Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Tuesday, October 25, 2011

Hi-Tea SMKTTDI 2011, COWBOY THEME!

Masih ingat dengan post ini ?
*dimana saya sangat berharap saya dapat bergumbira seperti mereka*

Alhamdulillah, 2011 saya berkesempatan berada bersama mereka, warga SMKTTDI 
sempena


so, 
layan...









Alhamdulillah



KEM 1 MURID 1 SUKAN, MELAKA




makan time


sleep time 


Gediksss time


bersukan time




laugh time


and
our major time spent, 

POSING!!! 

Cikgu Izani with the students
confuse tak mane cikgu mane students? =D

Weeee... 





Before we go back HOME, key-ell here we come!


Al-kisah 'amik kueh'



20 Oktober 2011, 430 petang.
Tiba sahaja di hotel, kami dijamu minuman petang.
saya beratur mengambil kuih
tiba sahaja giliran saya,

Saya: Hmmm..saya nak ambil untuk 10 orang terus. So 10 biji kuih la ye.

Pemberi makanan (cikgu sekolah lain): Eh, tak boleh, semua ambil sendiri.

Konflik dalam diri: Erk. Biar la saya nak ambil tuk semua orang terus.Takyah la semua kene beratur panjang. Ni sah dia ingat aku students.

Saya: Errr..saya cikgu. Saya nak ambil untuk semua ni.

Pemberi makanan (cikgu sekolah lain): Ha? owwhh!!!ok ok...sorry sorry! Boleh boleh!



Haha! Maka selamat lah kami menjamu selera pada petang tersebut... :)

My student's comment :D
*wink*





last but not least





don't forget...





Laugh till your cheeks hurt! 


Alhamdulillah!

I hope this carrier will keep me young... :)

Wednesday, October 12, 2011

Tentang KEHIDUPAN

Kata-kata mutiara IMAM SYAFI'I tentang kehidupan:



  • Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.
  • Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.
  • Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutp kekurangan dan diampun kehinaanya.
  • Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa-siapa berkehendak kepada akhirat, juga hendaklah dia mencari ilmu.
  • Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.
  • Sesiapa menuntut ilmu hendaklah die mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.
  • Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.
  • Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya.
Ya Allah, bukalah jiwaku ini kepada perkara-perkara yang baik-baik sahaja

TETAMU SENJA (NUKILAN A.SAMAD SAID)



Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 

“Hadiah Cinta” – Sebuah Anugerah Terbaik


Cinta dan kasih sayang boleh diibaratkan sebagai tunjang sebuah rumah. Tanpanya, rumah tidak akan mampu berdiri teguh, apatah lagi untuk menghadapi bencana yang senantiasa mendatang. Jika diperhatikan dengan mendalam, sebuah keluarga yang bahagia yang dipimpin oleh para ibu bapa bijak akan menanam sifat kasih-sayang ini seawal mungkin. In bersesuaiain dengan kehendak Rasululullah melalui hadithnya yang bermaksud, “Cintailah anak-anak dan kasih sayangi lah mereka. Bila menjanjikan sesuatu kepada mereka tepatilah. Sesungguhnya yang mereka ketahui hanya kamulah yang memberi mereka rezeki.” (Hadith Riwayat Ath-Thahawi).

Hadiah terbaik yang ibu bapa boleh berikan kepada anak-anak mereka ialah “hadiah cinta.” Bayangkan jika kita hidup mewah dengan perlatan terkini tetapi tiada siapa yang menemani kita. Walau bagaimana canggih sekalipun barangan tersebut, tarikannya akan pudar dalam masa yang singkat sahaja. Tanpa cinta, kasih-sayang dan interaksi sesama manusia, hidup tidak mungkin akan bahagia. Perkara yang sama juga boleh berlaku untuk kanak-kanak. Kasih-sayang dan perhatian dari ibu bapa tiada gantinya.

Apakah bentuk hadiah-hadiah cinta yang boleh kita berikan? Pertama sekali, jika kita sayang akan seseorang, kita perlu pastikan yang dia tahu. Jika tidak, si dia mungkin akan mencari cinta di tempat lain. Bolehkah anda hitung berapa kalikah karakter-karakter di dalam cerita di televisyen yang kehilangan orang tersayang semata-mata kerana dia takut untuk meluahkan kata-kata cinta?

Di alam realiti, ibu bapa bijak memastikan mereka tidak “kehilangan” anak-anak mereka dengan memastikan ungkapan “Ayah/Ibu sayang kamu” diucapkan beberapa kali sehari. Mereka juga melengkapkan ungkapan tersebut dengan pebuatan – anak-anak dipeluk dan dicium di setiap ketika yang sesuai. Anak-anak mereka akan mendapati hari-hari mereka terus menjadi satu hari yang ceria dan bahagia.

Mereka juga menjaga tuturkata mereka. Ibu bapa bijak menggunakan perkataan-perkataan positif yang memberi galakan, bukannya yang negatif melalui kritikan. Mereka bercakap dengan anak-anak secara yang terbaik, lebih baik daripada cara mereka bercakap dengan rakan-rakan ataupun orang lain. Mereka masih mampu menjaga tuturkata tersebut walaupun di dalam keadaan marah dan tertekan.

Di dalam setiap situasi, kita mempunyai pilihan untuk melhatnya secara positif atau negatif. Contohnya, apabila anak-anak tidak melakukan kerja sekolah, ibu bapa mungkin memarahi anak mereka sambil berkata “Kenapalah awak ni? Selalu berat nak buat kerja. Selalu lupa!” Itu adalah perkataan negatif yang menyerang peripadi anak secara terus. Kata-kata ibu bapa adalah doa. Lama kelamaan, ianya akan dimakbulkan Tuhan dan anak tersebut akan menjadi lebih malas dan pelupa.

Sebaliknya, ibu bapa bijak akan memilih untuk menggunakan perkataan yang positif. Mereka akan berkata “Ada apa-apa yang kamu belum siapkan lagi? Kalau tak faham, mari ibu/ayah tolong.” Anak-anak akan berasa lebih teruja untuk menyiapkan kerja mereka kerana mereka mendapat galakan positif. Jiwa mereka juga lebih tenteram kerana peribadi mereka tidak diserang dan dilabel sebagai seorang yang tidak baik.

Hadiah cinta juga boleh diberikan melalui perbuatan. Umpamanya, apabila ibu memasak di dapur, dia akan memasukkan “sepenuh kasih-sayang” sebagai resepi terakhir. Sebab itulah masakan ibu adalah yang terbaik di dunia. Si ayah pula akan bermain-main dengan anak kecil dengan sepenuh perhatian. Malah, setiap aspek kehidupan seperti pembelajaran, keagamaan dan perbuatan diselitkan dengan perasaan cinta.

Jika ibu bapa gagal memberikannya secara proaktif, anak-anak akan “meminta-minta” perhatian dan kasih-sayang dengan melakukan perkara-perkara yang tidak kita sukai seperti menangis-nangis, tidak bekerjasama, melanggar peraturan ataupun tidak memberi perhatian kepada pelajaran. Semua ini adalah simptom-simptom anak yang tidak mendapat hadiah cinta dari ibu bapa mereka.

Oleh itu, ibu bapa bijak memberikan “hadiah cinta” tersebut sebelum ianya dipinta. Saat-saat indah kehidupan tidak berlaku semasa kita membeli-belah barangan mewah. Sebaliknya, kenangan manis akan terpahat tatkala kita meluangkan masa untuk bergurau-senda, berinteraksi dan memberi sepenuh perhatian dan kasih-sayang kepada keluarga!

Sunday, October 9, 2011


Pengorbanan Seorang Isteri 


Mari kita bincang pengorbanan seorang isteri...
Sanggup berpindah dari naungan keluarga sendiri dan kemudiannya menyerahkan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki asing yang tidak ada sebarang pertalian darah, bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun lelaki itu telah dikenalnya tapi si lelaki tetap masih orang asing dalam kehidupannya.
Kini dia menyerahkan maruah dan kehormatannya kepada lelaki itu yang mungkin akan menjadi satu-satunya teman hidupnya sampai bila-bila. Ini dikira satu pengorbanan. Mungkin boleh dikatakan, inilah pengorbanan pertama yang dilakukan oleh seorang wanita bila bergelar isteri.
Kehidupan seorang isteri dalam bahtera rumah tangga selepas itu menemukan dia pada banyak saat dan ketika di mana dia melakukan pengorbanan demi pengorbanan. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, pengorbanan pasti ada dalam kamus hidup seorang isteri.
Waktu merelakan dirinya diambil sebagai isteri, dia telah menggadai diri dan kebebasannya untuk hidup bersama suami. Tidak ada lagi kehidupan yang agak merdeka di bawah kawalan ibu bapa. Tidak lagi bebas mengisi masa bersama teman-teman. Atau memenuhi pelbagai aktiviti dan mengejar cita-cita peribadi. Semua itu tidak dapat dikecapi lagi. Dia kini sudah terikat dengan tanggungjawab kepada suami.
Kemudian isteri akan menempuh kehidupan bersama suami tidak kira bagaimana pun bentuk kehidupan itu. Liku dan ranjau di hadapan belum diketahui. Kalaupun lebih susah dari sebelumnya, isteri selalunya sanggup berkorban dan bersusah-susah demi meneruskan hidup bersama suami.
Ada isteri yang menyimpan rahsia kesusahan hidupnya dari pengetahuan keluarga. Demi menjaga maruah suami, seboleh mungkin dia akan cuba menutup kesusahan hidupnya bersama suami. Dia tidak mahu kaum keluarganya memandang rendah pada suaminya. Lebih-lebih lagi kalau kaum keluarga si isteri lebih berdarjat dari suami. Menjaga rahsia rumah tangga dan aib suami menjadi perjuangan dalam hidupnya. Hingga dia sanggup berkorban kerananya.
Kalaupun kehidupannya selepas berkahwin diliputi kesenangan, pasti ada waktu-waktunya isteri perlu dan harus berkorban. Si isteri sendiri mungkin tidak merasakannya sebagai satu pengorbanan kerana dia gembira melakukannya demi suami. Contoh paling mudah, isteri selalunya akan mendahulukan suami dan anak-anak lebih dari dirinya. Apa yang suami dan anak-anak teringin hendak makan misalnya, dia sanggup sediakan. Tidak mengapa kalau masakan itu bukan kegemarannya sendiri. Citarasa suami lebih penting dari citarasanya sendiri.
Isteri juga selalunya mendahulukan ibu bapa dan keluarga suami. Kerana baginya, memuliakan keluarga suami sama seperti memuliakan suami juga.
Bermakna, isteri harus korbankan masa dan kerehatannya. Mungkin juga kesihatan. Semuanya untuk memastikan rumah yang dihuni bersama suami dalam keadaan terurus. Nyaman selesa dan membuatkan suami bahagia.

Banyak kerja yang dilakukan oleh isteri ini adalah hakikatnya untuk membantu suami membereskan urusan rumah tangga. Kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab bersama itu dibuat oleh isteri demi memberi khidmat bakti kepada suami.

Jarang sekali ada isteri menuntut bayaran dari suami bagi kerja-kerja lebih masa yang dibuatnya. Lebih-lebih lagi untuk menuntut gaji. Kalau suami faham dan tahu menghargainya, alhamdulillah. Kalau suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Kalau suami sekali-sekala mahu memberi penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira sudah cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya.
Namun, kalaupun suami tidak faham, tidak prihatin dan tidak mahu menunjukkan penghargaan serta pengiktirafan, isteri akan tetap melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga.
Memang ada isteri yang merungut. Memang ada isteri yang membebel dan mengungkit. Memang ada isteri yang meluahkan rasa sakit hati bila melihat suami rehat-rehat ketika si isteri sibuk melakukan ops dapur, ops bilik air, ops bilik tidur, ops halaman dan pelbagai ops lagi. Sebab bukan semua suami yang mahu berkongsi melakukan kerja-kerja di rumah. Bukan semua suami bersikap spoting dan tahu menghargai susah payah isteri.
Tetapi dalam merungut dan membebel itu pun, segala kerja tetap dibuatnya. Suami hanya perlu sabar sedikit sambil menadah telinga mendengar bebelan isteri. Dalam waktu yang sama, kalau suami hendak makan, ada juadah tersedia. Hendak pakai baju, pakaian siap berbasuh. Hendak bermain-main dengan anak kecil, kencing berak anak sudah dicuci.
Kalaupun ada isteri yang menjeruk rasa kerana suami semacam tidak hargai segala khidmat baktinya, namun jarang ada isteri yang sanggup mogok dari tugas sebagai isteri, ibu dan suri rumah.
Dia mengharap sedikit tanda berterima kasih dari suami tetapi tidak sanggup meluahkannya dengan kata-kata. Hanya gerak-geri atau bahasa badannya saja yang berbicara. Kalau suami faham, fahamlah. Jika tidak, isteri selalunya akan hanya memendam perasaan. Hatinya mengharap dan meminta tanpa kata-kata. Atau dia akan meluahkan rasa di atas kertas. Bila suami dilihat langsung tidak menghargai, waktu itu mungkin coretan di kertas mengganti lidah berbicara.
Berat macam mana pun kerja yang dibuatnya, isteri akan rasa puas dapat melakukannya. Dia buat kerja dengan rasa gembira. Tugas dan kerja yang nampak berat bagi suami dapat dibereskan oleh isteri dengan agak mudah dan ringan. Walaupun tika usia telah senja dan si isteri telah menjadi nenek, dia masih isteri yang dulu. Isteri yang akan sentiasa mengutamakan dan melebihkan suami.
Ini satu kelebihan wanita. Allah jadikan fitrahnya dari segi fizikal dan kehalusan perasaan, mampu menanggung segala macam tugas dan tanggungjawab dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi kalau isteri dapat rasakan apa yang dibuatnya itu akan membahagiakan suami dan mengganjarkan pahala dari Allah. Di situ dia mendapat motivasi dan lebih bersemangat untuk buat bermacam-macam kerja.
Suami yang faham akan menambah motivasi untuk isteri melalui ucapan terima kasih, kata-kata pujian, belaian, kasih sayang, sikap prihatin, turut membantu dan sekali-sekala memberinya hadiah. Segala penat, segala lelah dan segala penanggungan akan hilang bila semua itu suami hargai.
Rasanya tidak mungkin untuk menyenaraikan satu persatu susah payah dan pengorbanan isteri. Bentuk-bentuk pengorbanan pun tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Tetapi cukuplah dikatakan bahawa sebagai suri dalam rumah tangga, isteri umumnya menanggung (suffer) banyak perkara. Isteri sanggup berkorban kerana dia rela mengutamakan, mendahulukan dan melebihkan suami berbanding dirinya.


source: http://dotsyafiqah.blogspot.com/2011/10/pengorbanan-seorang-isteri.html

Friday, October 7, 2011


“ketika wajah ini penat memikirkan dunia,maka berwuduklah..
ketika tangan ini letih menggapai cita-cita,maka berdoalah..
ketika bahu tak kuasa memikul amanah,maka bersujudlah.
ikhlaskan semuanya dan dekatlah Allah s.w.t.
agar tunduk disaat yang lain angkuh.
agar teguh disaat yang lain runtuh.
agar tegar disaat yang lain terlempar.
agar tenang disaat yang lain risau memikirkannya..”

Monday, October 3, 2011


Bertuahnya nasib dia...ada tu ada ni...
Aku? 
Hmmmm...

Itulah yang kerap kali manusia rasa
melihat kelebihan orang lain
kita rasa rendah diri dan tidak bersyukur dengan apa yang kita ada
Mula menuding jari kepada pihak-pihak tertentu untuk menyalahkan nasib yang menimpa diri pada hari ini

Maafkan saya yaAllah!
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah...
Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah Kau kurniakan padaku...
Maafkan aku...aku hanya insan yang kerdil, hina, selalu alpa...
Bersyukurlah.
Allah Maha Mengetahui, Beliau perancang yang terhebat!
Yakin dan senyumlah... :)



Aku bukan insan yang sudah cukup lama hidup di muka bumi. Aku juga bukan insan yang arif dalam hal duniawi apatah lagi akhirat. Tetapi aku juga manusia biasa yang mempunyai kehidupan. Sekilas aku melihat, manusia tidak pernah lekang dari ujian Allah.
Ujian Allah ada bermacam bentuk, ada yang diuji dengan kekayaan dan sememangnya manusia mana yang tidak berasa suka dan gembira dengan nikmat kemewahan yang diberikan. Sayang sekali ada yang bongkak, angkuh dan membangga diri dengan kemewahan/nikmat yang Allah telah anugerahkan. Namun tidak semua, andai manusia tahu erti bersyukur, pasti kemewahan itu diuruskan dengan sebaik-baiknya ke jalan Allah. Itu juga adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya yang beriman.
Sesungguhnya, setiap yang beriman akan diuji oleh Allah dengan ujian yang tidak pernah diduga. Paling perit apabila, manusia itu diuji dengan musibah/bencana yang sangat berat untuk diterima dan ditempuh. Semestinya saat diuji, kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Pada waktu itulah, kita memerlukan sokongan keluarga, saudara dan sahabat handai yang paling akrab untuk memberikan sokongan.
Sudah menjadi lumrah manusia, kita akan menangis apabila merasakan ujian Allah itu tidak tertanggung. Ingin sahaja hati ini ingin memberontak. Tetapi ingatlah kembali, sesungguhnya kita hanya hamba yang lemah. Pada suatu ketika, kita akan berada di atas, di mana kita tidak tahu bersyukur dan tidak berfikir dari mana datangnya kesenangan itu, pastinya kita berada dalam kerugian kerana melupakan Allah yang pemberi segala nikmat.
Pada suatu ketika, kita manusia akan berada di bawah, saat Allah menarik kembali kesenangan yang diperolehi maka pada saat itu, kita manusia akan menadah tangan kepada Allah dan bertanya mengapa ujian berupa derita diberikan kepada kita dan pada saat itulah baru kita ketahui wujudnya Allah sebagai Tuhan yang berkuasa dalam menentukan segalanya.
Ketahuilah, setiap yang terjadi mempunyai sebab dan semestinya perkara yang telah terjadi akan mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Sesungguhnya manusia tidak tahu apa yang terbaik disediakan untuk manusia yang lain. Tetapi, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita berbanding diri kita sendiri. Kerap kali kita akan mengeluh memikirkan takdir yang menimpa diri, kesedihan akan mula menguasai diri, kemalasan menguasai diri dan berasa malas untuk bangun meneruskan kehidupan, sehinggakan terkadang melupakan tanggungjawab ibadah solat terhadap Allah s.w.t.
Percayalah, Allah akan menurunkan sesuatu ujian bertepatan dengan kemampuan hamba-Nya. Setiap kita pernah merasai kesusahan, kesedihan, di mana kita sendiri merasa sukar untuk diri kita sembuh setelah berlakunya bermacam perkara yang melunturkan semangat kita. Sebagai manusia yang dikurniakan akal, sebagai pesanan untuk diri sendiri juga, semestinya kita perlu berfikir, mengapa Allah menguji kita sebegitu rupa? Jawabnya tidak lain, itulah tandanya Allah masih sayangkan kita dan supaya kita sentiasa ingat kepada-Nya. Cuba kita imbas kembali, berapa banyak  kita mengingati-Nya? Dengan kerja yang berlambak, soal keduniaan kerapkali menjadi keutamaan. Allah sentiasa mengingati kita, tetapi kita lalai mengingatinya.
Allah mahu kita berfikir. Kita sendiri tahu, setiap yang berlaku tersimpan pengajaran. Maka jadikanlah pengajaran itu sebagai pedoman di masa yang akan datang. Mungkin hari ini kita dalam kesedihan dan kesusahan, tetapi akan ada masanya Allah akan memberikan kita kesenangan dan kebahagiaan yang kita sendiri tidak pernah jangka. Teruskanlah berdoa kepada-Nya, berserah kepada-Nya setelah berusaha.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar doa hamba-Nya yang berada dalam kesusahan. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan percayalah bahawa janji Allah itu pasti. Dalam apa-apa keadaan pun, ingatlah Allah sebagai tempat pergantungan kita yang mutlak. Tanpa izin-Nya tidak akan terjadi apa yang kita mahukan. Hiduplah untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Moga hati kita menjadi tenang dalam menempuh segala jenis ujian yang diturunkan oleh-Nya.
Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan mendapat rahmat yang berpanjangan dari-Nya. Sesungguhnya manusia itu tidak lekang dari melakukan kesalahan, maka selaku sudara sesama Islam, berpesan-pesanlah kita sesama umat manusia. Jika ada hati yang merintih, mengadulah kepada-Nya dan kita di dunia laksanakanlah amanah sesama umat, bantu selagi terdaya kerana sebaik-baik manusia adalah manusia yang membuat kebaikan demi mendapat keredhaan Allah.
Segala keburukan datangnya dari diri ini, tiada niat untuk berbangga diri. Tiada niat menunjuk hanya sekadar berkata-kata, kerana aku juga manusia biasa yang belajar dari kehidupan di bawah naungan Pencipta. Semoga beroleh manfaat dan maafkanlah andai tersilap kata dan menyinggung rasa kerana kebaikan dan kesempurnaan mutlak itu datangnya dari Allah s.w.t. Marilah bersama-sama menghayati erti kehidupan dan fikirlah betapa Allah itu sentiasa ada untuk makhluk ciptaan-Nya sama ada semasa susah dan senang. Wallahua'alam.

Sunday, October 2, 2011

2nd version







































Alhamdulillah...
YaAllah, jika Muhammd Fahmi bin Ismail adalah insan yang terbaik untuk diriku,
Kau satukanlah hati kami,
Permudahkan urusan dan jodoh kami,
Murahkanlah rezeki kami.
Sesungguhnya tiada upaya untuk kami berlaku taat
dan tiada upaya menjauhi maksiat 
melainkan dengan pertolonganMu yaAllah...

Amin ya rabbal alamin...