Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Monday, October 8, 2012

KRABI vs KOTA KINABALU


Salam alhamdulillah weekends baru2 ni berpeluang ke Kota Kinabalu, KK
Sabah baaa...

hehe

Suami ada keje kat sana 10 hari
so beliau minta untuk pulang ke semenanjung pd hujung minggu memandangkan saya sdg memilih dan xbrapa betul selera makan sejak dua menjak ni
kdg2 terasa mknn paling sedap ialah Maggi Kari
dulu punyalah kembang tekak bila tgk Maggi tu
time pregnant ni tulah paling sedap rsnya
tp baru sekali je mkn, xbrapa sihat kan mknn tu :P
ok sambung balik
suami proposed kat akauntan ofis die yg die nak balik ujg minggu
tp akauntan tu kata, drpd die balik ke semenanjung, baik diorang sponsor isteri die (I la tu kan) ke Sabah
Dapat berjalan, Dpt suami!
Tak gitu?hehe
bila suami mengusulkan cadangan tersebut bila kat umah sebelum die berangkat, rasa sgt excited!
Alhamdulillah rezeki!
walaupun takut naik flight sorang2 and ke LCCT sorang2
tapi segala cabaran akan kuredahi demi ke sabah dengan PERCUMA!!!
kos pergi balik air asia RM400
alhamdulillah
ini memang betul2 rezeki kan
rezeki baby juga mungkin :D
(Kiranya ni honeymoon kali ke-3, dan udah 'ber-3' juga, alhamdulillah...)

so after balik sekolah pukul 12.30 (hari Jumaat kan habis awal, jgn lupa, sy cikgu, hehe)
balik mandi tukar baju solat then drive kete ke OU
naik bas pukul 2 dari OU ke LCCT
then kat airport alhamdulillah ok je semua
tak tanya orang pun
pandai plak berdikari bila keadaan terpaksa kan :P
so as usual, my blog is like my album, hehe
layan the picturesss!



















walaupun kami hanya pergi 3 pulau yang kira basic la kat sabah tu kiranya
tapi bila sampai je pulau pertama, 
memang kami berdua terus cakap,
'Ni lagi cantik daripada KRABI!!!'
lagi bersih
lagi jernih airnya
lagi seronok dan puas ber-snorkeling (2 jam untuk setiap pulau)
jika di krabi kami mengambil pakej ke 3 pulau juga
tapi hanya 1 pulau sahaja untuk bersnorkeling
tu pun kecik je area untuk snorkeling
ikan pun xbanyak, corals pun tak banyak mana
kejernihan air pun kalah dengan pulau kat sabah ok!

Bagi kami memang sgt berbeza
mungkin seronok di krabi sbb rasa oversea kan
negara orang
boleh la nak berjalan sambil peluk and duduk kat tepi pulau sambil peluk cmtu
tak segan
tapi dari segi kualiti pulau memang we will say that Malaysia is the best
much-much-more better!!!
seriously
bila dah g Sabah (Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik)
kami bagi 4 stars untuk pulau-pulau ni

tapi Krabi (Chicken Island, Poda Island, lagi satu x ingat nama, hehe)
mungkin kami bagi 2.5 stars je
huhu

PD tiada star ye..hehee...kenapalah pantai barat xde yg bersih kan... :(

benar kata orang,
Hujan emas di negara orang, hujan batu dinegara sendiri...ok sambung sendiri
hehee

Bila kat sana mmg saya teringat nak review tentang mende ni kepada bloggers2 yang tgh rancang nak honeymoon tu
jimat pun jimat bila kat Malaysia je
makan pun senang je
tapi ramai akan kawin bulan November ni kan?
Maybe cuaca tak brapa elok kot kan Sabah kan?
Ntah-ntah Krabi pun?
hmmmm...sila buat research dulu before decide your honeymoon ye :)

Alhamdulillah for everything... 
Syukran!

p/s: Semua gambar adalah BENAR-BENAR belaka, tiada sebarang editing. Semua ciptaan Tuhan. Gambar di dalam laut ketika snorkeling pada kawan suami, nnt kalau dah dpt gmbr akan diupload insyaAllah. Memang benar kata orang, bila berada dalam laut, tgk ikan2  berenang2 and bermain dgn kita, nemo yang garang sbb melindungi rumah and anak die, warna air laut yang pelbagai disebabkan perbezaan kedalaman dan isi laut, sinaran matahari yang menembusi permukaan laut, batu karang yang pelbagai warna, saiz dan bentuk, terasa seperti berada dalam dunia yang lain. Masyarakatnya adalah ikan-ikan pelbagai jenis, dengan kehidupan tersendiri. SUNGGUH INDAH CIPTAAN ALLAH...

3 comments:

Shakina Farhan said...

betul tu..dalam malaysia lagi cantik kan berbanding pulau2 luar negara yg kununnye cantik..

fazlien said...

bestnye..ni yang rasa nak honeymn ke sabah ni..hehe:)

Noor Nabila Jasni Teoh said...

shake: huhu..tulah..rasa nak bukak mata mereka2 yg pandang tinggi sgt oversea tuuuu..hehee...just kalau ada rezeki lebih nak tgk negara org boleh, tp xyah la expect 'Malaysia is nothing and oversea is everything' hehee

fazlien: sila2..sesuai sgt..hehee..just kene study takut2 time kite nak g tu musim hujan ke..xbest jugak nnt..hehe...tp skang mcm xmenentu je musimnye kan :)