Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Tuesday, September 20, 2011

1st version


khemah sedang dipasang pada petang jumaat, 16 Sept 2011


mama ayah sedang sibuk membantu menggantung tirai (pelamin), sweet dapat capture this moment!


saat menunggu di bilik atas, sesi perbincangan sedang dijalankan di ruang tamu bawah


ketibaan rombongan pertunangan


sesi perbincangan kedua-dua pihak


sesi menyarung cincin merisik dan bertunang oleh ibunya, Puan Jariah


Alhamdulillah sudah menjadi tunangan Muhammad Fahmi Bin Ismail



He proposed me!




and ....










Yeah I do!



Alhamdulillah


*sedang menunggu gambar-gambar dan video sebenar daripada sepupu*

internal conflict



perlukah pelamin 5 panel instead of just 1 or 3 panel?

perlukan inai berangkai-angkai di tangan?

cantik sangat ke?

tiadakah unsur riak, bangga dengan semua tersebut?





...and..




selesai sahaja majlis pertunangan 17 sept yang lepas, sebelum tidur, sepupu lelaki (sebaya) berkata bergini...

"sedih rasa kome dah nak kawin tak lama lagi...kite membeso sama-sama...tengok-tengok dah nak jadi isteri orang nanti..nanti dah takboleh galok-galok macam sekarang..."

mama: "ha..itulah pe yang Mak Tan (nama panggilan mama dalam keluarga besar) rasa...bila anak-anak perempuan dah nak kawin...sekejap je dah nak kawin...nanti tinggalkan mama ayah and family bile dah kawin..."


huh!

saya sebak bila mereka berkata demikian

saya tahu, saya ada berfikir dalam diri...

"adakah saya sudah cukup membalas jasa mama ayah?"

"adakah saya sudah membantu meringankan beban mama ayah membesarkan adik-adik yang masih belajar?"

"adakah mama ayah merelakan anaknya untuk berkahwin pada tahun hadapan?"

"adakah mereka berasa kecewa apabila anak perempuannya hanya sempat setahun membantu keluarga apabila sudah bekerja?"



maafkan angah mama ayah




angah faham, sebab tu angah setuju angah tidak kahwin tidak terlalu awal seperti pada umur 24..semoga apabila angah berumur 25 tahun, angah sudah cukup menggembirakan mama ayah, dan angah berjanji...

akan terus memberi wang kepada mama ayah, menjaga dan menyayangi adik-adik, membelikan apa yang mereka mahukan jika termampu...bawa mama pergi shopping...tolong ayah beli belanja dapur...

angah gembira melihat kalian semua gembira



angah janji!


dan angah percaya...


sama ada anak lelaki mahupun anak perempuan, jika baik dan betul cara didikan seorang ibu ayah dalam sesebuah keluarga, 

anak tersebut tidak akan meninggalkan dan mengabaikan keluarga sendiri walaupun sudah berkahwin! 
Anak tetap anak!

Saturday, September 17, 2011

17 September 2011, 18 Syawal 1432 H

Alhamdulillah

Tuesday, September 13, 2011

Tak sia-sia menangis dalam kelas!

salam

maaf lama tak update...

saya menangis dalam kelas sains Ting. 2 hari Isnin yang lalu

terlalu sedih, sebak, geram, marah dgn pelajar yang sibuk bercakap masa saya mengajar

bila keadaan sedikit tenang, saya menggunakan kesempatan tersebut untuk brainwash mereka

terfikir untuk kemas barang, ambil handbag dan terus keluar kelas

tetapi jika berlaku sebarang perkara tidak diingini saya yang perlu bertanggungjawab terhadap mereka

antara perkara yang dibebelkan sewaktu brainwash sambil menangis (bughok beno ghupenye kan!)

- saya dah habiskan syllabus sains, maka saya dah lepas tanggungjawab

-sepatutnya saya dah tak perlu sibuk bagi latihan latihan dan latihan supaya mereka pandai

- saya fotostat macam2 tapi mereka tingglkan di rumah, hilang

- apa lagi yang mereka nak daripada saya?

saya meminta mereka tulis atas sekeping kertas kecil apa kelemahan saya, apa harapan mereka kepada saya supaya pengajaran lebih menarik dan berkesan

tetapi, hanya 4 orang yang hantar, daripada 34 orang pelajar

*tak apalah~ lantaklah korang...*

tetapi, semalam (selasa) dan hari ini (rabu)

disebabkan saya menangis pada isnin lepas

maka mereka lebih menghormati saya

berlari masuk ke kelas bila nampak saya sedang berjalan masuk ke kelas mereka

senyap di dalam kelas

say 'thank you teacher' loudly after the lessons

more behave

ALHAMDULILLAH