Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Tuesday, April 30, 2013

Coretan Terakhir


salam semua
siapalah semua tu kan
:P
maaf sangat lama tidak menulis
mungkin tiada apa yang sangat penting dan menarik yang perlu ditulis disini

seperti tajuk diatas
mungkin ini coretan terakhir
disaat mengendong si kecil didalam si ibu sibuk meng-countdown tarikh due date
daripada tinggal 100 hari
kini hanya tinggal 1 hari
ya
esok adalah due date kelahiran baby, 1 Mei 
Labour day = Labour room
gitu
tapi si ibu mungkin lupa mungkin juga tarikh tersebut tarikh terakhir bernafas di muka bumi ini
sensitif
kita selalu lupa saat kematian
boleh mati sewaktu melahirkan anak
atau bila-bila masa sekalipun
subhanallah
sentiasa lupa akan MATI

hmmmm
hidup mati semua ketentuan Allah
beringatlah sentiasa
saya, mahupun anda
saya terutamanya

Tujuan saya menulis 'Coretan Terakhir' ini hanyalah sebagai tanda kenang-kenangan
yang terakhir 
mungkin sebelum bergelar IBU dengan rasminya
insyaAllah, tak lama lagi

Masih segar diingatan bulan Ramadhan itu
6 Ogos 2012
Ayah demam
Sian ayah, heheh
Ayah demam tapi ibu suka-suka relax-relax je
siap hack facebook ayah and upload gambar

 
kata orang, kalau demam tandanya 'menjadi'
heheee
mungkin ye, mungkin kebetulan
Pagi 26 Ogos 2012
Selepas bangun tidur, ibu ke tandas untuk buang air kecil
Terasa nak check air kencing, so masa ayah still tidur ibu ambil pregnancy test dalam almari dan ke tandas senyap-senyap
Masa nak uji air kencing memang perasaan campur-baur
takut
tak sabar
takut lagi
masa tunggu 'line' keluar, taknak berharap sangat
dah pernah 2-3 kali kecewa bila result single-line
saat itu
memang single-line
ibu frust
tapi beberapa saat kemudian, tiba-tiba macam muncul line kedua
huh?
memang saat tu sangat tak percaya
betul ke tak ni
sedikit excited tapi still takut
ibu terus bersihkan diri and keluar tandas
kejut ayah slow-slow
'Bang...tengok ni'
Sambil gosok-gosok mata ayah tengok
Pastu ayah pun muka confuse
Kemudian serentak ibu ayah senyum
SYUKUR ALHAMDULILLAH
Ayah peluk ibu, ibu peluk ayah

Kemudian ibu ayah bersiap-siap untuk ke klinik
CONFIRM
syukur tak terhingga
memang kami sangat-sangat menunggu kehadiranmu, anakku

Sepanjang ibu mengandung
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah
ibu tiada alahan yang teruk
awal-awal saja tak berapa lalu nak makan
seafood memang sangat tidak menarik dan meloyakan dipandangan mata
bau masakan memang kurang best
muntah memang ada
perut tak boleh lapar langsung
kita kuat berjalan waktu tu
rezeki kita ke Sabah, Cameron dan Genting
kaki ibu tak bengkak
alhamdulillah
kerja rumah ibu buat yang termampu je
kalau ibu tak mampu, ibu minta ayah tolong
alhamdulillah ayah buat je
vakuum umah memang ibu tak larat nak buat
vacuum ibu pernah buat sekali je sepanjang kawin ni rasanya
tu tugas hakiki ayah agaknya
Bab memasak pun sama
kalau larat ibu masak
tak rasa nak masak ibu ajak ayah makan luar
ayah tak pernah membantah dan menolak nak
syukur sangat-sangat
ayah tak merungut pun duit belanja jadi tinggi bila makan luar
tapi ayah tak bising dan tak berkira langsung
ibu yang berkira
risau duit belanja tinggi sebab makan luar selalu
kalau ibu masak
ayah makan banyak
ibu yang kena kurangkan 'pot' nasi yang dimasak supaya ayah tak tambah dah
tu je cara untuk control diet ayah
alhamdulillah menjadi
dulu 2 pot untuk ibu ayah, and baby kat dalam
sekarang 1 setengah pot je, cukup-cukup
ibu akan bagitau ayah siap-siap bila isi nasi dalam pinggan ayah
'Nasi ni je tau...takde nasi tambah dah'
So ayah tau and tak la frust bila nak tambah nasi dah habis
hehee

itu bab makan
sekarang tentang stretch marks
ye ibu dah ada tanda tu sejak masuk 8 bulan
tiba-tiba je terus ada
masa tu ibu mintak ayah check-kan perut ibu sebelum tidur
beberapa minggu sebelum tu ayah sangat busy dengan kerja
balik je dah penat, nak minta ayah tolong sapukan cream sian pulak
so ibu pun malas nak sapu sendiri
tup-tup tiba-tiba je ada tanda tu
sejak tu barulah ayah dan ibu rajin nak sapu balik
tu pun 2 hari sekali camtu
:)
redha jelah tanda tu..hehe
kat bawah perut ada
peha ada
Tahniah baby
Anda membesar dengan jayanya!


Berat  asal ibu 45 kg
sekarang 60.5 kg
maybe tu berat tertinggi sebelum melahirkanmu
Syukur tak terhingga memang sangat mudah mengandungkanmu
ibu mesti rindu saat ini lagi
lagi-lagi melihatmu bermain di dalam
ayah pun suka 
kadang-kadang ibu terpaksa tahan sampai tertutup mata bila kamu gerak kuat sangat
ayah gelak je
itulah hiburan kami buat masa ini
nanti kamu dah lahir,
jadilah anak penyejuk mata dan penghibur kami ye nak
Amin

yaAllah, permudahkanlah segala urusan kami dunia dan akhirat.

Anak,
jika dipanjangkan umur ibu,
jumpa kamu nanti.
InsyaAllah.

Love you.
Love you.

Kepada suamiku,
love you
and thank you.



 


 

 


Saturday, March 23, 2013

MATERNITY PHOTOSHOOT


Alhamdulillah :)

Friday, February 15, 2013

28th weeks pregnancy



Alhamdulillah!
Tak sia-sia ibu ayah naik motor tau selama 20 minit nak g scan 
semua demi mendapatkan kualiti yang terbaik dan masa yang terbaik
=)

Miss Jezz nak juga amik shot baby yang terbaik
nak baby mengadap muka betul2 kat depan
jenuh ibu pusing kiri-kanan-baring-kiri-kanan-
kamu tidoooooo je time tu
kami ketuk2 perut ibu pun baby xnak tunjuk muka 100%
after ibu ayah break solat maghrib jap, then datang balik tuk scan semula
baru kamu nak tunjuk
heheee


'Tunjuk perasaan' sebab kene kacau time tdo
hehehee
sorry baby!

Hamikkkk kauuu :P
"Baby kata baby nak tdo nak tdo laaa!!!"

...ALHAMDULILLAH YA ALLAH...

Tuesday, February 5, 2013

Ibu minta maaf!


Subhanallah
Ibu minta maaf sangat-sangat baby
Ibu tau ibu excited sangat nak try Spectra 3 baru beli aritu
ibu minta ayah pasangkan
dah siap pasang ayah try dulu kat badan ayah
menjerit ayah terkejut sbb ayah pasang suction yang kuat terus
lepas tu baru ibu try pam
niat ibu nak stimulate nipple and production of milk
semua untuk baby
dalam 10 minit ibu pam semalam
daripada suction yang perlahan dan lembut hinggalah yang kuat
not bad sakitnya puting ye!
tp xpe, 1st time...
hope nanti-nanti ibu biasalah

sekali lagi ibu minta maaf
lepas dah pam baru tetiba Allah ilhamkan ibu beberapa soalan yang terlintas kat kepala
"xpe ke pam awal-awal ni?"
"Macam mana kalau ibu terpam collestrum and ibu buang benda yang sgt bernilai tu?"
"Kata orang menyusu mengecutkan rahim, jadi ibu pam sekarang tp baby still kat dalam xpe ke?"

dan...nah!
jawapan daripada mereka-mereka yang berpengalaman


 
100% suruh ibu stop!!!
Ibu minta maaf sangat-sangat atas kekhilafan ibu nak!
Ibu janji pasni ibu buat research and study betul-betul sebelum buat apa-apa
dan hari ni ibu sangat bersyukur apabila kamu masih bergerak dan bermain seperti biasa di dalam

Alhamdulillah!
YaAllah lindungilah permata hati kami ini yaAllah...
Hanya padaMu kami menyembah
dan padaMu kami mohon pertolongan
Aminnn

Lusa kita jumpa insyaAllah ye nak! Ibu ayah dah hampir 3 bulan tak jumpa kamu kat dalam tu... :)

Wednesday, December 19, 2012

Shopping for free!


 Heheh
Shopping lagi 
Mentang-mentang cikgu, cuti sekolah, duduk kat bandar, bukan je tengah YES,
JCARD berturut-turut plak tu
Siap dah tau gender
Suami risau, rasa macam saya sangat tengah gile shopping
Tapi saya bagi alasan beli sekarang sebab tgh sale je, 
Takkan beli kalau tak sale, percayalah!



Hasil pada hari ini
Jcard di OU selepas selesai uruskan budak2 ambil result PMR kat sekolah
Saya just pick 50% and 70% sahaja
Brand: Disney, Jbaby, Anakku, Pureen
Shopping baju2 ni memang buat saya gila dan gerammm
Jumlah baju yang dapat di-grab adalah 8 
dan short skirt satu
baju-baju yang dipilih adalah untuk 4bulan dan 6 bulan ke atas
Dengan alasan shopping kali ini untuk 'masa depan' si kecil

Agak-agak berapa total shopping arini?
Kalau nak diikutkan baju2 yang sepasang or dress macam tu mau RM30 paling kurang kan?
Brand disney lagilah, mahu RM50 ke atas. 
Tapi senang kira, secara purata kalau RM30 sepasang:
RM30 x 8 = RM240!!!


Owh tidakkkkkk
silap silap
Jumlah perbelanjaan arini hanyalah RM 100.70
dan bagi saya semua baju di atas adalah FREE!
Kenapa free?
sebab saya guna sepenuhnya voucher2 jusco yang ada
Total voucher yang ada dalam purse bernilai RM 110
So saya guna RM 100
dan hanya perlu menambah 70sen je!
Yeehaaa
Kira kos saya untuk mendapatkan kesemua baju comel-comel di atas adalah 70sen sahaja
hikhik
Alhamdulillah
Dah belanja 100 dapat pulak voucher RM10 lagi
So skang dalam purse ada voucher RM20. 
heheh
kene lah shopping lagi kan?
:P

Eh...mesti dah dapat teka gender baby kan?

Monday, December 17, 2012


Salam
Alhamdulillah hubungan kami dah terjalin selama 8 tahun 1 hari
Kenapa 'It'?
Sebab dari dulu hingga sekarang saya xtau apa yang kat 'dalam' ni
Sayang?
Cinta? 
Hehee...
serious memang sampai sekarang pun tak tahu nak describe
Mungkin dari perkenalan terulit perasaan sayang
Hingga sekarang
Dan semakin menebal apabila sudah berumahtangga dan hidup bersama
Kalau nak tafsir CINTA, maaf, saya memang tak tahu apa itu cinta

Kenapa 'unexpectedly'?
Hmmm
Sebab 'It' happen naturally
Dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah memang ramai yang cuba mengorat
Tapi semua saya tak layan
Tak tahu kenapa
Tak suka kot nak couple2 kat sekolah ni
Sebab tahu akan jauh lagi perjalanan hidup (kalau umur panjang) dan akan jumpa ramaiiiiii lagi orang
Tapi bila si dia mula 'masuk jarum' dengan menghantar patung bentuk tupai sebelum SPM melalui kawan saya (perempuan) saya rasa pelik
Dan lagi pelik kenapa lepas SPM saya layan phone call dari si dia
(tidak dinafikan setiap hari ada je call dari laki lain...tapi semua jawab macam nak taknak je.dengan si dia boleh pula berjam-jam lamanya)
Ntah apa yang menarik dengan dia tak tahu
Takda rasanya
Si dia bukanlah seorang yang hebat kat sekolah
very-the-low-profile person
compare ngan saya, heee
memang terbalik
HOT kot
kan abang kan?
macam abang cakap, 
Title 'PROM QUEEN' dalam batch kite
Buah mulut budak laki kat asrama tu abang cakap
"Sape dapat 'tackle' bella tu memang power"
Tu apa yang abang cerita la, ila xtau pun mende2 ni dulu

Perbezaan kita memang banyak
Kalau kat sekolah
Ila suka duduk depan
abang suka duduk belakang
kan?
Ila top students
abang biasa-biasa je, kire sedang2 gitu
Ila berani ke depan bila cikgu panggil
abang suka senyap camtu je kan...
tapi yang senyap tu la yang buat ila ter'layan' abg rasanya
sebab tu melambangkan ciri-ciri lelaki yang baik
 
Tu semua dulu
Bila kita dah  masuk universiti
Sama-sama kat UM
lain course je
tapi bawah fakulti yang sama
owh memang mengade...hehee..kebetulan je kan?
kita makin rapat
walaupun kita tak minta hubungan ni terlalu awal
tapi apakan daya
dah terjalin...and kita pun jaga je hubungan tu baik-baik

Bila abang dah keje
abang start kumpul duit
bila ila plak dah keje
ila pun kumpul duit
bila tiba masanya
kita dinikahkan
Alhamdulillah
Tulahhhhhh satu-satunya yang kita tunggu dari dulu kan abang
memang kita berdua sangat tidak mahu couple awal and lama-lama
tapi dah memang tersurat hubungan kita cmtu, kita redha je
and...
Let it happen naturally

 Bila kita dah hidup bersama berumahtangga
Bersyukur sangat dengan ketentuan Allah
Bersyukur sangat dengan rezeki dan kasih sayang Allah
dan kini
tak lama lagi
kita bakal dapat anak
anak kita abang...
Setiap hari lepas solat abang doakan kesejahteraan ila dan anak kita
Ila selalu sebak time tu
abang tak tahu
sekarang pun ila menaip sambil menangis
syukur tak terkira semua pemberian dari Allah

Doa ila,
Semoga rumahtangga kita dan keluarga kita sentiasa dilimpahkan rahmat, perlindungan dan kasih sayang dari Allah
Semoga segala urusan kita dipermudahkan
Semoga kita dapat menjadi 
suami yang soleh
isteri yang solehah
dan ibubapa yang terbaik untuk anak-anak kita
Allah tetap akan bagi dugaan untuk menguji kita
Tapi kita kene kuat, 
dan BERSAMA-SAMA menempuh dugaan tersebut dengan penuh kesabaran dan kasih sayang 
Kita percaya
Allah sentiasa bersama kita
dan kita akan sentiasa menjadi hambaNya

Suamiku,
Muhammad Fahmi Bin Ismail,
Terima kasih atas 
kesabaranmu
kelembutanmu
senyumanmu
tangisan dan pandangan kasih sayangmu...

Ila sayang abang...








Thursday, December 13, 2012

SCR 9 & 20th weeks pregnancy


 

 Ni tuk bezakan perut mommy and daddy, ilusi optik je perut daddy yg nmpk flat tu :P


121212: Hasil pada jcard day di MV, thanks daddy for SCR 9 :)
Orang sorong baby, kami sorong hasil shopping!
(Terus pasang sebab nak tengok kalau ada pe2 reject, bukan tak sabar ye...)


Heheh, mommy for sure...daddy loves red so much!



Perangai daddy yang kuat main2, setiap hari lepas bangun tdo daddy akan usung stroller dari luar masuk ke bilik tdo. So bila mommy bukak mata, mommy akan tersenyum.

-131212-
20th weeks pregnancy

Miss Jezz sedang ukur saiz kepala baby



Baby sedang minum air kutuban, Jezz kata baby lapa ye...
Yup, mommy puasa arini and tadi sempat makan kurma 2 biji je dalam kereta, jam teruk otw ke tempat scan!
Peristiwa dalam kereta:
Azan maghrib di radio, mommy buka puasa
Baca doa and ngap kurma
Sambil kunyah2, terasa tekak tak sedap
"Abg, ila rasa nak muntah la..."
Suami dah sedikit panik, cari2 plastik yang ada dalam kereta
Mommy terus keluarkan 2 biji kurma extra dari bekas plastik dari rumah
and...
"Uweeekkk!!!"

hehehh...
Sian baby, perut mommy dah masuk angin la, sorry baby!
Dah lega tekak sambung makan kurma balik, untuk baby je semua tu.




Gambar terbaik untuk di print
Jezz kata baby aktif la...sekejap ke kiri sekejap ke kanan
Main-main ngan Miss Jezz ye...hehe
Jezz tepuk-tepuk ckit kat situ bile nak suruh baby tukar position bagi clear apa yang sepatutnya kami cari...ngehngeh..hehheee


 and guess what, tanpa berkira Jezz tunjuk sikit gambar 3D baby kat mommy and daddy
Baiknye die kan...hehee
Tapi baby tutup muka ngan tangan
tapi still bleh nampak tu kan..hehe

Agak-agak gugurl ke boboy???

Mommy nak beli dress ke jersey pasni?

Jezz dah meng-confirmkan 95% dgn kami...

heheh







Friday, December 7, 2012

Sesi mengemas


Ye ye
saya tahu ini tak sepatutnya berlaku lagi
tapi barang dah ada bekas dah ada
tak sakit mata tengok berhabuk je dalam plastik
=)

before

after. Yeay!



comel tengok mittens and booties! Lagi2 si ladybird tu :D


Ok cukup dah shoppping ye cik puan nabila oiiii...
kang tak dapat medela fs kang :p


Thursday, December 6, 2012

19th weeks and 2 days





Just say ALHAMDULILLAH...
:)

and here mommy gonna jot down a little bit
it happen last 2 days
during the night, about 9pm
just-before-daddy-reach-home
while mommy was watching tv, 
as usual, 
laying comfortably on our 'tilam' that already in front of the tv for about 3 days 
(tanpa dilipat :p)
mommy can feel that mommy's womb moves up-and-down
constantly
for about 10 times, 2-3 seconds for each movement
mommy thoughts that baby was hiccuping
but who am I to know what's going on inside there
:)
mommy put my hands on you
just to feel the moments
and really hopes that daddy reach home at that time
but when daddy knock the door
u already stop moving
aiyoooo 
bijak naaaa...

:D



Monday, November 26, 2012

Shopping barang bayi di Jakarta


Alhamdulillah semalam dah selamat sampai M'sia
Thank you Allah and abang atas trip ke Jakarta

Sebenarnya trip ni adalah hadiah suami kepada saya sempena b'day saya yang ke-25 17 Nov aritu
hehee
Suami support duit flight and duit belanja 2 juta
dengan nasihat jaga diri and baby elok2, jangan jalan sorang2, and belanja control2 sikit
heheee
dah sampai sana xleh control lah abang!
Siap terpaksa tambah lagi 1 juta 
so total jumlah perbelanjaan kat sana bagi saya ialah 3 juta rupiah termasuk makan minum, transport taxi semua
(hotel tumpang kawan yang di-sponsor)


Bersama 2 org doktor HO di Sg. Buloh, so i feel safe here :)


Sambil menunggu flight di airport sambil punggah barang baby! 


Balik rumah terus punggah barang, excited nak tunjuk kat hubby


Inilah koleksi baju baby yang sempat dibeli di sana dgn harga yang sgt berbaloi!

Bila ditanya penjual, 
"Anaknya gewek ke cowok?"

urghhh!!!
"Enggak tahu lagi mbak! Bagi yang warna dan motifnya dua-dua bisa pakai!"
hehe








Ini adalah hasil barang baby selain daripada baju2 diatas, iaitu Bedung moden(1 helai), kain bedung biasa (3 helai), tikar getah alas kencing/tukar pampers, 2 cloth diaper, 3 extra kain untuk cloth diaper, nursing bra 4 helai, breastpads Avent, digital thermometer, penyedut hingus, kelambu

kelambu bila dibuka, meja di dalam hanya sebagai perbandingan saiz

kain bedung bertali lebar

Total barang bayi untuk satu kedai, setengah juta rupiah = ~ RM 150

Untuk ibu plak ibu jumpa ni, jubah/baju pregnant/baju menyusu
Alhamdulillah, RM 25 cmtu je
:)



boleh dijadikan nursing wear juga :) amin amin
senarai barang keperluan bayi yang diberikan oleh pekerja di sana, terpaksa banyak tana sebab tak faham bahasa


Jumlah pakaian baby yang telah dikumpul hingga ke hari ini, alhamdulillah!!!
Should i stop shopping?
A big NOooOOooo :D


Love...is in the air...
:)

Kesimpulannya, shopping barangan bayi di Jakarta adalah berbaloi-baloi!!!

p/s: Tadi ngade-ngade pergi scan baby sorang-sorang di TTDI tanpa kehadiran suami, dapat tengok tangan baby, cukup sempurna 5 jari, syukur ya Allah!
Dah siap scan baru call husband, heheh :P