salam
hye2
perhatian kepada b2b sekalian...
hehee
cop, husband kat sebelah tanya apa tu OP OV?
hehee
Official Photographer and Official Videographer
=)
Berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman majlis kenduri orang lain
ada beberapa perkara yang perlu diambil berat dalam pemilihan dua2 orang penting majlis kita tu ye!
1. Senang untuk berkomunikasi dan bekerjasama, a.k.a sekepale
Ini penting. Kalau orang yang suka aksi gila2, mereka perlu cari OP/OV yang gila2 juga. Dan tolong beritahu mereka awal2 gambar/aksi bagaimana yang kita mahukan. Biasanya mereka juga akan bertanya sendiri kepada pengantin gambar bagaimana yang kita mahukan. Buat je muka tak malu bila nak suruh diorg ambilkan gambar kita. Even makcik2 i yang gedik2 tu pun slumber je cakap kat OP/OV 'Ambik gambar kitorang!!!' Just make friends with them okay!
2. Inform dan ingatkan tarikh, masa dan alamat lokasi majlis beberapa hari sebelum majlis
Ini juga penting. Ini saya terkena batang hidung sendiri. Saya ada email OP masa saya bernikah dan mula mekap di rumah, tetapi lupa/tak ambil peduli nak email OV waktu nikah dan waktu mekap. Kesimpulannya, pada hari nikah, OV datang sejam sebelum nikah dan tak sempat record waktu mekap di Bilik Pengantin. hoho...nasib OP ada, so still dapat capture moment mekap nikah.
3. Pilih OP OV yang PANDAI dan CEKAP capture momentssss
Ok ini paling penting yang saya nak tekankan. Tujuan asal naik post ni. Sebabnya, saya perhatikan beberapa majlis yang saya pergi selepas kami, kebanyakan OP dan OV mereka SENTIASA MENYURUH PENGANTIN MENGULANG/MELAKONKAN SEMULA event-event yang bermakna seperti sarung cincin, kucup tangan suami, kucup dahi isteri, blablabla...
Bagi saya meaningful event seperti di atas biarlah sekali sahaja, dan OP OV dapat capture/record that moments dlm masa tersebut juga. Agak kurang best kot kalau OP OV cakap
' Ok2, ulang balik sesi cium dahi isteri tu...tak dapat tangkap la...'
cehhhhhhh~ tak berbaloi bayar kome mahal2 kalo suruh ulang scene banyak2 kali.
Takda feel dah kot kan?
Alhamdulillah OP OV kami ok
mycutemoment dan LhMedia
no repeat2 things
just sebelum masukkan cincin mereka bagitahu minta serongkan sedikit tangan ke arah camera supaya gambar cantik nanti
dan moment paling menarik dan berharga adalah
ketika suami ingin mengucup dahi isteri
awning tudung kedepan sangat
tak lepas nak cium dahi isteri
maka dengan SPONTANnya si suami cium pipi isteri siap berbunyi
heheh
Alhamdulillah OP dan OV sempat capture that moment
=D
so, pandai2 pilih naaaa...
TQ!