Salam
sejak menjadi naib setiausaha PIBG 2011/2012
setiap kali mesyuarat lebih kurang sekali sebulan
sentiasa berfikir
mampukah aku menjadi ibubapa yang prihatin dengan pendidikan anak-anak
sanggupkah menjadi ahli PIBG sekolah anak-anak nanti?
Bila dilihat wajah-wajah ibubapa yang hadir pada mesyuarat PIBG 2012
Tidak kira kaum atau warna kulit
Semua ada
Ada yang datang bersama suami masing-masing
Tahniah!
Namun...majoritinya kaum ibu yang hadir, tanpa kehadiran suami
Dimanakah suami anda?
Tidakkah anak itu anak kalian berdua???
Tidakkah memberikan didikan yang sempurna itu tanggugjawab bersama suami isteri???
Kepada ibubapa diluar sana
Adakah anda cukup prihatin dengan pendidikan anak anda?
Tidak mahukah anda menjadi warga PIBG yang membantu pihak sekolah menguruskan kewangan,
program dan sebagainya demi pendidikan anak-anak?
Anda terlalu busy?
Tidak mampu memberikan komitmen untuk menghadiri mesyuarat PIBG kerana keluar ofis lambat?
Ya
memang sukar
Tapi
mengapa orang lain boleh,
kita tak boleh?
Tepuk dada, tanya selera
Adakah anak anda cukup penting bagi anda...
wallahua'lam
*hanyasekadarluahandanperingatandaripadasayayangsentiasaberharapuntukmenjadiinsanyangcemerlang*
No comments:
Post a Comment