Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Wednesday, July 6, 2011

PELAJAR

Jika anda jadi pelajar,
Jangan malas hendak belajar.

Jika anda menuntut ilmu, 
Jangan sesekali merasa jemu.

Jika rajin mengulangkaji,
Mudah jawab apa diuji.

Jika anda hendak berlatih,
Mesti tahan penat dan letih.

Jangan asyik berangan-angan,
Tekun dan gigih jadi pegangan.

Jika berusaha sambil lewa,
Tidak hairan kalau kecewa.

Jika belajar tidak jemu,
Banyak ilmu akan ditemu.

Apa gunanya banyak bercakap,
Jika kerja tidak cekap.

Jika suka ponteng sekolah,
Ilmu tak dapat tentu rugilah.

Berusaha dengan bersungguh-sungguh,
Jangan suka tangguh-tangguh.

Jika tak mahu dengar nasihat,
Apabila besar jadi penjahat.

Jika tulisan terang dan bersih,
Hati pemeriksa sayang dan kasih.

Banyak membaca fikiran kaya,
Rajin berusaha pasti berjaya!




-Siti Nur Marjidah-
Pelajar SMK Batu Muda, KL.

1 comment:

Nuwairani said...

bagus betol la cikgu ni..memang berjiwa cikgu...teruskan usaha murni mendidik anak bangsa...