Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan







Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Thursday, March 8, 2012

Rindu!


Rindu sangat zaman belajar di SEMSAS!

Prep malam
bukti ada yang tidor dibelakang awie (baju biru kanan)
tidor2 pun skang ada kat UiTM dah
Geng Makcik Kiah (makcik library)
disebabkan geng dgn makcik maka boleh makan dlm library, heheh
hari sabtu pergi outing, beli roti and tuna and air oren kat Tunas Manja, makan!

Persediaan Majlis Graduasi

Galok sangat, semua hampir lemas
akibatnya, sehingga hari ini semua mangsa kejadian sudah trauma dengan air sungai/laut

Bila rindu memuncak, gathering akan dijalankan
makan-makan sambil edar kad kawin, kan kina kan


Rindu juga zaman belajar di UM!


Boria 9th College!

Juara sokmo~


Owh pencil case itu!
Hp itu!
Baju itu!


Bakal cikgu dgn beg cikgu masing-masing

Bila dah 2 jam belajar...

2 jam 1 minit, inilah hasilnya!

Bila eksperimen dah selesai (walaupun eksperimen gagal sokmo)


Mula dah...pantang lab assistant and lecturer 'lari'

Bila jam dah menunjukkan pukul 430 petang...otak tepu badan lesu

tunggu bas pula, tiada lagi senyuman

Lawatan. Ada gaya macam upin ipin kan?

Bila buat group assignment, sorang fokus sorang tidoq!

Pura-puralah fokus. Walhal tengah tiru jawapan tutorial orang lain. Terbaik!

*My very best Study Mood*







A few of us, the TEACHERS!


Convocation Day

I miss all those days...




From us with love,
 <3 SEMSAS...UM <3


Ini adalah post ke-150
tentang zaman belajar
rindu nak belajar lagi
doakan saya sambung master!


Sunday, March 4, 2012

PIBG, prihatinkah anda?



Salam
sejak menjadi naib setiausaha PIBG 2011/2012
setiap kali mesyuarat lebih kurang sekali sebulan
sentiasa berfikir
mampukah aku menjadi ibubapa yang prihatin dengan pendidikan anak-anak
sanggupkah menjadi ahli PIBG sekolah anak-anak nanti?


Bila dilihat wajah-wajah ibubapa yang hadir pada mesyuarat PIBG 2012
Tidak kira kaum atau warna kulit
Semua ada
Ada yang datang bersama suami masing-masing
Tahniah!
Namun...majoritinya kaum ibu yang hadir, tanpa kehadiran suami
Dimanakah suami anda? 
Tidakkah anak itu anak kalian berdua???
Tidakkah memberikan didikan yang sempurna itu tanggugjawab bersama suami isteri???

Kepada ibubapa diluar sana
Adakah anda cukup prihatin dengan pendidikan anak anda?
Tidak mahukah anda menjadi warga PIBG yang membantu pihak sekolah menguruskan kewangan, 
program dan sebagainya demi pendidikan anak-anak?
Anda terlalu busy?
Tidak mampu memberikan komitmen untuk menghadiri mesyuarat PIBG kerana keluar ofis lambat?

Ya
memang sukar
Tapi
mengapa orang lain boleh,
kita tak boleh?

Tepuk dada, tanya selera
Adakah anak anda cukup penting bagi anda...

wallahua'lam

*hanyasekadarluahandanperingatandaripadasayayangsentiasaberharapuntukmenjadiinsanyangcemerlang*

Wednesday, February 29, 2012

”URBAN VIBE ONLINE CONTEST –cinta seputih salju(REVIEW)”



























Itu sahaja Tugasan Ketiga daripada nabila
dimana jalan penceritaan adalah berbentuk diari... :) 
hehe
Maaf Nabila hanya berkesempatan untuk hadir ke PPM pada petang Jumaat sahaja
Then malam tu bawa mama ke PPM and seterusnya pada malam Ahad sebelum semua booth tutup
Hari Sabtu nabila kena pergi sekolah...
Mesyuarat PIBG...huhu...cannot escape maa
After mesyuarat ke rumah sewa gotong-royong dengan tunang dan rakan-rakan 'basuh' rumah
Ahad pula ada kenduri kawin kawan
So banyak aktiviti pada hari sabtu dan ahad nabila tak sempat tengok and ambil gambar. 
Maaf!

Then, PPM ada minta peserta berikan alasan mengapa kita perlu memenangi pertandingan ini
hmmm
hmmm
hmmmmm...
payah nak jawab
deep down inside...
semua bakal pengantin mengharapkan sebuah majlis yang sempurna, 
meriah dan cantik segala-galanya kan.. :)
tapi itu semua bergantung kepada ongkosnyaaa 
kalau poket tebal boleh la  nak tempah semua yang cantik-cantik mewah-mewah kan?
kita biasa-biasa aja dong!
takpelah, kita berusaha je
selebihnya, Allah yang tentukan =)
Yakinlah Allah akan bagi apa yang sepatutnya kita dapat
Setiap perkara ada hikmahnya
Kepada semua contestants, 
GOOD LUCK
kita bersaing secara sihat 
semua ada cara yang tersendiri
kita baik-baik aja kan =)
no musuh-musuh, hehe
Semoga Allah permudahkan urusan kita di dunia dan akhirat
Selamat menjadi isteri dan ibu yang terbaik!
hehe

Salam


Wednesday, February 22, 2012

One Dream Veil Contest




  ... Rosebelle ... 

My dear friend, berry. Come and join this contest.

Love, 
Bella


Monday, February 20, 2012

Lung Cancer


Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillah
Allahuakbar

Pemergian seorang rakan
Mohd Fauzi M Zein ke rahmatullah
kerana menghidap penyakit kanser peparu
Lebih kurang 9 bulan menanggung derita
Allah mengambil nyawanya dalam masa beberapa minit
Waktu hampir maghrib, sedang menonton televisyen bersama adik-adiknya
Tiba-tiba beliau sesak nafas
"Mak, tolong masukkan morfin (dadah)
"Mak, sakit lagi...tlg call ambulance"

...

Makan  masa  menunggu ambulance tiba di rumah
sampai sahaja di Hospital Kajang
isyarat ini yang keluar
"_____________________________"

'Tetttttt...'
Beliau telah 'tiada'
MasyaAllah
Beliau dicatatkan meninggal dunia pada pukul 8.40 malam, 18 Februari 2012 (Sabtu)

Arwah merupakan 'teman' kepada sahabat baik saya sendiri, Hazwani a.k.a Berry
Tuhan sahaja yang faham apa yang beliau alami sekarang
Malam kejadian, jam h/p 8.39pm
"Bella, tlg doakan fauzi....aq panic!!!"
kemudian saya reply 
"Kenapa weh?"
beberapa saat selepas itu
call masuk
dengan suara menangis
"Bella...pojie dah meninggal..."
"YaAllah...subahanallah...sabar berry."

Keesokannya, berry bergerak menaiki bas terawal dari Jengka ke KL
pukul 7pagi
kami bertemu di stesen komuter kajang pada pukul 11lebih
dalam komuter saya terima msg dari berry mengatakan jenazah sudah berada di tanah perkuburan
"Maaf sahabat, kita tak sempat menatap wajar arwah buat kali terakhir"
Kami terus ke tanah perkuburan
Dugaan pakcik teksi yang agak xberapa pasti jalan ke tanah perkuburan agak melengahkan masa kami
tapi takpa, kami tetap dah terlewat untuk menatap wajah arwah
tiba sahaja di tanah perkuburan
Allah sahaja yang tahu betapa lajjunya berry jalan di hadapan kami
"Bella! Cepat la!!!"
Agak tinggi suara berry kepada saya
Maka saya terus mengikutinya berlari-lari anak ke beberapa kelompok manusia yang sedang duduk beralaskan tikar di atas tanah
Kami terus terduduk 
Air mata berjurai mengalir
Kata kakak arwah,
"Sabar...Kita jangan menangis...jangan seksa arwah..."
MasyaAllah
Allahuakbar


Hazwani Abdul Raffar
Pelajar Perubatan
Universiti Indonesia, Jakarta, Indonesia
Allahyarham Mohd Fauzi M Zein
Pelajar Perubatan
Universiti Trisakti, Jakarta, Indonesi

Tempat perkenalan: Persatuan Pelajar-Pelajar Malaysia di Kedutaan Malaysia, Jakarta, Indonesia


'In a relationship'


I know she love this edited picture very much


'The day that changed almost everything'


After a few  months


Bila arwah berdaya, dia akan 'Ping' Berry, and for sure, as a normal woman, she was so excited!

Masa berlalu...
Badan semakin sembab...
Mata semakin sembab
Tangan semakin kembung air
Kaki semakin kurus
Setiap hari ada sahaja 'teringin makan itu'
esok 'teringin makan ini'
Mak dan ayah ikutkan sahaja selera beliau
Si ayah sanggup bekerja lebih masa di pasar malam
Si ayah rela membawa Fauzi dengan menaiki van usang ke sana ke sini
demi mencari penawar

Allah Maha Penyayang
belum sempat menghabiskan akar-akar kayu dan air penawar dari Darul Syifa'
Beliau menyahut seruan Ilahi


Namamu hanya tinggal kenangan
Semoga jasa baikmu,
amal solehmu,
sedekah jariahmu,
menjadi bekalan di'sana'

We LOVE you

Semua orang mengatakan dirimu seorang yang baik
Rajin belajar
Ayahmu sering memujimu
tidak pernah meninggikan suara dengan adik-adik
Apakan lagi dengan ibubapa
dari kecil tidak pernah meminta wang belanja lebih dari apa yang telah ayah sediakan
dari kecil rajin mencari wang demi membantu ayah dan keluarga
Mengambil Jurusan Perubatan semata-mata demi keluarga
membantu keluarga
mengubah nasib keluarga
Namun, sebaik-baik perancang adalah Allah
semasa menuntut di Tahun Empat Universiti Trisakti
Lagi setahun untuk menamatkan pelajaran
Beliau disahkan menghidap penyakit Barah Peparu
Hanya bermula dengan demam dan batuk-batuk selama seminggu

Wahau SAHABATku,
Hazwani Abdul Raffar
bersabarlah.
bersabarlah.
bersabarlah.
Benar, semua ini pahit.
Benar katamu di tanah perkuburan,
"Aku rasa aq bermimpi...aku tak percaya jie dah takda'
Sebelum kita melangkah keluar dari tanah perkuburan,
aku menyuruhmu menyiram air di kubur arwah denan menggunakan air minumanku
aku dengar mulutmu mengatakan
'Bye jie...'
Subhanallah
Allah Maha Mengetahui
Ini yang terbaik untuk semua
Cukuplah penderitaan yang dialaminya selama hampir setahun
Cukuplah ayah membawanya berubat ke sana ke sini
Cukuplah ayah dan mak tidak pernah tidur lena setiap malam kerana risaukan Fauzi yang mungkin terjaga pada tengah malam untuk minum, minta diurutkan badan, hendak berborak
Cukuplah kakak sulungnya meniggalkan kerja sebagai tukang jahit di kedai demi menjada adiknya sendiri
Cukuplah mak melayan fauzi yang mempunyai selera makan tidak menentu
Cukuplah mak menyuap Fauzi makan
Cukuplah mak mengelap badannya pada setiap hari
dan
Cukuplah kamu untuk terus berharap Fauzi sembuh
dan memasang impian untuk hidup bersama
Pasrah dengan ketentuan Allah
Fauzi selalu ingatkan kita untuk terima qada' dan qadar kan... 
jangan lupa sampai akhir hayat nasihat arwah
'Jangan susah hati dengan ketentuan Allah'



Firman Allah bermaksud, 
"Dan sesungguhnya akan Kami (Allah) berikan cubaan (atau ujian) kepada kamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan Inna Lillahi wa ilahi rajiun (iaitu sesungguhnya kami ini milik Allah dan kepada-Nya kami kembali). Mereka itulah orang yang mendapat keampunan dan rahmat daripada Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk."


Sahabatku,
Setiap hari aku berdoa semoga Allah sembuhkan penyakit Fauzi
tapi Allah lebih menyayangi arwah
biarkan arwah pergi dengan tenang
Kenangan lalu hanya tinggal kenangan manis buat kalian
Cinta Suci dibawa ke syurga
Percayalah.
semoga kalian dapat bertemu di syurga Allah,
InsyaAllah.

Nasihatku, 
yang juga seorang hamba Allah
yang tidak tahu apa akan terjadi sesaat pun selepas ini
Semoga kamu tabah
Kuatkan semangat
Teruskan hidupmu
Teruskan cita-citamu
Teruskan menjadi seorang DOKTOR yang dapat merawat penyakit pesakit-pesakitnya
demi Allah
Bukakan hatimu untuk menerima teman-teman lelaki yang baru
Benar cinta pertama itu cinta yang paling berharga
Tetapi, yakinlah
Allah dan rancang yang terbaik untuk kita.
Bersabarlah sayang

InsyaAllah aku akan sentiasa berada disisimu 

Allahuakbar


Teringat mak arwah bercerita, sebelum menghembuskan nafas terakhir,
Arwah sempat mengatakan,
"Jie sayang mak..."

...