Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Monday, January 31, 2011

Berimaginasi sebelum tidur

Bismillah...

Seperti yang tertera pada tajuk di atas, saya bermain-main dengan imaginasi saya sendiri sebelum saya tertidur semalam.


Meriam dan bom-bomnya sebagai analogi yang digunakan oleh saya. Meriam ibarat Universiti Malaya (kelihatan agresif bukan?) dan bom-bom sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan yang akan menjadi guru dalam beberapa hari (tidak sampai seminggu) sahaja lagi. 



Bom-bom dilepaskan mengikut nasib diri mereka sendiri. Ada yang dihantar berdekatan sahaja dengan rumah  mak ayah dan ada juga yang dihantar berdekatan walaupun perlu menyewa rumah lain. Tidak ketinggalan ada yang dihantar begitu jauh beribu-ribu kilometer jauhnya nun di negara negeri timur sana (sarawak). 



Walau kemana pun bom-bom tersebut di'arah'kan, mereka tetap terus 'mendarat'. Bom tersebut tidak menghasilkan letupan yang dahsyat apabila 'mendarat'. Sebaliknya bom tersebut akan pecah dan mengeluarkan anak benih yang masih subur. (masih fresh graduate kan~ ) Sebilangan anak benih bertunas di persekitaran / iklim yang baik (sekolah yang baik dan bagus), sebilangannya bertunas di persekitaran yang gersang (sekolah yang kurang baik dan bermasalah), dan sebilangannya tenggelam dalam lautan yang bergelora (mereka yang masih marah dan tidak puas hati dengan penempatan sekolah mereka, masih tidak dapat menerima takdir, mereka masih tidak nampak hala tuju dalam profesion perguruan, dan sebagainya yang masih bergelora jiwanya ). Mereka lemas dalam dunia mereka sendiri. Namun, lama-kelamaan, bom tersebut tetap akan terdampar di pulau yang indah dan subur, dan mereka akhirnya bertunas jua. 

Waktu permulaan proses tumbesaran anak benih memang banyak rintangan dan suasana persekitaran yang perlu diadaptasi. Angin yang kuat, hujan yang lebat, kadang-kala panas berpanjangan. Ada kalanya di'ganggu' binatang buas a.k.a manusia bertopengkan haiwan. Anak benih tersebut tetap berusaha untuk membesar, meneruskan pertumbuhan dan perkembangannya, mengambil masa yang bertahun-tahun lamanya untuk terus membesar, dan akhirnya...




anak-anak benih tersebut berjaya menjadi sebuah pohon yang rendang dan mengeluarkan 'buah-buahan' yang kebanyakannya 'menjadi'. Walau ada buah yang dihasilkan dipetik orang, busuk apabila terjatuh, namun pohon tersebut terus kekal disitu dan meneruskan lagi tumbesarannya hingga satu ketika tidak dapat berbuah lagi (bersara). Walaupun tidak dapat 'berbuah' lagi, pohon tersebut terus kekal disitu dan menjadi tempat teduh bagi mereka yang lalu-lalang...hingga satu tahap, daun daripada pohon tersebut banyak yang gugur dan akhirnya...pohon tersebut 'mati'. Namun buah-buah yang dihasilkan suatu masa dahulu telah memberi kebaikan kepada manusia yang lain dan ada antara buah-buah tersebut yang menghasilkan biji benih, bertunas, membesar dan terus membesar dan akhirnya menghasilkan buah yang sama dan proses ini terus berulang sehingga satu tiupan yang kuat akhirnya berbunyi...

wallahua'lam~

Saturday, January 29, 2011

Teacher and Make-up




Katakan TIDAK!!!


TIDAK juga!!!


Juga TIDAK!!!



YES!!!


Beautiful!


It's OK for a teacher to make-up but make sure it is light, not heavy, use pastel color or not so -over-the-limit color like


ahha! =D

Kalau muka pucat lesi ke sekolah pun tak menarik bukan? Diri pun tak semangat, apakan lagi pelajar-pelajar yang lihat muka kita sepanjang tempoh sesi pengajaran dan pembelajaran~

Colors your life babe!


p/s: Gmabar hiasan sahaja. Jangan pakai cmni semata-mata untuk dapat title 'My Favourite Teacher' ya!

Friday, January 28, 2011

Giving HOMEWORKS to students


Bismillah...

Sebenarnya perkara ini agak membimbangkan saya, iaitu bagaimana hendak memberi kerja rumah a.k.a homeworks kepada pelajar-pelajar saya nanti~

Waktu praktikal yang dulu tak banyak kerja rumah atau latihan yang saya berikan kepada mereka. Hanya beberapa worksheet yang disediakan oleh saya/panitia sains dan lab report. 

Perlukan menyuruh pelajar-pelajar membuat nota dalam buku nota dan kemudian kita menyemaknya? Walhal bagi saya, agak kurang berfaedah kerana kebanyakan pelajar hanya menyalin semula ayat daripada buku teks atau buku rujukan untuk dijadikan nota, hanya kerana menurut arahan guru. Sedangkan jika hendak belajar mereka pasti menggunakan buku rujukan dan content-conteng atau highlight keywords from buku rujukan masing-masingkan? So mereka memang TIDAK menggunakan buku nota mereka kan? SO it is useless. tiada faedah kepada pelajar mahupun guru. BUang masa untuk menyalin nota adalah kan. Saya fikir jalan penyelesaiaannya adalah saya mahu mereka membuat SHORT NOTES atau DIAGRAM atau CONCEPT MAP sahaja dalam buku nota versi plain paper atau lebih baik dalam drawing block sebab kertas lukisan lebih keras dan tahan lasak. Mereka boleh membuat nota tersebut mengikut kreativiti masing-masing, saya akan bagi 'cop' macam 'GOOD!', or 'EXCELLENT!' or 'WORK HARDER' atau sebagainya yang boleh menaikkan semangat mereka. saya dah beli cop2 berkenaan. hehee

Mengenai latihan, bolehkan kita para guru memilih satu buku latihan di pasaran dan menyuruh semua pelajar beli dan homework adalah berdasarkan latihan dalam tu. tak salah kan?

Worksheet juga menarik. Mungkin dengan menggunakan module yang disediakan oleh panitia atau JPN untuk para guru. Worksheet seperti isi tempat kosong sangat menarik untuk digunakan ketika guru sedang mengajar kerana sambil mengajar pelajar perlu analyse apa yang dikatakan oleh guru dan mengisi jawapan mereka di dalam worksheet yang telah disediakan. Worksheet ini bokeh dijadikan sebagai nota juga bukan?

Bagaimana jika kita memberi kerja rumah kepada mereka, tetapi mereka menjawab begini, "Takda masa la cikgu nak buat semua homework ni, cikgu2 lain pun bagi homework, tuisyen lagi~"



Ha...cmna tu kawan-kawan? Nak jawab apa?

Mungkin saya akan jawab:

-boleh saya tahu berapa banyak homeworks kamu semua sekarang?

 [ saya mencadangkan agar setiap kelas, di tepi whiteboard, ditulis senarai homeworks pada hari itu, kata-kata semangat , bilangan pelajar yang hadir dan tidak hadir pada hari tersebut, tarikh pada hari tersebut. Hanya memerlukan sedikit ruang sahaja di sudut tepi whiteboard. Sangat penting. Juga boleh diselitkan countdown untuk PMR/ SPM supaya mereka alert peperiksaan semakin dekat. Saya rasa semua SBP telah mengamalkan strategi ini. Sangat berkesan. Maka, guru-guu boleh 'negotiate' jumlah homeworks yang mereka berikan berdasarkan jumpah h'work yang telah diberikan oleh guru-guru lain. mungkin benar mereka tidak cukup masa dan tidak menang tangan untuk menyiapkan kesemua h'work pada satu malam. Perkara paling penting ialah pelajar akan alert dgn h'wok mereka berdasarkan apa yang tercatat di whiteboard. tiada alasan ada yang 'saya tah tahu pun cikgu bagi kerja sekolah', walhal ada rakan-rakan lain yang mendengar arahan yang diberikan. adil bukan?]


- Mereka yang memberi 1001 alasan adalah mereka yang kurang bijak (nak cakap bodoh tak baik kan0 ataupun gagal.

- Rakan-rakan yang lain pun 24jam sehari, saya pun ada 24 jam je sehari, senior2 kamu yang dapat straight A's dalam SPM tahun lepas pun ada 24jam sahaja sehari, jika saya bagi homeworks mereka boleh siapkan, kenapa tidak anda?

- Anda mahu berjaya atau tidak? Untuk berjaya memang perlu berkorban. Kejayaan tidak datang bergolek jika tiada usaha dan susah payah.


Any ideas kawan-kawan? Thank you and really appreciate it.. =)

All the best!

 



Thursday, January 27, 2011

Lindungilah aku, ampunkanlah aku~

daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: 


iblis berkata kepada Tuhannya: "demi keperkasaanMu & keagunganMu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di dalam jasad mereka."


Allah menjawab: "demi keperkasaanKu & keagunganKu, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepadaKu."


source: http://truly-iltizam.blogspot.com/2011/01/daripada-abu-said-al-khudri-r.html


Bila umur semakin meningkat, makin banyak 'mata' saya melihat pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini.
Sebahagiannya:

1. Mementingkan kerjaya dan desakan hidup daripada menjalankan tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan agama.
2. Mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Astaghfirullah~
3. Tidak menunaikan solat Jumaat bagi lelaki. Astaghfirullah~..bukannya uzur, tetapi malas dan kurang iman dalam diri.
4. Tidak menambah ilmu dunia dan ilmu akhirat. Berpuas hati dengan ilmu yang telah ada (sangat sedikit ilmu yang ada pada diri walhalnya). Namun berapa banyak ilmu yang ada itu telah/sedang diamalkan.
5. Al-Quran tidak disentuh, apakan lagi membacanya, apakan lagi menyelak tafsir untuk memahami ilmu Allah yang cukup luas.
6. Tidak menjaga kata-kata dalam pergaulan. Sentiasa mengumpat dan tidak berpuas hati dengan orang lain.

Subhanallah...
Jauhilah daku daripada melakukan perkara-perkara kemungkaran seperti mereka...
Peliharalah daku...
Hanya kepadaMu aku meminta pertolongan dan perlindungan...
Ampunkanlah segala dosa-dosaku yang telah lalu dan hari ini yaAllah...
Amin ya rabbal a'lamin~

Wednesday, January 26, 2011

Someone, somewhere, sometime

bismillah...

Someone told me,
"Eeeii, cakap macam cikgu ~ bebel macam cikgu~"
Yes, I am a TEACHER!
Someone told me,
"Eeeiii..memang la, pakai baju skema je, macam cikgu!"
Yes, I am a TEACHER!
Someone told me,
"Dia ni terurus sangat macam cikgu!"
Yes, I am a TEACHER!

I'm so glad that I AM A TEACHER! Thank you Allah...

Whatever she says to me again after this I'll just ignore her, cause I know that I am better than her. Thank you Allah.
Please show her the right way and control whatever words that come through her mouth.

Amin.

Saya akan terus bersabar dengannya...


Ini adalah entri ke-50 saya sejak 2 Disember 2010, entri ini...tahniah nabila!
Teruskan berhijah! Menahan sabar juga suatu hijrah!

SMK Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)

Bismillah...

Alhamdulillah ya Allah..syukur yang tidak terhingga atas segala ketetapanMu...

Semoga segala cabaran dapat kutempuh dengan tenang dan penuh komited demi memperjuangkan tugas seorang PENDIDIK. Amin...

Akan melapor diri di sekolah tersebut pada Isnin, 7hb Februari 2011. yaAllah permudahkanlah segala urusanku.... Amin...

Semoga saya dapat berkhidmat dengan gembira di sana. Ini adalah 'research' yang saya buat pada malam ini.


Amacam? ceria kan mereka para guru pada Hi-Tea Guru dan PIBG 2010 yang lalu? Excited saya tengok gambar ni! semoga saya dapat join and gumbira seperti mereka! 


Pengetua bersama murid pada Majlis Restu SPM 2010...Alhamdulillah...syukur tak terhingga yaAllah...saya bersemangat! kekalkanlah semangatku ini selama2nya yaAllah...hanya padaMu ku menyembah dan padaMu ku mohon pertolongan...Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...('',)


Selamat berkhidmat rakan-rakanku sekalian.

So much HOPES by, 
Teacher Nabila, 
SMKTTDI Kuala Lumpur.



Tuesday, January 25, 2011

Your FIRST class, your FIRST impression

It is true rite?

So I think I wanna do this/these activity/ies during my first class.

1. " Crossword Connection"



- I (a teacher) write my name on board, (i.e NABILA), tells something about myself.
- Pick a student to come to the board, tell something about themselves, or tell any info related to Biology that they know, and write their name crossing the teacher's as in a crossword puzzle.
- Students take turns telling something about themselves or tell any infos and adding their names.
- Volunteers copy the completed puzzle as a poster.



P/s: Besides telling something about themselves or tell any infos in Biology, it is more fun if just tell ONE word and the others will continue the next word (must be related).
E.g: 1st student: Makan
       2nd student: ayam
       3rd student: basi
       4th student: sakit
       ...and it continues...

Comment: I like! Interesting! Fun! I can't do it during my practical coz' my students were Chinese! It can't be in crossword form! =(

and / or

2. In a letter/small paper/note. write any question that they are still arguing or not really understand. Choose several and the next class teacher will discuss about it in class.

Comment: Quite bored, but useful.

and / or

3. Tell the rules to the students.

    For me, I only have TWO rules:
    First: Respect (For teachers, classmates)
    Second: Cooperate.

   and remind them "Treat others the way you want to be treated."


Comment: Simple but clear enough what we expect from students during our class.

Any comment guys? Kalau kita lain sekolah bleh je nak tiru..hehee... =D

Motivasi diri

Dear Teacher Nabila...


How good a teacher YOU want to be?

 - Quite good?

 - Good?

 - Very Good?

 - The BEST in your field?


* Jika kita tanam pokok, adakah kita membaja dan menyiram pokok yang sudah subur?

* Sometimes we think we can do it alone, but actually we need an encouragement from the teacher.

* Jaga pelajar ('anak') dengan baik, insyaAllah Allah akan menjaga anak dan keluarga kita.

* If we show full efforts and commitment, students know they have to do the best.

* Make a difference to your school and your students' life!

* Leave a legacy to your school and your students.

* Look for the reason why they fail and solve it!

* You cannot give others what you don't have.

* Always give HOPES to them.

* Earn student's respects by be knowledgeable and prepare your lessons well.

* Hands-on, Minds-on!

* 'Kalau saya boleh ajar anda, tentulah saya seorang yang bijak!'

*Walk like a teacher, talk like a teacher, sleep like a teacher...('',)

Monday, January 24, 2011

Eh, macam faham-faham je KPM ni~

Salam...


Sudahkan anda baca coretan isi hati tentang sejauh mana profesion perguruan ini PROFESIONAL di mata masyarakat pada entri ini ???


Selepas beberapa kemudian menyusul pula kata-kata berikut daripada laman web yang saya 'follow' setiap hari iaitu http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2011/01/gstt-kekal-sebagai-duri-dalam-daging.html


Ini adalah sebahagian daripada kata-kata yang menyokong pendapat saya seperti entri yang lepas. (rujuk perkataan 'ini' di atas)




" Fungsi GSTT yang mahu menampung kekurangan guru di sesebuah sekolah tidak akan berjaya jika soal penempatan mereka tidak diuruskan dengan baik oleh Jabatan Pelajaran negeri. Malah, isu GSTT akan menjadi ‘duri dalam daging’ selagi soal penempatan ini tidak diselesaikan dengan jujur, baik pada peringkat pentadbir sekolah yang memohon khidmat GSTT dengan memberi alasan kekurangan guru, manakala pada peringkat jabatan pula, penempatan dibuat bukan mengambil kira soal keperluan yang mendesak di sesebuah sekolah, sebaliknya atas dasar ‘kenalan’.

Sama ada mahu mengakui atau tidak, kewujudan GSTT menimbulkan sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan, apatah lagi perguruan sudah dianggap satu kerjaya profesional. Seharusnya tidak wujud lagi ‘sandaran tidak terlatih’ dan jawatan sebegini tidak ada pada kerjaya lain bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan. Faktor kekurangan guru bukan lagi alasan sesuai ketika ini, apatah lagi keperluan terhadap sistem pendidikan yang amat tinggi serta kritikal dan sewajarnya usaha penambahbaikan dilakukan terhadap profesion ini. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 sudah berakhir dan sewajarnya pelan induk baru yang dirangka akan mengambil kira keperluan ‘sifar GSTT'.
Hakikatnya, soal pendidikan melingkari kehidupan seharian masyarakat di Malaysia. Isu berbangkit juga hampir sama – baik di sekolah kebangsaan atau sekolah menengah dan di sekolah jenis kebangsaan sama ada Tamil atau Cina."


Saya rasa bersyukur apa yang saya suarakan 'didengari' pihak atasan. Mungkin pada hari ini saya yang masih 'belum cukup umur' untuk menyuarakan dan menegakkan suara seorang guru, tetapi TIDAK MUNGKIN suatu hari nanti saya akan 'bangun' dan berani bertindak.
Sekian.


Wallahua'lam...

Rahsia kecemerlangan SBP (Sekolah Berasrama Penuh)

Bismillah...

Salam semua

Jauh di dasar hati ini saya benar-benar berharap agar ditempatkan di SBP untuk mengajar nanti. Namun, Allah telah menentukan yang terbaik untuk saya. Mungkin saya insan terpilih untuk membawa perubahan di Sekolah Harian Biasa. Maka saya ingin berkongsi pengalaman dan pandangan saya tentang Rahsia Kecemerlangan SBP untuk saya amalkan di sekolah baru saya nanti supaya pelajar saya juga cemerlang seperti pelajar SBP! InsyaAllah.

1. Solat Subuh (secara berjemaah kalau boleh) dan tidak tidur selepas solat.

2. Breakfast sebelum ke kelas. Sangat penting.

3. Pagi-pagi lagi sudah ditenangkan dengan alunan zikir dan nasyid yang menenagkan jiwa, juga sebagai hiburan.

4. Dalam perjalanan ke kelas sudah berniat untuk menuntut ilmu pada hari tersebut, semoga Allah memberkati ilmu yang diajarkan oleh guru-guru.

5. Langkah kanan masuk ke kelas.

6. Mulakan hari dengan senyuman.

7. Menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Sentiasa mengulangkaji pelajaran, membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru, membuat latih tubi sendiri, belajar bersama kawan-kawan yang pandai, mengajar kawan yang kurang pandai, saling berlumba-lumba untuk mendapatkan ilmu, berkongsi ilmu.

8. Menjaga hubungan yang baik dengan guru-guru supaya ilmu yang disampaikan diberkati olehnya. Rapatkan diri dengan guru. Tidak malu untuk bertanya. Guru sangat gemarkan pelajar bertanya soalan dan meminta tunjuk ajar darinya. Sentiasa senyum dengan guru-guru walaupun ketika berselisih dan memberi salam serta tunduk hormat kepadanya. Dapatkan keberkatan seorang guru.

9. Jika mengantuk di dalam kelas tarik nafas panjang-panjang dan henbus perlahan-lahan dengan tenang dalam kiraan 10. Tidak salah untuk mengalihkan pandangan ke arah kawan-kawan atau pemandangan di luar kelas buat sementara waktu untuk merehatkan diri.

10. Menjaga hubungan yang baik dengan rakan-rakan. Menjaga tingkahlaku dan kata-kata yang keluar daripada mulut supaya tidak menyakitkan hati mana-mana pihak. Sentiasa berbuat baik.

11. Makan tengahari dalam jumlah yang sederhana untuk mendapatkan semula tenaga. Jika terlalu kenyang pasti akan mengantuk sejam kemudian. Maka, waktu prep petang yang sepatutnya digunakan untuk menyiapkan kerja sekolah ataupun mengulangkaji semula pelajaran yang dipelajari pada pagi hari tidak dapat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran sangat penting. Pelajar yang cemerlang akan membaca topik yang akak diajar oleh guru sebelum guru masuk ke kelas dan mengajar topik berkenaan supaya pelajar sudah mendapat sedikit 'idea' tentang apa yang akan dipelajari. Sewaktu guru mengajar pelajar menumpukan sepenuh perhatian dan cuba fahamkan. Selepas guru mengajar, ketika membuat latihan atau waktu lapang, pelajar perlu baca semula apa yang diajarkan oleh guru. InsyaAllah dengan cara tersebut otak dapat menyimpan maklumat dengan berkesan.


12. Baca doa sebelum belajar SETIAP KALI guru masuk dan memulakan pengajaran. Jika dilantik seorang wakil untuk membaca doa dan yang lain mengaminkan itu lebih baik kerana tidak meleret-leret ketika membaca doa seperti kanak-kanak. Lebih baik jika wakil itu seorang yang alim. I'allah lebih mudah diperkenankan doa oleh Allah.

13. Sebelum guru keluar baca doa habis belajar dengan ringkas dan padat supaya tidak mengambil masa yang terlalu lama.

14. Sebelum guru masuk ke kelas pelajar sudah bersedia di tempat duduk masing-masing dalam keadaan yang tenang dan buku yang diperlukan telah ada di atas meja.

15. Sentiasa membekalkan kismis di bawah meja. Bila mengantuk atau hilang tumpuan ambil sebiji dan makan secara perlahan-lahan. (Jika dibenarkan oleh guru sahaja)

16. Jika mengantuk minum air secara perlahan-lahan dan sopan. Elakkan meneguk air secara mendongak ketika guru sedang mengajar. Cuba bayangkan pandangan daripada seorang guru yang sedang mengajar dihadapan kelas, kemudian pelajar minum air secara menogok botol minuman dihadapannya, sungguh tidak sopan bukan? Gunakan penyedut minuman (straw). Seorang guru lelaki pernah menasihati pelajar-pelajar perempuan di kelas saya dan sehingga kini saya amalkan menggunakan straw untuk minum.

17. Salam dan cium tangan guru apabila guru selesai mengajar supaya ilmu yang diajarkan diberkati olehnya. (muhrim sahaja)

18. Kurangkan gelak ketawa yang melampau. Gelap hati nanti.

19. Elakkan bergaul dengan rakan-rakan yang negatif dan tidak membawa kecemerlangan diri.

20. Uruskan diri dan waktu dengan baik. Pelajar yang gagal mendisiplinkan diri biasanya kurang cemerlang berbanding mereka yang berdisiplin.


Alhamdulillah saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik (10 A SPM) dan kokurikulum sepanjang saya bergelar pelajar di Sek Men Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan, Pahang. Bukan saya riak tapi saya bersyukur saya diberi kesedaran awal untuk belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh ketika saya masih muda lagi. Semoga bakal pelajar-pelajar saya dapat mengamalkan petua-petua di atas untuk menjadi pelajar cemerlang.

Wallahua'lalm~

Sunday, January 23, 2011

Post-mortem result posting

bismillah...

Perlis  (0)
Kedah (1-SBP)
Pulau Pinang (1)
Perak (4, 2 - SBP)
Selangor (0)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (6)
Putrajaya (0)
Negeri Sembilan (2)
Melaka (0)
Johor (8)
Pahang (1 - SBP)
Terengganu (0)
Kelantan (0)
Sabah (0)
Sarawak (23)

Ini adalah rekod terkini keputusan penempatan mengajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan UM Batch 2009/2010.

Masih ramai yang belum memberitahu result posting mereka. Tetapi, sedikit sebanyak ada beberapa perkara yang jelas kelihatan berdasarkan analisis di atas.

1. Ramai ditempatkan di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
2. Langsung tiada ditempatkan di Kelantan dan Terengganu terutamanya.
3. Kebanyakan (hampir 100%) yang berasal daripada Kelantan ditempatkan di Sarawak. 
4. Mereka yang sudah berkahwin sebelum mengisi borang posting memang ditempatkan di negeri yang diminta.
5. Mereka yang ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) diberitahu ditempatkan di SBP manakala mereka yang ditempatkan di sekolah ahrian biasa hanya diberitahu negeri tempat berkhidmat masing-masing sahaja.

Maka, kepada adik-adik SEP yang masih menuntut di UM dapat mengambil pengajaran dan iktibar berdasarkan apa yang telah berlaku kepada kami. Ingat, jangan lupa pastikan tarikh senat yang dikeluarkan oleh UM adalah awal supaya anda boleh berkhidmat dengan lebih awal. Serta, kalau sudah ada calon dan mampu, kahwinlah dulu sebelum mengisi borang posting supaya mudah untuk anda tinggal bersama suami dan keluarga yang terbina...('',)

Wallahua'lam~

Alhamdulillah...

Penantian yang ditunggu-tunggu selama 6 bulan menganggur akhirnya terjawab sudah. 


Alhamdulillah ditempatkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tidak jauh. Syukur yaAllah atas kurniaan dan rezekiMu ini..sesungguhnya hanya kepadaMu aku meminta pertolongan, Engkau Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segala-segalaNya.

DOKTOR= PROFESIONAL, LAWYER = PROFESIONAL, GURU = PROFESIONAL tapi!!!

perkara yang selalu bermain di fikiran saya~

Mama: Angah, rugi angah tak apply Medic dulu. Kalau tak boleh jadi Doktor dah macam kawan2 angah~
Saya  : Senyap.

Itulah pemikiran orang tua-tua. Normal. Tak mustahil. Memang sangat ramai yang masih berfikiran begini. Jika anak ambil Medic/perubatan maka ibubapalah yang paling bangga. Bangga teramat bangga. Bukan saya nak merendah2kan ibubapa saya atau rakan2 yang ambil medic, tiada kaitan dengan mereka. Saya hanya ingin meluahkan pendapat dan MEMBETULKAN pandangan masyarakat terhadap profesion perguruan. Profesion ini memang tergolong dalam golongan PROFESIONAL, sama seperti Doktor, Lawyer, Engineer dan pekerjaan2 lain yang menjadi kegilaan dan kebanggaan ramai. Memang semua kerjaya itu bagus dan i'allah boleh menjamin masa hadapan. Perkara penting yang saya ingin utarakan di sini ialah:

GURU termasuk golongan PROFESIONAL tetapi, mengapa masih ramai masyarakat Malaysia yang tidak memandang kami seperti golongan PROFESIONAL yang lain?

Seorang penceramah dalam kursus yang pernah saya hadiri pernah berkata begini:

"Kalau kita balik kampung kalau orang tanya kita kerja apa, kita jawab CIKGU, mesti mereka akan cakap "La...cikgu je ke~"...

Kemudian penceramah tersebut menasihati kami supaya berkata begini jika diajukan soalan yang sama:
" Saya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sekarang..."

Confirm mereka tercengang dan tergamam.

Kemudian isu Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dan Guru Ganti yang hangat diperkatakan dalam dada akhbar akhir-akhir ini. Bila kerajaan nak tamatkan kontrak mereka mula merayu-rayu dan mempertikaikan usaha dan pengorbanan mereka sepanjang menjadi guru. Bukan saya hendak menutup periuk orang lain atau dengki dengan rezeki orang lain, tetapi, yang menjadi masalah sekarang ialah saya SANGAT SAKIT HATI apabila mereka yang kebanyakannya tidak ada kelulusan tertentu dalam bidang pendidikan ini mengambil jalan mudah untuk menjadi guru kerana itu adalah jalan terakhir untuk mencari wang. Contohnya mereka yang dah berbulan-bulan menganggur, atau pun mereka yang tidak tahan dengan bebanan kerja seperti perempuan yang perlu bekerja di pelantar minyak, ataupun stress dengan kerja ofis, ataupun tak tahan dengan bos, ataupun perempuan tersebut dah berkahwin dan perlu berpindah ke tempat lain kerana mengikut suami. Oleh kerana sukar mencari pekerjaan lain, maka peluang terakhir adalah menjadi GURU demi mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga. Apakah?


Rendah sangat ke martabat seorang guru?



Kenapa korang pilih guru sebagai pilihan terakhir dalam kamus hidup korang? Sedangkan saya buat pilihan untuk menjadi guru sebagai pilihan pertama saya sewaktu mengisi borang UPU untuk masuk ke universiti?


Jauh di dasar hati ini saya benar-benar berharap agar golongan yang berilmu dan terdidik seperti kita dapat mengubah persepsi masyarakat tentang perkara ini. Memang tidak dinafikan ada antara mereka (GSTT dan Guru Ganti) benar-benar berminat dalam bidang ini dan berkebolehan menjadi seorang pendidik yang baik tetap saya benar-benar berharap kerajaan dapat mengambil langkah yang rasional dan bertanggungjawab demi menjaga maruah profesion perguruan yang 'dianggap' profesional ini. Contohnya:

Kalau nak jadi Doktor kena ada MEDIC certificate dan dapat title 'Dr.' kan? So kalau cikgu pun sama lah, kena ada EDUCATION certificate baru boleh dapat title 'Cikgu' kan?

Saya menyokong penuh tindakan kerajaan yang mengambil langkah mengutamakan GSTT untuk masuk IPG seperti di sini untuk maklumat lanjut.

Tetapi saya kurang bersetuju dengan tindakan kerajaan menyambung kontrak GSTT bagi tahun 2011 seperti di sini untuk maklumat lanjut. Bagi saya biarlah mereka menyambung pengajian sepenuh masa atau separuh masa bagi mengambil SIJIL PENDIDIKAN terlebih dahulu sebelum mengajar. atau pun pihak kementerian menjalankan ujian insak dan temuduga bagi menapis mereka supaya hanya golongan yang layak dan cemerlang sahaja boleh menjadi GURU.


Saya sangat kagum dan berterima kasih dengan ibubapa yang bekerjaya sebagai seorang guru, dan anak-anaknya juga dinasihatkan untuk menjadi guru. Mungkin mereka nampak kemuliaan seorang guru sebagai pendidik anak bangsa serta sebagai 'saham' diakhirat kelak. Pekerjaan lain juga mulia jika dilakukan dengan ikhlas kerana Allah dan dilakukan dengan sebaik mungkin tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Biarlah anak-anak memilih sendiri profesion/bidang yang mereka minat, selagi tidak bertentangan dengan agama, benarkan dan redha dengan pilihan mereka, ibubapa hanya perlu menyokong dan terus memberi nasihat agar menjadi 'insan yang beriman dan yang terbaik' seperti yang telah saya nyatakan di entri ini.  Sama-samalah kita beringat, walau apa kerjaya kita, jadilah insan yang beriman dan bertanggungjawab terhadap keluarga, agama dan bangsa. Tiada gunanya mencari wang pagi petang siang malam tetapi tiada keberkatan, kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup.



Sekian.


p/s: Ini adalah luahan dan pendapat peribadi. Dilarang copy-paste dan publish dimana-mana tanpa izin saya terlebih dahulu. Maaf jika ada menyinggung mana-mana pihak yang terasa dengan kata-kata di atas, apa yang benar datang dari Allah dan yang salah adalah kesilapan dan kekhilafan saya sendiri. Wallahua'lam~



Lawatan ke Pusat Sains Negara

Bismillah...

Oleh kerana kekeringan idea dimana hendak meluangkan masa bersama, semalam (22 Januari 2011) kami (saya dan beliau) ke Pusat Sains Negara.



Walaupun saya tinggal di Shah Alam dan belajar di Kuala Lumpur tetapi saya tidak pernah berpeluang untuk ke sini. Maka masa yang berlebihan terluang saya gunakan dengan sebaik mungkin. Senang nanti kalau nak bawa students ke sini untuk lawatan sambil belajar. 

Memang sangat berbaloi untuk bawa anak-anak students anda ke sini. Banyak maklumat dan pengalaman yang boleh diperoleh dan saya pasti akan kekal dalam ingatan mereka apabila mereka dapat melihat sendiri sesuatu fakta dengan permainan dan pameran yang telah disediakan. 

Contohnya: 


dapat tengok ikan-ikan dan 'pemberi ikan makan'

\
Baru saya tahu 'benda' yang biasa orang guna untuk merasmikan2 dengan letak tangan then keluar cahaya/laser tu menggunakan haba drpd tangan kita untuk keluarkan cahaya!


Funny Mirror


Fizik - Hukum cahaya bergerak lurus, boleh dipantulkan, dibiaskan, diserakkan~ boleh adjust sendiri prisma/cermin-cermin tersebut.






Quiz: Yang mana satu? Titik biru (atas) atas titik merah (bawah) yang betul-betul terletak d itengah-tengah bulatan?





---







---


















---
















jawapannya:





---




---




---















---







---







---











Now we know the FACTS right? =)




Gambar berikut adalah teka-teki kiriman MMS rakan saya Ermadina, penuntut PERUBATAN di UKM.

Cuba teka apakah yang dipegang oleh beliau?



---

















---













---







jantung?







---












---












Jawapannya: Sistem peranakan wanita! Ovaries, Fallopian tubes, uterus, cervix!

I've used at as my ABM (Alat Bantu Mengajar) at SEMSAS and my students were so blurr at first and they were so excited when I show it one-by-one to them through my hp!

=)



Saturday, January 22, 2011

Walau apa pun kerja kita nanti...

tambahlah 'YANG BERIMAN' di belakangnya...

Contoh:

     Tukang kebun yang beriman.

     Polis yang beriman.

     Doktor yang beriman...


I'allah hidup kita sentiasa diberkati walau susah mana pun kehidupan kita itu nanti.

Maka, saya akan cuba untuk menjadi seorang GURU YANG BERIMAN! I'allah!!!

Kalau nak lagi baik, tambahlah cmni pula:

GURU YANG BERIMAN dan YANG TERBAIK!!!

amin!

Semangat!

Terima Kasih FACEBOOK!

Alhamdulillah...berkat saya mencadangkan rakan2 SEP (Sains dengan Pendidikan, UM) supaya membuat blog untuk berkongsi pengalaman sepanjang kami menjadi PENDIDIK nanti berhasil...('',)



Belum lagi posting pun dah banyak perkara yang kita boleh kongsikan bersama. Contohnya pengalaman mengajar sepanjang Latihan Mengajar tempoh hari. Fiza dengan cerita pelajar perempuan nakal menipunya serta Jibah dengan ceritanya tentang perasaan bercampur-baur sebelum sebelum mengajar di Sarawak.

Thanks korang!

Semoga kerjaya kita memberikan rezeki yang halal dan yang penting sekali kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat..amin...('',)

Best of Luck my dear friends!






Friday, January 21, 2011

"Bila nak kahwin Bella?"

salam...

saya selalu diajukan soalan seperti di atas. Sangat familiar. Kadang-kadang kalau jumpa kawan lama mesti tu soalan pertama before tanya khabar dan sebagainya. 

saya pernah baca kat fb [siapa penulis saya tak tahu and tak jumpe laink dah], story pasal kawin awal. Beliau menyarankan suruh kawen awal..suh bercinta lepas kawin...even xde majlis walimah, hantaran dan sebagainya time die kawin dulu, tapi die hepi ngan life die skang. Alhamdulillah to penulis 'note' tersebut..bertuah anda..hehe..bukan saya ingin menentang pendapat beliau yang agak 'berkeras' supaya semua kawin awal, and bercinta lepas kawin lebih nikmat..memang la btul...tak dinafikan...tapi bagi saya...

about kawin2 ni, sumenye adalah REZEKI masing2...kalau nak ikutkan emosi bile diluar kawalan mmg kadang2 ade perasaan 'untungnye die kawen awal..."...menipu la kalau x terasa bila orang tnye, 'korang ni bile nak kawinnye...mende baik xelok tangguh2...korang kan dah lame kenal...kan die dah keje, tunggu ape lagi..." 

adeh. hehe...cewah...emo plak. xlah..saya x emo pon...saya biase2 je...('',) rasional. hehe..biase kalau kene tanye cmni senyum je lah...jawab je lah 'wallahua'alam...hehe...i'allah kalau ade ade lah nnt...('',)'
tak pun saya akan jawab: 'tunggu la saya keje dulu...duit pe pon xde lagi ni...' hehe..dah memang betul. nak kawin mesti la kene ade duit even x beribu2 pon (kalau xbuat mjlis la)..tapi kene gak duit even ckit kan. =D

sambung2...

hidup, mati, jodoh, rezeki, tu semua ketentuan Tuhan...so just follow the flow, let it happen naturally....watpe buat majlis tapi sebenarnya masing2 tak bersedia dengan tanggungjawab lagi, xpon ade pihak yang sakit hati, stress ke...xdapat restu mak ayah masing2 ke...mende cmni kan best bile tiba masa yang sesuai, bila masing2 dah bersedia, semua happy ngan berita kite tu, semua happy la senang cite! 

''wahhh..dah nak kawin dah die..."

berdasarkan pemerhatian saya, ade beberapa faktor la yang mem'boleh'kan seseorang tu kawin awal...haha..ni my opinion je tau! xsemestinya betul...

1. Dah memang ketentuan ALLAH jodoh anda awal, rezeki mereka murah...bersyukurlah..('',)
[saya juga bersyukur dengan segalanya...alhamdulillah...('',)]

2. Pihak lelaki lebih tua beberapa tahun drpd pihak perempuan...so mereka berkemungkinan sudah mempunyai tahap ekonomi yang kukuh, kalau xkukuh pon die dah menabung lame dah, so senang la nak wat majlis, then yang lagi penting lelaki tersebut lebih matang drpd pihak perempuan..('',)
Bukan nak kata laki sebaya kurang matang...ade je yang matang...('',) ade je yang dah tua tapi tak matang pon, aish, mintak jauh!

3. PARENTS (parents mereka dan juga parents in-law) sudah bersedia untuk menikahkan anak2nya ...ataupon membenarkan anak2nya berkahwin..sedia tersebut termasuklah dari segi mental ( izinkan anak2 kawin) and also material ( berduit, mampu untuk mengadakan majlis untuk perkahwinan anak2nya)...tentang parents ni ade beberapa perkara berkait la biasenye...ske hati aq je kuarkan fakta kan..haha...

a. maybe, parents jenis alim...so nak anak nikah awal2...xbaik couple lame2..memang betul la
ni...bersyukurlah mereka yang mempunyai parents cmni...alhamdulillah...('',)
b. then, maybe...anda mempunyai kakak2 and abang2 yang dah kawin...so biasenye parents korang mmg
senang nak izinkan korang kawin...diorg dah berpengalaman uruskan mjlis2, kalau korang bongsu maybe
lagi senang parents nak izinkan korang kawin coz maybe (again maybe) diorg rasa dah lepas
tanggungjawab bile sume anak2 dah dinikahkan...('',)
c. maybe...hehe...maybe juga parents anda sudah berumur...so diorg dah ready la nak kawinkan
anak2nye...hehe...logik kot kan?saya percaya~..hehe


kite tak perlu la bersedih hati 'knape la lambat sgt aq bleh kawin...' @ 'bilelah aq bleh kawin ni....'@ 'cmne diorg bleh kawin awal ni...'

maybe ada hikmahnya knape masa kita belum sampai...contohnya:

1. suh kite prepare kan diri b4 melangkah ke alam rumahtangga yang penuh pancaroba...both man and woman kene prepare mental n fizikal kan...memang ade je yang kawin awal [even xready pe2 pon lagi] tapi pakai kawin je n perhaps after kawin baru la blaja macam2...tapi tu perhaps la..buatnye after kawin diri xreti2 nak jalankan tanggungjawab masing2 cmno?haaa...menangis xberlagu ekau~>.nak sangat kawen awal...tup2 nyesal kene duk dapur la kemas umah la tu la ni la...dulu nak sgt kawen awal! [ saya xjumpe lagi ngan org cmni...mintak dijauhkan~]

2. mak saya cakap...'angah, enjoy dulu ngan duit gaji angah nnt...beli pe nak beli...beli kete dulu, umah dulu...[amboi, beso beno la gaji angah kan ma kan] ...nnt kalo kawen awal, duit kene kongsi, kalau ade anak kang nak tanggung anak lagi.dah xle nak enjoy duit gaji sndiri...'

p/s: mmg la sy ni ske shopping... tapi xde plak niat dlm hati ni
x kawen awal sbb nak beli tu nak beli ni dulu..[dah memang belum masa saya la saya belum kawin
lagi]...
mmg ade org cakap, sebagai isteri, 'duit aq duit aq, duit suami duit aq gak' huhu...mcm kasar je bunyinye
kan..ish..mintak jauh..hehe...bile dah idup suami isteri tu kene la berkongsi semuanya...tolonglah sedar and ingatkan diri sendiri (termasuk saya), idup suami isteri kene susah senang bersama...ketawa menangis bersama...barulah keharmonian tu ade i'alllah...mcm org kat kampung yang dah tua2 tu...even xkaya tapi diorg bahagia kan..rasa pe yang ada dah cukup..tu sume berkat saling faham memahami, tolong menolong, bertolak ansur, dan sebagainya lah...kan best gitu...('',)

tapi pihak suami perlu sentiasa ingat tanggungjawab anda sebagai pemberi nafkah kepada isteri dan anak2 anda. isteri hanya membantu...bila isteri dah bantu cari nafkah keluarga, suami kene la bantu isteri uruskan
rumahtangga juga ye...contohnye, BASUH PINGGAN ANDA SENDIRI, SATU JE PUN~...kalau anda buat tanpa disuruh, CONFIRM isteri anda amat terharu & tambah2 sayangnya kepada anda...so xde la pihak yang berkecik hati, sedih, makan hati dan sebagainya lagi...kata susah senang bersama kan...('',)

3. ini adalah DUGAAN Allah kepada hambanya supaya lebih banyak bersabar and berdoa kepadanya...mane tau kalau semuanya senang kite akan jadi leka, alpa, bangga diri, lupe siapa sebenarnya di muka bumi ni...nauzubillah...sebagai hamba kepadaNya, siapalah kita untuk menentukan segalanya...dah jumpa insan yang sayang kita and kita sayang dah syukur byk2, insan yang terbaik tuk kita insyaAllah...cuma masanya belum tiba...bersabarlah...sentiasa berdoa n bertawakal kepadaNya supaya diberikan jodoh yang terbaik tuk membimbing kite kepadaNya...i'allah...AMIN...('',)

4. apa pun apa yang berlaku sekarang adalah yang terbaik untuk anda...dan anda perlu sentiasa berusaha dan berdoa kepadanya supaya menjadi insan yang lebih baik dan cemerlang dan berguna..('',)

wassalam...maaf jika tersalah kata, ada menyentuh mana2 pihak..saya hanya insan biasa..tegurlah jika saya salah...

smoga kite sentiasa dalam keredhaanNya...amin..('',)

saya insan bertuah. Alhamdulillah...('',)

Alhamdulillah~

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Bersyukur yang tak terhingga atas kurniaanNya, memberi kesihatan yang baik untuk menghadapi temuduga GST(Guru Sandaran Terlatih)

YaAllah,
Ku bersyukur kepadamu kerana memudahkan segala urusanku untuk menghadapi temuduga ini,
Kau memberi ketenangan dan kecerdasan minda kepadaku,
Jauh didasar hati ini, ku berharap kepadaMu yaAllah,
Kau tempatkanlah daku di sekolah yang baik2, sekolah yang 'sihat iklim'nya,
Memberi rakan2 sejawat yang dapat menjadikan aku insan yang lebih baik dan bertaqwa kepadaMu,
Sesungguhnya Engkaulah tempat ku bergantung, berharap,
Engkau Yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, dan Maha Mengasihani...
Amin ya rabbal alamin...


Sebenarnya kata-kata di atas saya copy-paste daripada blog saya yang sebelum ini..maaf kat semua followers kat blog tu (dah 16 orang rasanya, lagi banyak dari blog ni)...rasa macam banyak merepek dalam blog lama tu..tu tutup tu,hehe,,dah delete pun..('',)

So time tu post ni masa saya baru sahaja habis ambil Interview untuk jadi guru...

Isnin nanti 24 Januari 2011 i'allah result posting keluar...setakat ni dah 23 orang kawan2 SEP (Sains Dengan Pendidikan, UM) dapat tawaran mengajar ke SARAWAk, hopefully isnin nanti ada berita yang baik untuk saya dan kawan-kawan...

Allah knows BEST what for us insyaAllah!