Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Monday, November 26, 2012

Shopping barang bayi di Jakarta


Alhamdulillah semalam dah selamat sampai M'sia
Thank you Allah and abang atas trip ke Jakarta

Sebenarnya trip ni adalah hadiah suami kepada saya sempena b'day saya yang ke-25 17 Nov aritu
hehee
Suami support duit flight and duit belanja 2 juta
dengan nasihat jaga diri and baby elok2, jangan jalan sorang2, and belanja control2 sikit
heheee
dah sampai sana xleh control lah abang!
Siap terpaksa tambah lagi 1 juta 
so total jumlah perbelanjaan kat sana bagi saya ialah 3 juta rupiah termasuk makan minum, transport taxi semua
(hotel tumpang kawan yang di-sponsor)


Bersama 2 org doktor HO di Sg. Buloh, so i feel safe here :)


Sambil menunggu flight di airport sambil punggah barang baby! 


Balik rumah terus punggah barang, excited nak tunjuk kat hubby


Inilah koleksi baju baby yang sempat dibeli di sana dgn harga yang sgt berbaloi!

Bila ditanya penjual, 
"Anaknya gewek ke cowok?"

urghhh!!!
"Enggak tahu lagi mbak! Bagi yang warna dan motifnya dua-dua bisa pakai!"
hehe








Ini adalah hasil barang baby selain daripada baju2 diatas, iaitu Bedung moden(1 helai), kain bedung biasa (3 helai), tikar getah alas kencing/tukar pampers, 2 cloth diaper, 3 extra kain untuk cloth diaper, nursing bra 4 helai, breastpads Avent, digital thermometer, penyedut hingus, kelambu

kelambu bila dibuka, meja di dalam hanya sebagai perbandingan saiz

kain bedung bertali lebar

Total barang bayi untuk satu kedai, setengah juta rupiah = ~ RM 150

Untuk ibu plak ibu jumpa ni, jubah/baju pregnant/baju menyusu
Alhamdulillah, RM 25 cmtu je
:)



boleh dijadikan nursing wear juga :) amin amin
senarai barang keperluan bayi yang diberikan oleh pekerja di sana, terpaksa banyak tana sebab tak faham bahasa


Jumlah pakaian baby yang telah dikumpul hingga ke hari ini, alhamdulillah!!!
Should i stop shopping?
A big NOooOOooo :D


Love...is in the air...
:)

Kesimpulannya, shopping barangan bayi di Jakarta adalah berbaloi-baloi!!!

p/s: Tadi ngade-ngade pergi scan baby sorang-sorang di TTDI tanpa kehadiran suami, dapat tengok tangan baby, cukup sempurna 5 jari, syukur ya Allah!
Dah siap scan baru call husband, heheh :P

Wednesday, November 21, 2012

Surprise kepada SUAMI di Majlis Persandingan


Salam
Bila belek-belek gambar kawin dlm laptop teringat balik saat saya memberi kejutan kepada suami
hehee
yeay berjaya!
Saya telah memberitahu MC awal-awal lagi nanti selepas upacara memotong kek tolong jemput pengantin ke pelamin untuk sesi ucapan
dan sewaktu memberi ucapan itulah saya memberi surprise kepada beliau
selepas sahaja suami memberi ucapan terima kasih kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan dan tetamu yang hadir,
giliran saya pula memberi ucapan






dan disaat itu saya menyampaikan sebuah sajak khas untuk beliau, SUAMIku yang satu hingga ke akhir hayat insyaAllah...


Syurga rumantangga itu fitrah hati
Naluri nurani yang pinta diisi
Kerananya si dara rela diperisteri
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Masing-masing membawa harapan
Agar terbinalah rumahtangga penjana kebahagiaan

Matlamat yang satu, tapi jalannya berliku
Destinasi sama, kaedahnya berbeza
Lalu bersimpang-siurlah jalan ke sana
Pelbagai jalan menimbulkan dilemma
Mencari yang jitu mengundang keliru

Binalah rumahtangga di tapak iman
Iman itu tujuan, Islam itu jalan
Tempat merujuk segala pemasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah jadi sambungan madrasah
Berputiklah rahmah, berbuahlah ulfah

Inilah kunci kebahagiaan rumahtangga
Setia dan penyayang seorang suami
Cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah:
Mahmudah demi mahmudah
Yang melahirkan zuriat
Yang soleh dan solehah
InsyaAllah


memang sebak dan tahan je air mata waktu sampaikan sajak tersebut


Nak tengok bagaimana muka suami waktu tu? 

...



...





...







...







...













Amacam?
Terkedu dengan isteri sendiri?
hehee
semoga rumahtangga kita kekal bahagia selamanya sayang...
Amin



Monday, November 19, 2012

16th weeks



Dan sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami
jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami
jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang,
lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia
makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. 
[QS. al-Mukminun (23):12-14]



dan jika hendak dibandingkan gambar pada minggu ke-9 yang lalu,


memang jelas ternyata perbezaannya bukan?
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar!


Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur.
[Surah Al-A'raf, ayat 189]

*Aksi kamu yang paling comel ketika ibu ayah sedang melihat kamu di screen ialah 
apabila kamu menonyoh-nonyoh mata dengan belakang tangan kamu. 
Ayah dengan spontannya, 
"Uish! Dia gosok mata! Ni ikut ibu la ni...suka sangat gosok-gosok mata."
hehehe..malu ibu depan doktor tu. *

ALHAMDULILLAH YA ALLAH...

dan sekali lagi, hari ini ibu dapat merasakan sesuatu ketika ibu menjaga spm tadi
dalam tak sampai seminit camtu ibu terasa macam ada denyut2 dan sekejap2 mengeras je kat kawasan ari-ari ibu
"Adakah kamu sedang menendang?"
"Adakah kamu sedang membesar?"
"Adakah uri ibu sedang membesar?"

Wallahua'lam...
hehe
apa pun ibu suka apa yang ibu rasa tadi
ibu tau kamu sangat aktif kat dalam...
doktor nak tunjuk kat ibu ayah posisi kamu yang terbaik pun payah
asik bergerak je...
kaki menendang pun ye
comellah!

:D

walaupun doktor xdapat kesan gender kamu lagi, takpe...
suh ibu ayah bersabar lagi ye... :)
tunggulah kamu 19 minggu ke 20 minggu ke k?
Jangan malu2 plak nak tunjuk nanti 

owh arini ibu dapat balik t'hari after jaga spm
so ibu makan kat sambal hijau sorang2
dan rezeki kita lah nak dapat makan ni...



ibu tengok macam sedap je ketam tu 
memang sedap pun
tak sia-sia ibu kene RM22 untuk seorang makan t'hari ni!
Eh...siapa kata sorang makan kan?
:D
Takpe, asal kamu sihat!




Wednesday, November 7, 2012

Hye baby bump!



Alhamdulillah dah masuk 15 minggu
Sejak habis trimester pertama memang muntah-muntah dan ke-me-ngada-an terhadap bau masakan dah kurang dan tiada sama sekali
Bila fikir kembali memang kagum dengan ketentuan ciptaan Allah
Betapa besarnya peranan dan pengaruh hormon terhadap sistem tubuh badan kita
hingga otak tidak mampu untuk men-'deny' ke-me-ngada-an tersebut
ikutkan hati dan akal memang tak nak ikut perasaan nak makan pelam muda, tak mainlah mangga dah masak
tengok seafood memang tak selera dan tak menarik langsung
kira rugilah ke sabah tempoh hari tapi tak makan langsung segala udang yang besar dan ketam-ketam yang fresh
tengok pun takda perasaan
hahaa
lagi loya ada
ayah mentua pernah semangat beli udang besar harga hampir rm50 sekilo
mak mentua masak goreng je udang-udang tu
bila ayah mentua hulur kat pinggan suruh amik dua udang, katanya
"Satu untuk mummy, satu untuk baby"
tapi saya geleng kepala, tolak...
tengok udang-udang tu pun rasa semacam dan terbayang dah isi dia yang tebal tu
tak lalu nak makannnn
sorry ayah.... 
:(

tapi itu dulu
semalam dah berjaya makan char kuey teow 
habis 3 udang dimakan
kagum dengan diri sndiri
husband pun senyum je tengok... hehe :p
Alhamdulillah!



Hari ni masa jaga SPM tadi (pengawas peperiksaan)
terasa sakit kat area atas punggung tu
nak kata tulang belakang bukan kot, tepi die camtu 
terasa menusuk2 beberapa kali
kerap gak
terus duduk je masa kawal calon2 SPM jawab paper Tasawwur tadi
terdetik juga dalam hati
'camni ke tanda awal sakit nak bersalin yang orang biasa cakap terasa menusuk2 tu ye?'
Subhanallah tu baru sikit rasa tadi...

Baby, 
membesarlah dengan sihat dan sempurna ye nak.
Ambillah segala nutrient ibu, ibu tak dapat pun takpa.
Amin...

Hari ni terasa obvious baby bump bila pakai kain memang dah tak boleh nak kancing
zip and lock je kemas-kemas
'Ibu dah nak pergi jadi pengawas SPM ni...baby duduk elok-elok ye dalam tu! Semoga baby jadi pandai sebab baby selalu ikut ibu mengajar dan ke sekolah... :) '