Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Hazwani Abdul Raffar
Pelajar Perubatan
Universiti Indonesia, Jakarta, Indonesia
Allahyarham Mohd Fauzi M Zein
Pelajar Perubatan
Universiti Trisakti, Jakarta, Indonesi
Tempat perkenalan: Persatuan Pelajar-Pelajar Malaysia di Kedutaan Malaysia, Jakarta, Indonesia
'In a relationship'
I know she love this edited picture very much
'The day that changed almost everything'
After a few months
Bila arwah berdaya, dia akan 'Ping' Berry, and for sure, as a normal woman, she was so excited!
Masa berlalu...
Badan semakin sembab...
Mata semakin sembab
Tangan semakin kembung air
Kaki semakin kurus
Setiap hari ada sahaja 'teringin makan itu'
esok 'teringin makan ini'
Mak dan ayah ikutkan sahaja selera beliau
Si ayah sanggup bekerja lebih masa di pasar malam
Si ayah rela membawa Fauzi dengan menaiki van usang ke sana ke sini
demi mencari penawar
Allah Maha Penyayang
belum sempat menghabiskan akar-akar kayu dan air penawar dari Darul Syifa'
Beliau menyahut seruan Ilahi
Namamu hanya tinggal kenangan
Semoga jasa baikmu,
amal solehmu,
sedekah jariahmu,
menjadi bekalan di'sana'
We LOVE you
Semua orang mengatakan dirimu seorang yang baik
Rajin belajar
Ayahmu sering memujimu
tidak pernah meninggikan suara dengan adik-adik
Apakan lagi dengan ibubapa
dari kecil tidak pernah meminta wang belanja lebih dari apa yang telah ayah sediakan
dari kecil rajin mencari wang demi membantu ayah dan keluarga
Mengambil Jurusan Perubatan semata-mata demi keluarga
membantu keluarga
mengubah nasib keluarga
Namun, sebaik-baik perancang adalah Allah
semasa menuntut di Tahun Empat Universiti Trisakti
Lagi setahun untuk menamatkan pelajaran
Beliau disahkan menghidap penyakit Barah Peparu
Hanya bermula dengan demam dan batuk-batuk selama seminggu
Wahau SAHABATku,
Hazwani Abdul Raffar
bersabarlah.
bersabarlah.
bersabarlah.
Benar, semua ini pahit.
Benar katamu di tanah perkuburan,
"Aku rasa aq bermimpi...aku tak percaya jie dah takda'
Sebelum kita melangkah keluar dari tanah perkuburan,
aku menyuruhmu menyiram air di kubur arwah denan menggunakan air minumanku
aku dengar mulutmu mengatakan
'Bye jie...'
Subhanallah
Allah Maha Mengetahui
Ini yang terbaik untuk semua
Cukuplah penderitaan yang dialaminya selama hampir setahun
Cukuplah ayah membawanya berubat ke sana ke sini
Cukuplah ayah dan mak tidak pernah tidur lena setiap malam kerana risaukan Fauzi yang mungkin terjaga pada tengah malam untuk minum, minta diurutkan badan, hendak berborak
Cukuplah kakak sulungnya meniggalkan kerja sebagai tukang jahit di kedai demi menjada adiknya sendiri
Cukuplah mak melayan fauzi yang mempunyai selera makan tidak menentu
Cukuplah mak menyuap Fauzi makan
Cukuplah mak mengelap badannya pada setiap hari
dan
Cukuplah kamu untuk terus berharap Fauzi sembuh
dan memasang impian untuk hidup bersama
Pasrah dengan ketentuan Allah
Fauzi selalu ingatkan kita untuk terima qada' dan qadar kan...
jangan lupa sampai akhir hayat nasihat arwah
'Jangan susah hati dengan ketentuan Allah'
Firman Allah bermaksud, "Dan sesungguhnya akan Kami (Allah) berikan cubaan (atau ujian) kepada kamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan Inna Lillahi wa ilahi rajiun (iaitu sesungguhnya kami ini milik Allah dan kepada-Nya kami kembali). Mereka itulah orang yang mendapat keampunan dan rahmat daripada Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk."
Sahabatku,
Setiap hari aku berdoa semoga Allah sembuhkan penyakit Fauzi
tapi Allah lebih menyayangi arwah
biarkan arwah pergi dengan tenang
Kenangan lalu hanya tinggal kenangan manis buat kalian
Cinta Suci dibawa ke syurga
Percayalah.
semoga kalian dapat bertemu di syurga Allah,
InsyaAllah.
Nasihatku,
yang juga seorang hamba Allah
yang tidak tahu apa akan terjadi sesaat pun selepas ini
Semoga kamu tabah
Kuatkan semangat
Teruskan hidupmu
Teruskan cita-citamu
Teruskan menjadi seorang DOKTOR yang dapat merawat penyakit pesakit-pesakitnya
demi Allah
Bukakan hatimu untuk menerima teman-teman lelaki yang baru
Benar cinta pertama itu cinta yang paling berharga
Tetapi, yakinlah
Allah dan rancang yang terbaik untuk kita.
Bersabarlah sayang
InsyaAllah aku akan sentiasa berada disisimu
Allahuakbar
Teringat mak arwah bercerita, sebelum menghembuskan nafas terakhir,
Arwah sempat mengatakan, "Jie sayang mak..."
Salam semua!
wah wahhh...bermadah pula kita dalam Tugasan Kedua ni.
Bagi tugasan pertama,
We have to discuss about PPM and UrbanVibe Event. DONE!
Alhamdulillah
and now...
tugasan kedua
--->menceritakan tentangPENAJA-PENAJA sempena PPM pada 24-26 Feb ini <---
Buat pengetahuan semua,
jumlah penaja bagi PPM akan datang bukan satu, bukan dua, bukan tiga.
tapi... LIMA!!!
Nak tahu siapa???
Eh?
Empat ke Lima?
Jangan confuse, jangan panik
Lima semua sekali
Just G.i Photoshoot bekerjasama denganThe Photolicious
maka jadilah GIPhotolicious macam kat atas tu...
buat sendiri pun kene beli bunga, pasu, chanceliar
memang tak mampu
apakan lagi design pelamin mewah macam ini
dan
bantal macam ni pun tak mampu and tak berseni nak buat sendiri
apakan lagi pelamin gah macam ni
huh!
memang Allah je yang tahu apa perasaan bila kita tengok pelamin-pelamin ni kan?
Kesemua pelamin koleksi Arma Couture mempunyai ciri-ciri berikut:
Panel atau tiang yang cantik, ringkas dan kemas
Hasil seni yang halus
Kain terurai dan beralun dengan lembut
(tiada kesan lipat macam tak ber-iron)
Pencahayaan yang menarik dan membawa mood 'romantik'
Tempat duduk pengantin yang bersesuaian dengan konsep pelamin
Gabungan warna yang pelbagai, menarik dan mengikut kehendak pelanggan
Walkaway yang mewah dengan hiasan bunga terjurai
dan
Menggunakan bunga-bungaan segar
Itu baru pelamin.
Bila survey-survey,
memang ada harga sewaan sepasang baju pengantin yang murah seperti RM 500
di kedai-kedai pengantin biasa
tapi...lihatlah koleksi mereka
Bukan niat nabila untuk mengumpat memperlekeh butik berkenaan
Nabila pun orang biasa-biasa yang bajet ciput.
Bila kita lihat gambar ini...
OK ke design baju-baju tu?
OK ke kombinasi warnanya?
OK ke design lengan macam tu?
Tepuk dada tanya selera.
Nabila just nak menekankan, Tidak mustahil sesuatu benda itu murah...
dan Tidak mustahil sesuatu benda itu mahal
cuba tengok gambar bawah ni pula
Nampak tak perbezaan warna baju (lining satin pink + kain net putih) dengan warna kain (satin pink)
Warna baju dah jadi light pink (sebab satin pink dilapisi pula net putih)
compare dengan warna kain yang original pink
Di butik memang nabila tak perasan perbezaan warna ni
Bila balik rumah, tengok gambar
"Eh, nape lain-lain warna pinknya ni?"
Nasib baik tak book lagi...just survey-survey je
Kalau kita tengak satu contoh busana hasil rekaan Arma Couture
Agak-agak berapa lama Arma Couture and stuffs nak jahit baju ni?
Sakit tak pinggang diorang agaknya?
Sakit tak mata diorang agaknya?
Bezakan pula antara DUA rekaan Arma Couture dengan sebuah lagi baju daripada butik biasa
Rekaan Arma sudah pasti
Rekaan Arma
Rekaan Nabila Butik XYZ
Ada beza?
Ya, warna memang lebih kurang sama
Tapi...
Bagaimana dengan sulam pada baju tersebut?Sulam penuh ke sulam pada hujung lengan dan dada sahaja? Bagaimana dengan taburan manik pada baju? Manik dari China atau manik dari Jepun? Bagaimana cara tampalan lace pada baju? Yang mana lebih 'halus' hasil seninya? Yang penting, Yang mana lebih cantik, lebih menyerlah dan LEBIH BERKUALITI?
:)
Saya pasti semua tahu jawapannya... :)
Memang sangat berbaloi antara harga dengan kualiti dan hasilnya bukan?
Biar berbelanja lebih sikit,
asalkan kita berpuas hati dan tidak menyesal.
Tapi perlulah seluk poket diri sendiri dulu
Ukur baju di badan sendiri
Kalau ada rezeki, adalah.
Takda, it's ok.
Kalau hantaran pula bagaimana?
Bagi menjimatkan belanja, barang hantaran nabila semua telah diberikan waktu tunang haritu
maksudnya,
nikah nanti hanya ada dulang untuk cincin sahaja
ya, itu sahaja.
sudah pasti Arma Couture menggunakan fresh flower bagi menghiasi hantarannya bukan?
sebab itu kita boleh nampak gambar ini 'segar', 'romantik' dan mewah
penuh dengan emosi
bandingkan pula dengan hantaran nabila waktu tunang
Ada beza tak?
Jawapannya: Banyakkkkk...!
Walaupun sama-sama menggunakan ros merah
tapi
gambar tak fresh
tiada emosi dalam gambar kan?
nampak 'mati' and 'keras'
Punca utama: Menggunakan artificial flower.
Punca kedua: Kualiti gambar yang so-so je.. :)
So,
walaupun sesuatu benda itu mahal,
mesti bersebab
For sure bahan yang mereka gunakan berkualiti
Hasil seni yang dihasilkan adalah halus dan tersendiri, tidak meniru mana-mana pihak
dan dijamin,
pelanggan akan berpuas hati
Yang penting,
lagi sekali,
ukur baju dibadan sendiri :)
Agak-agaknya, untuk PPM akan datang yang bertemakan 'Cinta Seputih Salju'
Jumpa and berbincang dengan mereka di kedai lebih baik, boleh nego-nego punya! [Alamat G.i Photoshoot dengan Arma Couture hampir sama!!!Satu deret kedai yang sama agaknya? Tak mustahil senang bekerjasama dalam business... :) ]
Ok, dah kenal G.i Photoshoot kan?
Sekarang Nabila memperkenalkan rakan mereka pula ThePhotolicious
hehee...tulisan haruslah berwarna-warni,
memang treadmark diorang!
Secara jujur
Nabila kenal ThePhotoliciousdengan melihat promo mereka tentang White Room Studio Photoshoot
and then melalui gambar Bienda and husband, romantic post-wedding at their own house
Bila dah kenal, mulalah selalu belek-belek gambar ThePhotolicious
Mulalah berkenan dengan hasil-hasil mereka...
Antaranya:
Very classic kan? Dapat la merasa macam Raja Sehari zaman Hang Tuah dulu-dulu...
Kalau Nabila yang duduk kat pelamin tu, sah-sah printkan gambar ni, buat frame, gantung kat dinding. :)
Super creative Kak Kay! Gambar tak edit pula tuuu... :)
This is just typical action of any brides...
Tapi yang lainnya, warna baju pengantin telah menaikkan 'mood' gambar ni
Gambar sangat jelas! Good technique!
From 'live' moment,
we 'like'to see the products produces,
and finally we fall in 'love' with the pictures, our love one, and ThePhotolicioustoo
memang kena sangat dengan tag line mereka,
'Live. Like. Love'
Tangan siapa yang terrror sangat ambil gambar semua ni?
Inilah dia...
Kak Kamalia Kamal
@
Kak Kay
Bila photoshoot, memang macam-macam gaya dah!
Tu semua demi mendapatkan angle terbaik and gambar yang cantik kan Kak Kay?
Biarlah miang satu badan, asal customer puas hati :)