tugasan pertama,
We have to discuss about PPM and UrbanVibe Event.
DONE!
Alhamdulillah
and now...
tugasan kedua
---> menceritakan tentang PENAJA-PENAJA sempena PPM pada 24-26 Feb ini <---

Buat pengetahuan semua,
jumlah penaja bagi PPM akan datang
bukan satu,
bukan dua,
bukan tiga.
tapi...
LIMA!!!


Nak tahu siapa???




Eh?
Empat ke Lima?
Jangan confuse, jangan panik
Lima semua sekali
Just G.i Photoshoot bekerjasama dengan The Photolicious
maka jadilah GI Photolicious macam kat atas tu...

Kita mulakan dengan




Arma Abdul Rahman ialah pemilik Butik Pengantin terkenal,
Tahu nama je kalau tak kenal rupe tak best gak kan?
Buatnya terselisih bahu
boleh la tegur-tegur senyum-senyum... =)
ok, disini saya sertakan beberapa keping gambar beliau


Arma (centre) dan kuncu-kuncunya

Arma bersama pelaminnya sewaktu pameran pengantin

Secara jujur, 
memang Nabila tak pernah berangan 
untuk berpijak ke butik pengantin terkenal seperti Arma Couture
 menyarungkan busana pengantin mereka
apakan lagi duduk di singgahsana rekaan mereka
tidak sama sekali
Siapalah Nabila untuk berpeluang merasa semua itu
bukan artis
bukan anak dato' datin
anak doktor pun bukan
kerjaya tidak gah seperi doktor mahupun engineer
hanya seorang...
GURU

tapi, apabila PPM menganjurkan pertandingan ini
Nabila mencuba
semoga Allah murahkan rezeki dan memudahkan urusan kami

Buat pengetahuan semua
Nabila hanya mempunyai SEBUAH majalah Pengantin
bukan seperti B2B yang lain
minat membelek dan mengumpul majalah pengantin bukan?
Sebab...
Nabila sedar
Nabila memang tidak mampu untuk mempunyai busana pengantin yang anggun
dan pelamin yang tersangat indah
Dalam majalah semuanya butik-butik yang termahsyur
Kita hanya mampu pergi ke butik-butik kecil
Jika dibelek-belek koleksi Arma Couture
cari pelamin yang simple memang susah
memang takda!
maybe ini yang paling simple


atau ini 


tapi dua-dua pun dah sangat cantik
dua-dua pun nabila memang tak mampu nak sewa
buat sendiri pun kene beli bunga, pasu, chanceliar
memang tak mampu
apakan lagi design pelamin mewah macam ini


dan


bantal macam ni pun tak mampu and tak berseni nak buat sendiri


apakan lagi pelamin gah macam ni


huh!
memang Allah je yang tahu apa perasaan bila kita tengok pelamin-pelamin ni kan?

Kesemua pelamin koleksi Arma Couture mempunyai ciri-ciri berikut:

Panel atau tiang yang cantik, ringkas dan kemas
Hasil seni yang halus
Kain terurai dan beralun dengan lembut
 (tiada kesan lipat macam tak ber-iron)
Pencahayaan yang menarik dan membawa mood 'romantik'
Tempat duduk pengantin yang bersesuaian dengan konsep pelamin
Gabungan warna yang pelbagai, menarik dan mengikut kehendak pelanggan
Walkaway yang mewah dengan hiasan bunga terjurai
dan
Menggunakan bunga-bungaan segar

Itu baru pelamin.

Bila survey-survey, 
memang ada harga sewaan sepasang baju pengantin yang murah seperti RM 500 
di kedai-kedai pengantin biasa
tapi...lihatlah koleksi mereka


Bukan niat nabila untuk mengumpat memperlekeh butik berkenaan
Nabila pun orang biasa-biasa yang bajet ciput.

Bila kita lihat gambar ini...

OK ke design baju-baju tu?
OK ke kombinasi warnanya?
OK ke design lengan macam tu?


Tepuk dada tanya selera.
Nabila just nak menekankan,
Tidak mustahil sesuatu benda itu murah...
dan
Tidak mustahil sesuatu benda itu mahal
cuba tengok gambar bawah ni pula


Nampak tak perbezaan warna baju (lining satin pink + kain net putih) dengan warna kain (satin pink)
Warna baju dah jadi light pink (sebab satin pink dilapisi pula net putih)
compare dengan warna kain yang original pink
Di butik memang nabila tak perasan perbezaan warna ni
Bila balik rumah, tengok gambar
"Eh, nape lain-lain warna pinknya ni?"
Nasib baik tak book lagi...just survey-survey je

Kalau kita tengak satu contoh busana hasil rekaan Arma Couture


Agak-agak berapa lama Arma Couture and stuffs nak jahit baju ni?
Sakit tak pinggang diorang agaknya?
Sakit tak mata diorang agaknya?

Bezakan pula antara DUA rekaan Arma Couture dengan sebuah lagi baju daripada butik biasa

Rekaan Arma sudah pasti
Rekaan Arma
Rekaan Nabila Butik XYZ

Ada beza?

Ya, warna memang lebih kurang sama

Tapi...

Bagaimana dengan sulam pada baju tersebut?Sulam penuh ke sulam pada hujung lengan dan dada sahaja?
Bagaimana dengan taburan manik pada baju?
Manik dari China atau manik dari Jepun?
Bagaimana cara tampalan lace pada baju?
Yang mana lebih 'halus' hasil seninya?
Yang penting,
Yang mana lebih cantik, lebih menyerlah
dan
LEBIH BERKUALITI?

:)

Saya pasti semua tahu jawapannya... :)

Memang sangat berbaloi antara harga dengan kualiti dan hasilnya bukan?

Biar berbelanja lebih sikit,
asalkan kita berpuas hati dan tidak  menyesal.
Tapi perlulah seluk poket diri sendiri dulu
Ukur baju di badan sendiri
Kalau ada rezeki, adalah.
Takda, it's ok.

Kalau hantaran pula bagaimana?
Bagi menjimatkan belanja, barang hantaran nabila semua telah diberikan waktu tunang haritu
maksudnya, 
nikah nanti hanya ada dulang untuk cincin sahaja
ya, itu sahaja.

sudah pasti Arma Couture menggunakan fresh flower bagi menghiasi hantarannya bukan?


sebab itu kita boleh nampak gambar ini 'segar', 'romantik' dan mewah
penuh dengan emosi
bandingkan pula dengan hantaran nabila waktu tunang 


Ada beza tak?
Jawapannya: Banyakkkkk...!
Walaupun sama-sama menggunakan ros merah
tapi
gambar tak fresh
tiada emosi dalam gambar kan?
 nampak 'mati' and 'keras'
Punca utama: Menggunakan artificial flower.
Punca kedua: Kualiti gambar yang so-so je.. :)

So, 
walaupun sesuatu benda itu mahal,
mesti bersebab
For sure bahan yang mereka gunakan berkualiti
Hasil seni yang dihasilkan adalah halus dan tersendiri, tidak meniru mana-mana pihak
dan dijamin,
pelanggan akan berpuas hati

Yang penting,
lagi sekali,
ukur baju dibadan sendiri :)

Agak-agaknya, untuk PPM akan datang yang bertemakan 'Cinta Seputih Salju'
bagaimana hasil pelamin rekaan  Arma Couture ye?

Sudah pasti lebih indah daripada ini


ini




dan ini bukan?

Dah terbayang jambangan bunga yang besar dan segar...
Diselang-seli dengan warna hijau dedaunan...
Tirai-tirai langsir putih bersih disulami sinaran lampu chandeliar...
Kerusi sofa berwarna putih yang empuk...
carpet putih...
fuhhh!

 Sure ternganga!

Adakah seperti tema 'Garden'?
Adakah seperti restoran The Garden?
Kita tunggu dan lihat.
Arma Couture pasti tidak akan mengecewakan kita :)

Ok, selain daripada pelamin, busana pengantin, dekorasi hantaran, mereka juga menyediakan khidmat tempahan kasut dan dekorasi bilik/rumah/dewan.

Jika ada sebarang pertanyaan,
jangan malu-malu
jangan segan-segan
terus menghubungi mereka 

03-8944994 (Butik)
017-3288893 (Syenell) 
012-3409685

Anda boleh juga datang terus ke butik mereka di
9-G, Jalan PUJ 3/10,
Taman Puncak Jalil,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, 
Selangor


Okay, kita ke penaja yang kedua...

iaitu penaja hadiah utama pertandingan ini!


Dengan ini diperkenalkan...

Tadaaaaa!!!

walaupun sudah terkenal

 Ari Wedding Couture tidak kurang hebat dengan Arma Couture
Siapa yang tak kenal kedua-dua butik termahsyur di negara kita ni kan?
Pelamin yang moden dan elegan
Busana pengantin yang vavavoom
Hiasan dulang hantaran yang segar dan berseri
tidak ketinggalan, 
Ari Wedding Couture merupakan pilihan utama artis-artis di negara kita
contohnya 

Khai & Rosma


Elyana


Farah AF






 dan ramai lagi!

Semuanya cantik-cantik bukan?
Perincian maniknya sangat halus dan kemas!

Nabila pasti, 
sangat ramai B2B diluar sana yang menjadikan busana, pelamin dan hiasan hantaran Ari Wedding Couture
sebagai rujukan mereka
sama ada dari segi warna tema
kombinasi warna yang digunakan
design pelamin dan baju
dekorasi dulang hantaran
dan sebagainya.

Contoh:


kalau kita lihat komen-komen pada gambar diatas,

"nak menangissssssssssssss i tgk"
"yaAllah cantiknya"
"cantik sgt!"
"shidah, keep for ref :) "

SEMUANYA POSITIF !!!

Nabila juga begitu,
menjadikan  Ari Wedding Couture sebagai reference.

Buktinya...


Nampak kan nama Ari Wedding Couture di kebanyakan contoh-contoh pelamin yang nabila print dua bulan yang lepas?

Mengapa Nabila berkenan sangat dengan rekaan Ari Wedding Couture?

Sebabnya:

- Simple

- Islamic design (Berbentuk kubah masjid)

- Kombinasi warna yang menarik dan berseri

- Gubahan bunga yang kemas dan teratur

- Penggunaan bunga-bunga segar

- Susun atur yang kemas di atas pelamin

- Teknik pencahayaan yang berkualiti dan berkesan


Hasil rekaan mereka
mungkin daripada se-simple ini


atau se-complicated begini

dan 


all of them,
THUMBS UP!!!

Disebabkan teringin sangat nak merasa duduk di pelamin rekaan Ari Wedding Couture,
maka...

nabila print gambar semasa try baju  pengantin sebuah butik and gunting

and tampal!
waaahhh...cantik kan kami di atas pelamin Ari Wedding Couture :)

Ini pun sama...pelamin di dalam rumah, mewah kan? =D
Ni dah kene ngan tema PPM 'Seputih Salju' ni!
Pelamin ni lagilah...memang tak tau nak kata apa dah... :)

At least dpt tgk gambar diri sendiri di pelamin Ari Wedding Couture  camni pun dah cukup happy... :)

Bila belek-belek koleksi pelamin dan busana pengantin from Ari Wedding Couture di rumah,
 drama ini berlaku










"ok..."

Mari kita lihat koleksi busana pengantin Ari Wedding Couture 
Nabila pasti sekarang memang ramai yang prefer dress kan... :)

Simple, but enough to look gorgeous on that day
Nice veil and dress

Sexy red :) LOVE it to the max!

Megat dan Puteri 
(Anak usahawan terkemuka, arwah Sosilawati)
 memilih busana klasik songket kuning di hari bahagia mereka





and how about hantaran?
for sure ramai B2B yang berkenan dengan fresh flower penuh di sekeliling barang hantaran kita kan???
sangat cantik...


or...more exclusive like these


huhu...compared to mine during engagement last year

susun atur barang kurang menarik
bunga hanya di bucu...ari wedding bunga penuh!

Beza sangat kan antara rekaan saya dengan rekaan Ari Wedding Couture

Macam langit dengan bumi =D

Terserlah kehebatan Ari Wedding Couture dalam rekaan pelamin, busana pengantin, hantaran,

Khidmat Perunding Perkahwinan (Wedding Planner)

and jangan terkejut, mereka juga sedia menerima tempahan kasut pengantin dan mekap!



Rujuk  Ari Wedding Couture untuk maklumat lanjut.

Boleh hubungi:

017-2230998 (ARI) atau 0173174129 (SHERRY)

Lokasi Butik: 

41A, Jalan 6/3 Pandan Indah,
55100 Kuala Lumpur.

Waktu Beroperasi:

11am - 7pm 
(Hanya dengan janjitemu sahaja)

Email: 

puncak_kasih_collections@yahoo.com



Penaja seterusnya...


iaitu hasil gabungan dua nama hebat


dan



G.i tu apa ye G.i Photoshoot ?
Gigi?
Geng? 
heheee...jangan merepek boleh?

G.i stands for 

The owner, Idzwan Junaidi
yesss...'GET INSPIRED'

tu diaaa...nak jadikan gambar-gambar mereka sebagai sumber inspirasi kita?

Mari kita lihat hasil seni G.i Photoshoot

Gambar yang cantik, jelas, dan berkualiti

The most valuable part, candid!


Natural emotions cam be seen clearly through their eyes... :)


Time to act with BFF!

Capturing the facial expression of the family members

Capture the moments...BFFs' facial expression and body languange

Again, candid!

Nice angle bro!

Super creative and cool!
White Room Studio package


Outdoor session for maternity photoshoot!

So how their pictures?
OKAY isn't it?
For me their pictures are good and qualified to 'record' the moments
because

- Clear pictures
- Focus
- Good lighting
-Brilliat ideas from the photographers because some actions are creative, cool and 'something new'
- Know when and how to capture the moments
-Alert with all facial expression and body language, not just the bride, all their relatives and friends too!
- Love candid pictures!!!


I'm sure the owner of  G.i Photoshoot
Idzwan Junaidi is a good people
happy-go-lucky
creative
and easy to cooperate with the brides and their clients
that's why we can see 'smile' of their clients in every pictures 
=)

Interested with their artwork?

Phone : 
016 322 2948 (surya)
Office : 
03 5638 9285
Email
giphotoshoot@gmail.com
Address: 
9-1, Jalan PUJ 3-10, Taman PUncak Jalil,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor
Waktu beroperasi:
Isnin-Jumaat: 10.00am - 6.00pm
Sabtu: 10.00am - 1.00 pm
Blog:




Jumpa and berbincang dengan mereka di kedai lebih baik, boleh nego-nego punya!
[Alamat G.i Photoshoot dengan Arma Couture hampir sama!!!Satu deret kedai yang sama agaknya? Tak mustahil senang bekerjasama dalam business... :) ]


Ok, dah kenal G.i Photoshoot kan?

Sekarang Nabila memperkenalkan rakan mereka pula
The Photolicious
hehee...tulisan haruslah berwarna-warni,
memang treadmark diorang!

Secara jujur
Nabila kenal The Photolicious dengan melihat promo mereka tentang White Room Studio Photoshoot
and then melalui gambar Bienda and husband, romantic post-wedding at their own house
Bila dah kenal, mulalah selalu belek-belek gambar The Photolicious
Mulalah berkenan dengan hasil-hasil mereka...

Antaranya:


Very classic kan? Dapat la merasa macam Raja Sehari zaman Hang Tuah dulu-dulu...
Kalau Nabila yang duduk kat pelamin tu, sah-sah printkan gambar ni, buat frame, gantung kat dinding. :)


Super creative Kak Kay! Gambar tak edit pula tuuu... :)


This is just typical action of any brides...
Tapi yang lainnya, warna baju pengantin telah menaikkan 'mood' gambar ni
Gambar sangat jelas! Good technique!
From 'live' moment, 
we 'like' to see the products produces, 
and finally we fall in 'love' with the pictures, our love one, and The Photolicious too
memang kena sangat dengan tag line mereka, 
'Live. Like. Love'



Tangan siapa yang terrror sangat ambil gambar semua ni?

Inilah dia...
Kak Kamalia Kamal
@
Kak Kay


Bila photoshoot, memang macam-macam gaya dah!


Tu semua demi mendapatkan angle terbaik and gambar yang cantik kan Kak Kay?
Biarlah miang satu badan, asal customer puas hati :)

The Photolicious selalu juga buat promo ye kawan-kawan

Contohnya



so jangan lupa untuk follow mereka di fb atau laman web 
Kena alert dengan promo-promo mereka, diskaun baikkkk punya!
Jangan terlambat, nanti terlepas, menyesal...

Mereka juga mengadakan kelas untuk mereka yang berminat untuk menuntut ilmu photography 


Kalau dah big bossnya amik gambar sampai terbaring,
anak murid pun terikutlah kan...


Kalau  kita rujuk feedback pelanggan-pelanggan The Photolicious



Semuanya positif!!!
Tahniah Kak May and The Photolicious team!

Sila hubungi mereka untuk mendapatkan pakej terbaik ya!

Nombor Telefon:
019-2715010 / 019-6682336
Laman web:
Email:
thephotolicious@gamil.com
Alamat:
No. 22-1A, Jalan Pandan 3/10,
Pandan Jaya,
55100 Kuala Lumpur

Cepat-cepat sebelum tarikh anda di-book orang lain =D


Dan penaja yang terakhir...




Avicenna Studio menyediakan perkhidmatan Photography and Videography
Kebanyakan company just menyediakan salah satu daripada kedua-dua benda penting di atas bukan?
Tapi mereka...tidak.
Dua-dua pun ado yo!
Seperti yang Nabila telah nyatakan dalam intro di atassssss sekali dlm post ni,
mereka bukan sahaja mengambil gambar,
tetapi mereka merakamkan emosi dalam gambar-gambar tersebut!
erti kata yang lain.
"We don't just take photos, we capture emotions..."


Mahu bukti?
Cuba lihat beberapa hasil mereka



Amacam?
Percaya tak dengan kata-kata Nabila?
Cantik kan gambar-gambar di atas?
Macam lukisan potret dah.
Pengantin pun nampak macam patung.
huhu
geram!

Cuba tengok video mereka pula



huh!
Lap air mata jap.
Bergelora tak kat 'dalam' bila lafaz akad nikah tu?
Nabila terus 'feel something inside' bila tengok ayah pengantin perempuan yang menikahkan anaknya
and bila dah selamat diijab kabulkan, bila salam mak ayah sendiri...
Subhanallah!!!
Allah je yang tau perasaan tu kan...

Inilah contoh video yang kita nak..semuanya original.
bukan majlis orang ternama pun
orang biasa-biasa macam kita je 
yang penting, videographer dapat merakamkan saat tersebut dengan baik
tiada moment yang tertinggal
Tahniah Avicenna Studio!

Mahu video-video yang ceria juga?
Jangan risau, pandailah Avicenna Studio melaksanakan tugas mereka
time touching-touching mereka edit kasi kita meleleh
time happy-happy mereka buatlah kerja gila mereka

hehee...sporting habis!

Berminat?

Hubungi mereka segera

Email:
enquiry@avicennastudio.com

Nombor Telefon:
03-89262284

Alhamdulillah...
Dengan ini tamatlah sudah tugasan kedua daripada nabila
Not bad gak nak menyiapkan entri ni
Dengan nak siapkan kertas Ujian 1 Pendidikan Moral Form 3
Dengan aktiviti kat sekolah yang tak habis-habis
Dengan broadband yang buat problem malam tadi
Apa pun, syukur.
Walaupun tak dapat nak menjadi orang pertama hantar tugasan kedua, redha.
No hal.
Asalkan telah selamat melaksanakan tugas.

Last but not least, 
let's

again on the


will get 






Good luck to all contestants!

See you on next task at




Thanks!
Wallahua'lam.

“Barang siapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)