So far di SMKTTDI:
1. Guru kelas 2 Dalton
2. Guru penasihat Kelab Boling Tenpin
3. Guru Rumah Hijau
Hari ini dapat 2 jawatan baru:
4. Naib setiausaha PIBG 2011
*gambar-gambar tahun lepas* |
5. Guru penasihat Colors of Malaysia (Citrawarna) 2011
***
Kisah bagaimana saya dapat jawatan naib S/U PIBG...saya ke kantin sekolah..lapar...masuk2 je kantin guru tu, baru je langkah masuk, tiba2 GPK Koko, Puan Nurhana tengok je saya, senyum2, then cakap, "nabila..nabila dah ada jawatan apa je skang..?" hehee.. saya pun senarai la pe yg saya ingat..huhu..then beliau cakap, "nabila jadi naib S/U PIBG bleh tak?boleh kan..hehee..boleh punye nabila ni.. :)"
hehee..begitulah kisahnya...lepas beliau terang2, pujuk2 saya, so secara tak rasminya saya jadi naib s/u, S/U sebelum ni pengsan kat sekolah, terlalu banyak bebanan kerja...*siapa berani cakap jadi cikgu tak banyak kerja!* so hari ini dah dapat surat pelantikan, so officially jadilah naib s/u dengan 'sukarela'nya..hehee...at first, i do think that this will waste my time, stress to me..but when i keep on thinking...i realized...that saya pernah berazam paa diri sendiri bahawa SAYA TIDAK MAHU MENJADI GURU YANG BIASA..SAYA MAHU JADI YANG LUAR BIASA!!!
Alhamdulillah..mungkin ini petunjuk daripada Allah...jika tidak, mengapa pihak pentadbir (pengetua dan GPK-GPK) memilih saya untuk menjawat jawatan ini..jika orang yang masuk ke kantin pada hari tersebut adalah seorang guru yang lemah besar kemungkinan orang tersebut tidak ditawarkan jawatan tersebut...so kenapa saya? Mesti ada hikmahnya nabila..terimalah dengan hati redha, yakin dengan janji Allah... :) InsyaAllah saya akan jalankan tanggungjawab saya dengan baik. Go Nabila! *penuh semangat*
Hari ini lepas perhimpunan ada persembahan Badan-Badan Beruniform yang akan memasuki pertandingan Kawad Kaki dan Kawad Berirama esok di UM, saya sangat semangat tengok kualiti yang mereka tonjolkan! Tolong kekalkan JUARA BERTAHAN SMKTTDI!!! *Tahun depan saya nak mohon jadi guru penasihat badan beruniform yang kuat-kuat macam KRS or Kadet POlis, taknak jaga Kelab Boling dah! boring wooo bila tak minat nih~
source from youtube, video kawad tempah hari.
semoga kejayaan milik kalian, jika menang, inilah kejayaan dan pengalaman yang akan kalian banggakan sampai ke tua..percayalah!
melihat usaha gigih kalian, berjemur setiap hari, pagi, tengahari dan petang, diberikan pengecualian kelas untuk beberapa hari, denda yang dahsyat jika melakukan kesalahan, usaha yang gigih, insyaAllah berjaya! amin!!!
"WHO ARE WE?
...TTDI!!!"
No comments:
Post a Comment