[ ~ Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~ ]
Anda pernah dengar ...
[Takkan tak pernah...klik gambar untuk mengenali mereka ]
atau...
Anda pernah lihat
|
Klik gambar untuk mengenali mereka |
macam kenal...
macam pernah dengar...
macam pernah tengok kat banner tepi-tepi jalan je...
Ha..betul lah!
kalau kenal bagus... sah anda B2B :)
Nampak tak berapa orang yang 'like' PPM kat FB?
54, 385 orang!!!
Thumbs up PPM!
Ramainya pasangan yang bakal/sudah berkahwin suka PPM kan... :)
Macam Nabila cakap kat atas tadi,
tapi...
bukan pameran pengantin je yang urbanvibe boleh handle tau. Tak percaya?
Tengok ni
Ha...kagum kan?
Ini baru daripada 2007 hingga 2009, belum lagi yang tahun-tahun berikutnya
Buat pengetahuan semua, urbanvibe telah berjaya ditubuhkan pada tahun 2005 bermakna, pada tahun 2012, mereka telah beroperasi hampir 7 tahun!
Tahniah Kak Nadia, suami, kaum keluarga mereka, serta kakitangan urbanvibe
Nabila sendiri pernah terbaca dalam surat khabar Harian Metro
Selak-selak, tup-tup nampak gambar ni
'eh, macam kenal je akak ni!'
hehee...Kak Nadia dalam Paper Metro tuuu!!!
Impress!
Alang-alang dah pernah jumpa Kak Nadia,
maka tertarik untuk baca kisah beliau dalam surat khabar Metro tersebut
Beliau berkongsi cerita tentang sejarah penubuhan urbanvibe yang menarik perhatian saya ketika membaca surat khabar tersebut adalah
susah payah Kak Nadia dalam meyakinkan dan menarik orang ramai terutamanya 'customer' untuk event-event yang dianjurkannya
Beliau sendiri pernah menitiskan air mata akibat terlalu tertekan
namun, berkat sokongan kaum keluarga, beliau bangkit dan kini beliau sudah boleh berbangga dengan apa yang telah dimilikinya
Beliau yang merupakan seorang wanita, umur yang masih muda
Berani menceburkan diri dalam bidang ini
yelah, zaman dulu, mana ada event-event ini,
lagi-lagi pameran untuk pengantin
bersyukur dengan adanya 'Extra-Ordinary' person like Kak Nadia
beribu-ribu pengantin telah berjaya menguruskan majlis perkahwinan mereka dengan jayanya
sangat mengagumkan.
Tahniah sekali lagi Kak Nadia!!!
[saya rasa bertuah pernah berborak dan berjabat tangan dengan Kak Nadia... :)]
|
Syukur, menang tempat kedua bagi contest anjuran PPM yang duluuuu :) |
Boleh klik sini kalau nak baca sendiri berita dalam Harian Metro Thanks google and thanks mymetro.
Okay, yang ini pula penerangan dengan lebih jelas tentang urbanvibe
Panjang sangat and malas baca?
Cuba baca dulu baru tahu apa misi and visi mereka [macam kat sekolah pula] hehee...secara ringkasnya mereka memang otai dalam buat segala event and project
kita beria pening kepala memikirkan majlis perkahwinan yang sehari
tapi team urbanvibe relax je buat majlis yang berhari-hari huhu ... *malu*
" Sebuah syarikat penuh milik Bumiputera yang di tubuhkan dari tahun 2005. Berpengalaman luas menganjurkan pameran bertema seperti 'Merdeka Celebration', 'Ramadhan Eid Mubarak', 'Property & Home Exhibition' dan yang paling sinonim dengan Urban Vibe Event ialah 'Pameran Pengantin Malaysia'. " |
okay, noted.
Pameran Pengantin Malaysia siapa yang tak tahu kan?
Disini saya sertakan beberapa logo pameran beserta tema yang pernah dianjurkan oleh PPM
Februari 2011
|
[Dengan jujurnya saya mengaku, ini kali pertama and 1st time saya dengar perkataan PPM ] |
April 2011
Mei 2011
Julai 2011
September 2011
Oktober 2011
Januari 2012
dan yang bakal berlangsung beberapa minggu sahaja lagi...
24-26 Februari 2012
|
klik gambar untuk ke blog PPM |
kalau kita tengok 'gap' antara setiap pameran
ada yang 'gap' dalam sebulan,
ada yang dalam 2-3 bulan
senang kata
dan boleh dikatakan saya berkesempatan mengunjungi hampir 3/5 daripada pameran yang dianjurkan oleh PPM
sampai satu tahap,
photographer saya [jumpa sewaktu pameran, Alhamdulillah telah book and bayar] pernah berkata
"Asik jumpa kau je nabila!!! Tiap kali pameran jumpa ko! Kat KL ko datang, kat Shah Alam ko datang, ko duduk mana sebenarnya!"
haha...
bahasa diorg tak kasar bagi saya, tapi saya gembira sebab hubungan antara saya sebagai client dan photographer sangat rapat, macam kawan dah...
boleh la bekerjasama dengan baik pada hari majlis nanti, insyaAllah
Masih tertanya-tanya kenapa saya pergi hampir setiap kali pameran pengantin?
Ini sebab-sebabnya:
1. Sangat meringankan beban bakal-bakal pengantin a.k.a B2B a.k.a kita dalam merancang dan menguruskan majlis perkahwinan mereka
2. Dengan pergi ke satu lokasi, kita dapat mencari segala keperluan majlis. Daripada catering, pelamin, busana pengantin, jurumekap, hiasan hantaran, photographer, videographer, kad jemputan, malah emas pun ada!!! Erti kata yang lain, Pameran Pengantin Malaysia adalah pelengkap kepada bakal pengantin.
3. Pakej-pakej yang ditawarkan ketika Pameran Pengantin oleh vendor-vendor adalah lebih berbaloi dan menjimatkan berbanding harga ketika di'luar' Pameran Pengantin.
Contohnya,
- Ketika pameran, harga bagi kad jemputan hanya berharga RM 0.30 sekeping, bukan setakat harga yang rendah, pelanggan turut mendapat sampul surat bercetak serta banting secara PERCUMA!!! Tetapi, setelah tamat pameran, harga kad tersebut menjadi RM 0.40 sekeping, TANPA diberikan banting secara percuma... :(
|
[Owh noooo, saya adalah mangsa keadaan, padan muka, tangguh lagi tempah kad] |
- Bagi bidang Photography and Videography, kemungkinan harga yang ditawarkan adalah sama atau lebih kurang sama dengan harga mereka yang sebenar. Tetapi, kelebihan bagi mereka yang berkunjung ke Pameran Pengantin Malaysia adalah, kita dapat membelek dan melihat sendiri contoh-contoh gambar yang telah dihasilkan di dalam album pelbagai saiz yang ditawarkan. Begitu juga dengan video. Kita dapat melihat contoh video yang telah dihasilkan oleh mereka. Di samping itu, perkara yang lebih mustahak adalah kita dapat bertanya dan berbincang secara berdepan atau face-to-face dengan pihak yang terbabit. Kalau pandai tawar-menawar, gunakan peluang yang ada untuk meminta harga yang terbaik daripada mereka! Ada rezeki insyaAllah tak kemana kan.. :)
[Saya sendiri telah berjaya mombodek photographer saya untuk memberikan EXTRA photographer, EXTRA photo with frame and yang lebih vavavoom adalah, FREE POST-WEDDING!!! Syukur yaAllah ]
- Bagi mencari caterer pula, para pengunjung akan berpeluang untuk duduk, dan merasa sendiri makanan yang telah disediakan oleh pihak catering. Seperti biasa, gunakan peluang yang ada untuk berbincang bersama mereka, mana tahu dapat EXTRA lauk dan kuih-muih untuk tetamu kita nanti kan... :) [Terlalu banyak pihak catering yang ambil bahagian dalam Pameran Pengantin. Walaupun kita hanya merasa 3-4 sudu lauk yang disediakan beserta nasi minyak/nasi beriani bagi setiap caterer, kalau dah 5-6 caterer tak ke penuh perut tu? Maka kita boleh lunch secara percuma di PPM.
kantoi lalalaala~ ]
4. Tema-tema yang diberikan oleh PPM bagi setiap pameran adalah sangat kreatif dan berguna kepada semua bakal pengantin. Hasil dekorasi pelamin utama serta dekorasi bagi setiap booth sedikit sebanyak dapat memberi ilham kepada kita yang tak berapa kreatif bagi merealisasikan pelamin dan majlis idaman setiap bakal raja sehari.
5. Lokasi yang dipilih bagi setiap pameran adalah lokasi 'HOT', mudah dicari dan dikunjungi oleh semua. 'HOT' di atas bukan bermaksud panas ye, semua lokasi yang dipilih adalah sangat selesa dan berhawa dingin. 'HOT' tersebut bermaksud, lokasi-lokasi yang dipilih adalah sangat strategik untuk menjalankan bisnes, insyaAllah segala penat lelah pihak penganjur akan membuahkan hasil yang lumayan. Masalah parking? Jangan risau...saya pernah parking kereta di Basement Shah Alam Convention Centre pada pameran tahun lepas, risau juga kalau kene bayar parking mahal sebab berjam-jam kat pameran, tapi syukur, kita boleh pergi ke kaunter pertanyaan, serahkan tiket parking dan beritahu kite pergi ke pameran, kita hanya perlu bayar RM 1 atau RM 2 atau percuma parking. Tak ingat. Tapi yang penting murah je parking =)
Saya pasti banyak lagi kelebihan/faedah
kalau B2B serbu pameran pengantin yang dianjurkan oleh PPM kita tunggu Pameran Pengantin Malaysia yang seterusnya,
iaitu pada 24-26 Februari ini di tempat biasa, Shah Alam Convention Centre
[dah terbayang SACC yang selesa, bercarpet, dan yang penting... ber'air-cond']
ada pengalaman baru kita boleh kongsikan bersama dalam Tugasan 2 dan 3 nanti
:)
Antara nasihat saya ialah,
digalakkan pergi pada hari pertama pameran, iaitu Jumaat
[kebiasaannya pameran selama 3 hari sahaja, iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad]
supaya kita dapat men'survey', berjalan dan berbincang dengan lebih tenang seperti di bawah
Kalau tak... camni jadinye
Nasihat kedua,
nanti kat sana kan kite dapat banyak flyers and kertas-kertas
So, jangan lupa bawa beg kertas/beg recycle/fail untuk simpan semua kertas-kertas tu...
kalau tak, tak cukup tangan nak pegang semua kertas-kertas tu nanti :)
|
Saya dapat beg kertas ni time Pameran Pengantin Malaysia bulan Feb 2011 aritu...
Simpan je elok-elok dalam laci kat rumah...sayang nak guna :D Thanks PPM!!!
[rasa macam PPM je yang ada bagi beg kertas time pameran, bila pergi ke karnival/pesta pengantin yang lain tak pernah dapat pun...hehee..shhhh] |
Kalau kita seorang yang bijak,
Hari Jumaat kita datang untuk survey, bincang-bincang and kumpul flyers
Digalakkan, kita jangan booking apa-apa lagi dengan vendors pada hari tersebut
Balik dulu...
Then buat research and study untuk mencari yang terbaik and berbaloi dengan bajet yang kita ada
Sabtu or Ahad baru datang balik untuk book tarikh and bayar deposit terus
Benda baik tak elok tangguh-tangguh...jangan menyesal nanti :D
Kalau macam saya, saya buat ini untuk bezakan pakej yang disediakan oleh setiap photographer
|
Row atas untuk senarai photographer, column kiri untuk 'apa yang ada' bagi setiap pakej diorang, then saya 'tick' and jot down apa yang patut, baru kita nampak perbezaannya.
Contoh:Photographer A bagi album saiz xxx tapi Photographer B bagi album saiz yyy
:)
[teknik orang kedekut tapi nak yang terbaik] |
|
fokus dekat sikit :) |
|
fokus juga :) |
|
Saya dapat 4 helai kertas A4 buat comparison photography sahaja!
Belum untuk videography pulak kan... :)
Banyak sangat choices sekarang ini kan...semua keputusan ditangan anda!
and jangan lupa, duit anda juga kan... :D |
Dah banyak nasihat and tunjuk ajar
yang terakhir,
nasihat saya ialah...
Jangan lupa datang ke
Pameran Pengantin Malaysia anjuran PPM pada 24-26 Februari 2012 di Shah Alam Convention Centre
See you there!
:D
wassalam
wallahua'lam