Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Tuesday, March 15, 2011

Let them do what they want

Bismillah...

Duhai ibubapa dan bakal ibubapa,

Tolong benarkan dan sokong anak-anak anda untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah atau luar sekolah. Namun anda perlu memantau aktiviti yang mereka sertai. Alhamdulillah ibubapa saya tidak pernah menghalang kami daripada melakukan sebarang aktiviti bersama pihak sekolah dan rakan-rakan, termasuk berjalan-jalan dengan rakan-rakan di sunway lagoon atau shopping complex. Asalkan tidak melampau seperti setiap minggu keluar dengan rakan-rakan di shopping complex. Sejak sekolah rendah saya dan adik beradik digalakkan untuk memasuki sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Disini saya senaraikan apa yang saya ingat:

Kakak: 

  • Mewakili sekolah, zon dan daerah dalam  Bola Jaring dan Bola Baling. 
  • Olahragawati SK Seksyen 17 Shah Alam 1998. 
  • Menjadi Pelajar Cemerlang semasa Darjah 6 dan mendapat tajaan makanan PERCUMA setiap hari 1 meal (1 cup of rootbeer, 1 beef burger and 1 small french fries) daripada A&W. 
  • Mewakili sekolah dalam kuiz-kuiz.
  • Pengawas sekolah
  • Memperoleh 5A dalam UPSR.
  • Memasuki MRSM.

Saya: 


  • Mewakili sekolah dalam Pesta Senirama Peringkat Negeri Selangor, undangan persembahan sempena majlis perkahwinan golongan korporat, pasukan tarian sekolah sempena Hari Anugerah Cemerlang, Hari Sukan, Mesyurat PIBG, dan sebagainya. (Darjah 4-6)
  • Mewakili sekolah dalam kuiz-kuiz. (Darjah 5-6)
  • Memperoleh 5A dalam UPSR.
  • Memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Mewakili Pandu Puteri Malaysia dalam Bilateral Exchange Programme Girl Guides Malaysia-China, melawat Hong Kong, Beijing dan Hangzhou China (Tingkatan 2).
  • Menyertai Persembahan Nasyid sempena Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang. (Tingkatan 2)
  • Menyertai kesemua perkhemahan pandu puteri mahupun perkhemahan motivasi dan kepimpinan anjuran sekolah, daerah, negeri mahupun SBP seluruh Malaysia.
  • Menyertai pasukan kawad kaki peringkat Negeri Pahang.
  • Mewakili sekolah dalam kuiz matematik, fizik, kimia, dan sebagainya.
  • Menyertai Pertandingan RekaCipta Peringkat Negeri Pahang dan membuat demonstration di Kuantan Parade.
  • Penolong Ketua Biro Keceriaan sekolah, pengawas sekolah, Pembantu Rakan Sebaya sekolah, Naib pengerusi kelab Fizik
  • Memperoleh 10 A (straight As) dalam SPM 2004
  • Menyertai pasukan BORIA di Universiti Malaya (Johan berturut-turut), mewakili UM dalam pertandingan antara universiti di Malaysia
  • Memperoleh PNGK 3 pointer and above di UM
Adik (Fatin):
  • Memperoleh 5A dalam UPSR
  • Mewakili sekolah dalam kuiz, pertandingan mewarna, melukis poster, deklamasi puisi, debat, bercerita, dll.
  • Memasuki MRSM
  • Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya
  • Sekarang menyambung pelajaran di Universiti Malaya, Ijazah Pembedahan Pergigian.
  • Setiausaha Projek bersama anak-anak yatim di Universiti Malaya.
Adik (Izzati):
  • Memperoleh 5A dalam UPSR
  • Memasuki SBP.
  • Mewakili sekolah dalam kuiz, kawad kaki peringkat SBP
  • Pembimbing Rakan Sebaya sekolah
Jika anda perhatikan, kakak aktif dalam bidang sukan, saya aktif dalam tarian dan kepimpinan, adik (Fhatin) aktif dalam berpidato@bercakap, adik (Izzati) aktif dalam badan beruniform...semua ada minat dalam bidang masing-masing bukan? Itu yang setiap ibubapa perlu dedahkan kepada anak-anak, beri peluang, berkorban masa dan tenaga, sokong penglibatan anak-anak, say masih ingat ibubapa saya turut hadir dalam setiap persembahan tarian yang saya sertai dan mengambil gambar saya dari jarak yang paling dekat kalau boleh...Bukan niat saya hendak menunjuk tentang kejayaan kami adik beradik, tetapi pengalaman masa lalu  itulah kebanggaan kita. Tiada sesiapa yang dapat mengubah nasib diri, melainkan diri sendiri yang berusaha dan berdoa kepadaNya...Ingat, diri sendiri. Diri sendiri (dengan bantuan ibubapa dan guru-guru) yang mengisi 'bakul' sendiri, dan diri sendiri yang akan 'mengangkat bakul' sendiri. Tiada siapa yang akan mengangkat 'bakul' kita. Ada ke orang lain yang akan sentiasa memuji kita? Tak kan? Orang akan senyap-senyap sahaja mengagumi kita.

Bila berborak dengan orang lain, kita tidak akan malu, malah bangga (tapi masih merendah diri) boleh menceritakan latar belakang kita, apa pencapaian kita masa sekolah rendah, menengah, universiti... nak ke bila orang tanya anak-anak kita nanti dan mereka akan jawab begini: 

"Hmmm...aku biasa-biasa je sekolah dulu..tak masuk apa-apa pun...
result SPM pun biasa-biasa je..boleh la lulus...mak ayah aku tak best sangat la..tak DIDIK aku betul-betul."

Astaghfirullah...mintak jauh~

So, tolong didik anak-anak anda dengan baik, biarkan mereka aktif dalam akademik mahupun aktiviti kokurikulum di sekolah, masuk apa sahaja pertandingan dan persembahan yang ada, bekalkan ilmu agama yang secukupnya, galakkan mereka untuk sentiasa mahu berjaya dalam apa sahaja, dan CARI KELEBIHAN MEREKA... Biarkan mereka melakukan apa yang mereka minat...wallahua'lam..kita hanya mampu merancang, Allah yang Maha Berkuasa dalam menentukan segalanya..Sentiasalah berusaha dan berdoa... ('',)

Walaupun ibubapa saya tidak berada, kami sekeluarga hanya cukup makan dan pakai, rumah baru sahaja di ubah suai supaya kami 6 beranak selesa, rumah hanya selesa dan tidaklah besar dan cantik mana, kereta Proton sahaja, tapi Alhamdulillah atas segalanya yaAllah...Allah Maha Adil, Maha Penyayang dan Maha Bijaksana...

syukur...







Apa yang saya perhatikan,
  • tinggal di bandar mahupun di kampung, tiada bezanya. Hanya taraf pendidikan dan cara didikan ibubapa sahaja yang akan menentukan kecemerlangan diri seorang anak. Ada rakan tinggal di sebuah kampung di terengganu, tetapi mengikut penceritaan beliau, kebanyakan budak lelaki di kampungnya hanya bersekolah sehingga tingkatan 3 dan 4, hanya beberapa orang sahaja yang mengambil SPM, kemudian disitu adalah sarang dadah, banyak budak muda melepak di kedai kopi dan tepi jalan, perempuan berpakaian mengalahkan perempuan di bandar-bandar, budaya merokok apa kan lagi, adakah lelaki dan perempuan begini yang dapat melahirkan generasi yang cemerlang dan seimbang ilmu dunia akhirat?
  • Tahap pendidikan ibubapa sangat menentukan kecemerlangan anak-anak. Syukur walaupun tahap pendidikan ibubapa saya tidak berdiploma apa kan lagi ijazah, tetapi kami tahu mereka sudah boleh BERBANGGA, hasil usaha dan kesabaran mereka, kami adik beradik sudah menjadi. Generasi sekarang, siapa yang mempunyai ibubapa yang mempunya degree mahupun diploma, mereka sudah boleh hidup dalam keadaan selesa (Ekonomi keluarga yang stabil), namun, cuba bayangkan, generasi anak-anak kita nanti...adakah memadai ibubapa yang mempunyai ijazah untuk mendapat tahap ekonomi keluarga yang stabil? Kita yang berdegree pun pening kepala memikirkan duit untuk masa akan datang, bagaimana pula mereka yang hanya mempunya SPM? adakah mereka rasa apa yang saya rasa? ataupun mereka langsung tidak memikirkan perkara ini, maka mereka tidak rasa apa-apa...maka oleh kerana merekalah yang akan melahirkan generasi yang tidak berkualiti dan bertamadun...Jika tidak berminat dan tidak mempu untuk belajar tinggi, tolonglah ambil apa-apa kursus atau sijil yang boleh melayakkan diri anda untuk mempunyai pekerjaan yang bagus, contohnya perempuan ambil nursing, lelaki ambil automotif atau ilmu enjin...
  • Tahap pendidikan pasangan atau bakal suami/isteri anda sangat menentukan kecemerlangan anak-anak anda kelak. Pilihlah yang baik dan yang terbaik. Contohnya, jika tahu lelaki itu BARAN orangnya, eloklah awal-awal lagi 'lari' daripadanya...jika tahu perempuan tersebut PEMALAS dan PENGOTOR, eloklah awal-awal lagi 'lari' daripadanya...tidak perlu 'buta cinta', buka minda, buka 'hati', teruskan berusaha dan berdoa kepadaNya...kita akan diberikan yang terbaik, sesuai dengan kita...insyaAllah...
  • dan apa yang paling penting adalah...jadilah INSAN BERILMU... =) insyaAllah!



7 comments:

Anonymous said...

Ah!!! at last I found what I was looking for. Somtimes it takes so much effort to find even tiny useful piece of information.

Anonymous said...

Saya setuju dgn awak nabila!kita selalu dgr statement2 sebegini; 1)belajar tinggi2 tp menganggur pastu berhutang..
2)bdk lepasan SPM pn boleh berjaya drpd bdk yg masuk universiti..
3)bla bla bla bla........

Saya amat kesal n bengang setiap kali mendengar statement2 yg sebegini..sbb ia jelas mnunjukkn betapa kolotnya pemikiran individu yg berfikir sebegini..org ramai sering m'perolok2 kan isu pengangguran sehingga keluar statement2 spt di atas..bg saya menuntut ilmu bkn skadar utk memiliki kerjaya yg bagus di kemudian hari tapi lebih drpd itu..kenapa umat Islam dahulu sgt cemerlang sehingga menghadirkn rsa gerun di hati musuh2 Islam?? kerana mereka bkn setakat memiliki iman yg teguh,tetapi ilmu yg tinggi sehingga cordova n bahgdad pnh mnjadi pusat peyebaran ilmu kpd manusia seluruh dunia....

Betul cakap awak nabila..even kalau seseorg itu ada kerjaya yg bagus ataupn kaya(meskipun ketika dia berada di sekolah dulu dia seorg yg gagal),tp adakah itu akn mendatangkan penghormatan masyarakat terhadapnya?menuntut ilmu setinggi yg mungkin n menjadi individu yg terbaik bkn hanya utk msa depan kita tetapi utk kepuasan diri kita sendiri,kegembiraan keluarga dan kepuasan ayah n ibu..

Bila kita ada kenangan manis yg byk ketika di sekolah dlu,kita rsa kita telah memnuhi kehidupan kita dgn perkara2 yg berguna..kita tiada penyesalan dlm hidup kita d kemudian hari sbb kita rsa kita telah buat yg terbaik..malah kita rsa bangga n boleh bercerita kpd anak2 n cucu cicit kita bahawa kita pnh menjadi pelajar terbaik ketika di sekolah dlu,kita pnh dinobatkn sbg itu n ini ktika mnjalani khidupan sbg pelajar..kita ada byk knangan manis yg boleh buat kita tersenyum puas ktika kita cuba mngingati saat2 itu kembali..

Tapi bagaimana dgn mereka yg gagal ktika di sekolah dlu??tiada knangan manis yg ada melainkan hanya rasa penyesalan yg teramat sgt..

Sedih kn??tp itu la yg saya rasa..sy cuma pljr yg biasa2 saje ktika di sklh dlu..bkn pljr cemerlang n bkn juga pljr yg corot..tp sejak dr sklh rendah hingga sklh mnengah,sy slalu duduk di kelas2 atas cuma pencapaian sy sbg pljr hanya biasa2 sje..kdg2 bila sy merenung kembali kehidupan sy ketika di sklh dlu sy rasa spt ingin menangis semahu2 nya..sbb sy rasa sy boleh melakukan yg lebih baik dlm kehidupan sy ktika itu..alangkah bagusnya jika ada ksedaran ktika itu..sy ingin sekali merasai perasaan sbg pljr cemerlang,bljr di sklh2 yg bagus spt MRSM,SBP etc dan mndpt result yg 'outstanding' dlm peperiksaan spt PMR n SPM..result PMR sy agak bagus tp SPM agak mengecewakan.. hanya Alllah sje yg tahu betapa dalamnya penyesalan itu..tp sume org tahu msa takkn boleh diputarkn kembali..justeru kehidupan ini tetap jua diteruskn mskipn pnyesalan masih megekori dlm diri..
wlupn hidup sy tetap baik(ada ijazah) tp alangkah bagusnya jika sy mnjadi individu yg lebih baik..

Apa yg pasti selepas ini sy takkn biarkn anak2 sy nnt membuat kesilapan yg sama spt saya..sy akan pastikan mereka takkan melalui rsa penyesalan n kekecewaan yg pnh sy lalui skrg ini..cukupla biar sy seorg yg merasainya..awak memg sgt bertuah nabila..alangkah bagusnya jika sy dpt berada di tempat awak.....

Noor Nabila Jasni Teoh said...

Thanks a lot to my silent reader and sudi memberikan komen yang sgt saya suka dan setuju...alhamdulillah apa yang saya ada sekarang..juga kalian..anda juga seorang yang berjaya kerana kita sama2 menyedari perkara ini dan menjadi insan berilmu...luas maksud insan berilmu tu kan...yang lepas hanya menjadi sejarah...alhamdulillah anda mempunyai kesedaran dan tidak mahu anak anda mengalami perkara yang sama..syukur! teruskan usaha dalam mendidik anak menjadi insan yang cemerlang ya..itu lebih penting drpd mengumpul harta dan pangkat dunia semata-mata..even perkara2 tu pun penting dalam kehidupan ini..semoga kita menjadi insan cemerlang dunia akhirat...('',) sabtu ni sebelum mesyuarat PIBG i'allah ada ceramah khas bertajuk 'Kenali Anak Anda', saya sgt xsabar tunggu sabtu ni! insyaAllah saya akan kongsi ilmu yang akan saya peroleh nanti ye! thanks! May Allah be with us... :)

p/s: kalau berminat nak tmbah ilmu parenting beli la buku Ibu Bapa Bijak Anak Hebat, ni link saya pernah ckp pasal buku ni...http://bellanoticeboard2.blogspot.com/2011/01/ibu-bapa-bijak-anak-hebat.html

saya dah beli! eh silap, saya mintak kawan saya hadiahkan time besay saya haritu! heheee...membantu kita yang mencari ilmu untuk menjadi insan berilmu...insyaAllah!

Anonymous said...

Thanx kerana reply komen sy Nabila.. huhu..apa yg sy suka zaman skrg ni,ramai parents yg dah ade kesedaran utk mempelajari teknik2 menjadi ibu bapa yg baik..sbb tu la semakin ramai kanak2 yg bijak skrg ni..kecik2 pn dh petah bercakap n dh pandai speaking..sy pn antara individu yg xterlepas drpdnya..sbb itu la sy berminat utk mendalami bidg psikologi..baik utk kegunaan kita sbg masyarakat,ibu bapa n sbgnya.. hanya dgn ilmu kita mampu menjadi seorg isteri n ibu yg baik.. perkahwinan bkn sekadar perkongsian dua jiwa tetapi lebih drpd itu..bile kita dh amik keputusan utk berkahwin,kita seharusnya sudah bersedia utk melengkapi diri kita dgn ilmu keibu bapaan..anak2 adalah amanah Allah,bknnya boneka yg boleh dibuat main..justeru pilih la calon suami yg baik;yg menjaga solatnya,yg berilmu dan berakhlak. jgn pilih ikut nafsu je kerana kelak anak2 kita jugak yg merana..

By the way,ada satu pusat kecemerlangan kanak2 namanya klinik kanak2 Nury yg terletak di bukit Antarabangsa yg agak popular..di klinik ini mereka mngajar anak2 utk menjadi cemerlang sejak drpd bayi lg.. bahkan jgn terkejut jika sy mngatakan mereka mampu mencemerlangkan anak2 yg mngalami kecacatan spt sindrom down n sbgnya..ajaib bkn??tp itu sume juga memerlukan pngorbanan yg tinggi drpd ibu bapa..kanak2 istimewa ini sbnrnya boleh menjadi normal jika diberi jagaan yg sewajarnya krn menurut pakar,mereka hanya mengalami kecederaan otak..jgn terkejut,ada ibu bapa yg m'punyai anak yg istimewa lalu mereka m'hntr anak2 mereka ke klinik ini n anak mereka dpt m'besar spt kanak2 normal, masuk universiti n sbgnya tanpa dirinya menyedari yg dia adalah kanak2 istimewa...

Noor Nabila Jasni Teoh said...

hehee...Alhamdulillah skang kite dah terdedah kpd ilmu parenting..byk sources...tapi, still ramai lagi yg tak terdetik pun untuk menuntut ilmu parenting ni..even degree holders pun nabila yakin ramai yang masih tak sedar and tiada keinginan pun...semoga mereka sedar suatu hari nanti... =)

tapi nabila still risau, even nabila suka menuntut ilmu parenting, but, when the time's come, can i do and apply what i had learn...hmmmm...do wich for me to be a good wife and mother...i hope i can make it! that's what i want to do in my whole life...happy family...amin....<3

*thanks for the infos about NURY! =)

Anonymous said...

InsyaAllah,sy yakin nabila mampu menjadi seorg ibu n isteri yg baik.. salah satu kelebihan awak adlh krn awak adlh seorg guru..dlu sy sering tertanya2 kenapa kebanyakn anak2 guru pandai2 n cemerlang..melalui pengalaman n pemerhatian sy,barula sy fhm..ilmu yg diajar oleh guru ketika mengandung akan turut sampai kpd anaknya..rezeki yg mulia drpd mengajar itu juga la yg membantu perkembangan cemerlang si bayi..I'Allah,anak awak nnt pasti akan mewarisi kecemerlangan awak..sy sgt yakin.. jika sy yakin,maka awak pn mesti yakin dgn diri awak:)..suatu perkara lg yg menjadi kelebihan buat awak adlh krn awak m'punyai bakal suami yg baik..sy xmengenali si dia apatah lg mengetahui peribadi si dia..tp drpd body gestures dia,sy dpt lihat yg dia betul2 ikhlas sygkn awak n dia rsa bertuah krn memiliki seorg perempuan yg baik spt awak..sy doakn moga hubungan kalian akan ke jinjang pelamin akhirnya nnt..

Ok,Nabila,sy doakn yg terbaik utk awak..I'Allah,apa yg awak inginkan dlm hidup awak,pasti akn diperkenankan oleh Allah.. :)

Noor Nabila Jasni Teoh said...

thanks a lot dear xyz... =)

really appreciate it...