Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Friday, December 9, 2011






***
Isteri yang kau nikahi, 
Tidak semulia KHADIJAH,setakwa AISYAH atau sesabar FATIMAH

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman 
yang punya cita-cita menjadi isteri solehah

Seandainya isterimu tulangnya bengkok, berhati-hatilah meluruskanya



Suami yang kau nikahi 
tidaklah semulia NABI MUHAMMAD S.A.W.,
tidaklah setakwa NABI IBRAHIM pun tidaklah setabah NABI AYUB

Suamimu hanyalah jejaka akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Seandainya suami mu lupa bersabarlah dalam mengingatkanya

***

salam
selepas membuat bajet belanjawan pernikahan dan walimah
subhanallah
banyaknya duit keluar
kata kawan, "boleh pergi haji dengan jumlah yang sama!"

Tunangku

bukan mudah untuk seorang wanita memberi kata putus untuk bernikah

apabila seseorang wanita sudah bersetuju untuk bernikah

bermakna

beliau sanggup meninggalkan ibubapa dan keluarganya yang tersayang

beliau sanggup meninggalkan rumah serba lengkap dan selesa yang sedang didiaminya sekarang

untuk berpindah ke rumah yang di'bina'mu

serba kekurangan dan tidak lengkap

hidup bersamamu dalam susah mahupun senang

Tunangku

beliau sanggup 'sujud' padamu kelak

beliau sanggup membanting tulang mencari rezeki bagi meringankan bebanmu

beliau sanggup bersabar dalam menguruskan rumahtangga

beliau sanggup menahan sakit demi melahirkan zuriatmu

beliau sanggup mengambil risiko dalam mendidik anak-anak akhir zaman

beliau sanggup bersabar dalam melayan kerenahmu dan anak-anak

beliau sanggup bersabar dalam membahagikan kasih sayangnya kepadamu, anak-anak,

keluarga dan mentua

beliau sanggup tidak cukup tidur demi mencari kebahagiaan

dunia dan akhirat

Tunangku

namun aku percaya

kasih sayangmu

akan menjadi penguat dan nadi kekuatan dalam meneruskan kehidupanku bersamamu

senyumanmu

menenangkan daku

pertolonganmu

menghilangkan keletihanku

zuriatmu

pengikat kasih sayang antara aku dan kamu


Tunangku

pimpinlah daku

sayangilah daku

kasihanilah daku

bersamalah daku

peliharalah daku agar sentiasa dalam iman bersamamu

semoga aku akan terus bersamamu di sana




167 hari lagi bukanlah sebagai 'countdown' terakhir

ia hanyalah

sebuah PERMULAAN.




No comments: