Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Saturday, December 31, 2011

The Ladies Photographer Giveaway



sila klik gambar atau The Ladies Photographer Giveaway untuk mengetahui dengan lebih lanjut syarat-syarat giveaway

Kepada rakan-rakan saya, mari join!!!
1. wanie
2. dhie
3. eqa
4. fye
5. shake

Good luck to all of us! 

Monday, December 26, 2011


"Menjadikan lelaki satu-satunya sumber kasih sayang dan sokongan dalam suatu perhubungan meletakkan terlalu banyak tekanan kepada si suami."

Maksud: 
Apabila suami anda perlu meluangkan masa untuk bersendirian
 (kadangkala lelaki memang perlu ke 'gua'nya untuk berfikir, mencari jalan penyelesaian, melakukan hobinya...) 
dan pada masa yang sama si isteri ingin berkongsi cerita atau membincangkan sesuatu 
(perempuan memang sinonim dengan suka bercerita, terasa masalah hilang bila bercerita kepada orang lain)
maka
jangan sesekali menganggu suami anda ketika beliau masuk ke 'gua'nya
kelak akan mencari nahas :)
oleh itu, 
penting bagi perempuan memiliki sumber-sumber sokongan yang lain seperti rakan-rakan yang dipercayai dan ahli keluarga.
Jika isteri tidak memiliki semua ini, 
maka beliau akan lebih mudah berasa kecewa dengan suaminya setiap kali suaminya menarik diri.

~Renung-renungkan dan selamat beramal~

Keperlun emosi LELAKI dan PEREMPUAN

 Keperluan Emosi Perempuan:           Keperluan Emosi Lelaki:

  • Perhatian                                       - Kepercayaan
  • Pemahaman                                  - Penerimaan
  • Berasa dihormati                           - Berasa dihargai 
  • Belaian                                         - Dikagumi
  • Perasaan mereka betul                  - Tindakan mereka betul
  • Diberi keyakinan                           -Diberi galakan

Bagi mereka yang berpengalaman, adakah anda percaya
 dengan perbezaan Keperluan Emosi Lelaki dan Perempuan ini?

Saya sangat percaya... :)

p/s: Sumber: Buku bertajuk Men are From Mars and Women are From Venus

Giveaway first opening dippy Lyn’s collection

salam

Alhamdulillah untuk nikmat hari ini

Seorang rakan sekolah SEMSAS menge'tag' saya untuk join GA by beeflyingtohoney



Pemenang utama untuk first opening dippy Lyn’s collection akan memenangi bunga dip pahar berharga lebih RM250.

Pemenang kedua akan diberikan jika penyertaan melebihi 150 orang.

Pemenang ketiga akan diberikan jika penyertaan melebihi 200 orang


tu diaaa....makin ramai yang join makin tinggi chances and probability untuk ada 3 pemenang!!!

so, jom pakat ramai-ramai cuba nasib join GA ni ye?

mane tau ada rezeki untuk kita... :)

Kita hanya mencuba, Allah dan random.org yang akan tentukan... :D

sebelum tu, tengok dulu beberapa hasil bunga dip beeflyingtohoney ye...


Dengan ini saya menge'tag' dua rakan saya,

Thank you!

p/s: macam tau-tau je weekends lepas survey2 bunga telur kat KL... :)



Tuesday, December 20, 2011

Scatch Pelamin for our 2012

Basic

Basic with the color of our reception. 'Dark Khakis' color, a dress for me, alhamdulillah!
[Baju sedia ada je, tak mampu untuk tempah baru]
1. purple maroon gold grey background
add-on: purple maroon gold purple background


 2. purple maroon gold white background


 3. purple maroon gold maroon backgorund


 4. purple pink grey background


5. purple pink soft pink background
6. red and white backgrond

7. shock pink and blue with top flowers

8. shock pink and blue, dark purple background

9. shock pink and blue, grey background

10. shock pink and blue, light pink background

11. white yellow grey background
12. white yellow pink with top flowers
13. white yellow with top flowers




hehe..so what are you gonna say?

Which number that you gonna chose for me?

Really appreciate your idea and votes for me!

Thanks a lot!!!





"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, 
maka turunkanlah, 
apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, 
apabila di laut maka naikkanlah, 
apabila jauh maka dekatkanlah, 
sekiranya dekat maka permudahkanlah, 
dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah 
dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , 
juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut 
dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, 
dengan rezeki yang halal dan baik, 
serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, 
dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, 
dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, 
sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"

Friday, December 9, 2011






***
Isteri yang kau nikahi, 
Tidak semulia KHADIJAH,setakwa AISYAH atau sesabar FATIMAH

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman 
yang punya cita-cita menjadi isteri solehah

Seandainya isterimu tulangnya bengkok, berhati-hatilah meluruskanya



Suami yang kau nikahi 
tidaklah semulia NABI MUHAMMAD S.A.W.,
tidaklah setakwa NABI IBRAHIM pun tidaklah setabah NABI AYUB

Suamimu hanyalah jejaka akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Seandainya suami mu lupa bersabarlah dalam mengingatkanya

***

salam
selepas membuat bajet belanjawan pernikahan dan walimah
subhanallah
banyaknya duit keluar
kata kawan, "boleh pergi haji dengan jumlah yang sama!"

Tunangku

bukan mudah untuk seorang wanita memberi kata putus untuk bernikah

apabila seseorang wanita sudah bersetuju untuk bernikah

bermakna

beliau sanggup meninggalkan ibubapa dan keluarganya yang tersayang

beliau sanggup meninggalkan rumah serba lengkap dan selesa yang sedang didiaminya sekarang

untuk berpindah ke rumah yang di'bina'mu

serba kekurangan dan tidak lengkap

hidup bersamamu dalam susah mahupun senang

Tunangku

beliau sanggup 'sujud' padamu kelak

beliau sanggup membanting tulang mencari rezeki bagi meringankan bebanmu

beliau sanggup bersabar dalam menguruskan rumahtangga

beliau sanggup menahan sakit demi melahirkan zuriatmu

beliau sanggup mengambil risiko dalam mendidik anak-anak akhir zaman

beliau sanggup bersabar dalam melayan kerenahmu dan anak-anak

beliau sanggup bersabar dalam membahagikan kasih sayangnya kepadamu, anak-anak,

keluarga dan mentua

beliau sanggup tidak cukup tidur demi mencari kebahagiaan

dunia dan akhirat

Tunangku

namun aku percaya

kasih sayangmu

akan menjadi penguat dan nadi kekuatan dalam meneruskan kehidupanku bersamamu

senyumanmu

menenangkan daku

pertolonganmu

menghilangkan keletihanku

zuriatmu

pengikat kasih sayang antara aku dan kamu


Tunangku

pimpinlah daku

sayangilah daku

kasihanilah daku

bersamalah daku

peliharalah daku agar sentiasa dalam iman bersamamu

semoga aku akan terus bersamamu di sana




167 hari lagi bukanlah sebagai 'countdown' terakhir

ia hanyalah

sebuah PERMULAAN.




Wednesday, November 30, 2011

siapa yang utama?


"Kak...bila dah kawin kan, ada tak rasa serba salah bila kita kesana kesini, berjalan sana berjalan sini dengan husband, tapi adik-adik kat rumah kite tinggalkan...mak ayah kita...mesti diorang pun rasa nak berjalan macam kita...mesti diorg rasa sedih tgk gambar-gambar kita kan kak?rasa bersalah tak bila camtu?"

"sangat nabila...tapi kita nak bersama berdua dgn husband kita kan..."

"hmmmmm...tapi...family kita sayang jugak..adik-adik tu...xsmpai hati..."


*Semoga kami dapat berlaku adil kepada kedua-dua keluarga kami...insyaAllah...family is everything and i love them to the most! Sesekali berdua sesekali bersama mereka will be the best decision i guess *

Alhamdulillah kami membeli cincin tunang bersama keluarganya...sesetengah individu gemar melakukan aktiviti persediaan perkahwinan sesama mereka sahaja..tidak mahu orang tua masuk campur dan bawa mereka bersama kerana 'taste' mereka agak kolot. owh tidak, nauzubillah...
Lelaki yang menyayangi keluarganya insyaAllah akan menyayangi kita dengan baik :)
InsyaAllah dan Alhamdulillah!

Monday, November 28, 2011

"Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang yang rugi amalannya?Iaitu orang yang telah sia-sia usahanya di dunia ini, sedangkan mereka menyangka mereka sentiasa betul dan baik dalam setiap tindakan."
[Surah al-Kahfi 18: 103-104]

"Syurga itu dipagari dengan kesusahan, manakala neraka dipagari dengan keseronokan"
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Friday, November 25, 2011

Najiha's Engagement


'kak' andam, Mimi
Kecuakan melanda diri 

Jari dah 'gatal'
Alhamdulillah. Selamat menjadi tunangan En. Salam :)


Slumber. Majlis tak habis lagi gha dah alert with camera.

















I hope one day kita boleh ambik gambar cmni lagi! *macam dgn anak masing-masing :)*


Wednesday, November 23, 2011

Borak-borak orang berumur 24 tahun

Ahli Farmasi: Bestnye kan cikgu-cikgu sekarang cuti...geram aku.


Bakal Doktor: Tu lah kan...kite ni ape kan nak cuti, kerja mahu 36 jam. On-call lah tu lah nilah...


Cikgu: Ala korang...korang gaji besar...senang...kitorang cukup-cukup makan je. cuti and kerja separuh hari jelah kelebihan kitorang...senang cite camni lah...

kita semua sama je...

masing-masing ada PRO and CONS dengan kerja masing-masing :)


[bersyukur dengan setiap ketentuanNya]
*senyum*

Friday, November 4, 2011

Lawatan ke Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang


















Alhamdulillah