Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Thursday, February 17, 2011

Pengalaman sekitar Ujian Bulan Februari 2011

Bismillah...

* Bila jaga kelas depan (Form 2), tengok mereka lancar menjawab soalan ujian, duduk dengan tenang, baca doa sebelum menjawab, pakaian yang kemas, muka tersenyum bila dipandang, rasa terharu, sejuk hati, mendoakan kejayaan bagi mereka, rasa nak sentuh kepala mereka sambil mengusap-usap dengan lembut, dengan penuh harapan anak sendiri akan menjadi sebegitu...amin...

* Bila jaga kelas belakang (Form 2), macam-macam ragam. Ada yang mengacau rakan-rakan yang lain sebab mereka dah tak tahu nak jawab, boring menunggu waktu ujian tamat, mula rasa resah dan gelisah dan tak duduk diam dah. Lagi-lagi kalau masuk waktu tengahari. Pengalaman paling 'menarik' pada hari ini ialah apabila masuk ke kelas mereka sebelum waktu ujian tiba. Maknanya saya hanya membiarkan mereka belajar sendiri supaya mereka bersedia untuk menjawab soalan ujian. Tetapi bagi mereka Kertas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) sangat senang, tidak perlu belajar. Berbeza dengan kelas depan yang saya jaga pada pagi tadi, apabila mereka sudah siap menjawab soalan sains dan sudah berpuas hati dengan jawapan masing-masing, mereka meminta izin untuk menghantar kertas ujian tersebut walaupun masa ujian belum tamat. Mereka mahu belajar PJK, ready for the next paper. Kembali semula cerita mengenai kelas belakang tersebut, ketika berusaha untuk mengawal kelas sebelum waktu ujian mereka tiba, saya memang berjalan-jalan di sekitar group mereka yang nakal di belakang kelas. Jika kelas sebelum ini saya ada meninggikan suara dan berkasar dengan mereka, hari ini saya hanya bertenang dan merendahkan suara, walaupun masih ada yang menggugat keimanan dan kesabaran. Paling 'menarik' ialah apabila saya berjalan-jalan di sekitar mereka,  tiba-tiba saya perasan mereka (sekumpulan pelajar) sedang menunjukkan simbol mencarut dengan menggunakan tangan, atau lebih spesifik lagi ialah jari [saya harap anda faham]. Tetapi saya hanya berdiam diri, tidak mahu terus bertindak. Buat-buat tidak tahu. Kemudian, tiba-tiba seorang pelajar bertanya kepada saya,

" Cikgu, cikgu suka tak makan ikan STEAM?"
"Hmmmm...ikan MASAK STEAM ke? cikgu tak suka sangatlah. "

Sekali lagi saya harap kalian faham apa yang dimaksudkan oleh pelajar tersebut. Walhal saya sangat suka ikan masak steam. tetapi saya fikir kalau saya jawab "ya", saya rasa mereka akan suka kerana saya terpedaya dengan niat sebenar soalan mereka tersebut. Kemudian, pelajar disebelahnya pula bertanya kepada saya, 

"Cikgu cikgu, cikgu pernah makan PISANG?"

Hmmm..yang ini susah sikit saya nak jawab. Fahamkan maksud sebenar soalan pelajar tersebut? Kemudian saya jawab "tak pernah.". Then pelajar tersebut bertanya lagi, "cikgu takkan tak pernah makan pisang?"

Saya terus mendiamkan diri dan terus berjalan-jalan di sekitar mereka.

Hmmmm...dahyat zaman sekarang. Baru Form 2 sudah berani bertanya perkara sedemikian. Saya sendiri yang berumur 24 pun tak pernah nak mengeluarkan kata-kata tersebut walaupun saya faham apa isi tersiratnya.

yaAllah peliharalah mereka...

belum terlambat untuk mendidik mereka nabila...insyaAllah...cuma saya perlu pandai men'tackle' mereka...






3 comments:

Merentas Horizon said...

Dahsyat tu, kadang2 seronok sampai rasa nak jadi cikgu.. tapi tengok gelagat macam ni. seram pun ada.

kesimpulannya, jadi cikgu sungguh mencabar!

Noor Nabila Jasni Teoh said...

sangat mencabar. banyak mende kene pk. mesti terbawa ke rumah kerja2 and also masalah2 yang ada. kalau kerja ofis kat ofis je buat keje, tak bawak balik rumah biasanya...biasanya lah kan..hehee..apa pun, what ever we are, be the best! hehee

atikNAOshi said...

hahaha...banyak kan bersabar nabila..
budak2 skg ni sgt advance..smeoga berjaya mendidik mereka :)

caiyokkkk!!!!