Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Monday, March 28, 2011

I still remember...

my name was listed to be school's prefects 8 years ago (Form 4)

teachers choose me

but I said to them i don't want to be a prefects...I have to wear different uniform with the the other students...and the main reason i give to the teachers is that i don't want to change my dorm (room in hostel).

and then, one day, one of the teachers call me at his desk and said to me...

" Nabila...cuba nabila fikir, kenapa Allah membuka hati semua guru disini untuk pilih nabila sebagai pengawas sekolah...nabila balik bilik nanti, fikir masak-masak, esok jumpa cikgu beritahu keputusan nabila..."

Just because of that, I accept the school's and teachers' request...maybe they have their own reason to choose me

And till today, thank you Allah and thank you SEMSAS teachers to choose me as a prefect..i enjoyed myself, i don't face any problem with it, besides it makes me more confident, discipline, and many more...thank you Allah~
hectic huh even SBP school? =)
i miss them...

Saturday, March 26, 2011

All in one, sorry! nak cepat~

huhu...maaf ye..entri kali ni banyak perkara dibincangkan terus dlm 1 post..hehee..nak ready bahan mengajar untuk esok and next week after this.. :)

Time cuti sekolah baru-baru ni ade Audrey Sales at SACC Mall, Shah Alam.
So these were what I and my siblings (4 beautiful ladieeesss) bought! 
Our promise in the car was:  "Everybody must grab at least 2 bras!"


Even habis about RM100, but for sure sgt berbaloi bila dapat audrey bras at the price of RM10, RM 15 each. Normal price was about RM30, 40 and above~

This one belong to the youngest one, Izzati. hahaa...Form 5, cute huh? kakak2nya yang excited pilih2 bra tuk dia, dia tiada perasaan. tapi bila jumpa bra ni she was excited!


Result SPM 2010, keadaan pihak pentadbir, guru penyelaras tingkatan 5 2010, ketua-ketua bidang di pejabat sekolah. Dapat reslut terus check brapa orang straight As, gred purata sekolah, percentage (%) lulus setiap subjek, macam2 lagi!


I am a driver now. hikhik. Alhamdulillah dah seminggu selamat pergi dan balik sekolah. 
Hari pertama balik daripada sekolah, sampai2 bilik je nak tukar baju, terdetik dalam hati, 'kenapa hari ni tak panas badan ek, biasa mesti panas and peluh2 bila sampai rumah'

[ terlupa balik naik kete tadi =) ]


Makan malam jumaat lepas. Alhamdulillah! 

spiral kot nama bende ni, bukan kuey teow tau ni~ tapi lebih kurang je bahan untuk memasaknya~ =)

Ceramah "Kenali Anak Anda" sebelum mesyuarat PIBG 2011



hmmm...sesi ceramah saya rasa 'kureng' sikit coz penceramah terkejar-kejar memberikan ceramah...hanya sejam setengah diberikan kepada beliau untuk berkongsi ilmu...
Ilmu paling penting yang perlu diketahui oleh setiap ibubapa adalah setiap anak anda itu berbeza, maka anda perlu menggunakan kaedah yang pelbagai untuk mendidik mereka...jika semua anak boleh dibentuk dengan menggunakan peraturan-peraturan keluarga yang telah dipersetujui bersama, tidak mustahil ada salah seorang daripada mereka yang sebenarnya memberontak dan tidak boleh terima cara 'peraturan-peraturan' tersebut. Maka anak yang sedikit lain ini perlu dididik dengan kaedah yang lebih 'permissive' atau lebih lembut.

Disini saya akan berkongsi satu tip menarik, untuk mengetahui sama ada seseorang anak, pasangan anda atau rakan anda berkata benar atau sedang menyusun ayat untuk memanipulasikan sesuatu keadaan (menipu).

Otak manusia dibahagikan kepada dua, kiri dan kanan bukan?

 Otak kanan untuk sesuatu yang kreatif, manakala kita menggunakan otak kiri untuk sesuatu fakta.
*Sila bayangkan dari sudut individu tersebut, kanan beliau, bukan kanan kita.*

Contoh situasi: Apabila kita bertanya kepada anak/ pasangan mengapa mereka pulang lambat ke rumah...

Si ibu/ Si Isteri: "Ahmad, kenapa balik lambat ni? Dah pukul berapa ni...buat apa tadi?"

Kes 1: Apabila anak/pasangan anda menjawab soalan anda diatas, sambil anak matanya memandang ke kanan, maka sebenarnya mereka sedang menyusun ayat untuk memanipulasikan anda/ menipu anda. Mereka sedang menggunakan otak kanan mereka untuk menjadi lebih kreatif untuk mencipta alasan untuk anda!  


Kes 2:  Apabila anak/pasangan anda menjawab soalan anda diatas, sambil anak matanya memandang ke kiri, maka sebenarnya mereka benar-benar sedang menggukana otak kiri mereka untuk mengingat semula apa yang berlaku dan memberikan alasan sebenar mengapa mereka pulang lambat ke rumah. 

kalau anak mata pandang straight ke mata kita lagi jujur kot! haha

wallahua'lam~ hehee..saya hanya berkongsil ilmu daripada pakar psikologi, mungkin ini kurang tepat untuk mengetahui samada seseorang itu berkata benar atau tidak, Allah juga Yang Maha Mengetahui... =)

Mr. One cakap kalau pandang ke bawah/atas pula bagaimana? 
hmmmm...nanti saya cari reasonnya ya! [kalau teringat]

Then yang ini saya pernah terbaca di mana ntah, lupa, tapi contoh yang sama digunakan oleh penceramah.

Soalan: Dalam satu masa, yang mana satu anda akan lakukan dahulu?

1) Cerek air berbunyi!
2) Loceng rumah berbunyi, ada tetamu datang!
3) Sakit perut!
4) Air paip melimpah!
5) Telefon berbunyi!
6) Anak menangis!!!

hehee..kalau saya, saya akan tutup paip air dahulu kot! then baru tutup api cerek air yang berbunyi tu! Bahaya  kan kedua-dua mende tu~ hehee..tapi bile penceramah tannya beberapa orang guru dan ibubapa yang ada, ada yang jawab sakit perut dulu, utamakan tetamu yang datang, anak yang sedang menangis, haha..macam-macam pilihan jawapan!

memang setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza, dan personaliti tersebut menentukan jawapan anda, apa yang lebih penting untuk diutamakan bagi anda...

Kesimpulan bagi entri ini, (tak perlulah saya simpulkan tentang shopping audrey bras), 
kita perlu ingat, sebagai ibubapa (saya insyaAllah ya, bakal... )
Kita hanya ada SATU PELUANG untuk melihat anak-anak membesar dan mendidik mereka, masa tidak akan berpatah balik, 
jika baik dan elok corak yang kita 'lukis', maka Alhamdulillah, menjadilah mereka, 
jika tidak, subhanallah...minta jauh...

ingat, anda yang mencorakkan kehidupan anak-anak anda disamping diri mereka sendiri..mereka ibarat kain putih pada asalnya...yang bersih dan suci...

wallahua'lam... ('',)



p/s: kenapa tinggi sanggul! huh! kene potong rambut ni! mane nak cari kedai gunting rambut perempuan bertudung ni!!!

Thursday, March 24, 2011

Jangan tak percaya~

Salam readers...

Hari selasa baru2 ini saya dapat jadual mengajar yang baru..insyaAllah ni jadual yang permanent...selagi tidak dirombak semula...sebelum ni just mengambil jadual seorang guru yang sedang cuti bersalin..huhu...disebabkan guru tersebut guru BI, so kenelah saya ngajar BI...I took it as a challenge. Alhamdulillah I did it quite well. Disebabkan saya kuatlah saya diberi dugaan begitu kan? Alhamdulillah..hehee

and now saya mengajar Sains, Geografi, Sivik, Math (sementara guru matematik ni balik daripada cuti bersalin, smpai hujung bulan 3 ni je..alhamdulillah :) ) and PJK. hehee..yes PJK...haha..jangan tak percaya! 

So, semalam saya and students main la time PJ tu...nak ajar cara nak bermain idok la saya gheti kan~ so biarkan diorang main ngan kawan2 jelah..ade yang main futsal, girls main basketball, and ada gak yang main badminton. Disebabkan saya dah lama memendam 'perasaan' dan kesabaran untuk bermain badminton, so semalam saya join la that boys and girls yang main badminton. Seronok! Budak2 kelas lain jealous je cikgu main sekali ngan students..heheee

Hari ini (kelas lain pula) bermain futsal...so saya pun berdiri lah sebelah gelanggang tu tengok diorang main...tak boleh la saya nak join main sekali futsal kan...ni memang awal2 lagi surrender..hehee...time khusyuk tengok diorang main tu...tiba-tiba~

DUSH!!! Bola terkena pipi saya!!!

Huaaaa!!! Dalam hati je..hahaa..cool cool~ maintain je...kesat2 balik pipi yang terkene bola tu..hehee..budak yang sepak tu dah cuak2..minta maaf, tanya saya ok tak, sakit tak..hehee.. saya pun dgn tenang je jawab ok..takpe2..maybe sebab diorg still form 2..so takla kuat mana tendangannya..and main dalam court kecik je..hehe..hahaa..tapi terasa gak berdenyutnya. Fikir gak janganlah naik bengkak..camna nak masuk next2 kelas nnt ni..hehee..Alhamdulillah xpe2 pun..hehee..masuk bilik guru terus check cermin! haha

Tuesday, March 15, 2011

Let them do what they want

Bismillah...

Duhai ibubapa dan bakal ibubapa,

Tolong benarkan dan sokong anak-anak anda untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah atau luar sekolah. Namun anda perlu memantau aktiviti yang mereka sertai. Alhamdulillah ibubapa saya tidak pernah menghalang kami daripada melakukan sebarang aktiviti bersama pihak sekolah dan rakan-rakan, termasuk berjalan-jalan dengan rakan-rakan di sunway lagoon atau shopping complex. Asalkan tidak melampau seperti setiap minggu keluar dengan rakan-rakan di shopping complex. Sejak sekolah rendah saya dan adik beradik digalakkan untuk memasuki sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Disini saya senaraikan apa yang saya ingat:

Kakak: 

  • Mewakili sekolah, zon dan daerah dalam  Bola Jaring dan Bola Baling. 
  • Olahragawati SK Seksyen 17 Shah Alam 1998. 
  • Menjadi Pelajar Cemerlang semasa Darjah 6 dan mendapat tajaan makanan PERCUMA setiap hari 1 meal (1 cup of rootbeer, 1 beef burger and 1 small french fries) daripada A&W. 
  • Mewakili sekolah dalam kuiz-kuiz.
  • Pengawas sekolah
  • Memperoleh 5A dalam UPSR.
  • Memasuki MRSM.

Saya: 


  • Mewakili sekolah dalam Pesta Senirama Peringkat Negeri Selangor, undangan persembahan sempena majlis perkahwinan golongan korporat, pasukan tarian sekolah sempena Hari Anugerah Cemerlang, Hari Sukan, Mesyurat PIBG, dan sebagainya. (Darjah 4-6)
  • Mewakili sekolah dalam kuiz-kuiz. (Darjah 5-6)
  • Memperoleh 5A dalam UPSR.
  • Memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Mewakili Pandu Puteri Malaysia dalam Bilateral Exchange Programme Girl Guides Malaysia-China, melawat Hong Kong, Beijing dan Hangzhou China (Tingkatan 2).
  • Menyertai Persembahan Nasyid sempena Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang. (Tingkatan 2)
  • Menyertai kesemua perkhemahan pandu puteri mahupun perkhemahan motivasi dan kepimpinan anjuran sekolah, daerah, negeri mahupun SBP seluruh Malaysia.
  • Menyertai pasukan kawad kaki peringkat Negeri Pahang.
  • Mewakili sekolah dalam kuiz matematik, fizik, kimia, dan sebagainya.
  • Menyertai Pertandingan RekaCipta Peringkat Negeri Pahang dan membuat demonstration di Kuantan Parade.
  • Penolong Ketua Biro Keceriaan sekolah, pengawas sekolah, Pembantu Rakan Sebaya sekolah, Naib pengerusi kelab Fizik
  • Memperoleh 10 A (straight As) dalam SPM 2004
  • Menyertai pasukan BORIA di Universiti Malaya (Johan berturut-turut), mewakili UM dalam pertandingan antara universiti di Malaysia
  • Memperoleh PNGK 3 pointer and above di UM
Adik (Fatin):
  • Memperoleh 5A dalam UPSR
  • Mewakili sekolah dalam kuiz, pertandingan mewarna, melukis poster, deklamasi puisi, debat, bercerita, dll.
  • Memasuki MRSM
  • Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya
  • Sekarang menyambung pelajaran di Universiti Malaya, Ijazah Pembedahan Pergigian.
  • Setiausaha Projek bersama anak-anak yatim di Universiti Malaya.
Adik (Izzati):
  • Memperoleh 5A dalam UPSR
  • Memasuki SBP.
  • Mewakili sekolah dalam kuiz, kawad kaki peringkat SBP
  • Pembimbing Rakan Sebaya sekolah
Jika anda perhatikan, kakak aktif dalam bidang sukan, saya aktif dalam tarian dan kepimpinan, adik (Fhatin) aktif dalam berpidato@bercakap, adik (Izzati) aktif dalam badan beruniform...semua ada minat dalam bidang masing-masing bukan? Itu yang setiap ibubapa perlu dedahkan kepada anak-anak, beri peluang, berkorban masa dan tenaga, sokong penglibatan anak-anak, say masih ingat ibubapa saya turut hadir dalam setiap persembahan tarian yang saya sertai dan mengambil gambar saya dari jarak yang paling dekat kalau boleh...Bukan niat saya hendak menunjuk tentang kejayaan kami adik beradik, tetapi pengalaman masa lalu  itulah kebanggaan kita. Tiada sesiapa yang dapat mengubah nasib diri, melainkan diri sendiri yang berusaha dan berdoa kepadaNya...Ingat, diri sendiri. Diri sendiri (dengan bantuan ibubapa dan guru-guru) yang mengisi 'bakul' sendiri, dan diri sendiri yang akan 'mengangkat bakul' sendiri. Tiada siapa yang akan mengangkat 'bakul' kita. Ada ke orang lain yang akan sentiasa memuji kita? Tak kan? Orang akan senyap-senyap sahaja mengagumi kita.

Bila berborak dengan orang lain, kita tidak akan malu, malah bangga (tapi masih merendah diri) boleh menceritakan latar belakang kita, apa pencapaian kita masa sekolah rendah, menengah, universiti... nak ke bila orang tanya anak-anak kita nanti dan mereka akan jawab begini: 

"Hmmm...aku biasa-biasa je sekolah dulu..tak masuk apa-apa pun...
result SPM pun biasa-biasa je..boleh la lulus...mak ayah aku tak best sangat la..tak DIDIK aku betul-betul."

Astaghfirullah...mintak jauh~

So, tolong didik anak-anak anda dengan baik, biarkan mereka aktif dalam akademik mahupun aktiviti kokurikulum di sekolah, masuk apa sahaja pertandingan dan persembahan yang ada, bekalkan ilmu agama yang secukupnya, galakkan mereka untuk sentiasa mahu berjaya dalam apa sahaja, dan CARI KELEBIHAN MEREKA... Biarkan mereka melakukan apa yang mereka minat...wallahua'lam..kita hanya mampu merancang, Allah yang Maha Berkuasa dalam menentukan segalanya..Sentiasalah berusaha dan berdoa... ('',)

Walaupun ibubapa saya tidak berada, kami sekeluarga hanya cukup makan dan pakai, rumah baru sahaja di ubah suai supaya kami 6 beranak selesa, rumah hanya selesa dan tidaklah besar dan cantik mana, kereta Proton sahaja, tapi Alhamdulillah atas segalanya yaAllah...Allah Maha Adil, Maha Penyayang dan Maha Bijaksana...

syukur...







Apa yang saya perhatikan,
  • tinggal di bandar mahupun di kampung, tiada bezanya. Hanya taraf pendidikan dan cara didikan ibubapa sahaja yang akan menentukan kecemerlangan diri seorang anak. Ada rakan tinggal di sebuah kampung di terengganu, tetapi mengikut penceritaan beliau, kebanyakan budak lelaki di kampungnya hanya bersekolah sehingga tingkatan 3 dan 4, hanya beberapa orang sahaja yang mengambil SPM, kemudian disitu adalah sarang dadah, banyak budak muda melepak di kedai kopi dan tepi jalan, perempuan berpakaian mengalahkan perempuan di bandar-bandar, budaya merokok apa kan lagi, adakah lelaki dan perempuan begini yang dapat melahirkan generasi yang cemerlang dan seimbang ilmu dunia akhirat?
  • Tahap pendidikan ibubapa sangat menentukan kecemerlangan anak-anak. Syukur walaupun tahap pendidikan ibubapa saya tidak berdiploma apa kan lagi ijazah, tetapi kami tahu mereka sudah boleh BERBANGGA, hasil usaha dan kesabaran mereka, kami adik beradik sudah menjadi. Generasi sekarang, siapa yang mempunyai ibubapa yang mempunya degree mahupun diploma, mereka sudah boleh hidup dalam keadaan selesa (Ekonomi keluarga yang stabil), namun, cuba bayangkan, generasi anak-anak kita nanti...adakah memadai ibubapa yang mempunyai ijazah untuk mendapat tahap ekonomi keluarga yang stabil? Kita yang berdegree pun pening kepala memikirkan duit untuk masa akan datang, bagaimana pula mereka yang hanya mempunya SPM? adakah mereka rasa apa yang saya rasa? ataupun mereka langsung tidak memikirkan perkara ini, maka mereka tidak rasa apa-apa...maka oleh kerana merekalah yang akan melahirkan generasi yang tidak berkualiti dan bertamadun...Jika tidak berminat dan tidak mempu untuk belajar tinggi, tolonglah ambil apa-apa kursus atau sijil yang boleh melayakkan diri anda untuk mempunyai pekerjaan yang bagus, contohnya perempuan ambil nursing, lelaki ambil automotif atau ilmu enjin...
  • Tahap pendidikan pasangan atau bakal suami/isteri anda sangat menentukan kecemerlangan anak-anak anda kelak. Pilihlah yang baik dan yang terbaik. Contohnya, jika tahu lelaki itu BARAN orangnya, eloklah awal-awal lagi 'lari' daripadanya...jika tahu perempuan tersebut PEMALAS dan PENGOTOR, eloklah awal-awal lagi 'lari' daripadanya...tidak perlu 'buta cinta', buka minda, buka 'hati', teruskan berusaha dan berdoa kepadaNya...kita akan diberikan yang terbaik, sesuai dengan kita...insyaAllah...
  • dan apa yang paling penting adalah...jadilah INSAN BERILMU... =) insyaAllah!



Monday, March 14, 2011

keep thinking~


Berapa ramai yang sanggup bersusah payah menyediakan itu ini untuk SATU HARI itu sahaja, dan berapa ramai yang sanggup bersusah payah menuntut ilmu dan nasihat untuk bersedia selepas HARI YANG SATU itu~

permudahkanlah segala urusanku yaAllah...
saya mahu menjadi INSAN CEMERLANG DUNIA AKHIRAT...

Alhamdulillah!

syukur yaAllah...
terima kasih ayah dan rezeki daripadaMu...


angah bayar kat ayah setiap bulan nanti ye ayah...ansuran bulanan kat ayah tanpa bunga~ hikhik

walaupun orang lain dapat kereta baru daripada parents, or beli sendiri kereta baru bila dah bekerja, angah bersyukur pe yang angah dah ada..ni yang terbaik untuk angah...
kereta ni la akan digunakan untuk pelasah ke sekolah, ke kedai, amik anak-anak ke nanti...
thank you Allah!

Sunday, March 6, 2011

ber'muka-muka'


In the morning, before the assembly...

Mr. Sze: Nabila! you dah tengok ke laman web sekolah? Muka you besar tau dalam tu!
Me: What? *Blurr*
Ni mesti kerja cikgu Shahrul! nanti saya check ye Mr. Sze!

and another story...

Cikgu Hamirah: Amboi Nabila...melambak2 muka nabila dalam web sekolah ek!
Saya: Eh? Satu je kan kak?
Cikgu Hamirah: Nabila tengok katne...kat 'main' tu memang la yang besar satu tu je...click kat 'galeri', melambak muka awak..hehee

huhu...so...after school I check the school's website and here it is..a lot of 'me'! hehee



* LDP Fotografi dan Pengacaraan Majlis *

inilah insan yang mengambil gambar and mengupload gambar-gambar dalam web sekolah...cikgu shahrul!









*Senam Aerobik bersama Datin pengetua dan semua guru-guru*



[ TQ Cikgu Shahrul! hehee...saya copy je gambar2 yang cikgu ambil~ hehee... =) ]

A month here, I enjoy myself! 
Alhamdulillah!




and...to cikgu shahrul [ dedicate special just for you, if you know the existence of my blog], tak perlulah jadikan gambar saya sebagai desktop wallpaper dalam komputer bilik guru tu~ huhu..heheee...saya dah tukar balik pon. kejam. siap cikgu esok! 



I'm glad i'm here and make friends with the teachers here... =)

banyak sangat muka dalam web sekolah so tajuk entri adalah ber'muka-muka' hehee.. =D



Saturday, March 5, 2011

Sebulan bekerjaya!

Alhamdulillah ya Allah!

dah genap sebulan bekerja...
7 Feb 2011 (Taklimat Guru)

Permudahkanlah segala urusanku...Tabahkanlah aku...Berikanlah kesabaran dan semangat yang tinggi dalam mendidik anak-anak~

p/s: semalam ada LDP Fotografi dan Pengacaraan Majlis di SMKTTDI, sangat seronok dapat ilmu baru! even ada muka guru-guru yang terpaksa, stress sebab kene datang ke sekolah pada hari Sabtu, tapi everything is in our mind! Jika fikir tak seronok maka tak seronoklah jadinya, dan begitu juga sebaliknya...

Once again, everything is in our mind rite... ^_^

and...

i have a conflict (internal conflict) right now...

disebabkan saya seorang yang berdisiplin, suka merancang sesuatu jauh lebih awal, suka bertindak dengan segera, maka saya pasti ada pihak yang tidak berpuas hati dengan cara saya [dan mungkin juga cemburu]...di sekolah tiada masalah, kerana di sekolah saya berkawan dengan mereka yang terurus juga...masalah muncul di universiti, waktu latihan mengajar dan sekarang...saya tahu ada yang kata saya seorang 'DIKTATOR', adakah siapa yang pernah berkata demikian terkejut saya tahu perkara ini? haaa..cuak...hehee..tak kisah la dari mana saya tahu...yang penting saya tahu kamu tak puas hati dengan saya...kalau dah kerja dalam kumpulan, bile nak buat decision semua tak kisah, ' aq ikut je...', so saya buatkan la decision, korang dah setuju maknanaya korang setuju la kan? tak perlulah nak tikam saya kata saya diktator! huh! pelik2... then jangan terkejut, ada juga yang pernah tersalah hantar mesej, kutuk saya, cakap tak suka la saya ada sebab beiau tak dapat nak perform ditempat tersebut, hoho, tak tahulah dia sedar ke tidak dia meludah di muka sendiri, huhu...lawak la hang! hang jealous sebab kalau saya ada hang takleh dipandang tinggi oleh orang lain ye! sian hang~ saya tak suruh pun diorg pandang tinggi n menyukai saya...sian kat kamu tapi saya nak gelakkan kamu! hahaha

and now saya decide untuk diri sendiri, jika 'kerja' tersebut bukan kerja saya, saya tidak akan masuk tangan dengan mengingatkan mereka ' ko dah buat tu belum, esok macam mana, ko dah jumpa si polan ke uruskan bla3...' kalau saya tanya mereka akan sakit hati, bukan nak ambil positif saya tolong ingatkan pe yang mereka sepatutnya bertindak, kalau mereka still nak teruskan ke'slow'an mereka tu teruskanlah...saya memang akan lari daripada orang2 macam ini..can not go lah senang cite.

so sekarang jangan marah kalau saya lari daripada kalian, saya uruskan diri saya sendiri je, biar saya jadi diktator untuk diri sendiri je, kalian tak sakit hati dah kan? so kite bawa diri masing2 je ya!kalau ada apa2 masalah jangan cari saya...all da best ya 'teman' ku!


Friday, March 4, 2011

LARI!!!

saya nak lari daripada banyak jawatan di sekolah BOLEH TAK???

huhu!

baik ke tak baik?

saya dah lari daripada jadi pengurus kelab bowling! huhu...

reason:
1. saya lebih berminat dengan badan beruniform!
2. saya tiada ilmu bowling! tak seronok datang kelab tanpa boleh mengajar students tachnique and sebagainya tntang bowling, apa guna guru penasihat kan? mesti la untuk memberi nasihat! huhu

sekarang ada kemungkinan saya akan memegang guru kelas, sebab guru tersebut GSTT dan dah tukar kerja ke Maybank! huhu

hope tidak!

^_^