Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Tuesday, February 1, 2011

MODERN students, MODERN ways

Bismillah...

Di sini saya ingin berkongsi cara untuk mengajar MODERN students dengan menggunakan laman web nicenet .

Jika sekolah anda mempunyai kemudahan komputer dan internet, mungkin untuk mengajar topik-topik tertentu anda boleh menggunakan laman web tersebut. Mudah sahaja.


Bagi yang baru mengenali web ini, pasti anda tidak pernah sign-up. 
Click 'Create a Class' (jika anda 'teacher') di sudut kanan page berkenaan.
Jika anda student maka click 'Join a Class'.
Bagi mereka yang sudah ada account di nicenet, anda hanya perlu sign-in sahaja dengan menggunakan username dan password anda yang telah digunakan sebelum ini. 
Dah lupa username dan password?
Alamak, no comment. 


Contoh sign-up. Hanya memerlukan beberapa butiran peribadi sahaja.


Lihat di sebelah kiri gambar. Berikut merupakan beberapa kelas yang telah saya 'join' apabila saya belajar menggunakan laman web ini di UM dahulu. Jika anda seorang guru, anda boleh membuat web untuk setiap kelas tertentu, kerana tidak mungkin semua kelas anda mengajar topik yang sama pada setiap hari bukan? Mungkin pelajar kelas hadapan yang lebih cepat 'pick-up' anda boleh mengajar dengan lebih mudah dan laju berbanding pelajar di kelas belakang. 
Dengan adanya sistem 'setiap kelas mempunya laman web tersendiri' maka lebih itu lebih specific dan lebih mudah untuk merancang segala aktiviti.

Ini adalah contoh laman web yang saya reka untuk mengajar topik NUTRITION (Science Form 2 Syllabus).


*abaikan petak kosong berkenaan kerana laptop saya kini sedang 'sakit'*
*akan di-format semula tak lama lagi*


Anda boleh memperoleh beberapa informasi mengikut kelas-kelas anda.
Contohnya: 

Class Administration: SCIENCE 2 ACTIVE

Class Information
Class Key: 83J9L8F44
Members of this class: 18
Logins: 72
Conferencing Topics: 3
Conferencing Messages: 3
Documents: 1
Link Topics: 0
Links: 4


Beberapa ingatan dan nasihat daripada saya yang pernah menggunakan web ini:

- Pastikan pelajar-pelajar anda mempunyai kebolehan untuk melayari internet di rumah masing-masing. Sekarang majority (tetapi tak semua ya!) setiap rumah ada komputer dan boleh melayari internet. Tanya secara jujur kepada pelajar anda dahulu. Jika nak umpan mereka, cuba tanya begini:

  " Siapa nak facebook cikgu angkat tangan?" ...hikhik

- 'Class Key' seperti yang saya highlight di atas sangat penting. Anda perlu menyalin 'key' tersebut dan memberikannya kepada pelajar anda di kelas. Class key ini sebagai password kepada pelajar-pelajar anda untuk 'masuk' ke page yang telah anda sediakan itu. Hanya pelajar bagi kelas tertentu sahaja yang ada key ini. Lain kelas lain key-nya. Faham ke? =)

- Anda boleh meng'upload' documents, homeworks, assignments, conferencing, memberi link untuk mereka 'access' sendiri, dan sebagainya. Anda juga boleh memberi latihan atau soalan dan pelajar dikehendaki memberikan jawapan dalam bentuk memberi 'comment' dalam page tersebut. Segalanya bergantung kepada kekreatifan dan kerajinan anda sebagai guru~.

- Adalah lebih baik jika page yang anda reka itu:
   1. tidak terlalu 'wordy' (baik guna buku teks je kan!)
   2. menggunakan gambar-gambar yang menarik, animation, video, GAMES dan sebagainya
   3. saiz, jenis dan color tulisan/ font mudah dan menarik untuk dibaca oleh pelajar. Jangan terlampau kreatif    
       atau berseni sehingga tujuan asal menyediakan laman web untuk pelajar belajar terpesong.
   4. menggunakan perkataan yang menarik dan mudah untuk dibaca dan di'layan' oleh para pelajar.
   5. mudah dan tidak terlalu banyak info yang anda selitkan dalam page berkenaan. Simple is better. Straight   
       to the point. Jangan terlalu complicated page berkenaan. Berkerut-kerut dahi pelajar anda nanti.


Selamat bermain-main dengan nicenet dan selamat mencuba!

4 comments:

Nur Dawana said...

Wah!!Teacher Bella, sy sudah lupa sama ini nicenet. Tq for reminding me n others too~ Ada lg, lupa la link2 utk animation/cartoon related to science.Boleh buat entry psl tu x??

Noor Nabila Jasni Teoh said...

hehee..wlcome... =)
eh, ade ke link2 animation/cartoon specialize related to science?tak pernah try search plak! hehee...biase gne google images or direct type animation bla2 je..hehee...

hmmm..tu la...kelemahan nicenet ni kene tulis gne HTML codes..and also all the colors kan...
aq gne ni je dulu time buat nicenet...http://www.htmlcodes.me/

then kalau nak learn nicenet bleh caba kat sini...http://lashs.org/NiceNet/NiceNetFramed.htm

maybe buat blog lagi simple and mudah kan! heheee... =D

xyah gne HTML codes~bleh juling mate kot!

Cikgu Fieza said...

bella, modern teacher! haha... Menarik la nicenet ni tp fiza tak pernah try pon. Thanks sebab berkongsi. Kalau mengajar di kawasan bandar, memang boleh apply sangat2 tp kalo mengajar di kawasan pedalaman, mungkin kurang seswai. Bella, ajar saya boleh? :)

Noor Nabila Jasni Teoh said...

tu la.kene consider everything~ hehee...and kene consider ke-ada lapangan masa seorang cikgu tu juga! hahhaa..hehee..mmg sangat2 memerlukan a lot of efforts nak buat mende ni fieza...kene gne bahasa computer plak tu...HTML codes..type html codes kat google nnt keluar la...even copy paste je code2 tu and edit2 guna ayat pe kite nak tapi juling gak la mata ni tgk komputer lama2..heheee...

bella pon xsure ada masa and kudrat nak buat nicenet ni fieza...rasa mcm xcukup keyakinan lagi nak buat mende nih...blospot lagi senang...tgh considering..hehhee...