Alhamdulillah
Semoga semua berjalan dengan lancar
Berdasarkan perancangan saya dan bakal suami, insyaAllah minggu pertama kami adalah sangat busy
so...
ada kemungkinan BESAR saya akan kurang berminat untuk tengok fb dan update anything kat blog
Saya terasa ingin mencatatkan beberapa perkara disini sebagai kenangan untuk diri sendiri
Beberapa urusan telah diselesaikan
RE-CALCULATING BUDGET
Ini adalah re-calculating budget dalam sebulan lebih sebelum majlis
sudden change
sebelum ini saya booking pakej lengkap daripada catering (seperti Bajet A)
tetapi disebabkan beberapa perkara dan layanan terhadap pelanggan yang kurang memuaskan,
maka saya just ambil catering daripada pihak mereka
pelamin dan baju pengantin saya ambil daripada pihak lain
bukan sahaja hati lebih tenang dan senang,
malah lebih menjimatkan!
Alhamdulillah
BILANGAN KAD JEMPUTAN
Alhamdulillah kad 500 keping adalah ngam-ngam untuk bajet 1000 tetamu
200 keping diserahkan pada mama ayah ( saudara-mara, jiran2, rakan mereka)
300 untuk saya
hehehe
ada balance dalam 15 keping sahaja di tangan
SUSUN ATUR KHEMAH (CANOPY)
semalam dah bagi plan kepada pihak catering untuk susun atur khemah
rumah depan simpang susah juga ye
rumah hitam adalah rumah saya
canopy pink adalah canopy pelamin
depan rumah tempat makan VIP
then baru untuk semua tetamu
ini yang terbaik
=)
BANTING
Banting percuma daripada kedai kad jemputan
Contoh yang kami pilih:
Apabila di-e-melkan gambar saya kepada pihak kedai untuk dibuat banting,
pekerja (Vicky) terus call
"Akak, gambar akak bagi ni mata akan dengan abang tak pandang depan pun. Takda gambar lain ke?"
"Huuu...takpa, itu gambar terbaik yang kami ada. hehee...buat je...elok je kalau pandai adjust"
Alhamdulillah
Boleh laaaa~
Simple je
tak buat pre-wedding pun
=)
Then saya tempah banting tambahan daripada CheapCheap
Sebab ramai orang takut sesat di Shah Alam
hehee
don't worry
jangan takut dengan roundabout
Make friends with them!
kalau tak tau nak kemana pusing je roundabout banyak kali
no hal
=)
PERASAAN
campur-baur
Berdebar bila fikirkan hari yang bakal menjelma, waktu akad nikah, dan tanggungjawab yang bakal digalas
Gembira dan bersyukur segala penantian selama 8 tahun akan berakhir dengan akad nikah yang suci
Sedih apabila kata-kata manusia agak menyakitkan hati
ye saya tahu mereka hanya menyatakan pendapat/idea
contohnya
"Owh, saya tak suka la baju banyak manik-manik sarat-sarat ni...simple lagi cantik!"
"Warna tema apa? Kenapa pilih warna yang boring and common tu?"
"Hmmmm...saya nak buat pelamin yang lain daripada yang lain la. Yang tu biase je. Kerusi tu semua orang guna. Boring"
"Saya taknak la buat kad jemputan nanti. Membazir. Jemput guna internet jelah."
dan banyak lagi kalau nak ikutkan.
tapi
SABAR JELAHHHHH
=)
Ini jelah yang dapat saya kongsikan buat masa ni
Baju nikah, baju sanding, mekap, pelamin, doorgift, veil and others insyaAllah saya kongsikan bila tiba masanya okay :)
InsyaAllah!
Semoga kami berjaya di dunia dan diakhirat
=)