Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Wednesday, November 21, 2012

Surprise kepada SUAMI di Majlis Persandingan


Salam
Bila belek-belek gambar kawin dlm laptop teringat balik saat saya memberi kejutan kepada suami
hehee
yeay berjaya!
Saya telah memberitahu MC awal-awal lagi nanti selepas upacara memotong kek tolong jemput pengantin ke pelamin untuk sesi ucapan
dan sewaktu memberi ucapan itulah saya memberi surprise kepada beliau
selepas sahaja suami memberi ucapan terima kasih kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan dan tetamu yang hadir,
giliran saya pula memberi ucapan






dan disaat itu saya menyampaikan sebuah sajak khas untuk beliau, SUAMIku yang satu hingga ke akhir hayat insyaAllah...


Syurga rumantangga itu fitrah hati
Naluri nurani yang pinta diisi
Kerananya si dara rela diperisteri
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Masing-masing membawa harapan
Agar terbinalah rumahtangga penjana kebahagiaan

Matlamat yang satu, tapi jalannya berliku
Destinasi sama, kaedahnya berbeza
Lalu bersimpang-siurlah jalan ke sana
Pelbagai jalan menimbulkan dilemma
Mencari yang jitu mengundang keliru

Binalah rumahtangga di tapak iman
Iman itu tujuan, Islam itu jalan
Tempat merujuk segala pemasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah jadi sambungan madrasah
Berputiklah rahmah, berbuahlah ulfah

Inilah kunci kebahagiaan rumahtangga
Setia dan penyayang seorang suami
Cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah:
Mahmudah demi mahmudah
Yang melahirkan zuriat
Yang soleh dan solehah
InsyaAllah


memang sebak dan tahan je air mata waktu sampaikan sajak tersebut


Nak tengok bagaimana muka suami waktu tu? 

...



...





...







...







...













Amacam?
Terkedu dengan isteri sendiri?
hehee
semoga rumahtangga kita kekal bahagia selamanya sayang...
Amin