Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Thursday, December 9, 2010

Tentang Dolphin

salam...

Tahukah anda???




"Binatang ini juga punyai perasaan. Sayangnya perasaan ikan lumba-lumab tidak mampu dizahirkan di wajah mereka. Hakikatnya otot di muka ikan lumba-lumba tidak boleh bergerak, oleh sebab itu, sedih atau takut, sakit atau sihat, mereka akan kelihatan sepert ‘tersenyum’ sentiasa."


"Di akhir pertunjukkan, puluhan manusia akan beratur panjang untuk mengambil gambar dengan ikan lumba-lumba ini dan dikenakan caj tambahan RM15. Ikan lumba-lumba tidak suka disentuh oleh begitu ramai orang! memegang ikan lumba-lumba dengan sesuka hati, menyebabkan mereka merasa tekanan yang amat dahsyat. Tekanan ini menyebabkan usus dalaman mereka rosak dan ini boleh membawa kepada kematian."


"mereka juga mempunyai kulit yang sangat sensitif..apabila dipaksa melompat, bukan shaja usus dalaman mereka pecah dan rosak.... malah kulit mereka sakit"


"...dolphin berkomunikasi dengan sonar....apabila dikurung di satu tempat yang kecil, sonar akan terpantul pada muka dinding dan dipantulkan semula kepada dolphin tersebut, ianya sangat menyeksa dolphin itu.....sakit sebab berdengung-dengung..."


banyak tak ilmu baru yang kite peroleh?sebab itu saya suka ilmu dan mahu jadi insan berilmu, ayuh jadi insan berilmu!!! insyaAllah...amin.


source: http://wardinadina.blogspot.com/search?updated-max=2010-01-31T23:39:00-08:00&max-results=7

No comments: