Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Tuesday, March 13, 2012

Nasihat-menasihati di atas dulang hantaran


Hantaran kami time tunang arituaritu dan aritu ialah hantaran 'full'
maksudnya handbag kasut sume tu dah bagi la
bukan manisan-manisan yang biasa orang bagi time tunang tu kan
tapi manisan ada juga
terpaksa sebab nak bagi orang tua-tua senyap
ikutkan juga
kang kata kita ni orang  muda tak ikut adat la blablabla

the story is
masa tengah main-main deco barang hantaran 
cakap dengan adik (PA time preparation tunang aritu)
'Angah rasa nak tulis nota or simple words la kat dalam buku, sejadah semua ni...sebagai nasihat and kenangan tarikh pertunangan ni'

and adik cakap,
'ok je...letak jelah kata-kata tu dalam frame, letak atas hantaran...ok pe...xde orang buat lagi'

yet, kami jumpa frame kecil di kedai barang pengantin
RM 1 each
so I google hadis-hadis yang berkaitan
tulis dalam Word and print
as simple as that



sireh tak-berapa-junjung



Ayat for sireh junjung
(cari yang berkaitan dengan pernikahan)
Ayat for Tafsir Quran

Ayat for Sejadah

Ayat (doa) for Pakaian

Ayat for Buku Motivasi


Itu sahajalah contoh untuk beberapa dulang hantaran
Gambar di atas pula contoh bagaimana frame-frame tersebut diletakkan
letak je
asal tak jatuh and boleh dibaca sudah...

syukur
dapat juga tunaikan hajat untuk memberi kata-kata yang berguna and nasihat atau peringatan di atas dulang hantaran tempoh hari
Semoa beliau dapat menjadi 'imam' saya suatu hari nanti
insyaAllah!

Disini saya sharekan hasil kompilasi hadis-hadis berkaitan barang hantaran saya tempoh hari
kalau nak aplikasikan or tiru sebijik tak kisah pun
yang penting,
ilmu berguna perlu di'share'
i pun dapat tumpang pahala... 
=)


1. Sireh Junjung


Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."

(Surah An-Nuur: ayat 32)


2. Quran

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada kitab Allah (Al-Quran) ditulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya pula, baginya cahaya pada hari kiamat.”
(Hadis riwayat Ahmad) 


Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, dianugerahkan kedua ibu bapanya mahkota pada hari kiamat. Cahayanya (mahkota) lebih baik daripada cahaya matahari di rumah-rumah dunia. Kalaulah yang demikian itu matahari berada di rumah kamu (dipenuhi dengan sinarannya), maka apa sangkaan kamu terhadap yang beramal dengan ini (Al-Quran).”
(Hadis riwayat Abu Daud)

3. Buku Motivasi

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Sesiapa menempuh jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga.”
(Hadis riwayat Abu Dawud dan Termidzi)

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air.”
(Hadis riwayat Abu Dawud dan Termidzi)

4. Sejadah

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba dihari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya maka binasalah amal-amal yang lain.”
(Hadis riwayat Thabrani)



5. Kemeja

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Janganlah kalian minum dalam wadah emas dan perak dan jangan mengenakan pakaian sutera sebab pakaian sutera itu untuk mereka (orang-orang kafir) di dunia dan untuk kalian di akhirat pada hari kiamat.
(Hadis riwayat Hudzaifah bin Yaman)

Berdoalah,
“Ya Allah bagi Mu segala puji, Engkau telah memakaikan pakaian ini kepadaku. Aku bermohon kepada Mu kebaikannya dan kebaikan akibatnya. Aku berlindung pula kepada Mu dari kejahatannya dan kejahatan akibatnya.”

6. Kasut
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:

“Rumah kami jauh dari masjid. Kerana itu kami ingin membeli rumah yang dekat dengan masjid. Tetapi Rasulullah s.a.w melarang kami, sabdanya: “Untuk setiap langkah yang kamu langkahkan ke masjid, kamu mendapat imbalan satu darjat.”



(Hadis Muslim)


7. Kek

Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya beribadat kepadaNya.”
(Surah Al-Baqarah: ayat 172)




Selamat mencuba juga!



7 comments:

Aida & Riana said...

wow creative nye..suke!
akak dh dpt dh sample kain bella..ingtkn surat cinta dr sape la smlm..huhuhuhu

Noor Nabila Jasni Teoh said...

hehee...simple je kak! tgk la dulang2 tu..bunga pun main kat bucu je..huhu

huhahha..hehee...tu nak cepat, tulis tgn je, nak pos cpt b4 balik sek..hehee...kalo type kan kemas siki..sdp mata memandang..ni dah la tulisan mcm pe je.. :) thanks kak! :) email pun nbila ada attachkan gmbr lace kan.. :)

Fariza said...

:) lain dr yang lain. suka.

Noor Nabila Jasni Teoh said...

tq.. :)

shafika fieka said...

idea yg best..mintak izin nk copy blh??

Noor Nabila Jasni Teoh said...

boleh.. :) no hal.. :) alhamdulillah :)

cik mah said...

menariknyer....lain dr lain n sgt2 bgus...suker....