Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Wednesday, July 11, 2012

Kahwin = Kerjasama = Kongsi = Bersama-sama...


Salam semua
tiba-tiba rasa nak mencoret dan berkongsi pendapat/pengalaman
ye memang pengalaman dan ilmu rumahtangga masih sgt cetek
sangat!
tapi berbekalkan ilmu dan nasihat orang-orang tua dan bahan bacaan sebelum ni
diharapkan apa yang akan dicoretkan disini adalah benar dan menjadi bekalan/ilmu/panduan bagi kita semua
maaf jika ada salah silap, mohon tegurlah saya ok!


Ini adalah kad ucapan/nasihat pertama yang saya peroleh 
iaitu daripada rakan guru SMKTTDI
seperti yang telah dinyatakan oleh beliau
memang dari awal kita perlu 'set mind' bahawa dalam perkahwinan bukan semuanya indah belaka
happily ever after bukan senang dan mungkin ada yang berpendapat ianya mustahil
Isunya adalah 'Bagaimana kita mahu beradaptasi dengan sifat pasangan kita sendiri'

Sememangnya kesabaran dan pengorbanan yang tinggi sangat diperlukan dalam kehidupan bersama
ramai orang berpendapat...
"...Tiga bulan pertama memang best..."
Pernah dengar???

huuu...mungkin yang terasa semua perkara best itu adalah mereka yang benar-benar 'terima seadanya' pasangan masing-masing
ye memang kita perlu terima baik buruk pasangan
tapi...
'BUKANKAH KITA PERLU BERUBAH DAN SENTIASA MEMPERBAIKI DIRI?

"SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADI YANG LEBIH BAIK DARI HARI KE HARI?"

Tak gitu?

Owh...tolong jangan salah faham...
saya bukanlah sedang berkonflik dengan suami dan dengan itu menaikkan post ini
Alhamdulillah tidak 
Cuma saya rasa masih ramai insan diluar sana yang hanya 
mem'buta'kan mata
mem'tuli'kan telinga
dan
mem'bisu'kan lidah
dengan segala salah silap dan kelemahan pasangan

Contohnya,
Jika suami hanya tahu pergi kerja balik kerja
itu sahaja
SEGALA kerja rumah seperti mencuci baju, sidai baju, lipat baju, basuh pinggan, angkat pinggan dan cawan sendiri selepas makan, memasak, bancuh air minum, hidangkan makanan dan sediakan pinggan mangkuk untuk makan, menyapu mengemop, blablababaalla... tak pernah dia buat or at least tolong isteri buat
Patut ke lelaki/suami begini kita tunduk dan patuh? 
Hidup ni mudah je,
'Buat baik dibalas baik, buat kurang baik dibalas kurang baik'
tak gitu?
Kalau kita tanya para isteri kat luar tu,
siapa yang tak gembira dan terharu kalau suami tolong menguruskan rumahtangga...
silap-silap dapat layanan istimewa lagi malam tu
betul kan?
tapi cuba bayangkan kalau lelaki yang jenis isteri kat dapur tapi dia kat depan tengah tengok TV
eh hellllloooooooo!!!
kat dapur tu isteri okay..bukan kuli or hamba korang la...
tolong la kasihankan isteri yang sama-sama penat bekerja dengan korang...
tolonglah sedar wahai kaum adam sekalian...
Eh, ke ada jejaka diluar sana yang baru sedar benda-benda ini?

ok itu versi kalau suami yang kureng-kureng sikit
kalau isteri pula macam mana?

saya rasa semua pernah je jumpa jenis perempuan/isteri yang bukan main cantik kat luar rumah
eye shadow pink
bibir pink
pipi pink
tudung baju semua cantik-cantik belaka
tapiiii
dalam rumah atau depan suami bukan main terbalik rupa dia!
rumah lintang pukang
katil bersepah dengan barang atau pakaian
macam-macam barang berterabur kat lantai rumah
dapur tak kemas
sinki penuh dengan pinggan kotor
subhanallah...
suami mana yang lalu tengok isteri dan rumah macam ini bukan???


Sedarlah...
Suami isteri ada hak dan tanggungjawab masing-masing
Jika dua-dua laksanakan dengan baik confirm 100% masalah tidak akan timbul
kalau kita rujuk tanggungjawab suami isteri
saya baca dari sini dan sini
rasa macam tak jumpa tanggungjawab isteri untuk memasak dan basuh baju semua tu
tapiiiiiiiiiiiii
isteri buat semua ni sebab rasa belas kasihan dan SAYANGKAN suami masing-masing
Betul?
So tolong hargai penat lelah isteri memasak semua tu...ingat tak sakit ke kepala fikirkan nak masak apa malam ni..masak apa pagi esok...tengahari esok..kering idea kot kan!
owh saya masak malam je, hehe

Cuba kalau semua perkara kita buat bersama...

Sama-sama kerja cari rezeki/duit yang halal...

sama-sama solat jemaah...

sama-sama di dapur...

sama-sama makan kat meja...

sama-sama sidai baju...

sama-sama tengok TV...

sama-sama tidur...

sama-sama mandi...

Tak ke bahagia namanya???

=)

syukur Alhamdulillah for everything...
InsyaAllah kami cuba untuk menjadi suami dan isteri yang lebih baik dari hari ke hari...
InsyaAllah!
Niat yang baik insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan dan permudahkan jalan bukan? 

Disini saya sertakan surat yang telah saya berikan kepada suami pada malam pertama kami...
dan tanpa disedari...
suami menitiskan air matanya pada malam tersebut
buat pertama kali dalam kehidupan kami
semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan ilmu kepada mereka yang memerlukan diluar sana...
insyaAllah.



Kepada suamiku, Muhammad Fahmi Bin Ismail…

Terima kasih kerana telah memilihku antara ribuan bidadari di luar sana yang mungkin jauh lebih baik dan solehah berbanding diriku. Ketahuilah dirimu, sesungguhnya aku hanyalah wanita biasa yang jauh daripada kesempurnaan kerana kesempurnaan itu hanyalah milik Allah.                

Ketahuilah dirimu, 

Bahawa aku mungkin tidak sebijak Aisyah Humaira’. Aku mungkin berbuat salah dan adakalanya mungkin akan menjengkelkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapi diriku. Nasihatilah aku dengan berhikmah wahai suamiku. Ingatlah, aku takkan selamanya dan selalunya akan kelihatan cantik di matamu. Mungkin ada kalanya aku akan kelihatan kusam dan hodoh, mungkin kerana aku terlalu sibuk di dapur bagi menyediakan hidangan buat dirimu dan mujahid-mujahid cilik kita nanti, InsyaAllah. Maka aku mungkin tampak kotor dan berbau asap.

Atau mungkin kerana aku harus mengemas istana kecil kita, agar kau dan mujahid-mujahid kita dapat tinggal dalam keadaan yang kemas dan menenangkan. Maka mungkin aku tidak sempat berdandan secantiknya untuk menyambutmu pulang kepenatan dari bekerja. Maafkan aku wahai suamiku. Atau mungkin kau akan melihat diriku terlelap saat mendengar keluhan dan ceritamu. Bukan kerana aku tidak mahu mendengar ceritamu lagi, tetapi mungkin kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku harus menjaga mujahid kecil kita yang terjaga sepanjang malam. Dan kerana aku tahu dirimu yang kepenatan bekerja mencari rezeki untuk kami sepanjang hari, maka tidak sedikit aku mengusik lelapmu. Dan esok pagi, andai kau melihatku begitu kepenatan dengan lingkaran gelap di mataku, tetaplah tersenyum padaku, kerana kau kekuatanku wahai suamiku.                               

Kepadamu yang bakal menjadi nakhoda sepanjang hidupku,

Aku mungkin tidak dapat menjadi setabah Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku menangis dan marah. Kerana aku hanya wanita biasa, ada masanya aku memerlukan tempat untuk melepaskan rasa hatiku, melepaskan kepenatanku dan yang aku perlukan saat itu hanyalah pelukan dan belaianmu, kerana kau ibarat titisan embun yang boleh memadamkan segala resahku.

Mungkin ada kalanya aku akan mencubit dan memukul perlahan si kecil kerana lelah dan penatku ditambah rengekannya yang tak pernah habis. Sungguh, tidak pernah terlintas untuk aku menyakiti mereka. Bukankah mereka “Our beloved little mujahid”? Hanya terkadang aku mungkin kehabisan cara untuk menenangkannya. Maka aku minta janganlah kau membentakku saat itu kerana telah menyakiti buah hati kita. Cukup dengan kau usap kepala memujukku, kerana dengan itu aku tahu kau menghargai semua yang telah aku lakukan untuk kalian. Maka, saat itu kau akan menemuiku menangis menyesali perlakuanku menyakiti mujahid-mujahid kecil kita. Dan aku akan merasakan ribuan kali sakitnya dari apa yang telah aku perlakukan kepada mereka. Maafkan aku wahai suamiku.
                                               
Kepadamu yang bakal menjadi imamku sepanjang hidupku.

Ketahuilah aku mungkin tidak sekuat Rabiatul Adawiyah. Maka jangan pernah jemu membangunkanku di sepertiga malam untuk bermunajat bersamamu kepada Yang Maha Pengasih. Jangan letih mengingatkan aku mendulang amalan-amalan sunnah. Jangan pernah bosan mengajari aku, membimbing aku ke arah-Nya. Bukankah kita telah berjanji untuk menjadikan pernikahan ini sebagai medium yang menguatkan lagi cinta kita kepadaNya?                                              

Kepadamu kekasih hatiku duniaku akhiratku.

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambut yang dulunya cantik mengurai dan lebat menghitam, mula menipis dan memutih. Kulitku yang halus menegang kian kendur lalu tangan yang dahulu halus menjadi kasar. Aku mungkin bukan lagi wanita yang telah kau pinang dahulu, janganlah kau berpaling dariku wahai kekasih hatiku. Kerana satu yang tidak akan pernah berubah hingga ke akhir nafasku, cintaku buat dirimu kerana Allah. Semoga aku tetap menjadi bidadarimu lagi di syurgaNya nanti. Sesungguhnya, setiap hari yang berlalu, setiap detik yang berlalu, telah aku lewati dengan selalu mencintaimu. Kerana kau PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL. Maka, cintailah aku dengan apa adanya pada diriku ini. Jangan kau anggap aku wanita sempurna. Maafkan aku kerana aku hanya wanita biasa…

Isterimu,
Nabila

1 comment:

Merentas Horizon said...

pergh! asal, air mata I pun bergenang baca ni! hahaha~

Selamat pengantin baru Pn. Nabila (walaupun tak baru sangat..) Semoga terus beroleh bahagia hingga ke syurga ^_____^